Bapa totap Bapa:

Bapa totap Bapa:

Mendengar kuliah di corong radio tika berseorgan memandu amat mudoh mendtgkan rase insap dan sentuhan dlm jiwa terutama pabila topik yg dikupas mmg amat dekat dgn jiwa....

Begitulah tika ku dgr kisah dua org anok tika zaman Nabi saw yg berada dlm keadaan dilema akibat dibelenggu oleh stigma bapa2 mereka yg telah x beriman dan yg mempunyai reputasi yg "menonjol" di dlm sejarah penentangan mereka terhadap risalah yg dibawa oleh junjungan Baginda Nabi saw tika hayat mereka....

Kes yg pertama adalah Abdullah Ibnu Abdullah Ibnu Ubayy Ibnu Salul, anok kpd "Raja Munafik" di Madinah. Tika dia mendengar desas desus yg Saidina Umar ra dh "fed up" dgn perangai talam dua muka bapanya itu dan hampir nok memenggal kepalanya, dia telah berlari ke hadapan Rasullulah saw meminta izin supaya dia sendiri yg melakukannya dan membawa kepala bapanya "prompto!" kpd Baginda saw kerna dia x sanggup nok berhadapan dgn org yg membunuh bapanya tanpa rasa ingin membalas dendam jika benar2 bapanya dipenggal oleh Saidina Umar ra. Walau apa pun Baginda saw dgn rasa ihsanya telah tidak membenarkan "Raja Munafik" itu dibunuh....

Yg keduanya apa yg berlaku dgn anok kpd "Tauke Musyrik" Abu Jahal, Ikrimah. Setelah Islamnya beliau berikutan dgn "fath-ul-Mekah" dan selepas itu bnyok ia berjasa pd Islam, Nabi saw telah melarang para sahabat "mengingati" kembali siapakah bapanya terutama pabila di hadapan Ikrimah kerna tentu sekali sebagai anok, ia akn terase "sakit jiwanya" kerna walau apa sekali pun bapanya itu totap bapa x kira siapa orgnya....

Allahuakbar, begitulah kita, walaupun apabila anok2 telah besar dewasa dan mempunyai kehidupan masing2, jgnlah bapa itu dilupakan lantaran sudah tiada "keperluan" lagi kewujudan insan yg bernama bapa itu di sisi mereka.

Santuni dan ulitilah mereka, terutama di hari2 tua mereka, tika mereka menunggu untk menghabiskan sia2 hidup mereka di dunia yg fana ini setelah sekian lama mencurahkan keringat mereka untk mencari rezeki keluarga tika anok2 masih kecik2 dulu2 kala :( - innalillah.
  
Apabila Tn2 Guru dihina:

Sering ku baca status2 dan komen2 dri mereka yg dianggap cerdik dan berpelajaran tinggi yg memperlekehkan tuan2 guru dan para alim ulama kita terutamanya yg terlibat secara langsung dgn politik tanahair yg x sepatutnya mereka ini dilayan buruk sebegitu rupa...

Walaupun kekadang setengah2 dri statement2 yg dikatakan "keluar" dri mulut mereka itu agak pedas dan bisa memanaskan telinga si pendengar, itu x bermakna ia merupakan lesen untk mereka ini dibelasah cukup2 sampai menunjukkan tembelang org yg "membelasah" itu lebih jahil dri org yg "dibelasah"...

Ini semua menunjukkan budaya asing telah begitu sejati di dlm jiwa2 si pengkritik yg kebanyokkannya bkn berlatar belakangkan agama tpi teringin nok jdi champion agama (yg mengikut logik akal mereka) mungkin dek kerna pencapaian akademik duniawinya yg "top class" yg membuatkan ia berase kagum dgn kebolehannya membuat research dan "berhujah secara fakta" sehingga memandang rendah org2 yg x se kufu dgnnya...

Tahukah mereka ini tetakala org2 alim atau tok2 guru itu bercakap kekadang mereka hanya menjdi saluran dan bknnya "mereka yg bercakap"?

Jgnlah buat2 rasa pelik lak kerna ilmu Allah itu Maha Luas dan bisa x tercapai dek logik akal kita. Jika Nabi Khidir AS boleh dikurniakan ilmu "laduni" untk menajamkan firasatnya berbanding dgn Nabi Musa AS, x mustahil para2 alim ulama ini dibekalkan Allah dgn ilmu2 yg sebanding atau ilmu2 mantiq yg mmg ampuh untk digunakan bg mematohkan hujah2 biadab musuh2 agama dlm senario x beradab sepak terajang politik semasa tanahair...innalillah.

Adat vs Ibadah Rejab:

Mendengar yg dikisahkan oleh seorg penceramoh, rupernya masih ade amalan org2 kita dlm bulan Rejab yg lebih merupakan adat drpd ibadah....

Umum mengetahui selepas bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, bulan Rejab adalah juga bulan haram (bulan2 yg mulia) yg diharamkan berperang di dlmnya...

Bersempena bln yg mulia ini mmg x der salohnya jika kita nok berbuat ibadah sebnyok mungkin di dlmnya cuma jgnlah ibadah tersebut disandarkan khusus kpd bln Rejab...

Umpama jika nok memperbnyokkan berpuasa, silakan berpuasa untk melatih diri bg menghadapi bln Ramadan tpi jgnlah berpuasa khusus untk bulan Rejab di mana puasa yg sedemikian tiada di dlm sunnah, katanya...

Se lg adalah adat amalan solat sunat selepas maghrib yg dilakukan dlm bulan Rejab persis solat tarawih Ramadan yg mmg x pernah dilakukan oleh Nabi saw.. adat sebegini mmg sepatutnya dihentikan kerna jika nok bersolat sunat mmg boleh dilakukan sekendak mungkin cuma jgn disandarkan solat sunat itu dgn bulan Rejab kerna ia tiada kaitan dgn sunnah....

Begitu juga adat menziarahi kubur dlm bulan Rejab bg memohon "bantuan" dri penghuni kubur yg bisa dilakukan oleh org2 perempuan, ini adalah suatu bentuk bidaah yg patut dihentikan segera demi menjaga akidah kita...

Pokoknya beramal ibadah itu mmg digalakkan pd setiap masa apatah lg di dlm bulan2 yg mulia, cuma jgnlah amalan2 tersebut disandarkan khusus kpd sesuatu bulan itu jika ianya mmg tiada dlm sunnah...innalillah.


Hilangnya Barakah Kopiah Putih:

Dri sejak berzaman, walaupun seseorg itu bkn Muslim tpi mereka dan mereka yg sewaktu dgnnya sudah pasti akn ada rase "hormat" kpd seseorg "Hj" yg berkopiah putih yg berjln di tengah2 khalayak masyarakat....

Begitulah berkatnya kopiah putih sebagai simbol kesucian hati nurani si pemakainya (yg bisa dipakai sekembali dri menunaikan haji) sehingga bkn saja timbul rase hormat kpd yg melihat malah yg memakainya pun lg la amat berhati2 supaya "status suci" mereka x tercemar dek tingkah-laku yg "bkn2"...

Tpi laa ni, kita merasekan amat sedih sekali kerna barakah kopiah putih dan "status suci"nya telah mula terhakis lantaran segelintir dri pemakainya yg berkelakuan sumbang dan membuat onar yg x bisa lg diampunkan oleh masyarakat ibarat akibat nila setitik susu sebelanga rosok...

Jika pd permulaannya perbuatan sumbang mereka itu dilakukan secara "sorok-sorok" tpi laa ni ianya dh mula dilakukan secara "open"...

Malah yg lebih durjana lg, "pengkianat2 kopiah putih" ini telah mempergunakan "status suci" mereka untk memudahkan lg mereka memperdaya mangsa2, yg "mati2" percaya bahawa "mana mungkin mereka akn diperdaya oleh 'Tuan Hj berkopiah putih yg bersolat saf pertama di belakang imam!...'."

Tpi realititasnya itulah yg kerap terjdi; penipuan demi penipuan yg dilakukan oleh "penyamun kopiah putih" ini x kira apa, dri mengambil rasuah dan melakukan aktiviti x bermoral dan x beretika sehingga kpd yg terbabit dlm skim menipu org ramai yg menabung tok pi Umrah atau Haji dsbnya...

Itulah adat di dunia ini, apabila kejahilan telah bermaharajalela, yg putih akn dipandang hitam dan sebaliknya yg hitam akn dijdikan pedoman dek menyangka ianya putih! - innalillah.

0 comments:

Post a Comment