Kisah Ibrahim Adham:

Ketika sedang berjalan, Ibrahim bin Adham bertemu dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya lalu bertanya kepadanya,engkau seorang hamba?"

Jawab Ibrahim :" Ya."

"Dimanakah tempat perkampungan yang terdekat?" tanya lelaki itu.
Ibrahim segera saja mengarahkan jari telunjuknya ke perkuburan yang ada dekat situ sambil berkata,"Itulah perkampungan yang sebenarnya, sebuah perkampungan hakiki."

Lelaki itu dengan perasaan kurang senang berkata,"Aku menanyakan letak perkampungan mengapa kamu menunjukkan perkuburan kepadaku? Apa kamu hendak mempermainkan aku?"

Dengan penuh kemarahan , lelaki itu memukul kepala Ibrahim bertalu-talu.

"Pukullah kepada yang telah lama berbuat dosa kepada Allah ,kata Ibrahim bin Adham sambil berusaha menghentikan aliran darah dari kepalanya.

Lelaki itu kemudian pergi. Kejadian itu diketahui oleh orang yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat itu. Ia lalu menghampiri pendatang tadi dan berkata:"Hai lelaki, tidakkah kamu tahu kamu baru sahaja memukul kepala orang yang paling banyak beribadah di zamannya. Kamu baru saja memukul kepala Syeikh Ibrahim bin Idham, seorang alim yang terkenal bekas Raja Balkh.

Mendengar penyataan orang ramai itu, lalu dia hairan kenapa mengapa Ibrahim mengaku dirinya hamba.

Jawab Ibrahim, "Kamu tidak bertanya : "Engkau hamba siapa. Kamu hanya bertanya engkau seorang hamba. Kerana itulah aku menjawab "Ya" kerana aku adalah hamba Allah. Setiap kali kamu memukul kepala, aku mendoakan agar Allah masukkan kamu ke dalam syurga."

"Bagaimana mungkin? Seru lelaki itu dengan perasaan lega bercampur hairan. "Kerana, ketika kamu memukul kepalaku, aku bersabar . Jadi tidaklah layak jika aku masuk syurga kerana kamu, tetapi kemudian aku mendoakanmu masuk neraka. Ini juga bukanlah sikap yang bijaksana."jelas Ibrahim bin Adham.

Begitulah sifat mukmin sejati. Akhlaknya mulia walaupun dihina dan disakiti oleh orang lain, di dalam hatinya tidak terdetik rasa dendam, sebaliknya mendoakan kesejahteraan terhadap orang yang menzaliminya.

Memang benar apa yang dikatakan oleh Ibrahim, alam dunia ini bukan tempat kita yang hakiki, ianya hanyalah tempat lintasan sementara sebagai jambatan menuju ke tempat dan kehidupan hakiki iaitu alam akhirat.

Rasullulah saw bersabda : "Takutlah doa orang yang dizalimi meskipun ddia seorang kafir kerana sesungguhnya tidak ada halangan di antara doanya dengan Allah (Riwayat Ahmad)

Rasullulah saw bersabda:"Sesungguhnya seorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang di tengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia.(Riwayat Abu)

Rasullulah saw bersabda :"Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding." (Riwayat At-Tarmizi)

0 comments:

Post a Comment