Apabila Tok Khatib berkhutbah:

Terkezut jemaah yg hadir dibueknya selepas saban minggu Tok Khatib yg rutinnya membaca khutbah tetiba minggu ini dia berkhutbah! - SubhanAllah! Allahuakbar!

Semua para jemaah kelihatan memasang telinga pabila Tok Khatib dgn nada yg agak lantang telah memulakan khutbahnya dgn berkata, "Sy menyeru sesiapa yg sedang makan berhenti mkn dan yg sedang menghisap rokok buang rokok dan masuk ke masjid sekarang untk mendengar mesej penting yg Tok Khatib nok sampaikan!"...

Tegasnya lg, "Sesiapa yg sedang bercakap2 di belakang sana hendaklah benti bercakap supaya x luput pahala Jumaatnya!"

"Ketahuilah", katanya memulakan khutbah, "Kariah kita sekarang telah dilanda "wabak" judi cyber yg bnyk mempengaruhi anok2 muda Melayu Muslim untk terlibat dgn gejala yg x sihat ini. Bkn itu saja, yg dh 'pencen' pula terlibat dgn pelbagai jenis judi termasuk ketagih judi "dam haji" siang malam sehingga lupa nk ke masjid!"

"Di kariah kita juga terdpt premis2 yg menjual arak kpd org awam tanpa sekatan yg telah menyebabkan ramai anak bangsa kita terbabit sama membeli dan meminum arak secara berluasa...."

"Ini semua akn menyebabkan merebaknya budaya x sihat di kalangan anok2 kariah dan jika x disekat akn menjdikannya lebih parah lg di masa hadapan.."

"Di sini Tok Khatib ingin menyeru kpd para ibubapa supaya peka dgn hal2 negatif yg sedemikian dan jgn mengambil sikap 'nafsu-nafsi' dan hanya sibuk dgn budaya 'pergi keje balik keje' saja tanpa ambil kisah hal semasa masyarakat..." seru Tok Khatib sambil mengulung khutbah pertamanya - innalillah.


0 comments:

Post a Comment