Ya Allah, kenapa aku?

Teringat suatu ketika beberapa tahun dahulu pernah ku terima satu email yg agak panjang lebar dri seseorg hamba Allah yg aku pun x mengenalinya tpi ku kira mungkin cerita yg nk di share ini ada bnyok relevannya di dlm hidup kita yg amat rapuh ini...

Di dlm intro emailnyer hamba Allah itu mengatakan yg dia telah berpesan kpd Tok Imam di surau kariahnya supaya hanya "mengedarkan" email tersebut setelah ketiadaannya...

Jdi pabila aku terima email itu pastinya "authornya" dh berpindah ke alam baqa' tpi kisahnya masih "hidup" sebagai ibrah dan peringatan bg yg nk blajor....

Enam bulan sebelum itu arwah, yg merupakan seorg Jurutera Electronik yg sedang "meningkat naik" telah didpti menghidap kanser mata "stage 4". Doktor telah memberitahu bahawa harapannya mmg tipis dan dia mungkin hanya ada 6 bulan saja lg jika mengikut "adat"...

Berkecai hatinya bila menerima berita yg x disangka2 itu. Reaksi pertamanya adalah "menuduh" Tuhan x adil, "kenapa aku?" dlm hatinya memberontak, "ini x adil!, Tuhan mmg kejam!" bentaknya...innalillah

Ya Allah, kenapa aku? - 2/3

Sebagai seorg yg beriman, dia mula muhasabah diri dan merenung akn nasib dan keadaan yg sedang dilaluinya itu disamping memperbnyokkan membaca Al-Quran dan mempertingkatkan lg ibadah yg selama ini telah bnyok yg dilalaikannya di dlm "kesibukan" berkeluarga dan bekerjaya...

Di suatu mlm yg hening tika dia sedang bermunajat kpd Tuhan di atas tikor sejadahnya, tetiba terdetik dlm hatinya bahawa apa yg sedang dialami ghupernya ada hikmah yg teramat besar yg x pernah terfikir olehnya lantaran telah 'menuduh" Tuhan dgn yg bukan2 sebelum ini...

Pastinya setiap makhluk yg bernyawa itu akn mati pd suatu ketika walaupun ada yg x nok mati, meke akn mati juga "somehow" bila tiba ajal yg mmg Allah SWT x inform bila akn tibanya yg bisa "mengojut" itu...

"SubhanAllah!" bisik hatinya sambil air mata bercucuran dlm keinsafan, "dlm kes aku, Allah yg Maha Pengasih dan Penyayang itu telah memberi ku suatu nikmat "anugerah" yg teramat besar yg x diberi kpd ramai makhlukNya yg lelain"....

Tuhan yg dikatakan "kejam" pd awalnya itu sebenar pd hakikatnya sngt Pengasih pd hambaNya. Ghupernya penyakit yg di hidapinya itu adalah suatu cara Allah nk "memberitahu" hamba yg di kasihiNya supaya "bersedia" untk hari atau saat yg setiap makhlukNya yg bernyawa akn lalui...innalillah

Ya Allah, kenapa aku? - 3/3

Setelah kembali tenang dan menerima keadaannya itu, arwah telah mula "mengorak langkah" untk buat "closures" pd kehidupannya dlm masa yg masih berbaki lg itu...

Pertama2nya dia telah bertobat bnyok2 dan memberitahu isteri dan anok2nya akn apa yg sedang dihadapinya supaya meke redha dan bersedia dan mendoakannya pabila dia tiada lg...

Dia juga telah menulis wasiat dan memindahkan dri apa harta yg dia ada untk kemaslahatan ahli keluarganya selepas ketiadaannya. Mana2 hutang yg ada juga turut dilangsaikannya dlm kemampuan yg ada dan mewakafkan selebihnya mana yg dia termampu...

Setiap tiba waktu solat, walaupun di dlm kesulitan kerna sakit yg makin "mencengkam" dia telah ke surau dan bersilaturrahim dgn para jemaah sambil bermaafan memohon ampun sesama manusia jika ada...

Dlm redha dan ketenangan x berapa lama kemudian arwah telah menghembuskan nafasnya yg terakhir untk bertemu dgn Allah yg Maha Pengasih itu - innalillah.

0 comments:

Post a Comment