Azam 2014 - Ibrah antara 2 kapal.

Sebenarnya tiada apa yg nok digumbirakan menjelang dtgnya 2014 kerna kita baru sahaja menyambut tahun baru kita sendiri iaitu 1435H x berapa lama sblom ini. Jika nok diambil iktibar dri kedatangan tahun baru 2014M pun, mmg kita semua boleh bersetuju bahawa dgn meningkatnya usia dunia ini maka peristiwa akhir zaman iaitu kiamat sudah tentunya semakin hampir!

Oleh itu apakah rasenya langkah2 yg perlu diambil untk menyelamatkan "bahtera" atau kapal kita dari ditenggelami dek fitnah akhir zaman yg ditaja oleh Dajjal laknatullah yg dh bnyk sekali tanda2 kemunculannya...

Bercakap pasal kapal, aku berpeluang mendengar sesuatu yg patut di share di sini untk ibrah kita bersama supaya kita dpt memilih di antara dua kapal yg ada di zaman moden ini untk menyelamatkan diri kita dri dugaan Dajjal akhir zaman... Sejarah telah memperlihatkan kpd kita tentang cerita dua kapal yg hebat, di mana kapal pertama adalah kapal Nabi Nuh a.s (yg melambangkan kesucian agama) dan kapal yg kedua Titanic (yg melambangkan kekufuran dan kesombongan manusia terhadap Rabbnya).

Jika ditanya di manakah kedua2 kapal tersebut akhirnya mendarat, kita akn dpt jawapannya yg menunjukkan di mana letaknya agama dan di mana letaknya kekufuran iaitu di dasar laut kekufuran itu di tempatkan dan setinggi gunung agama itu di tempatkan... Jika ditanya juga, bagaimana keadaan penumpang atau penghuni kedua2 kapal tersebut? Kita semua tahu jawapannya yg penumpang kapal Nabi Nuh a.s. semuanya selamat manakala penumpang kapal Titanic berkubur di dasar laut!

Itulah kesudahannya yg perlu kita mengambil ibrah diantara peristiwa dua kapal tersebut dgn memilih kapal yg betul untk kita tumpang dlm perjalanan menuju ke akhirat. Maka dgn kedatangan tahun baru 2014 ini, seharusnya kita berusaha untk menaiki kapal seumpama kapal Nabi Nuh a,s. yg dibina khas untk menyelamatkan hamba2 yg beriman dan bknnya menaiki kapal umpama Titanic yg dibina untk mencabar kuasa Tuhan....

Tragedy Andalusia

Sempena kedatangan tahun baru Masehi 2014 yg x berapa hari lg, sama2lah kita beringat bahawa ia bknlah budaya kita untk menyambutnya sepertimana yg dilakukan oleh org2 barat dan mereka yg bkn beragama Islam. Sebagai bapa, sy ingin berpesan kpd anak2 sekalian bahawa cukuplah sekadar kita berdoa memohon keselamatan dan kesabaran drpd Allah swt bg menempuhi dugaan dan ujian2 yg pasti akn dtg pd tahun 2014.

Serba sedikit dinukilkan di bawah ini realiti umat Islam kita buat masa kini yg harus kita insafi supaya bala bencana yg lebih teruk x akn menimpa kita jika kita terus lalai dan gagal untk menjlnkan tanggungjawab kita sebagai Khalifah Allah swt di muka bumi ini. Mmg keadaan kita berbeda2, bisa di suatu tempat org mencari2 dan sanggup membayor untk menimba ilmu agama tpi tiada pula guru atau Ust yg nok mengajar mereka manakala di kawasan yg lain pula bnyk terdapat masjid dan surau yg sering mengadakan program ilmu secara percuma tetapi tiada (x ramai) pula org yg berminat untk mengikutinya - inilah realitinya pd saat ini seperti mana yg dihuraikan oleh seorg pendakwah bebas yg sering berulang alik di antara Semenanjung dan Sabah.

Di Sabah beliau telah berhadapan dgn pengaruh Kristian yg kuat yg sedang giat nk menakluki hati2 peribumi di sana dlm keadaan umat Islam yg dhaif dan serba kekurangan dri segi material dan tenaga agama. Tpi alhamdulillah dlm keadaan serba kekurangan itu ramai yg masih dahagakan ilmu agama yg sebenarnya... Di Semenanjung pula komen Ust itu, keadaannya amat jauh berbeda, kebnykkan yg Islamnya dah semcm "complacent" dgn agama mereka dan sering lebih memfokus kpd hiburan di dlm kegiatan seharian mereka sehinggakan sanggup "ponteng" dri ke masjid jika ade sesuatu rancangan menarik di TV dan jika ke masjid pula ia sering mengeluh x dpt balik awal kerna ade program ilmu sblom solat yg memakan masa yg lama! 

Rata2 jika dilihat dri jangkamasa panjang, trend di Semenanjung ini amat membimbangkan dan mungkin akn mencetuskan "tragedy Andalusia" yg baru di mana umat Islam yg lemah yg sedang lalai mengejar dunia dgn meninggalkan agama dikalahkan oleh pihak musuh yg bersatu!

Musings of a Wayfarer



Berikut adalah beberapa postings dri FB ku untuk yg ingin membaca dlm bentuk ceriter2 pendek yg ku nukilkan dri pemerhatian apa yg berlaku di sekeliling...moga2 ade manafaatnya...

Amalan Kekal Pahala:

Sering kali bile ku pulang ke kg halamanku, beberapa meter seblom sampai ke rumah dindaku, aku akn sentiasa pandang ke kiri untk melihat sebuah sekolah rendah agama yg terdiri di situ yg mungkin x ramai yg tahu akn asal usulnya...

Mengimbau kenangan lalu, sekolah tersebut telah didirikan di atas sebidang tanah yg telah diwakafkan oleh salah seorg arwah Pokcik ku yg ku kira sebagai contoh terbaik "amalan kekal pahala" yg ku ketahui dan sngt dekat di hati kerna mmg ku kenali siapakah arwah semasa hayatnya....

Mungkin aku x mampu untk mengikut jejak langkahnya yg mulia itu untk turut berbuat sedemikian tpi yg aku mampu adalah sekadar menjdikan ia suatu sumber inspirasi dan motivasi untk kita share bersama dlm melakukan sesuatu yg menghasilkan maksud yg sama x kire sekecil mana pun yg kita lakukan dgn seikhlas mungkin...

Sekurang2nya dri sekrng kita tanamkan niat untk mengorak langkah menyediakan asas untk "melabur" dlm skim amalan kekal pahala samada dlm bentuk ilmu yg bermanfaat, sedekah jariah atau anak2 yg soleh solehah...

Tiada bubur lambuk:

Masyarakat mmg dh sebati mengaitkan 10 Muharram dgn persediaan membuat bubur lambuk atau bubur asyura. Mmg tiada salahnya jika tradisi ini hanya diteruskan sekadar untk membuat jamuan tanpa dikaitkan dgn mana2 hadith atau perintah Nabi saw atau citer Nabi Nuh as membuat sedemikian selepas turun dri bahteranya seusai banjir besar....

Yg nk ditekankan adalah amalan berpuasa pd bulan Muharram yg mana Nabi saw pernah bersabda yg mengatakan "puasa yg afdal selepas puasa bln Ramadan adalah puasa di bln Muharram". Sekurang2nya jika x dpt berpuasa se bulan jgn ditinggalkan puasa sunat Assyura pd 10 Muharram dan untk membezakan dgn amalan Yahudi yg juga berpuasa pd 10 Muharram, Nabi saw menganjurkan agar umat Islam berpuasa juga pd hari tasu'a iaitu puasa pd 9 Muharram...

Mmg sejarah tiada sedikit pun mengaitkan bubur asyura dgn 10 Muharram. Klo nk diikutkan ade bnyk peristiwa penting yg berlaku pd tanggal tersebut. Di antaranya En Firaun mati lemas pd 10 Muharram selepas ia mengaku percaya dan mahu beriman dgn Tuhan kaum Nabi Musa as, tpi malangnya ia sudah terlambat dan pengakuan itu x diterima Allah swt lalu Firaun mati dlm keadaan menzalimi dirinya sendiri...

Yg keduanya 10 Muharram juga dikaitkan dgn hari bahtera Nabi Nuh as berlabuh di atas gunung Judi setelah air banjir besar surut. 

Bnyk lg klo nk diperincikan peristiwa2 bersejarah yg berlaku pd 10 Muharram, tapi yg pastinya dlm kesemua peristiwa tersebut mmg tiada langsung disebut bab membuat bubur lambuk!!

Takdir menentukan segalanya:

Rase sebak bercampur gumbira pun ade kerna hari ini ku berpeluang menyaksikan hari graduasi ank ku Ahmad Zaki di atas kejayaannya menyudahkan kursus perubatan di UiTM setelah hampir 6 tahun berhempas pulas belajor - syabas ankku! abh doakan semoga hidup mu selepas ini dipenuhi dgn membantu insan2 yg x bernasib baik dlm masyarakat...

Inilah yg dinamakan ketentuan Tuhan kerna 6 tahun yg lalu jangkanya kursus yg nk diambil adalah kursus yg lain tetapi takdir telah menentukan segalanya atas asbab2 yg kekadang x terjangkau oleh kita makhluk yg lemah...

Apa pun kita harus bersyukur kerna walaupun semuanya Allah swt telah tetapkan di dlm "qada' dan qadar"Nya, kita sebagai makhluk x boleh menyerahkan nasib kita begitu sahaja kerna tiada siaper yg tahu secara khusus apa yg Allah swt telah takdirkan untk seseorg itu...

Justeru sebagai insan yg diberi peluang untk memilih, jgnlah mudah putus asa serta pasrah dgn apa yg menimpa kita kerna kita masih boleh memilih untk terus berusaha dan bertawakal agar takdir kita akn lebih baik dan setimpal dgn usaha yg dilakukan dan ketentuan yg telah ditetapkan olehNya...SubhanAllah.

Andainya esok aku "pergi":

Pg tdi ketika mendengar Ust fav ku berceloteh di radio, tetibe masuk satu call yg bertanya ttng apakah amalan yg patut dilakukan oleh warga emas yg dh x mempunyai bnyk masa lg seblom "padam"...

Tersentap gak aku mendengar soalan yg sedemikian kerna aku pun dh "qualified" sebagai warga emas dan ku kire hidup ku masih lg terumbang ambing dibadai urusan dunia mana tah lg nk fokus bab akhirat. Jika esok ajal ku tibe udah pasti aku blom bersedia lg, Allahuakbar, apakah yg harus ku lakukan?

Mendengar jawaban Ust yg dibuat secara santai membuatkan aku lg tersentap kerna dlm perkara yg di perkatakan itu masih bnyk lg yg perlu aku lakukan seblom aku ready untk mengadap Allah swt...

Kesimpulannya, seperti yg Ust itu pesan, ade 7 perkara yg patut di uruskan supaya bereh sblom meninggal jika x nk rase tkott kpd kematian itu..iaitu pastikan semua hal bersangkutan dgn rukun iman (tiada syirik) dan rukun Islam (termasuk haji) telah dibereskan, pastikan selalu bertobat, pastikan juga tiada lg membuat perkara2 haram, juga pastikan solat dh menjdi khusyuk, pastikan apa2 hutang ditulis dan pastikan telah disediakan "amalan kekal pahala" seperti 3 perkara yg disebut dlm hadith Nabi saw...ilmu yg bermanfaat, sedekah jariah atau wakaf dan anak2 soleh yg mendoakan...

Jika dilihat dri 7 perkara yg diatas mana mungkin aku mampu untk membereskannya dlm waktu yg singkat kerna kesemuanya itu adalah merupakan "amalan sepanjang hayat" yg perlu dilakukan selagi ade hayat, dgn izin Nya jua.

Ya Allah, jika esok hari akhir ku, ku mohon rahmat Mu untk ke Syurga Mu kerna amalan2 yg ku akn bawa bertemu dgn Mu x mampu untk menebus Syurga Mu ya Allah, Kau ampunilah daku dan kasihanilah daku hamba Mu yg lemah lg hina ini ya Allah...aameen ya Rabb.

Imam al-Ghazali pernah berpesan agar dilakukan 4 perkara berikut agar dapat cantikkan akhlak iaitu :

1. Bermu’amalat atau berurusanlah dengan Allah sebagaimana kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu. Kami tidak berasa bingung atau marah dengannya. Apa yang kamu tidak suka dilakukan oleh orang bawahanmu maka Allah juga tidak suka perlakuan sedemikian kerana Allah itu adalah Tuhanmu yang hakiki

2. Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain maka perbuatlah sebagaimana kamu mahu diperbuat ke atas dirimu kerana tidak sempurna keimanan seseorang itu selagi dia tidak suka orang lain memperolehi sesuatu yang dia sendiri menyukainya

3. Sekiranya kamu hendak mempelajari sesuatu maka pilihlah ilmu yang dapat memperbaiki hati dan menghidupkan jiwamu. Sekiranya kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi nescaya kamu hanya mempelajari ilmu untuk mengawasi hatimu dan berusaha melepaskan diri daripada belenggu dunia

4. Jangan mengumpul harta dunia lebih daripada keperluanmu untuk tempoh setahun kerana Rasulullah s.a.w sendiri hanya menyediakan bekalan terhadap isteri-isteri baginda untuk tempoh sehari setengah sahaja.

Tiada Kasih Sayang:

Mendengar ceramah yg disampaikan oleh seorg Ust muda lulusan Yemen sebentar tdi telah membuat ku terpikir tentang betapa besarnya "khasiat" Basmalah dgn tajuk yg dihuraikan oleh Ust itu...

Ringkas dia mengatakan tentang kejadian2 yg berlaku di dlm masyarakat kebelakangan ni seperti bunuh membunuh, culik menculik, dera menderai, zalim menzalimi dll yg sewaktu dgnnya jelas menunjukkan betapa gersangnya kasih sayang di kalangan ahli masyarakat...

Sebab utama berlakunya kegersangan kata Ust itu adalah kerna sikap "kasih pd yg lain" telah mula pupus dan yg tinggal hanya sikap mementingkan diri sendiri yg jika x dibendung lama kelamaan akn menghancurkan ikatan kasih dlm sesuatu masyarakat...

Walhal jika nk dilihat dri khasiat basmalah, agama telah mengajar dri awal lg bahawa Allah swt itu Maha Pengasih lg Maha Penyayang. Yg sedemikian mengapakah kita sebagai hambaNya x menjdikan berkasih sayang sesama insan itu sebagai agenda utama hidup di dunia yg fana ini?

Moh ke Hadapan Ya Syabab!:

Di dlm Surah Al-Kahfi kita bisa mengikuti kisah beberapa pemuda yg telah Allah swt "matikan" selama 309 tahun seolah2 mereka tidur lena seblom mereka dibangkitkan selepas dri itu....

Persoalannya, mengapa Allah swt ade menyebut di dlm Al-Quran kisah org2 muda tersebut jika x untk kita mengambil pengajaran drinya? 

Seperti firmanNya yg bermaksud, "..mereka itu adalah pemuda2 yg telah beriman maka Kami tmbah kpd mereka hidayah dan Kami ikat hati2 meke untk lebih kukuh di antara satu sama lain..." 

Menariknya dri ayat ini, Allah swt telah tunjukkan bahawa waktu muda adalah suatu nikmat yg cukup besar. Org muda adalah org yg mempunyai kelebihan kekuatan yg lain dri tika usia kecil atau usia senja atau usia tua....

Sebab itu dlm Al Quran Allah swt memuji kepemudaan dan waktu muda inilah waktu yg paling kuat untk melakukan perubahan dlm kehidupan untk menjdikannya benar2 baik, benar2 kukuh dan benar2 ampuh.

Fhmlah betapa pemuda adalah hebat sehingga pepatah Arab ade mengatakan "bknlah pemuda jika ia perlu menyebut 'inilah abahku' tpi pemuda yg sejati yg menyebut 'bahawa aku sanggup untk ke depan' "

Nabi saw ade menyebut, rebutlah 5 perkara sblom 5 perkara, yg salah satunya adalah waktu muda kamu sblom dtgnya waktu tua kamu...

Oleh itu marilah kita mengambil semangat dri peristiwa ashabulkahfi ini untk mentaati perintah Allah swt dgn melakukan perubahan dlm kehidupan demi menyelamatkn akidah dan agama.

Fahamilah betapa Allah swt hiasi hati2 org muda ashabulkahfi itu dgn keimanan kerna org mudalah org yg mempunyai bnyk kelebihan dri segi tenaga dan masa... 

Justeru moh ya syabab! majulah ke hadapan demi merubah hidup dgn mentaati perintah Allah swt demi menegakkan agamaNya di muka bumi ini....


Tiada Takwa:

Semlm aku berkesempatan menjengah medan segitiga mas di persisiran Jln BB di kotaraya KL setelah sekian lama x buat keje begini. X seperti 3 dekad yg lalu di mana mmg ia menjdi tempat mainan lalu lalang ku setiap hari kerna kantor ku mmg di situ...

Ia rupenya menjdi suatu kezutan budaya gak bg ku pabila melihat lanskap Jln BB udah bertukar sama sekali sehingga membuat aku terpikir x mungkin ini Jln BB yg pernah ku kenali dulu2 kala ketika berulang-alik ke kantor...

Yg ketara sekali adalah kebanjiran tok2 Arab dri Timur Tengah yg seolah2 telah merubah Jln BB di waktu mlm menjdi mini Arabian nite! 

Tenggelam semuanya budaya China (apa lg budaya Melayu!) yg selama ini menguasai pusat2 bandor di negara ini dgn pesatnya kemunculan restoran2 dan tempat2 hiburan ala Arab yg muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan....

Di sana sini kelihatan muda mudi Arab berkumpulan berpelesiran dri satu shopping centre ke suatu shopping centre yg berhampiran dgn hilaian gelak ketawa mereka ibarat berada dlm Syurga mereka sendiri...

Mmg x dinafikan tetamu dri Timur Tengah ini bnyk menghasilkan "fulus" untk ekonomi tempatan tetapi dri segi yg lain ia lebih kpd mereka melambangkan negara ini sebagai tempat melempiaskan nafsu serakah umat yg kita anggap sebagai pembawa obor agama Islam sekali gus keberadaan mereka x mendtgkan kesan takwa langsung kpd penduduk tempatan jika ia berterusan sebegini rupe...

Mungkin sebagai satu bangsa, tok2 Arab ni mng x bole nk dibanggakan sngt, tpi Nabi saw pernah bersabda; supaya kita patut mencintai bahasa mereka itu kerna 3 perkara, iaitu "aku seorg Arab, bahasa al-Quran itu adalah bahasa Arab dan bahasa Syurga adalah bahasa Arab...".


Sunnah vs Budaya:

Ust Dr Mohd Shauki dlm penjelasannya bersabit polemik doa akhir tahun dan awal tahun hijrah ade menyebut bahawa tiada hadith khusus yg boleh disandarkan untk melakukan sedemikian dan perkara ini telah menjdi semcm satu budaya "wajib" pula sedangkan untk berdoa itu ia tiada batasan masa dan kita di tuntut untk berdoa setiap masa dan ketika yg dikehendaki. 

Sesuatu tindakan yg kita ambil perlulah berdasarkan ilmu jika x mahu terbabit dgn perkara yg sia2.

Mengikut sejarahnya, Nabi saw berhijrah pd bln Rabiul'awal bkn pd bln Muharram. Tahun hijrah pula baru diguna pakai pd zaman Saiyidina Umar menjdi khalifah iaitu 17 tahun selepas berlakunya peristiwa hijrah Nabi saw...

Ini menunjukkan semasa hayat Baginda SAW tiada satu pun sunnah yg didapati mengusulkan supaya diadakan doa akhir tahun dan awal tahun. Cuma yg ade, kita digalakkan berdoa setiap masa kerna hadith sedia menyebut yg "doa itu otak kpd ibadah" atau yg lainnya ade menyebut "doa itu asas kpd ibadah."

Walaubagaimanapun, jika hendak berdoa juga dlm menyambut maal hijrah, patutlah digalakkan tetapi x usahlah disandarkan kpd mane2 hadith kerna mmg tiada hadith yg sedemikian...

Wallahuaklam. 

Salam Maal Hijrah 1435H.

Kos Melepas:

Setiap perubahan kpd kebaikan itu sudah pasti memerlukan pengorbanan yg besar. Ternyata segala perubahan yg nk dilakukan akn juga memberi impak yg besar terutama kpd kehidupan dan rutin seharian insan yg ingin berhijrah itu...

Yg jelasnya, sekiranya kita mahu melakukan sesuatu, kita perlu melepaskan sesuatu yg lain. Dlm kate lain ade "kos melepas" atau org jawa sebut "opportunity cost" yg perlu ditanggung...

Persoalannya, jika kita udah berazam (seperti mereka yg baru balik dri menunaikan haji), untk berubah kpd kebaikan sempena tahun baru ini, mampukah kita berusaha untk mengekalkannya sehingga kita dipanggil menghadap untk selama-lamanya? Inilah cabaran besar yg perlu dihadapi jika kita benar2 mahu berubah...

Semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah Nya untk kita berubah kpd kebaikan yg lebih baik...Dan dgn izin Nya kita juga berdoa supaya dpt melepasi Siratul Mustaqim dgn bergaya!

Salam Maal Hijrah 1435H.

Setahun berlalu:

Mmg bnyk jika nk dinukilkan satu persatu ape yg telah berlaku dlm setahun ini. Kehidupan kita mmg x boleh dipisahkan oleh sempadan masa kerna ianya adalah satu proses berpanjangan yg akn hanya berakhir tika maut menjemput kita.....

Cuma dri satu segi, kita perlukan sempadan masa itu bg memudahkan kita mengukur setakat mana kita telah berubah kpd kebaikan...jika tahun ini tidaklah sebaik tahun lepas, ia bermaksud kita perlu muhasabah untk mengenal pasti ape yg perlu dipertingkatkan lg untk tahun hadapan supaya ia menjdi lebih baik lg...dan begitulah seterusnya pd tahun2 yg mendtg sampai kita menutupkan mata....

Ape pun Allah swt tetap mahu melihat apa usaha yg kita buat untk menambah ilmu dan amalan soleh dlm mencari redha dan pengampunan Nya tika kita bertemu dgnNya disuatu masa nnt....

Salam Maal Hijrah, 
1 Muharram1435.


Bekalan ke Barzakh:

Saban hari bila ku melalui tempat itu ku perhatikan sekumpulan insan yg sedang khusyuk bermain dam haji di bawah sepohon pokok rendang tanpa menghiraukan org yg lalu lalang memerhatikan gelagat mereka yg seolah2 terpisah dri dunia realiti...

Ku amati mmg mereka ini dri kelumpuk yg sama, rata2 dri org Melayu, ade yg memakai kupiah dan semuanya boleh di kategorikan dlm lingkungan umur "senja lanjut", tpi masih aktif melakukan rutin kesayangan mereka sebagai pemain dam haji tegar!

Memandang dri satu segi, gejala ini nmpak mcm x ade ape yg nk dirisaukan, tpi sebagai Muslim yg berwawasan, ini adelah satu bentuk pembaziran masa dan petanda umat Islam dh jauh menyimpang dri tujuan mereka Allah letakkan di dunia ini....

Memandangkan umur mereka yg dh "senja lanjut", x kah patut mereka menggunakan sisa2 hayat yg masih berbaki itu untk menambah bekalan ke alam barzakh?


Golongan Munafiqeen:

Semasa Baginda Nabi Muhammad SAW berada di Mekkah sblom melakukan hijrah, yg jelas pd masa itu adalah hanya pertembungan "4 mata" di antara hak dan bathil, mukmin dan musyrikin - senang citer, pilih nk cayer atau nk ingkar, nk beriman atau nk terus jdi kuffar...

Tetapi setelah penghijrahan berlaku dan umat Islam bertambah ramai di Madinah, puak yg ketiga telah muncul di celah2 keimanan dan kebatilan, iaitu puak munafiqeen yg luarnya Islam tpi hati2 mereka ingkar pd suruhan agama, golongan yg boleh dikatakan bermuka2 atau musang berbulu ayam...

Inilah golongan yg paling merbahaya sekali kerna mereka bisa susah nk diidentitaskan dek luarannya yg sama saja dgn yg beriman sehingga Allah swt dlm permulaan Surah Al-Baqarah telah menceritakan dgn panjang lebar ciri2 golongan yg ke 3 ini selepas beberapa ayat yg sabit pd golongan mukmin dan kafirun...

Begitulah suasananya masa kini, perlu kita berwaspada kerna mereka ade di dlm kelumpuk kita, dan mmg serupa dgn kita dri semua segi kecuali apabila bab nk menegakkan hukum Allah dan melakukan amar maaruf nahi mungkar mereka akn berkelakuan seperti cacing yg kepanasan berdolak dalik tanpa ade kesudahannya....


Tentera Allah yg paling lemah:

Telah diriwayatkan ketika Nabi Ibrahim AS berdoa supaya Allah swt menghancurkan Raja Namrud dan tenteranya, Baginda telah memohon agar Allah swt menghantar tenteraNya yg paling lemah untk menghancurkan kaum Namrud tersebut...

Lalu Allah swt telah menghantar nyamuk2 kecil yg telah menyerang tentera2 Raja Namrud yg telah menyebabkan habis semuanya musnah kecuali Raja Namrud yg telah mengepung dirinya di dlm sebuah kubu yg x "berpintu bertingkap" supaya ia selamat dri serangan nyamuk2 tersebut...

Walaubagaimanapun seekor nyamuk telah dpt masuk ke dlm telinga Raja Namrud yg menyebabkannya diserang sakit kepala yg melampau sehingga ia mengizinkan pembantunya memukul kepalanya sehingga pecoh lalu mati dan2 tu gak...

Selepas peristiwa itu Nabi Ibrahim AS telah bertanya kpd Allah swt adakah nyamuk itu selemah2 tentera yg Allah hantar? Lalu Allah berfirman, tidak, tenteraKu yg paling lemah adalah lalat!

Allahuakbar! 

Wallahuaklam.

Bunga2 Syurga:

Asor ptg tdi keadaan masjid kariah ku nmpak sosak sekali. Dh ku agak bila nmpak van jenazah buat reserve parking itu tanda ade "passenger" yg sedang di nntkannya...

Se usai asor ku bergegas untuk membantu mengangkat keranda untk disolati, terkejut gak dibuatnya, rupernya bkn satu tpi dua jenazah yg sedang menanti untk disolat jenazahkan...innalillah...

Kebelakangan ini hampir setiap hari di adekan solat jenazah cuma yg hari ini ade kelainan sedikit memandangkan kedua2 jenazah adalah calon "bunga2 Syurga" kerna masih blom cukup umur, seorg kanak2 perempuan (5 atau 6 tahun) dan seorg lg lelaki (13 tahun)...

Kuinsafi, x semstnya yg muda x pergi dulu dri yg tua. Melihat tanah perkuburan yg semakin pesat "membangun", ku bertanya pd diriku, "berapa ramaikah yg sedang bersemadi di dlmnya pernah satu ketika dulu berkata, 'biarlah umurku tua dahulu baru aku start buat ibadah'?....

Deepavalii:

Satu fenomena vru telah tercetus semalaman mlm tdi - kaum hindu dh mula memvakor mercun!! Terpegun gak aku kerna di telinga kedengaran hebat bunyi mercun di sana sini tpi di minda x terlintas ade ape2 perayaan kecuali Deepavali kerna setahu aku tiada perayaan yg memvakor mercun ade dijadualkan dlm masa terdekat, yg bg puak Melayu vakor mercun dh berakhir masa Raya Ogos lalu diikuti dgn "vapak segala vunga api" - ketika menyambut merdeka dan perayaan "ahli vakor mercun" lama lg pd awal tahun depan - konklusinyer masyarakat hindu tahun ini telah membuat satu anjakan paradigma dan "bidaah dalalah" dgn memvakor mercun secara x beradab sampai ke dini hari...

Agaknya mereka yg berbuat demikian bkn untk menghalau hantu tpi mengharapkan terlepas dri azab divakor pabila udah menjdi mayat terkujur?


Rumah Allah:

Tempat yg paling baik di atas muka bumi ini adalah rumah Allah (masjid), jika nk tau tanda sesuatu kariah atau tmn perumahan itu bersyukur pd Allah swt atau x, Imam al-Ghazali ade menyarankan supaya dilihat samada ade didirikn masjid atau x, jika x, itu tanda org di situ x bersyukur, jika ade, lihat pula mana yg lebih besar, rumah2 di situ atau masjid yg lebih besar, jika rumah yg lebih besar, itu tanda org di situ x bersyukur, jika masjid lebih besar, tengok pula apakah masjid itu di immarahkan, jika x diimmarahkan, itu tanda org di situ x bersyukur kpd Allah swt...jgnlah berbangga dgn masjid yg besar dan gah kerna yg lebih penting adalah pengisiannya, bagaimana nk mengimmarahkan masjid tersebut sebagai tanda kita bersyukur kpd Allah swt.....

Padang Mahsyar:

Ade ku terbaca seorg Ust pernah komen bahawa "Masjidil Haram pd waktu musim haji adalah bayangan padang Mahsyar. Setiap org x memperduli org lain. Masing2 berebut mencari tempat untk beramal ibadat. Semuanya nafsu nafsi dan sanggup buat akhlak x sopan tanpa rase bersalah. Pergerakan manusia pd masa itu sentiasa pantas dan kelam kabut bagai x keruan"

Yg bisa membedakan mungkin tika di Masjidil Haram manusia itu mengejar redha dan pengampunan Allah dan di Padang Mahsyar pula mereka akn terus x keruan sambil memikirkn nasib yg akn menimpa diri masing2...adekah kita udah bersedia untk kedua2 senario itu?

Yg penting usaha ke arah kebaikan:

Seringkali ku rase bersalah dan keliru untk nk mendamaikan jiwa ini pabila tindakan ku seharian masih lg boleh dicop "ckap x serupa bikin" kerna acapkali aku mengepost status2 yg kekadang aku sendiri blom mampu menghayatinya....

Persoalan itu sedikit terjawab pabila ade yg memberi pandangan bahawa jgnlah pula kelemahan yg kita ada menjdi 'excuse' untk x berusaha menyampaikan apa yg kita tahu demi mengalas tugas umat menyambung dakwah sepeninggalan Nabi saw....

Rupernya ia dua situasi yg jauh berbeda jika ditinjau dri konteks usaha kita untk memperbaiki diri dan usaha dakwah yg perlu dilakukn bg kebaikan sekitaran kita....jika nk tunggu semuanya "perfect", masyarakat yg x diseru kpd "amal maarof nahi mungkar" mungkin akn bisa jdi lebih teruk malah yg lebih dahsyat lg survival umah itu sendiri bisa gak turut terancam...

Yuk kita cari damai dgn saling nasihat menasihati.....

Ujian Penilaian1.51 jam:

Jika nk di bandingkan tempoh hidup kita di dunia dgn maksud ayat 47 surah al-Hajj di mana Allah swt menegaskan bahawa sehari di akhirat seumpama 1000 tahun di dunia, kita umat Nabi Muhammad saw yg purata hayat sekitar 63 tahun hanya bisa hidup bersamaan 1.51 jam tempoh masa akhirat...

Untk pelajar, tempoh sejam setengah itu bisa menjdi waktu peperiksaan yg amat genting. Oleh yg demikian, jika dilihat dgn mata hati, tempoh kehidupan di dunia ini seolah2 kita hanya sempat menduduki satu ujian sahaja...

Iaitu ujian "penilaian" yg semua kita wajib lalui untk mengetahui samada kita layak ke syurga atau ke neraka...

Allahuakbar! ....

Mukmin dan kuffar itu bisa berbeda walaupun di dunia nmpak mcm sama saja. Jika meke ade rumah dan kete besar, yg mukmin pun ade umah dan kete besar, jika meke cerdik hingga jdi professor, yg mukmin pun ape kurangnya...begitulah seterusnya ape yg meke ade di dunia ini x mustahil yg mukmin pun bole ade sama...

Tetapi di akhirat sana persamaan itu akn berakhir dan perbedaan bisa amat ketara sekali pabila yg mukmin akn tinggal di Syurga mentara meke pula di Neraka... nauzubillah.

Berbeza dgn umat yg lelain, umat Nabi Muhammad saw adalah dimuliakn kerna t/jawab dakwah telah diserahkan kpd setiap dri mereka untk diteruskn setelah ketiadaan Baginda saw...tiada kelayakan yg diperlukan, cume setiap umat perlu menyampaikn ape yg diketahui dri agamanya walaupun satu ayat seperti yg disaran dlm hadith Nabi saw....

Baru ku tahu ape bezanya laungan 'Allahuakbar' ketika azan yg menyebabkan syaitan berlari jauh sampai terkentut2 dgn sebutan 'Allahuakbar' ketika takbiratulihram yg membuatkan syaitan kembali dtg menggoda manusia yg sedang bersolat....

Berbanding dgn takbiratulihram yg dikire sebagai ibadah, laungan azan itu merupakan seruan dakwah pd manusia yg menyeru kpd membesarkn Allah dan mengajak kpd kejayaan...jelas disini syaitan itu lebih tkotts kpd org yg membuat seruan dakwah dri org yg menjdi ahli ibadah...

Oleh itu kita hendaklah terus berusaha untk berdakwah walaupun bnyk yg x "selesa" akn seruan itu...

Menjadi tetamu Allah swt:

Btollah seperti yg diketahui umum pemergian seseorg untk mengerjakan Hj atau Umrah itu hakikatnya adalah atas dasar jemputan Allah yg Maha Agung jua, walaupun dlm keadaan meke yg berhajat nk pergi itu telah bersiap sedia lengkap dri segi material, kesihatan dll., jika ia x "dijemput" maka hajat tersebut akn pasti berkubur begitu saja...

Dikisahkan beberapa tahun dulu, seorg Dato' tokoh korporat yg tika itu dlm keadaan "dunia ini ana yg punya" telah dijemput oleh Raja Saudi untk mengiringi delegasi Pak Mentari menunaikan Hj....beliau dgn bangga telah mengwar2 yg ia akn ke Mekah mengerjakan Hj atas jemputan Raja Saudi! ...

Tiba saatnya rombongan Pak Menteri telah sampai di airport Jeddah sehari seblom wukuf, tpi entah mcm mane urusan "clearance" rombongan tersebut telah tergendala yg menyebabkan beliau terpaksa menghabiskan hari wukuf di "golden lounge" dlm airport Jeddah...

Menceritekan kembali kisah tersebut, oleh kerna malu nk terus pulang ke tanah air, Dato' tersebut telah mengambil coti 7 hari untk ziarah ke Mesir yg berakhir katenya dgn beliau melakukan "tawaf" di pyramid!!...

Begitulah walaupun dijemput oleh seorg Raja, jika x diizinkan oleh Allah swt, tiada siapa yg akn dpt mengerjakn ibadah Hj atau Umrah.

Oleh itu bnykkanlah bermunajat dan berdoa semoga Allah swt menjemput kita menjdi tetamu Nya dlm masa terdekat - Allahuakbar! !

Luasnya Rahmat Allah SWT:

Beruntunglah mereka yg sempat melakukan ibadah di Masjidil Haram di mana ganjarannya umum udah mengetahui 100,000 ganda dri masjid2 lain kecuali Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa...

Jika nk diterjemahkan dlm bentuk yg mudah difaham, sekali bersolat di Masjidil Haram, pahalanya sama dgn 55 tahun 6 bulan dan 22 hari bersolat di tempat lain kecuali di kedua masjid Nabawi dan Al-Aqsa. Jika bersolat sehari semalam 5 waktu, pahalanya bersamaan dgn 277 tahun 9 bulan dan 10 hari...Allahuakbar! itu baru satu hari je bersolat di Masjidil Haram!...

Bayangkanlah, betapa luasnya kasih syg dan rahmat Allah SWT pd yg mengunjungi Masjidil Haram, selain di atas, ditambah pula dgn Allah SWT menurunkan 120 rahmatNya setiap hari di Masjidil Haram, iaitu 60 rahmat untk mereka yg mengerjakan tawaf, 40 untk mereka yg solat dan 20 rahmat untk mereka yg hanya memandang Kaabah.......subhannAllah!

Perkara asas yg perlu ade untk seorg Muslim adalah pengetahuan membaca al-Quran. Membaca al-Quran itu bknlah perkara yg mudoh, ia x boleh dihafal secara membabi buta. Sebaliknya, kita perlu mengenal huruf satu per satu terlebih dahulu, mengeja, dan seterusnya membaca. Ibadat2 lain akn jdi lebih mudoh dilaksanakan pabila kita dh dpt membaca al-Quran...

Bg ibubapa yg sedang sibuk membesarkn keluarga masing2, tlng jgnlah lupo akn t/jawab asas ini supaya bila nnt ank2 membesar paling kurang mereka sudah boleh membaca al-Quran dgn baik....sekali gus membolehkan mereka mendalami ibadah2 yg lelain....jika x ia bisa mengundang masa depan yg suram dlm proses pembelajaran kitab suci al-Quran...

Kalimah Maha Agung:

Waktu isya' tdi sempat ku singgah jap di masjid Kg Baru yg dh beberapa tahun x ku pergi ke situ...rupenya ia sedang dlm proses ubah suai yg agak "massive", nmpak mcm dh tiada lg kawasan lapang di sekitar masjid muenya dh dinaikkan bangunan...

Aku tibe tekala hampir msuk isya' dan ade sessi ceramah lak yg sedang berjln...seusai azan isya' ceramah telah disambung semula dan dptlah aku kutip serba sedikit apa yg Ust sedang perbincangkan (dri kitab yg x pula ku tahu namanya) yg ku rase baru pertama kali ku dengar akn hal yg diciterkannya...

Dri kitab yg sedang dibacanya, Ust itu telah menerangkan tentang nama2 Allah dgn memberitahu bahawa sebenarnya Allah swt ade 3000 nama2 yg selama ini kita tahu ade 99 je...

Dia menyambung lg, dlm 3000 nama2 Allah itu, 1000 hanya di ketahui oleh para malaikat, 1000 lg hanya di ketahui oleh para anbiya' dan 300 terdpt dlm kitab injil, 300 dlm taurat, 300 dlm zabur dan 99 dlm al-Quran mentara yg satu nama lg hanya Allah je yg tahu...

Yg bestnya untk kita, Ust itu bilang, ke semua 3000 nama itu ada 'tersimpul' dlm 3 nama Allah yg terkandung dlm kalimah 'Basmalah' iaitu kalimah BismillahirRahmanirRahim yg lazim kita baca...

Oleh itu adalah disunatkan tika kita membuat setiap sesuatu yg baik2 hendaklah dimulakannya dgn membaca Basmalah oleh kerna kalimah itu mengandungi nama2 Allah yg Maha Agung dan bnyk hikmahnya jika kita amalkan membacanya....SubhanAllah!

Wallahuaklam.

Lorong Hijau:

Acapkali ku perhatikan pabila tibe ke sesuatu destinasi terutama di airport sesebuah negara, kita sering kali akn di"saring" oleh pihak immigrasi seblom dibenarkan keluar dri airport tersebut kecuali org2 yg melalui "Lorong Hijau" atau yg ada status VVIP atau diplomatik...

Pd yg biase mengerjakan Hj atau Umrah, mmg kene bnyk bersabor se awal di airport lg kerna pihak immigrasi Saudi mmg terkenal dgn kelambatan mereka menyaring para pelawat yg ingin masuk ke negara itu. Jika bernasib baik proses itu bisa siap dlm mase 2-3 jam saja, jika x bernasib baik kene bersabor je laa...

Begitulah hidup ini, jika di dunia berbaris 2-3 jam udah di kira menyeksakan, nk dibandingkan dgn proses saringan di Padang Mahsyar kelak lg la haru birunya dibuatnya terutama yg ter"sangkut" x cukup bekalan - bayangkanlah betapa azabnya ketika itu...

Oleh itu hendaklah sesiapa yg cerdik memikirkan hal yg demikian serta berusaha dan berbnyk berdoa dan memohon agar laluan kita di sana nnt lancar dan yg terbaik lancar tanpa hisab atau saringan langsung!!

Salah satu caranya hendaklah kita la ni bisa ke"depan" tika setiap kali melakukan kebajikan seperti jika solat hendaklah "rebut" saf pertama dan juga selalu2 memudahkan kesulitan org lain semoga urusan kita pun turut dipermudahkanNya....

Ambillah iktibar dri hadith yg diriwayatkan oleh Muslim ini apabila Nabi SAW bersabda :-

"Seandainya org tahu akn pahala yg terdpt dlm seruan azan dan saf pertama, kemudian mereka x mendptkan cara untk mencapai nya kecuali dgn cara melakukan undian, pasti mereka akn mengundi untk mendptknnya"..

SubhannAllah! Allahuakbar! Allah Maha Besar!

Dibantu dan Membantu:

Begitulah kehidupan ini x lari dri kita dibantu atau kita membantu, semuanya itu atas kehendakNya jua yg Maha Mendengar akn rintihan hamba2Nya yg memerlukan bantuan...

Klo nk difikirkan, mmg x terhitung bala tenteraNya untk membantu manusia yg sentiasa berdoa dan bergantung harap kpdNya....

Sngt jelas, ada kalanya Allah menghantar bala tenteraNya (dlm pelbagai bentuk) untk membantu kita. Namun ade ketikanya kita pula digunakan untk menjdi bala tenteraNya bg membantu org lain dan kerap kali ia berlaku tanpa kita sedari...

Di sebelah mana pun kita berada - ia tetap nikmat Allah yg wajib disyukuri - lihatlah dgn mata hati betapa Allah itu Maha Berkuasa. ..tiada suatupun yg mustahil bgNya.

Kita kene bersyukur kerna ade pertolongan yg diberiNya tika kita benar2 tersepit. Malah kita juga perlu bersyukur kerna terpilih untk membantu (membuat kebajikan) walaupun ada ketikanya ia kelihatan berlaku tanpa dirancang...

Menyambut Jemaah Hj Pulang:

Pasti ade bezanya tika kita menyambut jemaah yg bru balik dri mengerjakan haji dgn menyambut org yg baru balik dri 'outstation' atau melancung ke tempat2 lain kerna mereka ini adalah bekas "tetamu2 Allah" yg pulang membawa bersama meke rahmat dan berakat org yg mengerjakan haji bkn saja tok mereka malah untk org yg menyambut mereke jua...

Bila menyambut mereka ucapkanlah..."taqaballahuhajjaka..." mudah2an Allah terima amalan haji kamu, semoga Allah akn ampunkan kamu dan semoga Allah mengantikan segala belanja yg telah kamu keluarkan...Allahuakbar! !

Kpd jemaah yg baru pulang dri ziarah ke Masjid Nabawi serta masih segar lg nostalgia bermunajat serta berdoa dgn khusyuk di Raudhah...jgnlah biarkan cukup dgn hanya merinduinya tanpa melakukan apa2 setelah kembali ke tanahair...

Merindui Raudhah perlu diterjemahkan dgn mengamalkan dlm kehidupan harian amalan yg telah kita lakukan semasa berade di dlmnya. X kisah di mana jua kita berada, amalan solat (jemaah), berdoa, berzikir dan bermunajat dgn sabar dan khusyuk bisa dpt dilakukan dimana2 saja semata2 kerna Allah SWT....jgnlah dibiorkan rumah2 Allah kosong walaupun ramai "haji dan hajah" yg baru dan yg dh lama pulang, tinggal di sekelilingnya...ubahlah ke arah kebaikan kerna Syurga semmgnya sudah sedia menunggu mu...

X kenal x Cinta:

Pepatah ade menyebut "x kenal maka x cinta", begitulah diri kita jika ia x mengenal siaper Rabbnya, ia x akn ade rase cinta terhadap Rabbnya kerna hanya org yg bercinta sahaja yg akn bisa mahu sentiasa berdamping dgn yg dicintai tanpa kenal rase letih atau terpaksa...

Begitulah mereka yg melakukan sesuatu kerna kenal dan cinta akn Allah - insyaAllah - ade tenaga dan kudrat yg dibekalkanNya yg membuatkan mereka tiada rase penat atau jemu...walaupun saban hari membuat amal kebajikan seperti menyantuni ank2 yatim atau duk berulang alik dri umah ke masjid untk melaksana solat jemaah dsbnya...

Ilmu yg berkubur:

Bnyk sekali disebut di dlm kitab suci al-Quran tentang "ayat2 Allah" yg boleh kita saksikan di alam ini bg yg nk mengambil iktibar...begitulah jika nk dikatakan ilmu Allah itu ada di mana2, malah pd setiap org dri kita bisa memiliki IlmuNya dek asbab klta ke sekolah atau universiti, menadah kitab, mendengar ceramah dan kuliah di majlis2 ilmu atau di corong2 radio hatta berfb sekalipun dsbnya...

Malah bkn sedikit dri kita yg memperolehi ilmuNya secara "direct" melalui ibrah dri pengalaman pahit manis kehidupan yg kita sedia lalui selama hidup di dunia yg fana ini...

Jika ilmu yg di perolehi itu melalui pengalaman, maka ia bisa menjdi milik org yg melalui pengalaman tersebut...Jika ia x dibukukan atau diceritakan, di khuatiri ilmu tersebut akn turut berkubur bersama jasad yg kaku apabila org itu udah tiada....

Oleh itu patutkah kita x mengambil pusing untk "share" ilmu yg ade mentara boleh melihat matahari, bulan dan bintang, sebagai salah satu dri amal jariah yg boleh kita tinggalkan untk org lain pelajari dan mengambil iktibar?


Pertembungan hidup:

"Aneh. Begitulah putaran kehidupan. Bnyk peristiwa berlaku tanpa dirancang. Apabila tiba di persimpangan jalan kita perlu memilih. Namun akal manusia x sempurna. Maklumat masa depan hampir sifar. Namun prinsipnya mudah, sesuatu yg baik untk kita x semstnya terbaik di sisi Allah" - Anekdot Madinah (Prof MKI).

Yakinlah Allah bisa mengantikan yg lebih baik drpd apa yg kita hilang atau pinta....

Segumpal Sedekah:

Seusai solat maghrib tdi tok imam telah memberi sedikit tazkirah perihal fadzilat hari jumaat di mana pd mlmnya dan siangnya adalah penuh dgn peluang dan ruang yg luas disediakan Allah SWT untk kita bersedekah dan beramal ibadah dan yg paling utama ade pdnya suatu waktu yg dirahsiakan Allah SWT tika mana doa2 jika bertepatan dgn detik itu, insyaAllah akn dimakbulkan...

Dlm bab bersedekah pd hari Jumaat pula, telah dikisahkan juga bahawa sejak tok imam ini bertugas di masjid kariah kami, beliau perasan pd setiap jumaat akn terdpt "segumpal" wang dlm peti sedekah yg didermakan oleh seorg hamba Allah yg pd mulanya berjumlah 200-300RM seminggu telah menjdi 500RM setiap minggu sejak kebelakangan ini!

MasyaAllah! Itulah yg dinamakan the power of sedekah, ia bkn makin mengecilkan rezeki kita malah ia membuat rezeki makin melimpah ruah...yakinlah 

Al-Quran rahmat terbesar kita:

Ramai yg x tahu berapa beruntungnya kita berbanding umat2 yg lain kerna walaupun Nabi kita Nabi Muhammad SAW udah tiada, kita masih dibekali Allah SAW dgn suatu rahmat yg x terhingga besarnya iaitulah kitab suciNya yg terpelihara rapi Al-Quran ul Karim - sebagai mukjizat sepanjang zaman....

Betapa beruntungnya kita berbanding umat2 lain yg masih meraba2 dan saling berselisih faham antara mereka dek kecelaruan di dlm kitab2 suci mereka yg x pernah kita alami...

Tetapi amat malang sekali bahawa realitinya hari ini kita udah menjdi umat "tercorot" di segala bidang di sebabkan oleh kesalahan dan kelalaian kita sendiri yg x mahu ambil kisah dan memahami "rahmat besar" yg kita miliki, malah jauh lg la klo nk mengamalkan akn suruhannya...

Kembalilah wahai umat Al-Quran, bersegeralah menuju kejayaan kerna janji Allah SWT akn tetap terlaksana pabila Dia telah tetapkan yg bumi ini adalah diwariskan kpd kita mukmin untk memakmurkannya - seusai kita kembali kpd ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW...Allahuakbar!

Anak soleh:

Semlm sessi motivasi pg radio ikim ade sebut satu citer yg koi pun x penah dengar, mungkin bole kita amek iktibar bersama...

Dikisahkan semasa peristiwa Israk Mikraj dan seketika Nabi SAW berada di Sidratulmuntaha untk bersedia bertemu dgn Allah SWT dan menerima perintah solat, Malaikat Jibril pun mengundurkan diri kerna katanya dia akn terbakor dan sirna jika melepasi kawasan seterusnya, tapi seketika di situ, Nabi SAW telah menemui seorg pemuda yg telah mendahului Baginda berada di Sidratul Muntaha itu, siaperkah pemuda itu?...

Ibrah buat kita dri peristiwa itu adalah di dapati pemuda tersebut "layak" ke situ di sebabkan oleh 3 amalan soleh yg dilakukannya:

1. Dia mempunyai lidah yg basah yg sentiasa berzikir kpd Allah SWT.

2. Dia menjaga kedua ibubapanya dgn sempurna dan x pernah sekali menyakiti hati2 mereka...

3. Dia sentiasa menunggu2 masa untk berbuat amal dan menjdi rutinnya untk melakukan satu amal ke satu amal yg lain...

Bekalan hidup:

Betul terkesan dlm jiwaku pabila Ustaz ni berkata: 
"sebagaimana kete kita yg memerlukan bekalan minyok untk membolehkannya terus bergerak, kita manusia apalah lg, amat perlu ade bekalan untk membolehkan "kete jasmani/roh" kita terus bergerak menuju sampai ke akhirat... 

Tpi di dlm kesibukan kehidupan x ramai yg perasan kita sebenarnya memerlukan 4 bekalan asas yg sentiasa perlu di "top-up" untk meneruskan perjalanan itu:

1. Bekalan makanan (yg sentiasa ditambah)
2. Bekalan ilmu (yg sentiasa di update)
3. Bekalan emosi (yg sentiasa dibajai)
4. Bekalan takwa (yg sentiasa dirasai pergantungan pd Allah SWT)"

Fikir2kanlah.... 

Ujian hidup:

Setiap kita mungkin ade prinsip hidup tersendiri yg menjdi tonggak dlm kehidupan kita selama ini, untk yg mukmin elok bonarlah jika prinsipnya itu selari dgn ape yg di anjur oleh agama iaitu:

"Jika kita menghadapi ujian, hendaklah bersabor dan mendirikan solat (serta bnykkan berdoa)"...

Kehidupan itu sendiri merupakan ujian. Di mana sahaja kita berada - selagi masih bernafas - maka kita akn tetap berhadapan dgn ujian...innalillah....

Ya Allah, jgnlah kami diuji lebih dri ape yg kami mampu memikulnya....

Begitulah lumrahnya manusia, persis meke x pernah malu untk meminta2 kpd Allah SWT sesuatu berdasarkan keinginan dan kemahuan diri sendiri. Malah ade yg pandai pula bersyarat2 - tpi semua itu Allah yg Maha Pengasih dan Penyayang pasti akn Maha Mendengarnya dan insyaAllah akn memakbulkannya dgn caraNya yg tersendiri dgn segala Ilmu yg Dia ade untk kebaikan hambaNya jua..so mntklah kpdNya apa dihajati tanpa malu dan jemu pasti Dia Maha Mendengar...


Doa Pencinta Ilmu:

"Ya Allah, ya Tuhan kami, berikanlah kami ilmu yg bermanfaat, manfaatkanlah kpd kami setiap ilmu yg kami pelajari, kurniakanlah keikhlasan kpd kami dlm menyampaikan ilmu, dlm kami menyebarkan ilmu, dlm kami mengamalkan ilmu...

Ya Allah, bantulah hamba2 Mu untk mentasdiqkan diri kpdMu dgn ilmu, melaksanakan setiap perkara dgn ilmu...

Ya Tuhan kami, ya Rahman, Allah yg Maha Berkuasa, Allah yg Maha Penyanyang, Kami memohon agar Kau ampunkan dosa kami dan himpunkan kami dlm Syurga Mu ya Allah, Rabbana atina fiddunnia hasanah wafilakhirati hasanah waqinar azabbannar...aameen."

Doa Pencinta Subuh:

"Wahai Allah yg mencipta subuh, wahai Allah yg mengetahui hamba2nya yg bangun subuh, wahai Allah yg telah menciptakan alam ini agar semua tunduk kpdMu, ya Allah, jadikanlah kami semua insan2 yg akn siap sedia pd setiap subuh untk tunduk kpd Mu ya Allah...

Ya Allah, kami juga memohon agar Kau membantu saudara2 kami, rakan2 kami, yg blom lg diberikan kesempatan untk sujud kpdMu di awal pagi pd waktu subuh, berilah peluang kpd mereka ya Allah, agar mereka bersama dgn kami jugak untk meletakkan dahi mereka merase hina kpdMu di awal pg ya Allah..sesungguhnya apabila kami bangun pg dgn melakukan ketaatan di awal hidup kami mudah2an seluruh hidup kami pd hari itu semuanya akn tunduk kpdMu ya Allah ya Rahman ya Rahim..." - aameen ya Rabb.


Tok Siak:


Rentetan dri citer arwah tok siak kami, smlm ku dengar ade jemaah yg memberitahu yg arwah nie sejak sekian lama semasa hayatnya x pernah miss bg mkn kpd seekor monyet yg kebetulan "berkampung" bersebelahan dgn tempat dia tinggal, pg tdi timbul lak keluhan seorg lg jemaah yg risau siaperlah yg akn memberi mkn kpd kucing2 yg berkeliaran di masjid selepas pemergian arwah...

MasyaAllah, ruper2nya arwah nie bkn je menyantuni para jemaah dan org lain malahan haiwan pun disantuninya jugak!....hanya Allah SWT sahaja yg dpt membalas budipekerti semulia ini....aameen.

Kematian oleh asbab kene bunuh mmglah tragis dan sngt menyayat hati jika nk dibandingkan dgn asbab2 kematian yg lain yg pernah kita saksikan, tetapi menyandang status "dibunuh" itu adalah lebih selamat drpd memiliki status "pembunuh" di akhirat nnt kerna status pembunuh itu bisa akn membawa bersamanya "dosa membunuh" yg akn kekal "abadan abada"...

Para ulama ade mencatatkan : "kata2 dri lidah hanya singgah sekejap di telinga, kata2 dri hati akn masuk ke hati dan kata2 dri roh akn masuk ke dlm roh" - Btol gak tu kita pon bisa gune frasa "dri hati ke hati" cume now kene "up" sket jdi dri "roh ke roh", bg lebih menyentap dan lebih mendlm mesej yg cube nk disampaikan....

Sepeninggalan yg mengejut dan tragis Tok Siak yg bnyk berjasa di masjid kami 2 hari lepas, ketika jamuan pagi selepas kuliah subuh pg tdi ku dpti kebnykkan para jemaah masih lg berada di dlm keadaan "x percaya" yg arwah dh x ade, masih lg seakn2 terdengar suara ceria arwah menjemput para jemaah menjamu selera di ketika setiap kali selesai kuliah subuh sambil dia membawa secangkir bekas teh tarik untk sesiapa yg nk extra, Allahuakbar!

Jasa2 mu yg ikhlas itu akn kami kenang buat selamanya...begitulah kita manusia, jika membuat sesuatu itu dgn ikhlas tanpa mengungkit2, akn terpancar cahaya keikhlasan itu dgn sendirinya dan ia bisa "berjangkit" pd yg lain berbanding dgn meke yg membuat sesuatu untk menunjuk2 kerna umum tahu skop keje tok siak masjid mmg x se glamour tok imam atau bilal kerna org akn hanya mencari tok siak pabila keadaan masjid mulai kotor atau persiapan tok solat masih blom dibereskan lg....



Abd Razak Ahmad
Iktibar dri arwah Tok Siak:

Sejak pemergian arwah, dri semlm hati ku x berape tenteram asyik terbyangkan kelaku arwah tika2 mana aku dpt bertemu dgnnya seusai atau sblom solat sblom2 dia meninggalkan dunia yg fana ini...

Mungkin ade yg Allah nk sampaikan pd kita semua iktibar dri pengenalan ringkasku dgnnya kerna bila ku fikir2 kembali mmg ade iktibar yg sarat dgn mesej untk kita sama2 amek pengajaran dri kisah arwah Tok Siak nih...

Diringkaskan cerita, baru aku ingat masa bulan pose yg lalu selepas solat asor dia tetibe saja telah meluahkan kisah suka duka perjalanan hidupnya pd ku sampai dia "ended up" jdi Tok Siak di masjid kami... (ade ku muatkan dlm fb postku citernya dlm bln Aug x silap).

Pengajaran pertama dri kisah arwah adalah kita sebagai ank perlu dengar dan taat akn nasihat ibubapa walaupun nmpk x logik pd akal anak2...

Kedua, hasil dri pesan ibunya dia mmg x pernah meninggalkan solat walau dlm apa keadaan sekalipun dan ini telah bnyk menyelamatkannya dri terjerumus ke lembah hina dan buat dia cekal untk meneruskan hidup...

Ketiga, pentingnya institusi masjid yg perlu kita dampingi untk mendpt "support" jasmani dan rohani melalui solat berjemaah supaya kita x terus hanyut keseorgan dek cabaran hidup terutama apabila berkelana di kota2 besar jauh dri kaum keluarga...

Keempat, perlunya kita bnyk membantu org lain x kira siaper yg memerlukannya terutama golongan yg terpinggir seperti anak2 yatim dan fakir miskin samada dgn memberi bantuan dlm bentuk sedekah atau zakat harta atau tenaga dan masa kita...

Kelimanya, bersiap2 untk mati dgn membuat wasiat atau menghibahkan mana2 harta yg ade kpd waris atau institusi wakaf dsbnya...

Dan ke enam, maafkanlah semua org dan x menyimpan dendam dsbnya pd org lain..

Setakat inilah yg aku mampu sampaikan tok kita sama2 renungi. Semoga kisah tragis pemergian Tok Siak kami dpt kita manfaatkan bersama...

Ya Allah Kau cucurilah rahmat ke atas roh arwah dan kami semuanya....

Rase sedih gak dengar berite seorg jemaah di kariah masjid ku telah meninggal awal pagi tdi setelah kabornya ditikam oleh anaknya sendiri, innalillah, semuanya dh ditakdirkanNya, semoga rohnya ditempatkan bersama2 org2 yg soleh dan semoga kita dijauhi musibah yg x disangka2 didlm mengharungi sisa2 baki hidup yg semakin penuh dgn dugaan...

Tok Siak kami rupenya..

Susulan dri kariah masjid ku yg ditikam oleh anknya pg tdi, jenazahnya telah selamat disempurnakan seusai solat maghrib ptg tdi...

Mmg aku tersentap pabila diberitahu bahawa arwah adalah tok siak masjid rupenya...aku ingatkan jemaah lain yg sama nama...innalillah. 

Mmg ajal maut dtg x diduga, rasenya baru saja aku bersalam dgnnya seusai subuh 2 hari lepas dan sekrng dia dh meninggalkan dunia ini buat selamanya...

Baru minggu lepas aku berurusan dgnnya hal korban dan masih tergiang di telinga ku suaranya yg mencadang duit lebihan korban ku dimasukkan ke tabung anak2 yatim..

Lebih dri itu sebulan dua seblom ini arwah ade berbual panjang dgn ku di mana dia telah mengimbau sejarah silamnya pd ku (x tau kenapa ptg itu dia bersungguh2 bercerite kisahnya pd ku)...semua itu akn ku kenang sampai bile2..

InsyaAllah semua usaha arwah untk mengimarakkan masjid sepanjang dia menjdi tok siak secara x rasmi akn Allah balas dgn balasan yg baik jua...

Jika nk diukur dri ramainya jemaah yg solat jenazahnya, insyaAllah arwah akn ditempatkan bersama2 roh2 org yg soleh yg mendapat redha dan keampunan Allah SWT....

Ya Allah Kau cucurilah rahmat Mu ke atas roh tok siak kami yg berhati mulia dan budiman serta suka membantu org lain...aameen.


Definisi baik:

Tetekala menghuraikan kisah Sultan Muhammad al-Fateh - Pembuka kota Konstantinople (Istanbul), seorg Ust telah membahaskan apakah maksud hadith Nabi SAW yg menyatakan 800 tahun seblom itu, iaitu ketika peperangan Khandak, bahawa "Kota Konstantinople akn dpt ditawan oleh umat Islam yg pd mase itu mempunyai Raja yg baik, tentera yg baik dan rakyat yg baik."

Jawapan pd definisi "baik" itu ade terkandung di dlm soalan2 yg diajukan oleh Sultan Muhammad al-Fateh sendiri kpd tentera dan rakyatnya ketika nk memilih imam yg "baik":

1. Siapekah yg x pernah tinggal solat berjemaah semenjak dri dia baligh sampai la ni -

2. Siapekah yg x pernah tinggalkan solat2 sunat rawatib semenjak dri dia baligh sampai la ni -

3. Siapekah yg x pernah tinggalkan solat tahajud semenjak dri dia baligh sampai la ni -

Setelah mendengar setiap soalan2 itu, majoriti tentera dan rakyatnya yg ade pd ketika itu telah bangun tanda mengiakan yg meke sudah melakukan seperti yg disoal, tetapi tiada seorg pun yg boleh mengaku dia telah melakukan ke semuanya kecuali Sultan Muhammad al-Fateh sendiri yg pd ketika itu baru berusia 18 tahun....

SubhannAllah! Patutlah Raja yg baik dan tentera serta rakyatnya yg "baik"2 itu Allah SWT telah pilih untk layak membebaskan Kota Konstantinople itu...

Sombong Dan obatnya:

6 Perkara menyebabkan muncul sifat Sombong pd seseorg itu dan 'obatnya' :- 

- Ilmu (pd hal ilmu Allah lg amat luas)
- Keturunan (pd hal keturunan Nabi SAW lg amat mulia)
- Kecantikan (pd hal Bidadari Syurga lg amat cantek)
- Kekuatan/Kuasa (pd hal Nabi Daud AS lg amat kuat dan berkuasa)
- Kekayaan (pd hal Nabi Sulaiman AS lg amat kaya) 
- Kawan & Kenalan (pd hal ramai kawan yg jenis 'makan' kawan)

Dan akhirnya, pabila sifat sombong mulai menguntum ketahuilah apa yg ade pd kita hanyalah pinjaman sementara belaka dri Allah yg Maha Berkuasa - innalillah.

Wallahuaklam.

Cahaya apakah yg kita ada?

Telah diriwayatkan di dlm kitab imam Hanafi, bahawa di hari kiamat 
(syurga) ada tiga cahaya yang berlainan ; 

1- Cahaya seperti bintang-bintang
2- Cahaya seperti bulan purnama
3- Cahaya seperti matahari

Seperti Bintang : cahaya wajah2 mereka yg di dunia segera meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil wudhu apabila terdengar azan. 

Cahaya Bulan Purnama : cahaya wajah2 mereka yg di dunia mengambil wudhu sebelum azan. 

Cahaya Matahari : cahaya wajah2 mereka yg di dunia bersiap sedia di dlm masjid sebelum azan lagi....

Allahuakbar!

Via Ust Dr. Mohd izhar:
3 Perkara dalam diri orang yang Allah SWT mahu kebaikan baginya :-

1. Dipandaikan dalam Agama
2. Dizuhudkan pada Dunia
3. Diperlihatkan kekurangan diri sendiri..

Wallahuaklam

Allah ta’ala berfirman,

وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Apapun harta yang kalian infakkan maka Allah pasti akan menggantikannya, dan Dia adalah sebaik-baik pemberi rizki.” (QS. Saba’: 39).

Jika nok berinfak (bersedekah atau berwakaf), Nabi SAW ade berpesan supaya jgn tunggu bile dh nk ninggal, buatlah la ni, ketika kamu masih sihat, masih lg mengejar kekayaan dan dlm keadaan takut kpd kefakiran, klo dh nazak, baru nk start berinfak, itu udah terlambat kerna pd masa itu kamu mmg x memerlukan lg harta yg bertimbun dan waris2 pon dh sedia "menunggu" habuan meke dri harta2mu itu....

Wasiat Imam AsSyafie RH kpd umat Islam terutama diriku yg sedang menuju "senja kehidupan", baca dan faham molek deh: 

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: 

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara." 

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. 

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. 

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. 

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan. 

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah. 

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak. 

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat. 

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah. 

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Demi masa 4 kategori manusia ini mmg dlm kerugian sokmo:

1. Org kafir yg menghabis masa dlm kekafirannya.
2. Org yg beribadah sepanjangnya ia x ikhlas. 
3. Org yg beribadah sepanjang nya ia x mengikut sunnah Nabi SAW.
4. Org yg miskin atau susah hidupnya sepanjangnya ia x solat.

"Barangsiapa yang bersandar pada harta, ketahuilah bahwa sewaktu-waktu ia akan miskin. Barangsiapa yang bersandar pada harga diri, ketahuilah bahwa suatu saat ia akan hina. Barangsiapa yang bersandar pada akalnya, maka ia akan tersesat. Namun...Barangsiapa yang bersandar pada Allah SWT, sesungguhnya Dia tak akan pernah miskin, hina, dan tersesat." (Sayyidina Ali bin Abi Thalib)

Mmg ramai yg dh maklum dri hadith2 yg diriwayatkan bahawa Al-Quran itu pd hari akhirat kelak akn memberi syafaat kpd sesiapa yg kerap membacanya ketika di dunia...

Tpi pernah x kita mendengar bahawa untk layak mendpt syafaat itu bkn sekadar membaca sikit2 atau setahun sekali pd bulan Ramadan saja, malah ade yg mengatakan kene khatam sekurang2nya 40 kali seumur hidup, wallahuaklam, Allah SWT saja yg Maha Tahu....

Untk renungan, siapalah kita jika nk dibandingkan dgn para ulama dan org2 yg soleh yg sentiasa membasahi bibir2 mereka dgn ayat2 suci Al-Quran termasuk pernah diciterkan bahawa bekas imam Masjidil Haram Syeikh Abdur Rahman Sudais yg ketika di tanya dlm suatu temubual, "berapa kali dia telah mengkhatamkan Al-Quran sejak dia mula membaca Kitab suci itu?" Dia telah menjawab, "lebih dri 80 ribu kali! "

SubhanAllah, sungguhnya tanpa RahmatMu kami mmg x mampu mencapai apa yg hamba2Mu yg soleh itu mampu lakukan ya Allah....


 EMPAT HAL SEBELUM TIDUR - semoga aku istiqomah mengamalkannya...aameen.

Rasulullah SAW telah berpesan kepada Siti Aisyah ra:

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :
1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah “

Bertanya siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasul tersenyum dan bersabda :
1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran.

2. "Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat“

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau (Astaghfirullaahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih) ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
(Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar) (3x)

( Maksud Hadith)

Jom Rajin Selawat:

Rasulullah SAW telah bersabda bahwa,“Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail as telah berkata kepadaku:

Berkata Jibril as. : “Wahai Rasulullah, barangsiapa yg membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan aku bimbing tangannya dan akan aku bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Mikail as. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri
mereka itu minum dari telagamu.”

Berkata pula Israfil as. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah SWT dan aku TIDAK AKAN mengangkat kepalaku sehingga Allah SWT mengampuni orang itu (yang bershalawat).”

Malaikat Izrail as pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.”

Yuk tunjukkan cinta kita kpd Rasulullah SAW dgn perbnykkan berselawat ke atasnya, apatah lg para malaikat pun telah memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah SAW - Allahuakbar!


Hj mabrur:

Di antara tanda2 mendpt Hj mabrur adalah seseorg itu suka membantu org lain dan amat bersantun dlm berbicara serta menunjukkan akhlak yg mulia di antara manusia. Sukarnya untk mendpt Hj yg mabrur itu dpt kita lihat dri riwayat yg telah diceritakan oleh seorg sahabat:

Telah diriwayatkan seorg sahabat dlm mimpinya telah mendengar 2 Malaikat sedang berbicara berkenaan dgn musim haji pd tahun itu (ketika zaman sahabat tersebut) :

Malaikat pertama : "tahukah engkau berapa ramai yg sedang melakukan Hj pd tahun ini?"
Malaikat kedua : "aku x tahu berapa jumlahnya".
Malaikat pertama : "ade 600,000 jemaah yg sedang buat Hj tahun ini."
Malaikat pertama : "tahukah engkau berapa ramai di kalangan mereka itu yg mendapat Hj mabrur?"
Malaikat kedua : "aku x tahu berapa jumlahnya"
Malaikat pertama : "hanya 6 orang sahaja".... 

Bayangkanlah pd musim2 Hj la ni, dgn jumlah jemaah yg mencecah 2-3 juta org berbanding 600,000 masa itu, mmg cukup besar dugaan ketika mengerjakan Hj apatah lg untk mendpt Hj yg mabrur. 

Walaupun begitu sukar untk mendpt Hj mabrur, seharusnya kita x cepat putus asa dri rahmat Allah SWT jika niat mengerjakan Hj tersebut x lain mmg kerna Allah SWT demi untk mendpt redha dan keampunan Nya....Allahuakbar!

Sy solat Seminggu sekali je:

Mungkin mmg dh ditakdirkan, walaupun hati terase berat nk lalu jln yg biase, aku tetap teruskan perjalanan sehingga berhenti di sebuah lampu isyarat (yg seblom nie bole buat U-turn)...

Bile lampu arrow ke kanan hijo aku pun terus tekan minyak tok belok ke kanan, tetibe sebuah motor telah pintas laluan ku tok buat U-turn, apa lagi udah tergesel dgn bumper depan kete ku dan ku nmpk pemboncengnya tergolek akibat motor yg x dpt dikawal itu...

Entah kenape, x tergerak lak hati ku untk berhenti, mungkin kerna dlm hatiku berkata "ia bkn salah aku" dan nmpk mcm x berape serius yg jatuh tu... 

Rupenyer "kes" x selesai begitu saja, kami telah dikejor oleh sekumpulan Mat Motor yg x puas hati melihat kelaku aku yg x berhenti untk memberi bantuan kpd mangsa yg tergolek tdi...

Setelah melihat keadaan mungkin menjdi lebih "parah" jika aku turun kete, aku teruskan juga beredar dri tempat kejadian sambil diekori oleh beberapa Mat Motor yg masih "menyinga" dgn kelaku aku itu...

Sebentar kemudian ketika kami singgah tok mkn mlm di sebuah restoran berdekatan, 2 org yg terlibat dgn kemalangan tdi telah datang berjumpe untk "selesai kes". Ku lihat keduanya anak muda sebaya dgn anak2ku dan pembonceng yg tergolek tdi luka sedikit di kaki mentara tuan motor sihat walafiat je....

Setelah berbincang, walaupun aku masih "maintain" aku x bersalah, aku setuju tok settlekan repair motor remaja yg rosak sedikit tu sambil bertanya nama dan borak2 kosong....

Di dlm borak2 itu, aku agak terkezut mendengar jawapannya apabila ku tanya dia solat x, selamba dia jawab, "ia, sy solat tpi seminggu sekali je"....innalillah, mungkin insiden pergeselan tdi ade hikmahnya pd aku dan dia yg Allah SWT nk tunjukkan....

Pengajaran pd aku adalah, jgn kisah hal sendiri je sehingga x bisa nk membantu yg lain...dan pd adek2 remaja tdi aku doakan pas nie hidup dia akn lebih menjurus ke arah agama dgn solat 5 waktu sehari bknnya mcm org putih pi gereja seminggu sekali....

"Ya Allah ampunilah aku dan perbaikilah akhlak ku dan ampunilah adek2 tuan motor dan pemboncengnya itu dan rakan2 Mat Motor mereka yg lain ya Allah, sesungguhnya apa2 yg berlaku x akn berlaku tanpa asbab dan izin dri Mu ya Allah.....aameen."

Ahli Quran:

Telah diriwayatkan oleh Nabi SAW, tika nk masuk ke Syurga untk ahli Quran, akn dikatakan pd ahli Quran itu (org yg rajin baca AlQuran, dlm nk menentukan tingkat Syurga meke), oleh Malaikat, "'iqra', bacalah dan naiklah kamu (setinggi tingkat) sebnyk mana ayat yg kamu baca di atas dunia dahulu, sesungguhnya (kata malaikat), tempat kamu atau pun lokasi kamu dlm Syurga itu penentuannya berdasarkan kpd ayat yg terakhir yg kamu baca ketika di atas dunia dahulu... (Maksud Hadith).

Bayangkanlah masa itu kita akn menyesal kerna x bnyk baca Al-Quran lantas posisi Syurga kita pon di makam yg bawah2 saja...ya Allah ringankanlah lidah ku untk membaca ayat2 kitab suci Al QuranMu...aameen.

Doakan ank2:

Anak2 adalah amanah Allah swt kpd kedua ibubapa, mereka mungkin x "menjdi" seperti ape yg kita harap2kan, sebagai anak yg soleh dan baik budi pekertinya - jgnlah mudah berputus asa, teruskanlah bermohon dan berdoa kpdNya, mungkin semasa hayat kita mereka bisa buat kepala kita pusing (sebagai ujian) tpi selepas ketiadaan kita mungkin bisa aje Allah itu merubah mereka untk menjdi org yg lebih baik dan menjdi pemangkin ubtk meneruskan warisan keturunan anak cucu kita yg soleh dan solehah seperti yg kita semua dambakan...kita hanya berharap Allah lah yg lebih layak untk memakbulkannya...aameen.

Kata org tua2 ade 3 situasi yg jika kita menempuhinya, kita akn merase amat penat mentara nk tunggu ia selesai, iaitu tika ade kenduri kawen, tika ade kematian dan tika pindah umah...di ketika itu, x yah lah ditanya2, buat je lah ape yg bole kita lakukan untk membantu, kerna org lain pun penat gak...Ust Muhammad Amin

"You only hv to cry" :

Di pertengahan perjalanan ke DU, t/hari tdi, kete kami telah dilencungkan ke TTDI yg kebetulan membawa kami melalui depan masjid tmn tersebut...

Masjid itu telah membawa memoriku ke beberapa tahun dahulu ketika singgah disitu, bkn saja toiletnya ku dpti "first class" bersihnya tpi ada satu cerita menarik yg ingin ku share disini...

Ade seorg kariah disitu telah memceritekan bahawa ahli kariah dan AJK masjid tersebut didapati mmg amat komited tentang kebajikan penduduk2nya. Sehingga dri satu segi mereka telah berjaya membawa suatu mesej yg unik dlm bab menguruskan kebajikan kariah di sekitar tmn tersebut sehingga ade ketika katanya para ahli kariah yg ditimpa musibah seperti kematian ahli keluarga dsbnya, mereka hanya perlu "menangis" sahaja kerna segala hal2 lain berkaitan musibah tersebut seperti urusan pengembumian dll telah diuruskan oleh "org masjid"...

"Alangkah bertuahnya ahli kariah kami", kata kariah tdi, "over here you only hv to cry when someone is dead or involved in accident etc as the mosque committee will take care of the rest", dia menambah dlm bahasa "Jawa"nya.....

Abu Lahab dpt susu setiap Isnin:

Pd subuh 12 Rabiulawal tahun Gajah, lahirlah seorg insan agung yg juga Nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW.

Pd mlm itu Abu Lahab telah menghantar hambanya Suhaibah untk menjaga Aminah yg sedang sakit nk bersalin, beliau berhasrat mahu jdi org yg pertama diberitahu akn kelahiran anak Aminah itu supaya dia boleh jdi org yg pertama memberitahu berita gembira itu pd Ayahandanya yg juga Datuk Baginda Nabi SAW, Abdul Muttalib.

Syugia apabila lahir sahaja Baginda SAW, pd subuh 12 Rabiulawal itu, org yg pertama menyambut dan menyusukan Baginda SAW adalah seorg hamba bernama Suhaibah. Beliau pun terus memberitahu Abu Lahab akn kelahiran itu seperti yg dikehendaki...

Oleh kerna gembiranya Abu Lahab akn kelahiran Baginda SAW, beliau terus memerdekakan Suhaiba yg kemudiannya diambil oleh Aminah untk menjaga serta menjdi ibu susu Baginda SAW yg pertama...

Telah diriwayatkan, atas asbab jasanya menghantar hambanya Suhaibah untk menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW dan menyusukan Baginda SAW, Allah SWT telah mengantikan susu itu dgn mengizinkan Abu Lahab meminum susu yg keluar dri jarinya pd setiap hari Isnin di alam barzakh sampai hari kiamat....

Mengikut Hassan Al Basri ra, tanda2 hati itu "berpenyakit" ade 6:

1. Ia apabila melakukan dosa menganggap akn boleh bertobat kemudiannya.
2. Ia apabila menuntut ilmu x diamalkannya.
3. Ia apabila beramal dlm keadaan x ikhlas.
4. Ia x meredhai akn kehidupan yg Allah swt udah tentukan untknya.
5. Ia menikmati rezeki yg Allah swt bagi tpi x tau nk bersyukur.
6. Ia menanam org mati tpi x ambil iktibar dri kematian itu.


Dunia adalah Amanah...

Bangkitlah, bangunlah, pikullah amanat ini di atas pundak mu..

Hembuskanlah nafas2 manismu agar harum haruman nafasmu meniti dipintu bibirmu... 

Usahlah dipilih hidup ini bagaikan nyanyian ombak yg hanya berlagu ketika memukul pantai...

Tpi pilihlah hidup ini laksana air bah, membungkah dan mengubah dunia dgn aman...

Maulana Muhammad Iqbal

5 pesan Nabi Adam AS kpd anoknya:

"Wahai anak ku...ambillah pengajaran dri apa yg telah membuatkan ku "tersingkir" dri Syurga...":

1. Jgnlah kau berase tenang dlm dunia ini - waspadalah walaupun dgn kwn - kernanya aku terperdaya dek tipu helah Syaitan. 
2.Jgnlah tertipu atau terpedaya dgn hawa nafsu wanita (waima isterimu) - jgn mudah ikut akn kemahuan meke, selidiklah dulu - kernanya aku telah termkn buah yg terlarang..

3.Sblom buat suatu fikirkanlah akn akibatnya - kernanya aku telah tersingkir dri Syurga.

4.Dengarlah suara hatimu tika nk buat suatu, jika ade "raso x sodap hati" tinggalkanlah - kernanya aku telah "tersalah langkah".

5.Mntklah pandangan dri yg lain atau berbincng sblom mengambil sesuatu keputusan - kernanya aku telah tersalah buat keputusan....

SubhanAllah!

Khusnul Dzon (Bersangko Baik):

Seusai subuh tdi kami para jemaah berpeluang mendengar kuliah subuh dri mantan imam masjid negri N9. Tajuknya berkisar tentang kasih sayang dan hubungan sesamo insan. Yg kelainannya sket, maso nk mulo ceramah dia mntk izin tok gune bahaso negori sobab sudah biaso bogitu katonyo, klo ado jemaah yg x faham, nasib la yo....

Yg bagusnya gak, berlainan dri Ust2 yg biaso, di awal sessi, beliau terus menyeru agar yg hadhir maju ke dopan duduk rapat2 jgn bersepah2 satu masojid kerna ade Hadith yg mengatakan ketika Nabi SAW sedang berceramah semua para sahabat duduk diam (mcm ade burung di bahu masing2) dan rapat2 (sehingga bole dikatakan jika sehelai daun jatuh x sampai ke bumi daun itu dek kerna rapatnya meke duduk) untk mengambil berkat majlis ilmu sambil mendengar kuliah yg disampaikan...

Dipendek cerito, seusai kuliah, ketika sedang menikmati sarapan pagi, aku duduk berhadapan dgn seorg jemaah yg sedang makan "laju" menyuap menggunakan sudu dgn tangan kirinya...

Hampir2 hati ku terdetik nk mengatakan "apa nie baru lepas ceramah dh buat perangai x elok", aku terpandang bahawa tangan kanannya cacat...

Astaghfirullah, itulah kene ade khusnul dzon seblom sesia je kita dpt dosa percuma....Allahuakbar!!

Akhlak mulia x kira di mana :

Masih terpahat di benak ku pabila menyaksikan aksi akhlak mulia yg ditunjukkan oleh seorg jemaah di sebelah ku ketika solat jumaat siang tdi. Tika itu kami duduk satu saf di luar 'verandah' masjid dgn dia duduk di sebelah kiriku bersebelahan dgn anak tangga masjid...

Ketika sedang duduk menunggu khutbah, tetiba aku melihat dia melintangkan sejadahnya untk berkongsi 'tempat sujud' dgn jemaah yg di sebelahnya yg duduk di atas anak tangga tanpa sejadah...

SubhanAllah! Tika itu aku dpt rasekan betapa berterima kasihnya jemaah yg duduk di atas anak tangga itu sedangkan aku mungkin buat 'dont know' je jika aku yg duduk bersebelahan anak tangga tu...ya Allah Kau bglah ganjaran kpd insan yg mulia akhlak itu ya Allah dan Kau ampunkan lah aku ya Allah kerna x prihatin akn hal org lain ya Allah...