Dr M yg Ku Kenali

Secara peribadi, yg paling hampir aku pernah bertemu dgnnya adalah ketika bersalaman buat pertama kalinya dgn beliau di suatu majlis promosi perdagangan yg dianjurkan oleh Matrade di Beijing pd sekitar tahun 1999. Kemudian aku dpt sekali lg bertemu dan bergambar dgn Dr M di suatu majlis berbuka puasa anjuran Dewan Perniagaan Melayu yg di adakan di pejabat pusat pemikiran TDM di Putrajaya pd Ramadhan 2010 yg akn menjdi kenangan manis buatku...

Memang ku akui ketokohan beliau sebagai seorg negarawan yg begitu terserlah dan amat dikagumi bkn sahaja di tanahair sendiri, bahkan di seantero dunia begitu mengenali beliau yg sekali gus telah membantu menaikkan imej negara di mata dunia.

Di zaman "kegemilangan" Dr M, sesiapa yg ke Mekah untk menunaikan umrah atau haji pasti akn sering disambut dgn kata2 aluan "Malaysia bagus, Dr M bagus!!". Begitu sekali hebatnya Dr M sebagai negarawan ulung yg tiada bandingannya sehingga ke hari ini....

Tetapi sejak kebelakangan ini, setelah ku amati gerak gerinya, aku dapati ada yg x kene dgn tindakan beliau yg beria2 hendak mempertahankan "status quo" UMNO dan BN bg memastikan kesinambungan UBN dlm menghadapi PRU yg paling getir dlm sejarah, sehingga baru2 ini beliau seolah2 tidak boleh menerima kebangkitan rakyat sehingga sanggup "menghalau" Dato' Husam, Calon Parlimen Pas bg Putrajaya, balik ke Kelantan!

Walaupon sudah hampir 10 tahun pencen dri menjdi PM, beliau masih tetap mahu berkempen dan sering memainkan peranan yg menyerlah dlm menangani isu2 besar Negara seperti pemilihan TPM Najib ketika zaman pemerintahan Pak Lah, isu air dgn Negara jiran Singapore dan yg terakhir isu serangan di Lahad Datu, Sabah, di mana beliau bolehlah dikatakan sebagai "defacto PM" dgn statement2nya yg dikeluarkan di kaca2 TV sehingga hampir mensirnakan keujudan PM yg sebenar....

Yang aku pasti, Dr M ini masih hidup di era awal kemerdekaan Negara di mana sentimen perkauman mmg tengah memuncak...dri kenyataan dan bual bicaranya ketika ini, aku dapati beliau acap kali bercakap pasal bangsa Melayu, China dan India dlm konteks seperti bangsa2 tersebut adalah BUKAN Rakyat 1Malaysia. Di dlm minda beliau, mungkin model politik secara ala BN, yg menggabungkan parti2 perkauman, adalah yg terbaik untk Negara ini, sedangkan pd realitinya ianya telah ketinggalan zaman dan persepsi Rakyat pun telah lama berubah dek kerana x serasi dgn idea tersebut sehingga tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) yg dianggotai oleh semua kaum, berubahnya polisi Parti PAS dgn penubuhan sayap non-Muslimnya dan pembukaan keahlian kpd semua kaum oleh Parti DAP...

Inikalilah kita menyeru kpd Dr M serta mereka2 yg sewaktu dgnnya supaya berubah kpd realiti Negara kita sekarang ini. Semua Rakyat sedang bangkit untuk menyatakan azam mereka untuk berubah kpd suatu cara hidup yg lebih harmonis dgn melupakan sentimen perkauman yg direka oleh UMNO untuk mengekalkan kuasa dan mendokong konsep kebajikan, keadilan dan kesamarataan masyarakat di dalam Negara Malaysia yg merdeka dan berdaulat..

Demi cinta kami kpdmu, kami berharap Dr M x lg merosakkan imej negarawan beliau sendiri dgn terus menjadi penaung kpd kumpulan rasis dan ektremis seperti Perkasa. Jika tidak, beliau sudah pasti akn berkubur sekali dgn UMNO, Perkasa dan kuncu2 mereka selepas PRU13 ini dgn kekalahan teruk yg akn di alami oleh proksi2 mereka di seluruh negara termasuklah di Pasir Mas dan Shah Alam....insyaAllah.

0 comments:

Post a Comment