Biler Melayu "Bertanduk Rusa":

Semlm aku pi mkn2 lunch kt Pavilion Shopping Center di Jln Bkt Bintang kerna dh lama "terperuk" di rumoh...

Sebaik saja melangkah masuk ke dlm shopping center, dh terasa amat suasana "gilang gemilang" untk menyambut perayaan Xmas sedang berlangsung...

Silap haribulan aku mungkin terasa sedang bercoti di negeri Mat Salleh kerna hebatnya persiapan yg dibuat oleh pengendali shopping center dan pekedai2 dgn pelbagai hiasan berbentuk "jingle bell" bule dilihat di merata ceruk pusat membeli belah tersebut...

Semmgnya di masa2 begini, ditambah lg dgn suasana "year end sale", hampir semua pusat2 membelibelah di sekitar ibukota dan dikebnykkan tempat di negara kita sedang berlumba2 menghiasi premis masing2 dgn pelbagai hiasan perayaan xmas bg menarik "mood" pelanggan dan juga pelancung (yg kebnykkannya bkn pon Christian!) untk dtg berkunjung sambil berbelanja sakan terutama sblom meke dikenakan GST pd tahun depan!

Tak ketinggalang juga restoran yg kami kunjungi yg nmpok sungguh meriah dgn dekorasi Xmas nya yg pelbagai termasuk pelayan2nya yg berpakaian seragam siap dgn topi ala2 "Santa Claus" dan "tanduk rusa" yg sedang x "menang tangan" sibuk melayan tetamu yg berkunjung...

Dalam pd itu, yg membuat aku ada rasa sedikit terkilan dan sedih adalah apabila mengenangkan apa nk jdi pd akidah anak2 muda kita la ni kerna apabila aku perhatikan betul2 ghupernya pelayan2 yg bertopi Santa Claus dan Tanduk Rusa itu kebnykkannya adalah terdiri dri anak2 Melayu Muslim kita yg "ikhlas bekerja" sebagai pelayan untk mencari sesuap nasi! - innalillah.


0 comments:

Post a Comment