Satu Org vs 100 Unta:

Mafhum hadith ada menyebut yg Nabi SAW pernah bersabda, "Aku adalah anak dri dua org anak yg hampir nk disembelih..."

Begitulah ceritanya apabila org yg pertama iaitu Nabi Ismail AS, yg Nabi SAW lahir dri keturanannya, hampir2 kene sembelih oleh ayahandanya Nabi Ibrahim AS yg telah diperintah Allah supaya mengorbankan anak kesayangannya sebelum digantikan dgn seekor kibas!

Selepas itu org yg kedua yg hampir2 kene sembelih adalah ayahanda Baginda SAW sendiri iaitu Abdullah bin Abdul Mutalib, yg nk dikorbankan oleh datuknya itu kerna ingin "melangsaikan" nazarnya yg nk mengorbankan salah seorg anaknya jika dikurniakan 10 anak lelaki!

Yg peliknya Abdullah adalah anak yg paling disyg oleh Abdul Mutalibĺ tpi di dlm setiap undian yg dibuat nama Abdullah telah "up" tok disembelih...

Oleh kerna hampir seluruh penduduk Mekah pd masa itu telah memprotes niat Abdul Mutalib itu kerna meke juga amat kasihkan Abdullah, satu cadangan telah disepakati untk mengantikan Abdullah dgn unta untk disembelih...

Setelah diundi beberapa kali, samada Unta atau Abdullah yg patut disembelih, nama Abdullah hanya berjaya ditebus selepas jumlah 100 Unta diperlukan untk ganti Abdullah supaya dia x disembelih...

Setelah Abdul Mutalib berpuas hati dgn keputusan itu, beliau pun telah menyembelih 100 ekor unta itu untk dijamu kpd seluruh penduduk Mekah...

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Maha suci Allah yg berkuasa melakukan segala sesuatu - ampun ya Allah!

0 comments:

Post a Comment