Kisah Hj Maliki:

Seorg Ust telah menceritakan kisah seorg dri ahli kariahnya yg bernama Hj Maliki. Hj Maliki adalah seorg pesara yg bnyok menghabiskan masanya di masjid dan dia juga adalah seorg yg mudah mesra, suka berseloroh dan amat disenangi oleh ahli kariah yg lelain...

Sesekali Hj Maliki akn menghidupkan kembali "masa mudanya" dgn bermain golf dgn rakan2 sepesaraannya sambil membicarakan soal hidup dan keagamaan yg mmg menjdi topik favoritenya...

Beliau bisa x lokek untk memberi pandangan dan nasihat yg bernas terutama tentang hal2 pengurusan masjid dan masalah semasa para ahli kariah yg lain jika diperlukan. Pendek kata beliau mmg seorg insan yg mempunyai hati murni yg tulus dan mulus...

Pada suatu petang Jumaat sebelum solat maghrib, beliau telah bersalaman dgn semua jemaah masjid sambil memohon maaf dan minta dihalalkan makan minum seolah-olah ia adalah hari terakhir sebelum dia berpindah ke kariah lain...kemudian beliau telah memintok izin untk iqamat maghrib yg x pernah dilakukannya sebelum ini..

Suara iqamat Hj Maliki sungguh sodap didengar walaupun ada terselit nada kepiluan yg dpt dirasai oleh para jemaah yg meneruskan solat seusai iqamat itu...

Ketika solat dan imam bangkit dri sujud pertama, beliau masih berkedudukan sujud sehinggalah imam memberi salam. Ghuper2nya itulah solat yg terakhir Hj Maliki kerna beliau telah dijemput menemui Allah SWT ketika dlm sujud yg pertama - innalillah.

0 comments:

Post a Comment