"AF" bkn Academy Fantasia!

Alhamdulillah baru kelik dri Ipoh, selepas mengharungi suasana jam dan hujan lebat di perjalanan yg memakan masa hampir sehari suntuk pergi dan balik...

Walaupun kepenatan, hati berasa puas dan bersyukur kerna dpt menunaikan hajat seorg kwn AF Ust untk menghadiri majlis perasmian Tahfiznya yg dijangka akn mula beroperasi pd awal tahun depan (Jan 2015)...

Mmg aku tabek spring melihat "semangat waja" AF Ust muda ini yg begitu yakin akn dpt "membangunkan" projek tahfiz yg dh diidam2kannya sejak sekian lama walaupun terpaksa berdepan dgn pelbagai dugaan dlm keadaan yg serba kekurangan....

Berkat dri sumbangan serba sedikit dana dri insan2 yg prihatin, projek Tahfiz AF Ust muda ini telah dpt direalisasikan dgn pengambilan pelajar "pioneer" seramai 8 org "banat" yg dtg dri sejauh Kedah dan KL untk menuntut ilmu secara sepenuh masa....

Kita doakan semoga usaha dan hasrat murni AF Ust ini diberkati Allah SWT dan insyaAllah akn berkembang maju dgn pertambahan anak2 tahfiz di masa2 akn dtg...

Cuma sebelum aku "sign off", sejak tengah hari tdi fikiran aku (yg kejahilan) agak ligat berputor memikiorkan apakah semua Ust2 yg terbabit dlm projek ini seperti nama mereka yg terdpt di kain rentang tahfiz tersebut adalah bekas graduan dri "Academy Fantasia" kerna aku dpti di setiap pangkal nama Ust2 itu ada diletakkan huruf "AF" mcm "PU" untk title Ust Pencetus Ummah...

Ghuper2nya baru aku perasan yg "AF" di pangkal nama Ust2 itu bknlah merujuk kpd Academy Fantasia seperti yg kita oghang sakular ini faham tetapi ia merujuk kpd "title" hormat "Al-Fadhil" untk Ust2 tersebut....innalillah, maap Ust atas kejahilan ana!

0 comments:

Post a Comment