Lebih Baik Sikit dri Kandang Kambing

Lebih Baik Sket je dri Kandang Kambing...

Semasa pulang ke KL pd hari mengundi tempoh hari, kami telah terperangkap di dlm kesesakan jln raya yg agak parah di sepanjang jln dri Pilah ke Seremban. Hikmahnya pula di dlm keadaan kenderaan ku yg terhengsut2 selama hampir 3 jam itu aku sempat memerhati di kiri kanan jln apa yg x bisa ku nmpk klo dlm keadaan kenderaan yg berdosup lajunya...

Kebetulan bila hari mengundi tiba, markaz parti masing2 pon mula dibuka kembali dan menjdi "hidup" setelah "tdor" sekian lama, mungkin hampir sejak tempoh tarikh mengundi yg lepas....

Gamaknya klo bab "ketdoran" markaz2 ini, mungkin mmg ada yg boleh mengalahkan rekod ketiduran "Ashabulkahfi" lamanya!....

Dpt ku perhatikan di suatu lokasi di celah2 deretan warong di tepi jln itu sebuah Markaz Pas yg pd hemat ku berada dlm keadaan yg amat dhaif skali, mungkin lebih baik sket je dri kandang kambing klo nk dibandingkannya...

Sekilas mata memandang di dlm suasana kekampungan mmg keadaan markaz tersebut nmpk semulajdi atau "natural" dan boleh "blend well" dgn kawasan sekitar. Tpi pd pengamatanku klo kita nk pergi lg jauh memimpin serta meyakinkan penduduk tempatan akn wadah kita, kita mestilah lebih ke depan dri segi ketrampilan dan kepimpinan organisasi kita di semua peringkat terutama di peringkat akar umbi...

Ingin ku suarakan kpd pemimpin2 tempatan atau pusat bahawa jika isu2 ketrampilan organisasi dan kepimpinan yg ku lambangkan dgn keadaan dhaif markaz2 yg ada di merata pelusuk Negara, masih blom dpt dibereskan, maka kita sebenarnya masih jauh lg untk berjaya dlm usaha kita untk meyakinkan masyarakat terutama yg di luar bandar untk menyokong dan bersama2 memperjuangkan wadah Islam, kerna org yg melihat akn keadaan organisasi kita udah pasti x yakin yg "set up" yg sebegini rupa boleh memimpin dan membawa masyarakat ke puncak kemajuan rohani dan ukhrawi..

Ini jelas dpt dilihat  apabila sokongan terhadap Pas terutamanya telah merosot dgn sngt ketara di kawasan2 luar bandar pd musim pilihanraya baru2 ini. Keadaan ini adalah sngt menyedihkan terutama dlm kita nk menangani serangan bertubi2 dri pihak lawan yg x henti2 menabur "gula2" sebagai umpan untk menagih sokongan masyarakat, yg rata2 mmg dh terbiasa disogokkan segala mcm bantuan oleh pihak yg berkuasa yg di kendalikan oleh pihak lawan yg berkiblatkan dunia...

Oleh itu kita haruslah mengorak langkah mulai dri sekarang untk membina kekuatan baru dgn mengambil langkah2 yg positif dan proaktif seperti membina markaz2 baru yg mempunyai lebih bnyk kemudahan untk dijadikan pusat kemasyarakatan setempat, serta klo mampu dicadangkan juga penubuhan "skuad jihad" untk kebajikan masyarakat, yg boleh membantu menjalankan kerja2 amal secara sukarela seperti membersihkan tandas2 masjid, mengajar tuisyen kpd anak2 penduduk setempat dsbnya...,secara x langsung segala kegiatan ini boleh menjana keyakinan penduduk setempat yg organisasi seperti Pas mampu menjadi pemimpin mereka dri segi rohani dan ukhrawi tanpa perlu memberi mereka "gula2" seperti yg dibuat oleh pihak lawan, di mana ianya hanya akn memusnahkan kredibiliti dan membantutkan dayausaha kreativiti mereka dlm jangka masa panjang...

Perancangan haruslah juga dibuat dri sekarang untk melibatkan gerak kerja anak2 muda setempat dgn bantuan khusus dri pusat serta mana2 pakar yg berminat untk menguatkan serta menzahirkan wawasan ini...

Menunggu masa 5 tahun untk musim mengundi dtg kembali sebenarnya adalah satu jangka masa yg amat singkat sekali jika dibandingkan dgn bnyknya usaha2 berterusan yg perlu digembeling untk menaikkan lg tahap kesedaran serta perkhidmatan kebajikan kpd penduduk2 sekeliling....

Jika kita melihat apa yg dilalui oleh Ikhwan Muslimin di Mesir, disamping ditindas dgn berbagai bentuk kezaliman, mereka telah mengambil masa lebih dri 80 tahun menjalankan kerja2 kebajikan kemasyarakatan sebelum diberikan kepercayaan untk memerintah Negara Mesir baru2 ini dgn kemenangan cemerlang Ikhwan Muslimin walaupon x disenangi oleh musuh2 Islam...

Perjuangan untk kebaikan mmg sepatutnya begitu, ia bisa melalui jalan yg berliku2 kerana yg baik itu bisa berlandaskan keikhlasan kerana Allah swt sahaja dan bila sampai masa ia naik, ia akn insyaAllah naik dan kekal buat selama2nya...alhamdulillah dpt juga ku habiskan catatan yg dh lama berlegar2 dlm mindaku ini sambil menunggu flight ke Johannesburg di airport Abu Dhabi:)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dr M yg Ku Kenali

Secara peribadi, yg paling hampir aku pernah bertemu dgnnya adalah ketika bersalaman buat pertama kalinya dgn beliau di suatu majlis promosi perdagangan yg dianjurkan oleh Matrade di Beijing pd sekitar tahun 1999. Kemudian aku dpt sekali lg bertemu dan bergambar dgn Dr M di suatu majlis berbuka puasa anjuran Dewan Perniagaan Melayu yg di adakan di pejabat pusat pemikiran TDM di Putrajaya pd Ramadhan 2010 yg akn menjdi kenangan manis buatku...

Memang ku akui ketokohan beliau sebagai seorg negarawan yg begitu terserlah dan amat dikagumi bkn sahaja di tanahair sendiri, bahkan di seantero dunia begitu mengenali beliau yg sekali gus telah membantu menaikkan imej negara di mata dunia.

Di zaman "kegemilangan" Dr M, sesiapa yg ke Mekah untk menunaikan umrah atau haji pasti akn sering disambut dgn kata2 aluan "Malaysia bagus, Dr M bagus!!". Begitu sekali hebatnya Dr M sebagai negarawan ulung yg tiada bandingannya sehingga ke hari ini....

Tetapi sejak kebelakangan ini, setelah ku amati gerak gerinya, aku dapati ada yg x kene dgn tindakan beliau yg beria2 hendak mempertahankan "status quo" UMNO dan BN bg memastikan kesinambungan UBN dlm menghadapi PRU yg paling getir dlm sejarah, sehingga baru2 ini beliau seolah2 tidak boleh menerima kebangkitan rakyat sehingga sanggup "menghalau" Dato' Husam, Calon Parlimen Pas bg Putrajaya, balik ke Kelantan!

Walaupon sudah hampir 10 tahun pencen dri menjdi PM, beliau masih tetap mahu berkempen dan sering memainkan peranan yg menyerlah dlm menangani isu2 besar Negara seperti pemilihan TPM Najib ketika zaman pemerintahan Pak Lah, isu air dgn Negara jiran Singapore dan yg terakhir isu serangan di Lahad Datu, Sabah, di mana beliau bolehlah dikatakan sebagai "defacto PM" dgn statement2nya yg dikeluarkan di kaca2 TV sehingga hampir mensirnakan keujudan PM yg sebenar....

Yang aku pasti, Dr M ini masih hidup di era awal kemerdekaan Negara di mana sentimen perkauman mmg tengah memuncak...dri kenyataan dan bual bicaranya ketika ini, aku dapati beliau acap kali bercakap pasal bangsa Melayu, China dan India dlm konteks seperti bangsa2 tersebut adalah BUKAN Rakyat 1Malaysia. Di dlm minda beliau, mungkin model politik secara ala BN, yg menggabungkan parti2 perkauman, adalah yg terbaik untk Negara ini, sedangkan pd realitinya ianya telah ketinggalan zaman dan persepsi Rakyat pun telah lama berubah dek kerana x serasi dgn idea tersebut sehingga tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) yg dianggotai oleh semua kaum, berubahnya polisi Parti PAS dgn penubuhan sayap non-Muslimnya dan pembukaan keahlian kpd semua kaum oleh Parti DAP...

Inikalilah kita menyeru kpd Dr M serta mereka2 yg sewaktu dgnnya supaya berubah kpd realiti Negara kita sekarang ini. Semua Rakyat sedang bangkit untuk menyatakan azam mereka untuk berubah kpd suatu cara hidup yg lebih harmonis dgn melupakan sentimen perkauman yg direka oleh UMNO untuk mengekalkan kuasa dan mendokong konsep kebajikan, keadilan dan kesamarataan masyarakat di dalam Negara Malaysia yg merdeka dan berdaulat..

Demi cinta kami kpdmu, kami berharap Dr M x lg merosakkan imej negarawan beliau sendiri dgn terus menjadi penaung kpd kumpulan rasis dan ektremis seperti Perkasa. Jika tidak, beliau sudah pasti akn berkubur sekali dgn UMNO, Perkasa dan kuncu2 mereka selepas PRU13 ini dgn kekalahan teruk yg akn di alami oleh proksi2 mereka di seluruh negara termasuklah di Pasir Mas dan Shah Alam....insyaAllah.

Negara Malaysia di Ambang Era Baru

Semalam buat pertama kalinya aku "turun" padang untk melihat sendiri, dgn "mata kepalaku", "pesta kempen PRU13" yg selama ini aku hanya mengikuti di alam maya melalui "lensa iPadku" sahaja...

Tujuan asal nk ke Tmn Dagang mendengar ceramah Ketua Umum Pakatan Rakyat, tpi tanpa ku sedari "event" itu rupanya dh usai pd siangnya kerana aku baru sempat keluar rumah lebih kurang jam 10 mlm!!

Dlm perjalanan ke destinasi yg x lg wujud itu, aku telah melalui satu kelompok ceramah UmnoBN di sebuah Taman yg ku lihat agak lengang kerana tiada kesesakkan lalulintas yg berlaku, aku juga boleh agak kumpulan ini mmg "loaded" jika diukur dri kekuatan volume pembesar suara meke yg boleh didengar "sehingga 10 km!", termasuk aku yg di dlm kete pon boleh dengar dgn jelas "rayuan penceramah meke tok berkempen dri rumah ke rumah dek khuatir x sempat nk "reach out" kpd seramai mungkin pengundi dlm masa 2-3 hari saja lg masa berkempen akn tamat" - bila mendengarkan itu, dlm hati kecik ku pula terdetik, x cukupkah segala media massa serta radio/tv mu berkempen setiap hari, saat dan ketika??"....Dua kali aku pusing untk memastikan yg aku x tersalah kem dan berdepan dgn ancaman drpd kerusi kosong mereka!!

Setelah pasti itu bkn kelompok yg ku cari, aku beredar ke kawasan berhampiran di Bandar Baru Ampang di mana akhirnya aku berjaya menemui sekelompok penyokong Pakatan Rakyat yg sedang khusyuk mendengar celoteh dri bakal YB mereka...

Oleh kerana ini adalah pertama kalinya aku turun padang (sebagai pemerhati je), agak gusar jua hatiku tkot2 ada elemen2 ganas yg akn membuat onar, seperti yg ku saksikan di Youtube sebagainya sblom ini, almaklumlah sentimen pihak lawan mmg sejak kebelakangan ini agak sensitif dan mudah emo jika diusik dan meke pon mmg udah terkenal ada nilai2 "gangsterisma" yg sengaja di wujudkan sebagai salah satu strategi perang saraf untk menakut2kan rakyat bg mengekalkan kuasa meke - meke ini kesimpulannya lebih sanggup bergocoh dri berdebat untuk mempertahankan kejahilan anak2 buah meke dan Rakyat jelata secara amnya..

Aku telah mengambil tempat yg paling jauh sekali di belakang para hadirin sambil berdiri memerhati keadaan sekeliling. Mmg betul ada elemen pengacau, x berapa ketika ceramah sedang berlangsung, segerombolan Mat2 motor pihak lawan telah dtg beramai2 dgn membuat bising menggelilingi kawasan ceramah sambil membawa bendera Parti meke, dan kelakuan yg x bertamaddun ini telah disambut dgn pekikan "Reformasi, Reformasi" dri para hadirin yg turut teruja dgn kehadiran tetamu yg x diundang ini...sempat penceramah memberitahu bahawa Mat2 Rempit tersebut biasanya dibayar sehingga RM30 seorg untuk sengaja melakukan aksi stunt ganggu keadaan di situ...

Dari pengamatanku, untk pertama kalinya dpt aku saksikan "local crowd" yg hadir pd mlm itu adalah terdiri dri pelbagai lapisan masyarakat yg lebih kpd golongan pertengahan kebawah yg kebanyakkannya dri kaum Melayu dan China, dan mungkin juga ada segelintir kaum India yg hadir, tpi x dpt ku pastikan dlm suasana mlm sebegitu....

Semuanya dlm keadaan santai mendengar penceramah yg dtg silih berganti disebabkan ada beberapa ceramah yg berlaku serentak yg perlu dihadiri oleh penceramah yg sama. Dlm semua yg berceramah itu ada satu sahaja mesej yg mereka laungkan dgn sungguh jelas sekali iaitu, "Inikalilah masanya untk merubah dasar Negara kpd arah Kebajikan, Keadilan dan Kesamarataan".....yg dipersoalkan bknlah pihak mana yg boleh memberi "gula2" yg lebih manis, tpi pihak manakah yg sanggup merubah dasar Negara kita kpd dasar yg lebih adil dan saksama. Ini semua gara2 Rakyat udah muak dgn janji2 UmnoBN yg x pernah kesampaian walaupon sudah diberi peluang dan ruang untk mengotakan janji2 mereka selama lebih setengah abad memerintah sejak Negara mencapai Kemerdekaan...

Sedang aku asyik melayani janji2 Calon PR yg sedang berceramah, aku dikejutkan oleh teguran seorg nenek tua China yg tiba2 muncul disebelah ku, yg betul2 telah membuatku terkesima dgn aksi dan semangat kental yg telah ditunjukkan untuk memperjuangkan Keadilan untuk semua. Bagiku, kesungguhan dan kesedaran nenek tua ini adalah satu lambang era baru situasi di Negara kita buat masa kini. Semakin hari, semakin ramai Rakyat yg dh mula sedar betapa perlunya kita merubuhkan dinding pemisah di antara kaum, yg selama ini sengaja diada2kan oleh UmnoBN yg mahu mengekalkan kuasa meke, bersama2 menyokong usaha Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan baru pd 5/5 nanti dan sekaligus membawa Negara ke AMBANG ERA BARU pasca Kemerdekaan, insyaAllah.

Dan aku amatlah terharu sekali apabila seorg nenek tua yg bkn Islam, turut mendoakan memohon restu dan bantuan Allah swt supaya UmnoBN ditombangkan pd Ahad ini bg membenteras Ketidakadilan yg telah dipaksakan ke atas beliau dan org2 yg se nasib dgnnya oleh pemerintah UmnoBN sejak kesekian lamanya....

Semangat yg telah ditunjukkan oleh nenek tua tersebut bknlah satu phenomena yg terpencil...ianya juga dpt ku rasakan pd kesemua yg hadir pd mlm itu (kecuali mungkin seorg dua yg hadir kerana tugasan memantau keadaan)..malahan sejak hari pencalonan baru2 ini pun telah dpt ku garap di hati sanubariku bahawa sentimen yg sama mmg ada di merata pelusuk Negara ibarat sebuah gunung berapi yg hanya menunggu pd bila2 masa sahaja untuk memuntahkan laharnya dek kerana tekanan yg sudah terlampau lama terpendam....

Inikalilah, pd hari Ahad 5/5/2013 ini, insyaAllah, kita semua akn mendapat peluang keemasan yg julung2 kalinya diberi oleh Allah swt, untk menyatakan isihati Rakyat yg sebenar dgn beramai2 keluar mengundi untk memastikan masa hadapan yg lebih cerah bg anak cucu dan generasi yg akn dtg kita semua....kita BUKAN sahaja memerlukan "simple majoriti" di Parlimen Putrajaya tetapi sekurang2nya 150 kerusi untk memerintah Negara dgn mantop...ayuh kita realisasikan impian ini Ahad ini...dgn berbekalkan semangat nenek tua!

Pilihlah dgn cermat dan berhati2, hanya ada satu pilihan di hadapan kita, tiada dua, tiada tiga.....tiada yg Bebas atau UmnoBN, yg ada hanyalah Pakatan Rakyat yg hendak menuju ke mercu pembangunan Negara yg mempunyai ROH Kebajikan, ROH Keadilan dan ROH kesamarataan untk Rakyat semua - Jom Ubah!!