"Pi Gereja 3 kali saja":

Apabila aku mula2 menjejakkan kaki di sebuah negara Mat Salleh yg terletak di "utara dunia" hampir 20 tahun dulu, aku sngt teruja dgn pemandangannya yg amat mendamaikan sekali. Apa taknya kerna pd masa itu semuanya kelihatan putih dek diliputi oleh salji tebal!...

Itulah buat pertama kalinya aku dpt merasakan "penangan" salji yg org di negara ku sanggup "bergolok bergadai" untk menyaksikan dan mengalami sendiri kehebatan bergelumang dgn salji...

Begitulah di dlm kehidupan ini, yg ada banyk salji teringin nk lari ke pantai tropika dan yg di pantai tropika pula teringin nk lari ke tempat yg "membeku!"...

Dalam masa 8 bulan lebih aku di negara tersebut untk blajor2 apa patut, aku telah dpt mengenali gaya kehidupan mereka dgn lebih dekat lg yg selama ini hanya dpt aku telahi melalui bahan2 bacaan saja...

Dri beberapa sudut semmgnya cara kehidupan mereka aku kira bisa 15-20 tahun kedepan dri di negara kita. Sebagai contoh mudoh, tika itu mereka dh lama mengamalkan pengasingan bahan2 buangan yg kita baru beberapa tahun kebelakangan ini nk mulakan kempen sedemikian!...

Dri satu aspek yg lain, aku agak terkezut juga melihat betapa "advance"nya keadaan kerohanian mereka sehingga kebnykkan mereka adalah atheist, dh x mempercayai Tuhan lg...

Ada yg memberitahu bahawa mereka berbuat demikian oleh kerna pd mereka agama turun-temurun yg dianuti dri nenek moyang mereka dh x masuk akal untk mengemudi kehidupan dlm dunia yg serba moden ini...

Lantaran itu dh menjdi lumrah di hujung2 minggu mereka x lg akn pi ke Gereja tpi lebih suka "menghilangkan" diri masuk ke dlm hutan2 untk menyendiri mencari ketenangan jiwa...

Hasilnya agama yg ada hanya sekadar menjdi adat dgn bnyk bangunan2 Gereja di serata negara ditinggalkan kosong begitu saja sehingga timbul kata2 sindiran yg mereka hanya pi Gereja 3 kali saja seumur hidup iaitu tika lahir, tika nk kawen dan tika mati - innalillah.


"Pi Gereja 3 kali saja": Pt 2

Sekembalinya aku ke tanahair, aku dpt merasai simpton2 x percaya agama yg terdpt di negara Mat Salleh tersebut ghupernya telah juga menular di negara ku sendiri...

Cuma yg berbeza, jika di sana tanda2nya adalah Gereja2 yg kosong, di sini tandanya masjid2 kita, walaupun belum ditinggalkan kosong dan terbiar secara berluasa, jemaah yg hadhir pd sesuatu waktu solat, kecuali hari Jumaat x mencerminkan bilangan penduduk yg jauh lebih ramai yg tinggal di sekitar kariah sesebuah masjid...

Jika di sana agama keturunan nenek moyang dh menjdi adat dan x masuk akal yg membuatkan umatnya mula mencari jawapan hakiki dgn "bermunajat" di dlm hutan, di sini keadaan dh jdi terbalik, bg yg jahil, mereka mula menganggap "agama gereja" yg dh x masuk akal itu lebih progressive dan moden dri "agama tauhid" yg dianuti turun-temurun dri nenek moyang kita...

Walaupun di sini belum sampai ke tahap agama dh jdi x logik, tpi bkn sedikit jumlahnya jika nk dikira umat yg anggap agama hanyalah adat pd nama saja sedangkan gaya hidup mereka telah jauh tersimpang dri ajaran yg sebenornya...

Hasilnya bnyk masjid dh mula kosong bkn saja di bandor2 tpi yg lebih teruk lg di kawasan2 pendalaman di mana bnyk masjid dh terbiar begitu saja tok jdi "rumah cicak" dan "kandang kambing" sedangkan jemaah yg sepatutnya menakmurkan masjid bnyk dilalaikan dgn hiburan dan perkara2 lagho...

Fenomena ini jika x disekat, dijangka akn menjdi lebih parah lg di masa depan...

Yg menjdi persoalan kritis sekarang, aku percaya Mat Salleh yg dh advance sehingga menjdi atheist itu akn insyaAllah dpt menemui Allah SWT dlm "munajat hutan" mereka, sedangkan kita yg dh semmgnya ada Allah SWT, akn jdi sesat kerna kejahilan diri dan mengikut hawa nafsu dlm mengejor kehidupan yg bisa dianggap bebas dan moden! - innalillah.

0 comments:

Post a Comment