Azam 2014 - Ibrah antara 2 kapal.

Sebenarnya tiada apa yg nok digumbirakan menjelang dtgnya 2014 kerna kita baru sahaja menyambut tahun baru kita sendiri iaitu 1435H x berapa lama sblom ini. Jika nok diambil iktibar dri kedatangan tahun baru 2014M pun, mmg kita semua boleh bersetuju bahawa dgn meningkatnya usia dunia ini maka peristiwa akhir zaman iaitu kiamat sudah tentunya semakin hampir!

Oleh itu apakah rasenya langkah2 yg perlu diambil untk menyelamatkan "bahtera" atau kapal kita dari ditenggelami dek fitnah akhir zaman yg ditaja oleh Dajjal laknatullah yg dh bnyk sekali tanda2 kemunculannya...

Bercakap pasal kapal, aku berpeluang mendengar sesuatu yg patut di share di sini untk ibrah kita bersama supaya kita dpt memilih di antara dua kapal yg ada di zaman moden ini untk menyelamatkan diri kita dri dugaan Dajjal akhir zaman... Sejarah telah memperlihatkan kpd kita tentang cerita dua kapal yg hebat, di mana kapal pertama adalah kapal Nabi Nuh a.s (yg melambangkan kesucian agama) dan kapal yg kedua Titanic (yg melambangkan kekufuran dan kesombongan manusia terhadap Rabbnya).

Jika ditanya di manakah kedua2 kapal tersebut akhirnya mendarat, kita akn dpt jawapannya yg menunjukkan di mana letaknya agama dan di mana letaknya kekufuran iaitu di dasar laut kekufuran itu di tempatkan dan setinggi gunung agama itu di tempatkan... Jika ditanya juga, bagaimana keadaan penumpang atau penghuni kedua2 kapal tersebut? Kita semua tahu jawapannya yg penumpang kapal Nabi Nuh a.s. semuanya selamat manakala penumpang kapal Titanic berkubur di dasar laut!

Itulah kesudahannya yg perlu kita mengambil ibrah diantara peristiwa dua kapal tersebut dgn memilih kapal yg betul untk kita tumpang dlm perjalanan menuju ke akhirat. Maka dgn kedatangan tahun baru 2014 ini, seharusnya kita berusaha untk menaiki kapal seumpama kapal Nabi Nuh a,s. yg dibina khas untk menyelamatkan hamba2 yg beriman dan bknnya menaiki kapal umpama Titanic yg dibina untk mencabar kuasa Tuhan....

0 comments:

Post a Comment