Kenangan Ramadan:

Mendengar pesan seorg Ust di corong radio membuatkan koi terfikir sejenak ttng apakah kenangan dri Ramadan yg baru berlalu yg boleh diambil iktibar untk "menambah nilai" kehidupan koi dan keluarga seterusnya....

Sekali imbas nmpok mcm tiada apa2 yg special yg boleh dijdikan kenangan dri apa yg telah dilalui dlm sebulan Ramadan yg begitu pantas berlalu...rasenya tiada kelainan yg ketara yg dpt dinobatkan sebagai kenangan utama seusainya Ramadan....

Cuma koi perasan Ramadan kali ini ada kelainan sedikit dri yg sudah2 kerna jika x silap inilah buat julung2 kalinya sejak sekian lama meng"attend" madrasoh Ramadan, koi sempat habis bertaddarus sampai majlis khatam di masjid!!

Ini boleh dikira sebagai satu "rekod dunia"!!

Terkenangkan inilah yg tetiba membuat koi terasa sebak dan insap sangat2 kerna sedih mengenangkan kesia2an masa lalu yg menyebabkan setelah berpuluh tahun menempuh Ramadan inilah buat pertama kalinya baru diberi izin olehNya untk dpt membaca ayat2 suciNya di dlm satu khalaqah di dlm masjid di dlm semulia2 bulan...

Koi berdoa semoga peluang yg telah diberikan itu akn menjdi kenangan Ramadan yg manis yg bisa diterjemahkan dgn terus beristiqamah untk mengulit dan mentadabbur ayat2 suciNya di sisa2 hidup yg berbaki bg menambahbaik jiwa demi mencari redhaNya - aameen.

5 waktu 5 masjid:


Pagi2 lg dh dpt call dri jiran ku memberitakan isterinya telah kembali ke rahmatullah, innalillah....

Arwah mmg seorg x bnyk cakap dan seingtku apabila sesekali ku bertandang ke rumahnya "borak2" dgn suaminya beliau sering senyum dan x bnyk menyampuk selain dri bertanyakan hal berkaitan anak2. Mmg benarlah soal hidup mati itu adalah hak Allah, dlm menjaga suaminya yg sakit dia pula yg "pergi" dahulu....semoga pemergiannya yg mudoh itu, menjdi petanda mudoh segala urusannya di sana - insyaAllah aameen.

Oleh kerna ada meeting pd paginya aku hanya dpt menziarahi jiran ku itu pd sebelah ptgnya setelah semuanya selesai seblom zuhur....dan sebelah mlmnya pula aku sempat bersama dlm majlis kenduri untk arwah...

Begitulah "program" hidup ku satu hari suntuk pd hari ini mengejor dan dikejor oleh masa. Mmg tiada siapa yg tahu apa yg akn dilakukannya pd keesokan hari masing2... Jika panjang umur!

Yg menjdikan aku rasa hari ku ada kelainan sket pd hari ini selain dri kematian isteri jiran, aku bersyukur kerna telah diizinkan Nya (dlm kelam kabut mengejor masa itu) untk sempat singgah berjemaah di 5 masjid yg berlainan (yg kebetulan masjid2 yg ada mengimbau nostalgia masa silam) setiap kali masuknya waktu solat - alhamdulillah....

Top 10 sebab org x pi masjid:

Mmg bnyok sebab2 jika nok difikirkan kenapa seseorg itu x pergi ke masjid, sedangkan masjid itu adalah "rumah Allah" dan tempat yg paling selamat dan penuh berkat dan sepatutnya menjdi fokus aktiviti kehidupan harian kita sebagai umat Islam x kira di mana kita berada....

Sebaliknya jika kita perhatikan di sekeliling kita, terutama la ni di kawasan2 luar bandar, kebnykkannya masjid2, selain drpd hari jumaat dan hari2 perayaan, sedang berada dlm keadaan amat dhaif dan muram seperti bak kata org tetua - "hidup segan mati x mau"...

Ada beberapa kajian telah dibuat untk mengkaji sebab2 org x ke masjid dgn ada kajian yg telah listkan sehingga 25 sebab2 yg antara lainnya seperti masjid dekat kubur, bilik air kotor, bnyok tahi cicak dsbnya sebagai penyebab org x ke masjid....

Jika nok dipendekkan cerita, drpd list2 tersebut dpt aku simpulkan ada "top ten" sebab kenapa seseorg itu x pi masjid seperti berikut:

10. Rumah jauh dri masjid.
09. Hujan lebat
08. X dengar azan.
07. Sibuk kerja.
06. Penat.
05. Kecurian kasut.
04. Seluar kotor
03. X ade tok imam
02. X ngam dgn AJK masjid dan (top of the list at no. One....
01. X mendpt taufik dan hidayah!

Sudah tentu ada bnyk lg sebab2 "top ten" yg lain yg boleh diajukan, tpi yg lebih penting kita patut bertanya pd diri sendiri; "Jika kita sebagai umat Islam x mau nok memakmurkan masjid2 kita, siapakah lg yg boleh diharapkan?"...innalillah.

Ibadah Smart:

Kita bisa mendengar org menyuruh "work smart" jika nok maju dgn menghasilkan kerja yg berkualitas dan memberi pulangan yg lumayan dlm masa yg singkat....

Bagaimana pulakah kaedahnya dlm melaksanakan "ibadah smart"?

Umum mmg sedor yg umat Nabi Muhammad SAW ini x panjang umurnya berbanding dgn umat2 yg terdahulu...Jika berpandukan dri mafhum hadith, majoriti kita hanya ada sekitar 60-70 tahun sahaja untk hidup di atas muka bumi nih, dan jika ditolok dgn aktiviti2 lain seperti tidur, mkn, berkenderaan dsbnya, kita mungkin hanya ada lebih kurang separuh atau lebih sikit dri umur yg ada untk diisi dgn amalan2 yg bule dijdikan bekalan untk di"sana" nnt...

Faktor kesuntukan masa dan dgn x mengetahui bila sebenarnya "tarikh luput" kita inilah sepatutnya menjdi pemangkin bg kita untk beribadah bg mengumpul bekalan dgn berkonsepkan "ibadah smart"...

Mmg terlalu bnyok jika nok diperincikan apa yg bule dikategorikan sebagai "ibadah smart" di mana terdpt terlalu bnyok ayat2 suci Al- Quran dan hadith2 sohih yg telah menyebutkan amalan2 yg tinggi nilainya di sisi Allah SWT untk kita praktikkan....

Sebagai contoh, ibadah smart seperti solat berjemaah, berwakaf dan bersedekah dsbnya itu bisa memberi pulangan yg tinggi dgn "modal" sedikit. Ia bisa juga "memanjangkan" umur kita dan bule menjdikan pelakunya mendpt "dividen" pencen kubur yg berterusan sampai hari kiamat....

Jom ibadah smart! Jgn tangguh2 lg...

Masjid Kambing:



Bisa jika di kampung2 atau di kawasan2 pendalamang, jika namanya pun dh "Masjid Kambing", sudah pasti kita bersedih apabila membayangkan betapa dhaifnya masjid tersebut dan betapa kurangnya sambutan dri ahli kariah untk memakmurkan masjid sehingga ia terbiar begitu sahaja dan hanya layak menjdi "port" untk kambing2 melepak...

Begitulah ceritanya tika seorg penceramoh yg sedang berceramoh tentang peranan institusi masjid yg patut di upkan lg, bkn sekadar tempat solat berjemaah malah menjdi pusat untk menggerakkan aktiviti masyarakat setempat...

Ia seterusnya telah memberikan suatu contoh sebuah masjid yg tersangatlah aktifnya yg terletok di tengah2 bandor di dlm negeri Selangor, x silap katanya di Serdang, (sebab aku pun x pernah sampai ke situ)..sehingga ia diberi gelaran Masjid Kambing...

Guaner gtu? Mengapakah nama sedemikian? Menurutnya dri dulu lg AJK masjid ini mmg terkenal dgn amalan meraikan majlis ilmu dgn "menumbangkan" seekor kambing setiap kali ada Ust2 dtg untk mengajor atau berceramoh....maka saban lama lekatlah gelaran nama x rasmi Masjid Kambing seperti yg diberi itu...

Yg peliknya seperti yg diceritakan oleh Ust tdi, suatu hari dia berkesempatan bertanya kpd Pengerusi masjid tersebut (suatu soalan bodo katanya!), "Tuan! tentu besor belanjanya untk menumbangkan seekor kambing setiap kali diadakan majlis ilmu, siapa yg tanggung kosnya?" Lalu dijawab spontan oleh Pengerusi tersebut, "Ya!", sambil tangannya menunjuk ke arah langit!...SubhanAllah!!


Kotok Kosong:

Mendengarkan kisah tika di akhirat nnt membuat ku terpana dan terfikir dan bertanya sendirian; "Apakah akn kesudahan ku nnt, dan mereka2 yg ku kasihi dan mereka yg se agama dan yg se akidah dgn ku?"... Adakah kita semua akn diberi rahmat dan dihimpunkan sebagai "puak kanan" atau sebaliknya sebagai "puak kiri"?...

Ya, mmg tiada siapa yg tahu kerna ilmu itu adalah hanya hak milik Dia yg Maha Esa dan kita x disuruh "kepoh", kerna yg kita disuruh adalah untk memperbnykkan bekalan ke sana....

Jika bekalan itu umpama kotok2 yg akn dibukakan di hadapan kita tika dihisab di akhirat nnt, adakah kita dh bersedia untk meneka apakah yg ada didlm kotok2 tersebut?

Ya, bersyukur dan bergumbiralah mereka yg pabila dibuka kotok2 yg dibawa itu bnyok yg penuh dgn pahala2 amalan soleh dri yg diisi dgn dosa2 maksiat....dan sebaliknya akn merudum serta bermuram durjalah mereka jika kotok2 yg dibawa itu bnyok yg penuh dgn dosa2 maksiat dri pahala2 amal soleh mereka...

Dan yg lebih merugikan lg dan membuatkan mereka "menyesal x sudah" dibuatnya apabila dibuka kotok2 yg mereka bawa itu hanya didpti kotok2 kosong yg x bule nok membantu "memberatkan" timbangan mereka atau menaikkan darjat mereka di Syurga akibat dri kelalaian tika hidup di dunia dahulu....innalillah.

Merdeka yg ku ingat

Seingtku setiap kali sambutan Merdeka di adakan sewaktu ku kecik2 dulu mmg x sah jika x diadakan perarakkan "kete berhias" dan pembinaan pintu2 gerbang yg dihias indah bg merayakannya di merata ceruk di negara tercinta ini...

Tahun demi tahun silih berganti, sambutan yg sama tetap diadakan bg menyambut tibanya bulan kemerdekaan...

Sehingga suatu ketika tetiba perarakkan "kete berhias" dan pembinaan "pintu gerbang" lenyap dan x dilakukan lg apabila timbul kesedaran bahawa ianya x melambangkan kemerdekaan yg sebenarnya dan hanya menggalakkan pembaziran saja...

Begitulah kemanisan kemerdekaan yg dinikmati (setelah lebih 400 tahun dijajoh) akn menjdi lebih manis jika kita mula sedor yg kemerdekaan yg sebenornya bknlah bebas untk merayakannya dgn segala pembaziran yg bole dilakukan tpi lebih kpd bebas memikirkan apa yg kita boleh sumbang untk kebaikan kita bersama....

Mimpi jumpa Malaikat Maut:

Dikisahkan pd suatu malam Imam Malik ra telah bermimpi bertemu dgn Malaikat Maut (MM). Beliau lalu bertanya bilakah gerangan dia akn mati...

Lalu dia melihat MM telah menunjukkan "signal" yg berupa "5 anak jari dri telapak tangan" seblom dia tersedor....

Setelah terjaga, Imam Malik ra merasa gelisah dan telah membuat berbagai2 andaian akn apakah yg dimaksudkan dgn 5 jari itu? Adakah dia akn "padam" dlm masa 5 hari, 5 tahun atau 5 jam lg atau apa?...

Kebetulan pd masa itu ada seorg pakor tafsir mimpi Muhammad Ibnu Sirin ra lalu Imam Malik ra pun telah pergi bertemu dgnnya untk ditakwilkan mimpinya itu...

Setelah mendengar cerita dri Imam Malik ra, Ibnu Sirin ra pun menyatakan bahawa pd firasat beliau simbol 5 yg ditunjukkan oleh MM itu merujuk kpd 5 ayat terakhir dri Surah Lukman di mana MM nok memberitahu Imam Malik ra bahawa dia sendiri pun tidak mengetahui kapan seseorg itu akn mati kerna hanya Allah swt saja yg ada ilmu itu.....innalillah.

Bertepatanlah takwil mimpi itu dgn maksud ayat terakhir dri Surah Lukman:

'Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.' Al-Quran (31:34).

Ibrah Pasir Jerlus:

Kisah ni ku "pick-up" dri Mufti Wilayah Persekutuan yg baru dilantik iaitu Dr Zulkifly Al - Bakry, semoga Allah merahmatinya....

Beliau mengisahkan tentang seorg kaya yg amat pemurah dan dermawan yg pd suatu ketika telah didpti hilang (presumed dead) akibat ditelan oleh Pasir Jerlus dlm suatu insiden berhampiran sebuah bukit tempat ia tinggal...

Setelah puas berusaha melakukan aktiviti SAR untk mencari dan menyelamatkannya, maka penduduk Kg mengambil kesimpulan org kaya itu dh menjdi arwah lalu membahagi2kan harto bondonya kpd waris2 yg layak...

Selepas beberapa tahun insiden itu berlaku, seorg pemuda dri waris2 tersebut kebetulan telah melalui kawasan Pasir Jerlus tersebut dan dia pun dgn x semena2 tenggelam ke dlm sebuah lubang yg dlm dan jatuh ke dlm sebuah gua yg luas...

Yg anehnya di dlm gua tersebut beliau telah mendpti seorg tua yg beliau cam sngt adalah "arwah" dermawan yg hilang beberapa tahun sblomnya....

Setelah mendpti mmg itulah orgnya, pemuda tersebut pun bertanya: "mcm mana Pokcik bole hidup bertahun lamanya dlm keadaan sedemikian?" Lalu dijawabnya, "setiap hari aku dpti telah tersedia makanan dri susu dan roti untk aku mkn, dan itulah yg menjdi rezeki ku selama di dlm gua ini..."

Ghuper2nya Pokcik dermawan ini sblom hilang ditelan Pasir Jerlus telah menjdikan rutinnya setiap hari menyediakan untk org2 yg susoh di Kg nya makanan percuma berupa susu dan roti yg mana amalan itu masih diteruskan oleh warisnya setelah dia menjdi "arwah".

SubhanAllah itulah ibrahnya untk kita melakukan sesuatu kebajikan yg mana ia pasti akn dibalas dgn lumayan oleh Allah swt....

Mengswastakan Jenazah:

Sungguh ia meruntun jiwa dan membuatkan ku insap pabila menonton video seorg Ust yg menceritakan bagaimana ibubapa yg meninggalkan anok2 yg soleh adalah merupakan org2 yg paling beruntung di dunia dan akhirat....

Apabila ia mati saja anok2 telah "bergotong royong" memandikannya sambil x putus2 mendoakan supaya arwah mereka berdua diampuni, dirahmati dan dikasihi sebagaimana mereka berdua telah menumpahkan segala kasih sayang menjaga anok2 semasa kecik...

Begitulah seterusnya semasa solat jenazah dan pengebumian, anok tdi telah terus kedepan untk mengimami solat dan "menghayun cangkul" sambil x putus2 terus berdoa memohon keampunan dan rahmat untk kedua ibubapa mereka sambil diaameenkan oleh adik beradik yg lain semoga dijdikan Allah swt kuburan keduanya terang dan luas dan menjdikannya salah satu dri taman2 Syurga....

Itulah peranan anok2 soleh yg sanggup berbakti kpd kedua ibubapa mereka sampai bila2 selg hayat dikandung badan...

Walaubagaimanapun, senario kelaku anok2 soleh seperti di atas dh jarang2 berlaku dewasa ini...

Apa yg berlaku ramai "anok2 moden" laa ni lebih "selesa" berjabat tangan dgn tok2 imam untk mewakilkan atau mengswastakan jenazah tersebut untk semua urusan "memproses" dgn alasan mereka x ada "exposure" dlm hal2 yg sedemikian walaupun mereka masing2 "belajor tinggi".....innalillah.

"Allah kirim salam!":

Begitulah Baginda saw telah menyampaikan ucapan "Salam" Allah swt kpd sahabatnya Abu Bakar As-Siddiq ra seusai sahaja Malaikat Jibril memberitahu kpdnya...

Selain dri Saidatina Khadijah, isteri Rasullulah saw dan Saidina Abu Bakar ra, sejauh mana yg ku ketahui, mmg x ramai para sahabat lain yg mendpt pengiktirafan yg setinggi ini sehingga Allah swt sendiri telah mengirimkanSalam Nya kpd mereka lantaran keyakinan dan pengorbanan mereka kpd agama yg suci ini...

Telah dikisahkan pd suatu ketika Saidina Abu Bakar telah menginfaqkan seluruh harta bendanya untk fisabilillah sehingga tiada apa pun yg tinggal di dlm rumah beliau...

Dan pd ketika itulah seorg peminta sedekah dtg kerumahnya dgn harapan Abu Bakar ra dpt memberinya sesuatu...

Oleh kerna tidak mahu mengecewakan si peminta sedekah itu, Saidina Abu Bakar ra telah menghulurkan pakaian yg dipakainya sehingga beliau sendiri tidak berbaju!

Disebabkan itulah, Saidina Abu Bakar ra telah hanya menyarungkan "guni" ke badannya apabila dipanggil untk bertemu Rasullulah saw dlm suatu majlis dan dlm majlis itu jugalah sblom Baginda saw sempat bertanyakan perihal Saidina Abu Bakar ra yg berbajukan "guni", Malaikat Jibril telah dtg bertemu Rasullulah saw memberitahu untk menyampaikan "Salam" Allah swt kpd Saidina Abu Bakar ra....

SubhanAllah, dgn tawaddu' Saidina Abu Bakar ra telah menyampaikan kpd Baginda Rasullulah saw rasa syukur dan redhanya dia dgn apa yg Allah swt telah tentukan untknya...

Begitulah, aku sering mengingatkan diriku supaya x lupa dgn pengorbanan mereka2 yg terdahulu yg boleh dijdikan ibrah dan pengajaran untk kita semua sepanjang zaman...Allahuakbar!

Selepas 40 tahun:

Hari ini mungkin hari yg paling bersejarah untk ku kerna telah diizinkan Nya sekali lg untk mengimbau kembali kisah lama tika ku dtg ke Pekan Baling dan hampir2 lemas di sebatang tali air.....

Seingt aku tika itu aku dlm coti semester dan telah mengikut Kakak yg balik ke rumah suaminya di sebuah kampung x jauh dri Pekan Baling...

Yg membuatkan aku x akn dpt melupakan Pekan Baling adalah kerna pengalaman ku yg hampir2 lemas suatu ketika dulu dan jika x kerna seseorg yg telah "menyentap" ku ke atas sudah pasti aku x akn dpt nok membuat posting ini!

Semenjak peristiwa itu, yg peliknya hanya hari inilah, selepas 40 tahun, baru aku diberi rezeki untk sekali lg melawat Pekan Baling, (yg semmgnya sudah bnyk sekali berubah!) kerna ada jemputan kenduri kawen...

Aku telah mengambil kesempatan ini untk melawat ke lokasi kejadian dgn di teman oleh anok sedara ku yg kebetulan berusia 40 tahun untk mengimbau kembali detik2 "aman" semcm dibuai mimpi yg dpt ku rasai tika mula tenggelam ke dasar tali air tersebut seblom sempat disentap oleh seorg insan yg Allah izinkan untk menyelamatkan nyawa ku....

SubhanAllah, aku bersyukur ya Allah kerna Kau izinkan aku masih bernafas lg untk menghabiskan sia2 baki hidup ku dlm rahmat Mu....

Hikmah seketul batu:



Bagi mereka yg bisa mengerjakan Umrah atau Haji, pastinya pertama2 yg mereka lakukan seusai setiap tawaf adalah mendirikan 2 rakaat solat sunat tawaf yg aulanya dilakukan bersebelahan atau berhampiran dgn "makam Ibrahim"...

Bg yg blom mengetahui apa itu makam Ibrahim, ia adalah seketul batu yg terdpt kesan tapak kaki Nabi Ibrahim AS seperti ada yg disebut di dlm Al-Quran...

Mengikut ceritanya di situlah tempat Baginda berpijak tika kerja2 membina Kaabah sedang dilakukan dan dgn kehendak Allah swt kesan tapak kaki Baginda itu masih kekal sehingga ke hari ini untk dipertontonkan kpd umat Nabi Muhammad saw, untk dijdikan ibrah kpd pengorbanan agung seorg Nabi dan Rasul yg bergelar Khalilullah - kekasih Allah.

Begitulah hikmah seketul batu untk kita mengambil iktibar dri perjuangan dan pengorbanan Nabi Ibrahim AS dri zaman keciknya tika dihumban ke dlm unggunan api sehinggalah Baginda "lulus" ujian yg paling getir pabila ia di perintah untk menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail AS....






Tips Haji #1:

Umum telah biasa mendengar kata2 yg mengatakan - "jika seseorg itu melakukan 7 Umrah maka ia menyamai 1 Haji", sebenarnya tiada nas yg mengatakan yg sedemikian, yg ada ianya lebih afdal untk kita memperbnykkan tawaf sunat tika berada di Baitullah...

Oleh itu tika di Masjidilharam, perbnykkanlah aktiviti2 seperti tawaf sunat (akn mendpt 40 rahmat), solat (60 rahmat) dan memandang Kaabah (20 rahmat)...

Aku berpesan pd diriku supaya berusaha untk mengejar rahmat2 tersebut jika berpeluang melakukannya kerna pernah diceriterkan tika di zaman Nabi Isa AS, pernah pengikut2nya ingin dipertunjukkan bagaimanakah besarnya 1 rahmat tersebut tpi telah tak diizinkan sehingga mereka meminta hanya ingin diperlihatkan rahmat Allah itu yg sebesar biji kurma....

Lalu hampir nok pengsan mereka setelah Allah izinkan untk diperlihatkan rahmat Allah yg hanya sebesar biji kurma itu kerna terlampau besarnya kurniaan rahmat tersebut....

Bayangkanlah jika rahmat yg hanya sebesar biji kurma itu saja dh hampir nok pengsan kita dibuatnya, inikan pula jika kita di anugerahkan Allah rahmat yg berkali2 ganda bnykknya....Allahuakbar!










Tips Haji #2:

Seorg Prof Melayu yg mengajor di Mekoh ada memberi satu dua tips bila nok kejekan Haji dan Umrah, pertama2 dia kata jgnlah bakal2 Haji terlampau ghairah sangat nok mengerjakan yg sunat sehingga yg wajib terbengkalai...

Contohnya, ada yg asyik mengerjakan Umrah berulang kali sehingga bila sampai masa nok mengerjakan wajib Haji dh jdi "capek" badan dh lotih dan tapak kaki pun ada yg dh pecah2 sedangkan bila musim Haji tiba kita akn bnyok nok "menapak" dan klo kaki dh sakit guarner...

Jdi katanya bila masuk je 01 Zulhijjah, mana yg dh buat Umrah tu rehat2lah x yah buat Umrah lg, perbnyokkanlah beriktikaf di dlm Masjidil Haram dgn berzikir dan mengkhatamkan Al-Quran sambil memandang Kaabah dan jgn lupa untk melakukan ibadah tawaf sebnyok mungkin kerna bnyok rahmat yg akn diperolehi disitu....insyaAllah.










Tips Haji #3 - Peringatan pd diri ku:

Ini adalah pesan seorg Ust yg dh lama berkecimpung menguruskan hal2 Haji dan Umrah yg ku rasa elok juga di share semoga menjdi peringatan kita bersama.

Kpd sesiapa yg akn menunaikan Umrah atau Haji adalah dinasihatkan supaya memperbnyokkanlah solat taubat dan hajat dri sblom bertolak lg untuk memohon keampunan dan meminta di permudahkan segala urusan di tanah suci....

Mereka juga dinasihatkan supaya membiasakan diri untk beriktikaf di masjid dan mengamalkan zikir2 serta bnyk membaca Al-Quran supaya apabila di tanah suci nnt perkara itu dh menjdi rutin dan mudah dikerjakan terutama untk khatam Al-Quran, memperbnyokkan ibadah tawaf dsbnya....

Ini kerna peluang dan masa yg ada tika di Masjidil haram adalah amat terhad dan x harus di persia2kan begitu saja lantaran ganjaran yg terlalu besar berlipat kali ganda sehingga 100000 ribu kali untk setiap kebaikan yg dilakukan yg x terdpt di mana2 tempat lain di muka bumi ini...

Jgnlah ada yg beranggapan mereka akn bisa melakukan semua itu jika sblomnya x pernah membiasakan diri kerna lazimnya mereka pasti akn merasa letih dan bosan jika terlampau lama duduk beribadah....

Berdoalah semoga Allah permudahkan segala urusan di sana, insyaAllah.

Doa untk Si Maling:

Bisa meke yg mengalami kecurian akibat "dicolong maling" akn mengeluarkan kata2 kesat dan menyumpah2 supaya si maling itu hancus dan dibalas dgn balasan yg lebih dri setimpal....

Pd hal agama bisa menyarankan jika berlaku sedemikian sepatutnya kita yg kecurian itu ikhlas melepaskan harta tersebut sambil berdoa supaya harta yg telah diambil itu dpt menambah berkat pd si maling dan meke yg dibawah t/jawabnya jika ia benar2 mencuri dlm keadaan "desperado" akibat desakan hidup....

Tpi jika ia mencuri itu mmg saja nok membalun harta org lain akibat menjdi "gangster", kita masih juga digalakkan tidak berdoa menghancurkannya tpi patut juga kita mendoakan supaya keje yg dilakukan itu adalah keje yg terakhir bgnya, bertobatlah semoga ia kembali ke pangkal jalan....

SubhanAllah begitulah prihatinnya dan sygnya agama ini kpd umatnya sehingga meke yg mempunyai "career" sebagai Si Maling pun mendpt pembelaan yg sewajarnya....

Perginya Pokcik "The Voice":

Innalillah, sebak rasanya kerna dh x de lg senda gurau tika bersalaman seusai solat atau tika menjamu selera seusai ceramoh yg sering kali diadakan di masjid...

Tersentap gak aku dibuatnya apabila diberitahu semasa menghadiri majlis kenduri arwah yg Pokcik "The Voice" dh tiada lg...

Beliau rupanya telah menghembuskan nafasnya yg terakhir selepas 5 hari terlantar di hospital tanpa ku sedari yg meninggal tu dia...

Istimewanya arwah yg membuat dia "popular" di masjid adalah kerna perwatakannya yg sentiasa ceria serta mempunyai suara yg lantang terutama tika berselawat bila bersalaman seusai solat..

Satu lg yg uniknya arwah nih sering diusik oleh rakan2nya kerna mahu melihat aksi "terperanjat" tika dia melatah...dan itulah yg membuat suasana seusai solat menjdi ceria dan mesra apabila arwah ada bersama2 berjemaah...

Begitulah hidup di alam yg fana ini, yg pergi akn tetap pergi, kita yg tinggal pasti akn menyusul cuma entah bila...

Semoga rohnya dirahmati dan diampuni Allah dan ditempatkan di kalangan roh org2 yg soleh....aameen.

Jawapan seorg Bizman:

Seorg Bizman yg jutawan dlm lingkungan umuq 60an dan mempunyai ramai anok2 telah ditemuramoh oleh seorg wartawan dgn betanyakan 3 soalan berikut...

Berapakah umur tuan, berapa org anok yg tuan ada dan berapa semua harta yg tuan miliki?

Lalu dijawab oleh Bizman itu, umur ku 7 tahun, anok ku seorg dan harta yg ku miliki ada la lebih kurang 20-30 ribu saja...

Tersentap dgn jawapan itu, wartawan tersebut terus bertanya kembali, bknkah umur tuan dlm 60an dan tuan seorg jutawan yg punyai ramai anok? Mengapa tuan menjawab sedemikian?

Sebenarnya aku rase aku baru saja berumur 7 tahun kerna baru 7 tahun inilah aku sedor dan melakukan amal kebaikan, di mana seblom ini masa ku bnyk ku habiskan membuat keje2 lagho dan sia2...

Anok ku pula hanya seorg saja lah yg bole ku harap untk menjdi anok yg soleh sepeninggalan aku nnt, yg lelain tu ramai yg "hancus"...

Ada pun harta ku hanya sebnyk itu yg sempat ku infak buat bekalan ke akhirat yg selebihnya blom tentu lg kerna ia akn jdi milik waris selepas ketiadaan ku nnt...

Innalillah, itu jawapan Pak Bizman yg baru nok sedor, kita pula bagaimana?...

Ibadah yg bermusim



Lazimnya sehabis saja Ramadan masing2 kita akn balik kpd amalan rutin yg selama nih bisa kita
amalkan...

Bg yg jarang2 berjemaah di masjid akn kembali kpd "asal usul" mereka dan x lg
menjengok masjid dan melakukan "aktiviti2 ibadah" Ramadan sehingga
dtg Ramadan sekali lg (jika panjang umuq)...

Maka bertuahlah bg mereka yg jika kelazimannya bisa membawa kpd perkara2 kebaikan dan amat malanglah bg mereka jika lazimnya bisa lalai dan "jinak" pd maksiat....

Perlu diingat agama pun x menyuruh kita "balun beribadah tanpa brake" apabila tiba bulan2 atau musim2 tertentu. Yg lebih digalakkan adalah "istiqamah" kerna ibadah yg dilakukan secara
konsisten dan berterusan walaupun sedikit adalah lebih dituntut oleh agama....

Walaupun demikian, dlm bulan Ramadan umat Nabi SAW adalah dituntut berlumba2 untk mengandakan amalan ibadah mereka kerna dlm masa itulah mereka akn dikurniakan dua anugerah yg tiada dlm musim2 lain iaitu peluang mendpt pahala yg berlipat ganda dan penghapusan dri
dosa2....SubhanAllah.