Apabila selendang Khalifah terjatuh:

Suatu hari Khalifah Saidina Umar ra sedang bermusafir dgn menaiki seekor unta sambil membaca Al-Quran...

Dek terlalu khusyuknya dia membaca ayat2 suci Al-Quran sampai ia x sedor selendang yg diletok di atas bahunya telah terjatuh ditiup angin sehingga seorg Badwi yg kebetulan melihat dri jauh hal itu telah memberhentikan unta Saidina Umar ra untk memberitahu akn selendangnya yg terjatuh itu...

Lalu Saidina Umar ra turun dri untanya dan meminta Badwi itu menjaga untanya sementara dia sendiri pergi mengambil selendang yg berada agak jauh di belakang....

Sekembalinya, Badwi yg kehairanan dgn kelakuan Khalifah itu terus bertanya, "Mengapa Amirulmukmineen x menaiki unta untk pergi mengambil selendang itu atau menyuruh saja saya sebagai rakyat tuan untk mengambilnya?"

Lalu dijawab oleh Khalifah,"Unta ini aku sewa untk perjalanan dri 'A' ke 'B' dan x termasuk di dlm kontrak sewa itu yg membolehkan aku 'undur' atau pergi ke tempat lain dgn unta tersebut, jdi aku x mahu melanggar kontrak yg telah dipersetujui itu dan kau pula adalah rakyat ku yg merdeka dan bkn hamba yg boleh diperlakukan sesuka hatiku, jdi aku x mahu mengambil kesempatan dri kedudukan ku untk 'memperkudakan' mu - innalillah.

1 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum. Mohon share sumber sirah iniu. Amat menarik. Terima kasih.

Post a Comment