Bermunajat dlm hutan:

"Bermunajat dlm hutan atau forest", itulah yg bisa dilakukan oleh kebnykkan warga negara yg telah memberi kita teknology canggih mereka berjenama Nokia pd satu masa dulu...

Selama hampir 8 bulan aku di sana di pertengahan 90 an, aku dpt merasakan kebnykkan warga negara tersebut yg juga dikenali sebagai the "Japanese of Europe" sngt2 dahagakan ketenangan jiwa di mana agama nenek moyang mereka telah gagal memberikannya kpd mereka...

Sebab itulah apabila saja tiba hujung minggu, kebnykkan mereka yg dh sedia atheist itu akn terbagi kpd dua golongan, satu golongan akn mencari ketenangan jiwa dgn "berpesta arak" dan satu golongan lg akn masuk ke dlm hutan untk mencari ketenangan bersama dgn "mother nature"..

Semngnya dh menjdi tradisi mereka buat sekian lama bg kebnykkan keluarga akn mempunyai pondok kayu yg di panggil "cottage" yg di bina di dlm hutan pines atau forest...

Kebiasaannya cottage2 yg dibina di tepi2 tasik yg bnyk terdpt di dlm hutan2 pines tersebut, x mempunyai apa2 kemudahan asas seperti letrik atau pipe air kerna penghuninya mahu btol2 merasai hidup dlm keadaan "semula jdi"...

Di situlah mereka yg x percaya kpd "pesta arak" untk mendpt ketenangan jiwa akn menghabiskan mada lapang mereka di dlm kegelapan mlm untk "bermunajat" mencari jawapan kpd "apa tujuan hidup" dri "mother nature"...

Alhamdulillah, ada dua tiga org yg aku jumpa pd masa itu telah mendpt hidayah dri pencarian mereka untk bertemu dgn Rabbnya...

0 comments:

Post a Comment