Jagalah lidah!:

Orang yang paling banyak mendapatkan maaf dari Allah, adalah orang yang paling banyak memaafkan orang lain.

Ada satu kisah, terjadi kepada Al Imam As Syafie, Beliau ketika dimaki oleh seseorang, ada orang datang mengatakan kepadanya memberi tahu, ada seseorang yang membuat hadith Palsu, mengatakan Nabi sabda "Akan datang pada umatku seorang lelaki yang dipanggil dengan nama Muhammad bin Idris( Nama Imam As syafie) dia lebih berbahaya bagi umatku dibandingkan dari Iblis "

Lalu apa kata Imam As Syafie, Manusia ini, ada yang mentohmah Allah itu tiga dalam satu (fahaman kristian), Rasulullah pun juga ditomah dikatakan Gila, Allah tak selamat dari mulut hambanya, Nabi pun tak selamat dari mulut ummatnya, bagaimana aku boleh selamat?

Lalu Imam As Syafie mengungkapkan kata ² yang sungguh hikmah, " Orang jahil mengata dengan kata ² yang tak baik kepada aku, Maka saya tak mahu nak layan orang yang menghina kepada aku, orang yang maki itu akan bertambah hina dengan makiannya. Saya pula akan semakin mulia kerana tak layan kepada orang yang meghina. Umpama kayu Gaharu(Oadh), kalau dibakar baru semerbak wanginya, orang yang nak tahu dia mulia atau tidak, Mesti diuji dahulu baru nampak dirinya mulia atau tidak.

Jagalah ini lidah dari memaki kepada orang lain walaupun orang lain itu memaki kepada kita.

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

0 comments:

Post a Comment