Azam 2014 - Ibrah antara 2 kapal.

Sebenarnya tiada apa yg nok digumbirakan menjelang dtgnya 2014 kerna kita baru sahaja menyambut tahun baru kita sendiri iaitu 1435H x berapa lama sblom ini. Jika nok diambil iktibar dri kedatangan tahun baru 2014M pun, mmg kita semua boleh bersetuju bahawa dgn meningkatnya usia dunia ini maka peristiwa akhir zaman iaitu kiamat sudah tentunya semakin hampir!

Oleh itu apakah rasenya langkah2 yg perlu diambil untk menyelamatkan "bahtera" atau kapal kita dari ditenggelami dek fitnah akhir zaman yg ditaja oleh Dajjal laknatullah yg dh bnyk sekali tanda2 kemunculannya...

Bercakap pasal kapal, aku berpeluang mendengar sesuatu yg patut di share di sini untk ibrah kita bersama supaya kita dpt memilih di antara dua kapal yg ada di zaman moden ini untk menyelamatkan diri kita dri dugaan Dajjal akhir zaman... Sejarah telah memperlihatkan kpd kita tentang cerita dua kapal yg hebat, di mana kapal pertama adalah kapal Nabi Nuh a.s (yg melambangkan kesucian agama) dan kapal yg kedua Titanic (yg melambangkan kekufuran dan kesombongan manusia terhadap Rabbnya).

Jika ditanya di manakah kedua2 kapal tersebut akhirnya mendarat, kita akn dpt jawapannya yg menunjukkan di mana letaknya agama dan di mana letaknya kekufuran iaitu di dasar laut kekufuran itu di tempatkan dan setinggi gunung agama itu di tempatkan... Jika ditanya juga, bagaimana keadaan penumpang atau penghuni kedua2 kapal tersebut? Kita semua tahu jawapannya yg penumpang kapal Nabi Nuh a.s. semuanya selamat manakala penumpang kapal Titanic berkubur di dasar laut!

Itulah kesudahannya yg perlu kita mengambil ibrah diantara peristiwa dua kapal tersebut dgn memilih kapal yg betul untk kita tumpang dlm perjalanan menuju ke akhirat. Maka dgn kedatangan tahun baru 2014 ini, seharusnya kita berusaha untk menaiki kapal seumpama kapal Nabi Nuh a,s. yg dibina khas untk menyelamatkan hamba2 yg beriman dan bknnya menaiki kapal umpama Titanic yg dibina untk mencabar kuasa Tuhan....

Tragedy Andalusia

Sempena kedatangan tahun baru Masehi 2014 yg x berapa hari lg, sama2lah kita beringat bahawa ia bknlah budaya kita untk menyambutnya sepertimana yg dilakukan oleh org2 barat dan mereka yg bkn beragama Islam. Sebagai bapa, sy ingin berpesan kpd anak2 sekalian bahawa cukuplah sekadar kita berdoa memohon keselamatan dan kesabaran drpd Allah swt bg menempuhi dugaan dan ujian2 yg pasti akn dtg pd tahun 2014.

Serba sedikit dinukilkan di bawah ini realiti umat Islam kita buat masa kini yg harus kita insafi supaya bala bencana yg lebih teruk x akn menimpa kita jika kita terus lalai dan gagal untk menjlnkan tanggungjawab kita sebagai Khalifah Allah swt di muka bumi ini. Mmg keadaan kita berbeda2, bisa di suatu tempat org mencari2 dan sanggup membayor untk menimba ilmu agama tpi tiada pula guru atau Ust yg nok mengajar mereka manakala di kawasan yg lain pula bnyk terdapat masjid dan surau yg sering mengadakan program ilmu secara percuma tetapi tiada (x ramai) pula org yg berminat untk mengikutinya - inilah realitinya pd saat ini seperti mana yg dihuraikan oleh seorg pendakwah bebas yg sering berulang alik di antara Semenanjung dan Sabah.

Di Sabah beliau telah berhadapan dgn pengaruh Kristian yg kuat yg sedang giat nk menakluki hati2 peribumi di sana dlm keadaan umat Islam yg dhaif dan serba kekurangan dri segi material dan tenaga agama. Tpi alhamdulillah dlm keadaan serba kekurangan itu ramai yg masih dahagakan ilmu agama yg sebenarnya... Di Semenanjung pula komen Ust itu, keadaannya amat jauh berbeda, kebnykkan yg Islamnya dah semcm "complacent" dgn agama mereka dan sering lebih memfokus kpd hiburan di dlm kegiatan seharian mereka sehinggakan sanggup "ponteng" dri ke masjid jika ade sesuatu rancangan menarik di TV dan jika ke masjid pula ia sering mengeluh x dpt balik awal kerna ade program ilmu sblom solat yg memakan masa yg lama! 

Rata2 jika dilihat dri jangkamasa panjang, trend di Semenanjung ini amat membimbangkan dan mungkin akn mencetuskan "tragedy Andalusia" yg baru di mana umat Islam yg lemah yg sedang lalai mengejar dunia dgn meninggalkan agama dikalahkan oleh pihak musuh yg bersatu!