Nasi Lemok Dua Darjat

Nasi lemok Dua Darjat:

Di sebelah masjid kariah ku ada 2 gerai nasi lemok yg ku kira dh lama beroperasi kerna sejak aku jdi ahli kariah lebih setahun yg lalu gerai2 tersebut telah wujud dan hanya dipisahkan antara keduanya oleh pintu (gate) masuk masjid...

Saban hari ku lihat gerai2 tersebut telah mula beroperasi se awal masuk waktu subuh dan biasenya sehingga jam 10 pagi atau sehingga stok habis!

Kedudukan kedua2 gerai pula di tepi jln dan bersebelahan masjid lebih memudahkan lg pelanggan untk berhenti dan membeli nasi lemok "kosong" yg dijual dgn harga sehinggit se bungkus....

Pd ku kedua2 nasi lemok tersebut mmg sodap belaka walaupun ada perbezaan yg ketara kerna yg di sebelah kiri gate nasi lemoknya ade di tamboh ikan kering "bulu ayam" sementara hok se lg mempertaruhkan sambalnya yg sodap untk lariskan jualan!

Jika dikira dri sodapnya mmg ku kira keduanya "seri" tpi dri segi ramai pelanggan yg singgah ku amati agak "berat sebelah" kpd nasi lemok yg "sambal sodap"...

Mmg susoh untk diramalkan dri segi rezeki masing2, cuma yg ku perasan, walaupun kedudukan gerai bersebelahan dgn masjid, pabila azan berkumandang, warga lelaki dri gerai "sambal sodap" dh "hilang" pi ke masjid mentara warga lelaki dri gerai "bulu ayam" masih sibuk menguruskan gerai mereka mcm x dengar pulak azan dah dilaungkan...

Mungkin inilah yg menyebabkan ada 2 darjat nasi lemok bersebelahan masjid kariah ku itu kerna Allah ingin menunjukkan betapa jika kita menjaga hak Allah, Dia akn menjaga hak kita x kiralah dri soal rezeki atau lelain yg kita sebagai makhluk mmg memerlukan anugerah dri Nya....innalillah.

Menjana Pahala Pasif:

Bg org yg mengerti dunia pelaburan, meke tentu target untk mendpt pulangan yg lumayan secara "pasif income" dgn x payoh nok susoh2 "melabur atau melebur" ke merata tempat...yg dia tahu setiap bulan atau setiap jangka masa yg telah ditetapkan dia akn mendpt pulangan tetap dri pelaburannya itu....

Begitulah jua untk akhirat seperti yg diterangkan semasa ceramoh ringkas "pra-khutbah" sebentar tdi...

Ringkasnya, untk masa depan yg terjamin di akhirat sana, kita perlu melaksanakan dua perkara sblom kita "dipanggil pulang"...

Yg pertama adalah memperkemaskan dan membereskan segala amal ibadah kita yg wajib dan yg sunat2 secara individu dan yg kedua mengintai peluang2 pelaburan yg boleh memberi "pahala pasif" selepas ketiadaan kita selama mana yg boleh, lg bgus berkekalan sampai ke hari kiamat....

Jika nok diikutkan, amalan kita secara individu akn "terpadam" atau terhenti sejurus kita "padam", yg menjdi persoalannya, perjalanan kita masih jauh lg, jika ditakdirkan bekalan pahala dri amalan secara individu itu x mencukupi, dgn apakah kita nok "cover"? Nok diharapkan doa dri anok2, tanyalah diri kita sendiri dh baper bnyok kita sendiri dh menghulurkan doa untk kedua org tua kita? Nok harapkan sedekah, dh baper bnyokkah yg kita dh sedekahkan?

Semua ini akn mengundang "bencana" di sana nnt jika kita x mendpt redha driNya, oleh itu sebagai persediaan kita mentara masih bole berusaha, kita haruslah menyumbang untk mewakafkan apa yg kita mampu baik dri segi ilmu, masa atau tenaga atau harta benda untk dijdikan modal bg menjana "pahala pasif" demi kesejahteraan kita di sana nnt....innalillah.

Sabornya Ahli Nughaka:

Mmg sungguh pelik, jika di dunia sedikit pun x boleh nok bersabor, mereka x sabor untk menahan diri dri melakukan maksiat dan juga dri perkara2 lain yg boleh melayakkan mereka untk menjdi ahli "Kelab" Nughaka...Tpi setelah btol2 menjdi ahli Nughaka mereka boleh menjdi amat2 bersabor pula seperti yg dikisahkan tentang keadaan mereka itu oleh seorg Ust tika di Nughaka kelak...

Satu ketika mereka telah memanggil Malaikat Ridhwan penjaga Nughaka untk meminta dikeluarkan dri seksaan api Nughaka tpi hanya setelah memanggil dgn sabornya selama 40 tahun barulah dijawab oleh Malaikat itu dgn hanya berkata, "Tinggallah kamu selama2nya dlm Nughaka!"

Setelah x dilayan oleh Malaikat, mereka pon memohon pula dgn sabornya kpd Allah swt untk dibebaskan dri Nughaka yg mana doa mereka hanya dijawab oleh Allah swt setelah tempoh "2 kali usia dunia" berlalu dgn jawapan yg amat mengecewakan sekali iaitu "confirmation" dri Allah swt yg mereka akn kekal di dlm Nughaka dgn sehina2nya buat selama2nya!

Begitulah seterusnya mereka tetap bersabor dgn memohon kpd Allah swt "permintaan2 ahli Nughaka" tpi tetap x dilayan malah makin ditamboh lg kepedihan seksaan untk mereka....

Untk kita ibrahnya di dunia ini kenelah bersabor sedikit supaya kita x melanggar larangan2 agama yg boleh menjerumuskan kita ke Nughaka kerna kelak di Nughaka jika boleh bersabor mcm mana lama sekali pon, ia pastinya udah terlambat dan x berguna lg ibarat nasi dh menjdi bubuq - innalillah.

Supervisor yg menyesal:

Citer nih mungkin dh ramai yg tahu tpi aku rase teringin nok repeat lg bg ibrah kita bersama...

Seorg "construction supervisor" yg dh lama berkhidmat dgn sebuah Sykt Perumahan telah diamanahkan oleh boh Sykt tok membina sebuah lg rumah kediaman seblom dia pencen...

Memandangkan dia pon dh x baper lama bekerja di Sykt tersebut, permintaan boh tu segera ditunaikan tpi dgn dia mengambil sikap "acuh x acuh" dri aspek kualiti dan kemasan dalamannya oleh kerna ini adalah "last projek" bgnya sblom dia sayonara Sykt dan berhenti keje...

Setelah siap rumah tersebut, bohnya telah memanggil dia lalu berkata, "oleh kerna awok dh lama berkhidmat, pihak Sykt telah stuju untk menghadiahkan rumah yg awok last bina tu kpd awok!"...

Berderau darah Supervisor mendgr berita tersebut, bkn kerna mendpt rumah secara "free" tpi kerna jika dia tahu ia akn jdi miliknya, sudah pasti dia akn "pulun" habis kualiti serta kemasan dalaman rumah tersebut!....menyesal x sudoh dia...

Begitulah, di akhirat nnt jika ditakdirkan ke Syurga, ramai yg akn menyesal dgn "kualiti" Syurga yg mereka dpti kerna semasa di dunia dulu mereka sering culas melakukan amalan mereka secara berkualitas! - innalillah.

0 comments:

Post a Comment