Perginya Pokcik "The Voice":

Innalillah, sebak rasanya kerna dh x de lg senda gurau tika bersalaman seusai solat atau tika menjamu selera seusai ceramoh yg sering kali diadakan di masjid...

Tersentap gak aku dibuatnya apabila diberitahu semasa menghadiri majlis kenduri arwah yg Pokcik "The Voice" dh tiada lg...

Beliau rupanya telah menghembuskan nafasnya yg terakhir selepas 5 hari terlantar di hospital tanpa ku sedari yg meninggal tu dia...

Istimewanya arwah yg membuat dia "popular" di masjid adalah kerna perwatakannya yg sentiasa ceria serta mempunyai suara yg lantang terutama tika berselawat bila bersalaman seusai solat..

Satu lg yg uniknya arwah nih sering diusik oleh rakan2nya kerna mahu melihat aksi "terperanjat" tika dia melatah...dan itulah yg membuat suasana seusai solat menjdi ceria dan mesra apabila arwah ada bersama2 berjemaah...

Begitulah hidup di alam yg fana ini, yg pergi akn tetap pergi, kita yg tinggal pasti akn menyusul cuma entah bila...

Semoga rohnya dirahmati dan diampuni Allah dan ditempatkan di kalangan roh org2 yg soleh....aameen.

0 comments:

Post a Comment