Rasuah musuh utama kita

Tak mustahil jika kontrovesi coklat yg hebuh diperkatakan baru2 ini dan beberapa lg isu2 panas yg berlegar di media massa adalah merupakan usaha nok mengaburkan perhatian umum dri isu yg sebonarnya iaitu masalah rasuah...

Umum mmg sudah mengetahui bahawa masalah rasuah di negara kita bole dikatakan dh mencapai tahap kronik....

Penyakit rasuah ini telah berakar umbi lama di dlm masyarakat sehingga yg terbabit bkn saja dri golongan atasan malah ia dh lama juga menular di peringkat bawahan yg dh semakin berani melakukannya secara "open"...

Seperti yg diceriterkan oleh anak buah ku yg baru saja menyiapkan suatu projek di sebuah negeri, katanyer , "Tiada satu aktiviti pon yg boleh di siapkan awal jika para pekerja yg dh semmgnya dibayor gaji tak diberi "pelincir" untk menyiapkan kerja yg semmgnya kerja itu adalah tugasan meke yg dibayor gaji itu!"

Sebagai org yg beragama dan mengetahui halal dan halam, gejala rasuah itu bkn saja haram dan berdosa tpi ia juga adslah musuh utama kita yg akn merosakkan generasi akn dtg kerna rezeki yg diberikan kpd meke adalah dri sumber yg haram... ini sudah pasti mempunyai impak kpd keturunan kita yg mungkin x diberkati dek kerna "makan rasuah"...innalillah.

Kenduri! kenduri! kenduri!

Seusai je melayani musim jemputan kenduri kawen tika coti sekolah baru2 nih, jemputan disambung lg dgn kenduri tahlil arwah serta doa selamat sempena menyambut Ramadan pulak...

Jemputan silih berganti, pendek kata setiap lepas solat fardhu sejak masuk 16 Syaaban ni ada saja yg menjemput jemaah masjid ke rumah meke bg melunaskan hajat tuan rumah yg sngt2 berhajat untkdidoakan meke dan arwah2 kaum keluarga meke....

Itulah mmg nmpok semcm dh menjdi budaya tegar masyarakat Melayu kita sejak dri dulu lg yg akn mengadakan kenduri dan upacara doa selamat "for the slightest reason"...

Btollah ada seseorg professor yg arif tentang budaya masyarakat majmuk di negara kita ini secara berseluroh menyimpulkan, jika terdpt lebih dri seorg India di sesuatu tempat meke akn start berpersatuan dan menubuhkan kelab, bg yg China lak jika meke lebih dri seorg meke akn start menubuhkan geng merampok dan bg hok puak Melayu lak meke akn start panggil yg lain tok buat kenduri!! 

MasyaAllah tabarakallah teruskanlah berkenduri itu asalkan x membazir kerna sekurang2nya masih ada lg yg ingat akn arwah2 yg telah terlebih dahulu pergi dri kita...

Dh pencen bela ayam

Semasa minam2 dgn Ust yg berceramoh pg tdi, dia telah "merintih" mengenangkan berbagai2 gelagat dan gaya org2 zaman sekrng menghabiskan masa tua meke sementara "tunggu mati"....

Tambohnya lg, sepatutnya meke2 yg dh bnyok menghabiskan masa muda meke dgn tugasan dan t/jawab yg x pernah selesai itu pabila dh pencen blajor2lah untk berjinak dgn masjid tok "cover" sebnyok mungkin mana yg dh terluput agar biler tiba ajalnya setidak2nya ia akn mendpt sedikit ketenangan jiwa tika nyawa berpisah dgn badan dan dibawa menghadap Rabbnya...

Tpi x semua yg kita harapkan berlaku seperti yg diharapkan kerna hidayah itu hak Allah SWT dan hanya Dia saja yg bisa mengarahkan hati2 itu untk ke masjid membuat kebajikan atau membuat lagho samasekali jauh dri mendpt RahmatNya...

Begitulah sambungnya lg tentang kisah yg dia sendiri alami dgn nasib bekas seorg pegawai tinggi sebuah bank yg dh pencen dan la ni berusia lebih 70 tahun tpi masih "leka" dan seronok dgn hobi barunya membela ayam2 di perkarangan rumahnya sehingga 'org rumahnya' pon hairan melihat keghairahan suaminya yg sanggup menghabiskan masa berjam2 sehari mengulit ayam2 belaannya itu sehingga x terlintas pon nok ke masjid tok berjemaah atau bergaul dgn ahli2 kariah yg lain....

Mungkin itu adalah secebis saja dri bnyok kisah2 lain yg lebih "canggih" tentang kehidupan dunia yg "memenatkan" ini....semoga kita dirahmati Allah untk mengisi masa2 kita dgn perkara2 yg diredhai Nya - aameen.

Amalan apa nok ku cagorkan?

Dikisahkan tiga org pemuda telah terperangkap di dlm sebuah gua pabila pintu gua telah terhalang oleh sebuah batu yg besar...

Pemuda pertama telah berdoa dgn mencagorkan amalannya yg bisa x memberi susu kpd anok dan isterinya seblom diberi minum kpd ibu dan bapanya dgn berkata, " Jika amalan ku ini Kau terima ya Allah, maka bukakanlah pintu gua...", maka batu itu bergerak tpi masih blom meke bisa keluar... 

Pemuda yg kedua pula berdoa, "Aku telah mengembangbiakkan gaji seorg pekerja ku yg x mengambilnya dgn ternakan kambing yg banyk dan apabila ia dtg kembali aku telah serahkan kesemuanya kpdnya tanpa meminta sedikit upah pon, jika Kau terima amalan ku itu bukakanlah pintu gua ya Allah...", maka batu besar itu berganjak lg sedikit tpi masih meke x boleh keluar....

Maka pemuda yg ketiga pon berdoa, "Ya Allah aku telah memujuk untk berzina dgn sepupu ku dan ia telah bersetuju melakukannya dgn bayaran 35 dirham yg telah ku berikan kpdnya, tetapi pabila ku hampir melakukannya ia telah berbisik kpd ku, 'tidakkah kau takut kpd Allah?', pabila aku mendengarnya aku telah lari meninggalkan sepupu ku itu dan bertobat kerna takut pd Mu ya Allah, jika Kau terima tobat ku itu, bukakanlah pintu gua ya Allah...", maka batu besar itu terus beralih untk membolehkan ketiga2 pemuda itu keluar... 

Persoalannya sekrng, jika kita ditimpa musibah semcm pemuda2 tersebut, apakah ada amalan kita yg kudus dan tulus mulus untk dicagorkan kpd Allah?? - innalillah.

Baligh pd usia 120 tahun?

Berbanding dgn umat2 yg terdahulu yg rata2 panjang usia, sehingga ada yg mencatatkan kisah Nabi Ibrahim as yg telah baligh pd usia 120 tahun, umat Nabi Muhammad saw ghalibnya paling lama hidup antara 60-70 tahun seperti yg disabdakan oleh Baginda saw...

Oleh itu Allah swt telah menganugerahkan kita beberapa kelebihan yg x didpti oleh umat2 yg terdahulu yg diantaranya adalah kelebihan bulan Ramadan yg tiada difardhukan puasa di dlmnya pd umat2 yg terdahulu...

Dan yg terlebih istimewa lg untk kita adalah anugerah "keajaiban" mlm al-Qadar yg mana ia adalah lebih baik dri seribu bulan beribadah atau pun bersamaan dgn beribadah selama lebih 83 tahun dlm semlm je...

Bayangkanlah jika kita diizinkan bertemu dgn mlm al-Qadar itu sebnyok 20 kali saja seblom ajal kita, sudah pasti amalan kita dh bersamaan atau lebih dri umat2 yg hidupnya panjang seperti umat Nabi Adam as yg rata2 hidup lebih dri 1000 tahun...

Tetapi dgn syarat hendaklah kita ikhlas mengejar mlm teristimewa itu dan x henti2 berdoa agar diizinkan Allah swt jua..insyaAllah.

"Lurus dan rapat2kan Saf!!"

Itulah "jeritan" dan nasihat Tok Imam yg bisa kita dengar sejurus seblom setiap solat berjemaah nok bermula di masjid2 atau di mana2 saja solat berjemaah akn didirikan....

Menjaga dan memperkemaskan barisan atau saf itu sebenarnya adalah merupakan suatu kefardhuan dan simbol atau lambang kesatuan ummah yg mempunyai erti dan impak yg besar di dlm kehidupan beragama kita sebagai umat Islam...

Dri suatu sudut ia mencerminkan penekanan agama terhadap hidup yg berdisiplin yg harus kita lalui sebagai pra- syarat untk mencapai kejayaan di dlm apa jua usaha yg kita nok lakukan....

Umat atau bangsa yg x berdisiplin akn mendapati suatu tugasan yg amat berat bg memajukan bangsa tersebut kerna pencapaian sesuatu usaha yg dijlnkan tanpa disiplin yg kukuh tidak akn jdi sekukuh pencapaian yg diusahakan dgn berteraskan disiplin yg mantop...

Begitulah agama mengajar kita secara sedor atau x sedor bahawa setiap sesuatu yg dilakukan semasa solat itu adalah merupakan pedoman berguna untk kita amalkan juga tika di luar solat bg mendpt impak kejayaan yg maksima di dlm kehidupan seharian kita....

Jgnlah hanya tika solat saja saf kita lurus dan rapat sedangkan seusai saja solat ia dh jdi bengkang bengkok mcm saf yg di patuk ulor!

Mana roti aku?

Dikisahkan dua org gelendangan yg kelaparan telah singgah di tempat pembuat roti untk mendptkan bekalan roti yg diberi percuma pd setiap hari...

Sesampainya mereka ke tempat pembuat roti itu, si gelendangan yg pertama telah diberi se bungkus roti lalu terus ia beredar dri tempat itu...

Walaubagaimanapun si gelendangan yg kedua telah terpaksa menunggu lama tpi masih lg rotinya belum kunjung tiba sehingga membuatkan ia gelisah dan beranggapan yg bermcm2 terhadap pembuat roti tersebut...

Setelah sekian lama menanti, tetiba muncul si pembuat roti dgn se bungkus roti yg masih panas dan segar lalu diberikan kpd si gelendangan yg hampir2 nok putus asa dan memarahi si pembuat roti itu yg disangka telah melupakannya yg sedang "melanguk" menunggu ketibaan rotinya...

Begitulah di dlm hidup ini, Allah SWT itu mmg Maha Kaya dan Maha Mengetahui akn apa yg telah disediakan untk hamba2Nya...

Di dlm kita berdoa dan memohon sesuatu hajat itu haruslah kita bersabor dan jgn mudoh berputus asa kerna Allah itu bisa tahu masa yg tepat dan sesuai untk doa kita itu dimakbulkan dgn sesempurna mungkin menurut kehendakNya bknnya kehendak kita...SubhanAllah.

Ade parasit di masjid?

Sambil aku makan di kantin masjid baru2 nih tetiba aku terdengar Tok Imam di sebelah berkata pd rakannya, "Masjid ini akn ok kalu kita dpt hapuskan parasit - parasit! "...

Parasit? Aku yg tompang kepoh mendengar kata2 Tok Imam itu terfikir juga apa yg dimaksudkannya dgn "parasit masjid"?

Setahu aku kalu x silap dri apa yg dipelajori dulu2, parasit adalah merupakan sejenis makhluk yg hidup dgn menompang dan "menghisap darah" makhluk yg ditompangi itu.....

Jika begitu tafsirannya, adakah yg dimaksudkan oleh Tok Imam itu adalah parasit dri jenis makhluk berkaki dua yg menggunakan masjid untk kepentingan peribadi meke? Atau pun parasit dri jenis yg tahu komplain dan membangkang akn segala kebaikan yg nok di lakukan di masjid atau dri jenis yg menghalang aktiviti "amar maaruf nahi mungkar" anjuran masjid dan yg sewaktu dgnnya?

X mustahil mungkin parasit yg dimaksudkan itu seperti semua yg tersebut di atas di mana ia dh sekian lama menular di kebnyokkan masjid kita dan dlm masa yg sama menjdikan masjid2 kita jumud dan x bermaya...

Oleh itu perlulah kita sebagai jemaah yg ikhlas dan tiada berkepentingan memastikan yg masjid2 kita menjdi "zon bebas parasit" supaya ia x jumud dan dpt diimmarahkan sebagai pengkalan untk masyarakat setempat memertabatkan syiar Islam disamping melahirkan insan2 yg bertakwa yg diberkati Allah SWT...Wallahua'alam.

Janji Urquub

Bidalan Arab yg masyhur ada menyebut jika seseorg itu berjanji dan x ditunaikannya, janji itu adalah dianggap sebagai "janji Urquub"...

Ini adalah sebagai suatu kiasan kpd org yg x berpegang pd janji2nya, ini sama juga seperti bidalan Melayu kita, "menanam tebu di tepi bibir" atau yg sewaktu dgnnya yg bisa merujuk kpd janji yg x ditepati atau dlm bahasa pasca pilihan raya sebagai "janji yg dicapati! "

Berbalik kpd asal usul terbitnya istilah "janji Urquub" seperti yg dikisahkan oleh seorg Ust, bahawa Urquub itu adalah nama seorg pemilik kebun kurma yg pd suatu hari telah didatangi oleh seorg saudaranya yg ingin meminta sedikit dri kurmanya itu....

Dia telah berjanji kpd saudaranya itu supaya dtg dlm beberapa bulan lg selepas kurmanya benar2 masak baru dia akn berikan kurma yg diminta itu....

Selang beberapa bulan selepas itu apabila saudara itu dtg semula ke kebun kurma Urquub, didptinya semua kurma2 telah habis di"harvest" oleh Urquub tanpa meninggalkan sedikit pun seperti janji2nya dulu...begitulah sampai ke hari ini "janji Urquub" disebut oleh org Arab bg melambangkan org yg x disukai oleh Allah SWT dan juga manusia sejagat lantaran ia telah mencapati janji2nya....innalillah.

X Rugi Berakhlak Mulia

Siang tadi aku berkesempatan menghadiri majlis kenduri kawen seorg yg bole ku kira sebagai "sahabat" ku walaupun dia sebenarnya sahabat anok ku...

Sejak dri dia kecik ku perhatikan perkembangan "sahabat" ku ini yg sebaya dan sekelas (tika darjah rendah) dgn anok ku...

Mmg jika nok dibandingkan dri sifatnya yg ceria dan sentiasa "mesra alam" itu, ia amat jauh berbeda sekali dgn anok ku yg agak pendiam dan "reserve" dlm perwatakannya (seperti bapanya kot).....

Yg membuatku tertambat pd "sahabat" ini di dlm ramai2 kwn anok ku itu adalah akhlak mulia beliau yg ku anggap "natural" dlm pandai mengambil hati dan cepat mesra pd org yg jauh lebih dewasa drpdnya...

Begitulah x rugi jika kita bersifat "mesra alam" dan sentiasa menghormati org lain kerna ia bisa "menjemput rezeki" kpd pemiliknya....dan kebetulan sejak akhir2 ini ku ada terdengar yg "sahabat" ku ini telah menjawat jawatan yg bole dikira lumayan dan amat sesuai dgn perwatakannya itu....

Ku doakan semoga kau berjaya di dlm kerjayamu dan di dlm mengharungi kehidupan berkeluarga dan sebagai bapa kpd anok2 mu (yg insyaAllah akn berakhlak mulia seperti mu jua)....aameen.

Bersedia menyambut tetamu Agung!

Jika ditanya siapakah gerangannya tetamu Agung itu? Mungkin dh ramai yg tahu dan x sabor2 lg untk menyambut kedatangannya dgn segala persediaan yg termampu dri segi mental dan fizikal masing2 sesuai dgn status "Agung" tetamu tersebut...

Mmg dh x lama lg kita akn masuk ke suatu bulan yg di dlmnya ada "suatu mlm yg lebih baik dri seribu bulan"...bulan seribu rahmat yg dinanti2kan oleh setiap org yg bertakwa - yg bisa menyerahkan segala hidup dan jiwa raganya hanya untk mencari keredhaan Rabbnya, Allah SWT...

Itulah Ramadan Karim, tetamu Agung yg belum tentu semua org yg sempat bertemu dgnnya pd tahun lepas akn dpt berjumpanya lg pd tahun ini tanpa izinNya...

Jika kita bertuah dan terpilih pd tahun ini untk mendpt rezeki bertemu Ramadan Al-Mubarak sekali lg, anggaplah ia Ramadan yg terakhir bg kita untk kita "pulun habih" dan bersedialah untk menyambutnya bagaikan menyambut tetamu istimewa yg akn berkunjung ke rumah kita dgn menyediakan dri sekarang segala jenis persediaan dan "kelengkapan" dri juzuk ilmu dan semangat yg ada di segala pelusuk jiwa raga...

Semoga Ramadan kali ini adalah Ramadan yg terbaik dan termabrook yg pernah kita lalui demi mencari redha Allah SWT dan di akhirnya mendpt pembebasan yg paling agung sekali iaitulah pembebasan dri seksaan api Nughaka....aameen.

Menanti dgn senyuman:

Bisa seseorg ahli maksiat yg nyawanya hampir disentap dan dia dh "nmpok" apa azab yg sedang menunggunya, akn serta merta insap, dan tertanyer2 pd dirinya, "Apakah yg akn aku nok jawab di hadapan Allah SWT? Bekalan apakah yg dh ku sediakan untk saat pertemuan ini??..." 

Di kala itu menitik "air mata darah" sekali pun x akn dpt kita perbaiki masa yg sudah luput dgn ajal yg tiba bersama pintu taubat yg telah tertutup...

Tpi skrng ini, x kisah di dlm apa jua kondisi "kemaksiatan" yg kita sedang berada, kita masih lg mempunyai peluang untk berusaha melakukan sesuatu...dlm erti kata lain masih mampu untk melakukan "anjakan paradigma" bg berubah dri x melakukan kpd melakukan kebaikan dgn harapan mudah2an kita mendpt maghfirah serta keampunan dan keredhaan driNya...

Dan peluang yg terbaik itu dh semakin hampir kita tempuhi, pd yg sedang menanti2 ketibaannya, ia seandai menanti kedatangan kekasih yg tercinta dan yg teristimewa yg bisa membuat hati melonjak2 dek x sabor ingin melihat senyuman wajah kekasihNya itu - Ramadan Karim.

Mudah2an dia dtg dan pergi dlm keadaan tersenyum dan mudah2an kita jua tersenyum menyambutnya dan apabila kita bertemu dgn Allah SWT kita juga dlm keadaan tersenyum kerna kita pernah menyambut Ramadan dgn senyuman....aameen.

Imam lupo makmum bercempera

Subuh tdi Imam tuo telah ke depan tok mengimamkan solat. Ia bermula agak normal dgn bacaan Surah Sajda pd rakaat pertama seperti biase2 di pagi2 Jumaat...

Sesampainya Imam ke ayat sajda, makmum telah bersedia untk "terjun" buat sujud tilawah tpi agak "terkedu" apabila imam terus rukuk dan apabila selesai sujud pertama ia telah terus naik ke rakaat kedua dgn membaca Fatihah dan menyambung ayat Sajdanya...

Makmum yg dh mula bercempera ada yg terus "naik" ikut imam tanpa melakukan sujud yg kedua dan ada yg sempat sujud kali kedua seblom naik ke rakaat kedua...

Tanda2 Imam dh mula jauh menerewang semakin jelas apabila dia terus sujud tanpa membaca Quunut selepas rukuk rakaat kedua, tpi nmpok makmum masih bole bertahan lg dgn kekhusyukkan masing2 sblom keadaan menjdi "gempar dlm senyap" apabila Imam terus naik ke rakaat ke tiga dgn membaca Fatiha dan surahnya...!!

90 peratus makmum telah naik ikut Imam dgn rakaat ke tiga subuhnya sehingga selesai solat subuh 3 rakaat Imam yg lupo itu dan yg lelainnya (termasuk yours truly) ada yg terpaku di posisi tahiyyat akhirnya seblom mengambil keputusan bermufarakah dan terus memberi salam.....innalillah.

Ibrah Habil Qabil

Dri semenjak kecik mmg kebanykkan kita dh berulang kali mendengar kisah kedua anak Nabi Adam AS ini - yang abang bernama Qabil dan yang adek bernama Habil...

Dri kisah kedua "adek-badek moyang" kita ini ada beberapa ibrah atau pengajaran penting yg patut kita ambil "pot" demi "mengelakkan diri terjerumus" ke dlm situasi yg penuh dgn keperitan azab di dlm perjalanan hidup kita menuju ke alam yg kekal abadi...

Di antara ibrah dri kisah mereka berdua ini adalah bagaimana kita lihat kedua mereka mengerjakan ibadah qurban yg diperintahkan oleh Allah SWT...Qabil sebagai petani telah membawa qurbannya yg berupa hasil tanamannya manakala Habil pula sebagai penternak telah membawa hasil ternakannya sebagai qurban...

Tetapi mengapakah qurban Habil telah diterima manakala qurban Qabil telah dibakor, x diterima oleh Allah SWT? Ibrahnya ialah Habil telah mengorbankan haiwan ternakannya yg terbaik dan yg paling disayanginya sedangkan Qabil telah menjdikan hasil tanamannya yg dh nok "expired" dan tidak dikehendakinya lg sebagai pertaruhannya...

Oleh kerna kecewa dan marah yg qurbannya telah tidak diterima Allah SWT, Qabil telah menyatakan hasratnya untk membunuh adeknya itu dgn berkata kpd adeknya Habil, "Aku akn bunuh kau!"...lantas dijawab oleh Habil dgn suatu lontaran kata2 yg kemas dan mantop yg sarat dgn mesej akidah yg patut kita semua contohi, "Aku x akn sekali2 mengangkat tanganku untk membalas apa yg ingin abang lakukan itu, kerna aku takut akn balasan Allah SWT bkn kerna aku takut kt abang...."

Lalu Qabil pun terus melakukan dosa "pembunuhan pertama" di dalam sejarah kemanusiaan dgn menjdikan adeknya Habil sebagai mangsa pembunuhan pertama di atas muka bumi ini...

Sebagai ibrahnya, bayangkanlah, nasib Qabil sebagai pembunuh yg telah meninggalkan dunia ini sejak sekian lama yg masih lg "menanti" di alam kubur yg sampai ke la ni belum kiamat lg...betapa "peritnya" seksaan kubur yg dilaluinya jika nok kita amati kerna dosa membunuh yg pernah dilakukannya itu?...

Pilihlah, kita nok jdi lagu mana, berada di alam kubur dgn cukup bekalan (amalan soleh) supaya x kehabisan dan nyaman tika "menanti" dlm suatu perjalanan yg sngt jauh menuju Akhirat atau dgn tiada bekalan langsung, malah dosa maksiat pula yg kita bawa bersama....innalillah

Kita pergi x tau biler

Pas Isyak tadi dpt sms, menantu Pokcik sebelah rumah lama ku mengejut meninggal
ptg tdi akibat sosak nafas...

Mmg mengojut berita nih sebab yg sakit bapak mertuanya dan yg pergi dulu
menantunya, innalillah...

Itulah ketentuan Allah, segalanya di dlm ilmu dan ketentuanNya dan kita sebagai
hambaNya yg lemah hanya mampu mengambil iktibar dri kematian ini dan berdoa
agar kita sempat menampal lobang2 dosa kita dgn taubat nasuha sblom masa kita
tibe....

Kita doakan semoga roh arwah yg juga sahabat "berbual2" ku di cucuri
rahmat dan dikumpulkan di kalangan roh2 org yg soleh...pemergianmu mmg x diduga
dan yg pasti kami akn menyusul kerna mati itu pasti, hidup insyaAllah...