Senyum Wida' Rasullulah SAW:

Senyum Wida' Rasullulah SAW:

Umum kita mengetahui bisa pd hari terakhir sblom kita meninggalkan Mekah atau Madinah, kita akn melakukan tawaf wida' di Baitullah atau ziarah wida' di permakaman Rasullulah saw. Tpi pernahkah kita tahu sblom akhir hayatnya Rasullulah saw telah melemparkan senyum wida' sebagai senyuman terakhirnya kpd para sahabat Baginda saw justeru pd kita semua?

Dikisahkan pd subuh hari Isnin terakhir hayatnya, Baginda saw telah mengisyaratkan bahawa Saidina Abu Baker ra 'to take over" jadi imam solat subuh lantaran Baginda saw dh x mampu lg nok mengimaminya seperti hari2 biasa...

Melihat para sahabatnya bersaf2 nok memulakan solat mereka, Baginda saw telah menjengok ke arah mereka dri tempat pembaringannya lalu melemparkan sebuah senyuman yg teristimewa yg sarat mengandungi mesej dan makna yg tersisip dgn kasih sayang seorg Nabi kpd ummahnya yg tercinta....

Hampir2 para sahabat yg melihat kelibat Baginda saw itu termasuk Saidina Abu Baker ra, x jdi nok meneruskan solat mereka kerna sebak melihat sebuah senyuman yg begitu indah yg terukir di bibir Nabi yg mulia itu...

Itulah senyum wida', senyuman yg terakhir Baginda saw kpd ummahnya yg penuh dgn mesej kasih sayang yg seakn nok memberitahu kita bahawa Baginda saw akn pergi meninggalkan dunia yg fana ini buat selama2nya tetapi Baginda saw akn menunggu kita semua di telaga Haudh di hari kiamat kelak di mana semua org yg beriman akn diberi minam dri telaga tersebut yg akn menyebabkan mereka x akn merasa kehausan buat selama2nya selepas itu....

Ini juga mengingatkan aku kpd pesanan Nabi saw bahawa di akhirat nnt kita akn bersama dgn siapa yg kita cintai, oleh itu jika kita cinta kpd Nabi saw, senyumlah sokmo deh kerna itu adalah salah satu dri sunnah2nya!!.....yuk senyum manis!

 "Air Kencing Mok kamu lg mulia":

Astaghfirullah, inilah kata2 hina yg terpacul dri mulut ketua segala org munafik Abdullah Ibnu Ubayy apabila mengetahui niat baik anoknya Abdullah....

Hidayah itu semmgnya milik Allah swt, walaupun bapanya seorg "Raja Munafik", anoknya yg juga bernama Abdullah seperti yg diberi nama oleh Rasullulah saw, adalah seorg Mukmin yg sejati...

Pd suatu hari dia telah meminta air lebihan minam Rasullulah saw dgn harapan untk diberi minam pd bapanya untk mendpt keberkatan drinya...

Setelah diberi oleh Rasullulah saw akn bekas air tersebut, Abdullah lalu berjumpa dgn bapanya dan meminta supaya dia minam air tersebut...

Tetapi apabila ditanya oleh Abdullah Ibnu Ubayy, "air apakah itu" dan dijawab oleh anoknya "air lebihan minam Rasullulah saw", beliau telah melenting lalu mengungkap kata2 yg nista itu - innalillah.


Nabi saw menjawab soalan dgn soalan:


Suatu ketika Nabi saw telah ditanya oleh seorg Arab Badawi; "Ya Rasullulah, bilakah masanya (Kiamat itu)?"
Lalu Baginda saw telah menjawab dgn satu soalan; "Apakah persediaan yg telah kau lakukan untknya?"
Jawab Badawi itu; "Tiada apa2 ya Rasulullah, cuma aku sungguh kasih kpd mu dan Allah swt..."
Lantas Baginda saw bersabda (yg bermaksud);"Sesungguhnya di akhirat nnt kau akn bersama2 dgn apa yg kau cintai..."
SubhanAllah.

Awas Perangkap Syaitan:

Jika kita rase "sepak terajang" org2 politik itu dh hebat sngt, ketahuilah bahawa sepak terajang Syaitan musuh utama kita itu lebihlah lg hebatnya...

Leceknya Syaitan itu dlm menyesatkan kita bkn pd menggoda kita tok melakukan kemaksiatan itu secara terang terangan dan direct tpi dgn menggunakan kaedah2 yg lg ampuh yg dh mmg menjdi "kepakarannya"...

Pertamanya, ia bisa menasihati kita sehingga menampokkan "kebaikan" dlm kemaksiatan yg dilakukan; keduanya, ia juga bisa membisikkan supaya ditangguh2kan tok melakukan sesuatu kebaikan (sedangkan Allah menyuruh kita bersegera!); dan ketiganya, ia juga bisa membuatkan kita memandang ringan akn sesuatu dosa yg kita lakukan....oleh itu berwaspadalah dgn perangkap Syaitan ini... innalillah.

Pesan UAI pd Ar-Rijal:

Pesannya mudoh saja, sebagai Ar-Rijal yg Allah swt ciptakan sebagai pemimpin kpd kaum nisa', mereka mesti memiliki sekurang2nya beberapa ilmu dan kemahiran asas agama yg laa ni ramai yg dh x tau dan x ambil berat akn betapa pentingnya ia di dlm memikul t/jawab sebagai insan yg bergelarAr-Rijal...

Di antaranya sebagai Ar-Rijal, mereka kene la tau:

1. Mengucap syahadah.
2. Azan dan iqamah
3. Menjdi Imam solat
4. Membaca doa selamat.
5. Solat jenazah

Dgn adanya kemahiran asas seperti di atas, x la nnt ada adegan "tolak menolak" apabila ada masanya kita diminta ke "depan" untk menjdi Imam atau melaungkan azan di masjid atau dlm sesuatu majlis yg dihadhiri! - Innalillah.
Tok akhirat yuk kita berlumba-lumba mengerjakan kebaikan....

'Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.' Al-Quran (57:21) Al-Hadid.

0 comments:

Post a Comment