Pelik tpi benar - kehebatan Sayidina Umar Al-Khattab ra:

Berbeda dgn Sayidina Abu Bakar ra sebagai org yg ke 4 memeluk Islam, Sayidina Umar ra adalah org yg ke 40 memeluk Islam dlm tahun ke-6 kerasulan Baginda SAW selepas Pokcik Nabi SAW Sayidina Hamzah di tangga yg ke 39...

Berbeda juga dgn keadaan "menyorok2" umat Islam sebelum itu, sejurus memeluk Islam di hadapan Rasullulah SAW di rumah Arqam al-Arqam selepas peristiwa doa "2 Umar" Nabi SAW yg masyhur itu dan selepas dia mendengar bacaan 5 ayat pertama dri Surah Taha dri adek perempuannya, Sayidina Umar ra telah dikisahkan pergi mengetuk pintu2 rumah kaum musyrikin Mekah untk "declare openly " yg dia telah memeluk Islam!

Buat pertama kalinya selepas keIslaman Umar ra, umat Islam di Mekah telah berani untk bersolat secara terbuka di hadapan Kaabah hasil dri saranan Umar untk berdakwah secara terbuka...

Di samping itu bnyk sekali pandangan Umar ra berkenaan dgn beberapa peristiwa tika bersama Rasullulah SAW telah di"endorsed" oleh Allah SWT dgn turunnya ayat Al-Quran yg membenarkan pandangan Umar itu...

Antaranya setelah Nabi SAW mengambil cadangan Abu Bakar untk tawanan perang Badar dijdikan "Cikgu" mengajor anak2 org Islam, Allah SWT telah menurunkan firman yg membenarkan cadangan Umar ra sebelum itu agar mereka dibunuh saja!

Begitulah kehebatan Umar Al-Khattab ra sehingga ada hadith Nabi SAW yg menyebut yg mafhumnya, "Jika ada Nabi selepas aku, org itu adalah Umar!" - MasyaAllah, SubhanAllah, Allahuakbar!

0 comments:

Post a Comment