Mirza Sufi:

Menurut kisah Said Nursi Badi'uzzaman, seorg ulama besar dri Turki pd awal abad yg lepas, beliau telah dikurniakan Allah akal yg cerdas dan ingatan yg kuat yg sungguh luar biasa yg dinamakan omputih sebagai "photographic memory". Beliau mengakui boleh menghafal sesebuah buku atau mukasurat dgn membaca atau melihatnya "at a glance" saja, SubhanAllah, mmg hebat anugerah Allah itu...

Tetapi kehebatan itu x terjdi dgn begitu saja kerna sebelum Said Nursi dilahirkan, keturunan ayoh dan atuk neneknya, yg nasabnya bersusur galor sampai ke Rasulullah saw, yg mmg telah terkenal berpegang kuat kpd agama, cukup2 menjaga "halal haram" sumber pemakanan mereka kerna yakin benar dgn hadith Nabi saw yg mafhumnya "Daging yg tumbuh drpd (sumber) yg haram, maka api nughakalah yg lebih layak membakornya" (HR Tabrani)...

Telah diceritakan, bahawa ayoh kpd Said Nursi yg bernama Mirza adalah seorg yg sngt alim dan wara' sehingga beliau dikenali sebagai "Mirza Sufi" yg bekerja sebagai pengembala lembu di kampungnya yg bernama Nurs...

Rutinnya setiap hari adalah membawa lembu2nya "merumput" di kaki gunung berhampiran kampungnya itu dan setiap kali sebelum dia membawa lembu2nya ke gunung, mulut2 lembu tersebut akn diikat sehingga sampai ke padang rumput dan sekembalinya pun dibuatnya begitu juga....

Melihat perangainya yg "pelik" itu, suatu hari org kampung telah bertanya kpd Mirza Sufi, "Awat hang buat lagu tu?", lalu dijawabnya, "Aku khuatir dlm perjlnan lembu2 aku akn mkn tanaman milik org lain yg akn membuatkan dagingnya tumbuh dri sumber yg haram, sedangkan aku x mahu memberi anok2 ku memakan dri yg haram kerna ia seperti memakan bara api nughaka!" - innalillah.

0 comments:

Post a Comment