Pokcik Cuci Kete

Pokcik Cuci Kete:

Hampir setiap kali aku nok ke masjid untk fardhu subuh, aku akn bertembung dgn seorg Pokcik China ni yg "without fail" sedang tekun mencuci dan mengelap kete Proton Saganya yg diletakkan di kawasan x berbumbung di condo tempat kami tinggal....

Saban hari ku perhatikan gelagatnya yg "setia" tanpa jemu2 berbudi dan memanjakan ketenya se awal subuh lg yg ku rase mng jarang sekali kita dpt saksikan perlakuan seperti ini di mana2 jua terutama di bandor2 besor tempat org selalu sibuk sampai x dan pun nok cuci kete2 meke walaupun di siang hari! ...

Tpi Pokcik seorg ni agak bole di kategorikan sebagai special dan "in a class of his own" apabila kita bercakap ttng bab komitmen kpd apa yg kita percayai di dlm hidup ini hingga di dlm kes Pokcik ini dia bkn saja nmpok yakin bahawa "kete yg bersih akn membawa bahagia" malah dia sanggup bangun awal setiap pagi hanya untk melaksanakan "tugas dan t/jawab" dia kpd ketenya itu....

Tpi yg jdi aku musykil adalah apabila terkenangkan betapa ramainya insan yg masih nyenyak tidur dibuai mimpi2 sedangkan azan subuh dah lama dilaungkan, apakah yg terfikir di benak2 meke kerna x mahu bingkas untk menyahut seruan Illahi itu?

Tidakkah kita malu kpd Pokcik China itu kerna kita telah bnyok mengabaikan tugas dan t/jawab kpd Allah swt yg wajib dilaksanakan selg mana kita mengaku sebagai seorg Muslim? - innalillah.


Aku Malu Bebenor:

Pagi nih tetiba pintu umah kami diketuk org, ghupernya Pokcik maintenance nok bertanya kabo mentara dia menunggu untk masuk unit sebelah tok repair bumbung yg terbang ditiup angin tika hujan lebat beberapa hari yg lalu...

Dri kisah bumbung yg terbang yg katanya telah menghimpap sebuah kete penduduk, perbualan pendek kami telah menjdi panjang lantaran tersangt "omehnya" Pokcik maintenance yg berbangsa China nih...

Dia terus memuji2 pihak pengurusan condo kami yg katanya "tip-top", x dok "hanky- panky" berbanding dgn pengurusan condo yg berjiranan x berapa jauh dri tempat kami yg katanya "manyak sakitt" dgn AJK pengurusannya yg x telus serta keje maintenance yg slow dan penuh dgn "konar2"...

Sebagai contoh katanya jika di condo kami wang deposit renovation akn di pulangkan sejurus supervisor maintenance "bg ok" tpi di condo bersebelahan klo dpt dikembalikan dlm masa 2 bulan itu sudah kira manyak untung! Jika lif rosak lak, paling lama 2 hari dh settled di tempat kami berbanding dgn se bulan pun blom tentu ok di condo hok se lg kerna dia bgtau mcm mana nok cepat repair sedangkan bil hutang repair lif yg terdahulu masih blom dibereskan lg!...

Begitulah keadaannya, mmg aku akui aku tiada complain bab performance pengurusan maintenance di tempat ku tinggal, jika betul apa yg dikatakannya perihal "hodohnya" performance dan cara kerja hok se lg, aku mmg bebenor malu kerna katanya yg hok tu AJKnya se bangsa dan se agama dgn ku mentara yg tempat aku lak se bangsa dan se agama dgn dia! - innalillah, mana nok letok muka?

Rumahku diserang anai2:

X sampai sebulan lebih pindoh aku dan keluarga terpaksa berperang dgn "penduduk asal" tempat kediaman ini yg bole di kategorikan sebagai makhluk Allah yg sonyap tpi gigih dgn sentiasa bekerja keras (behind the scene) untk mencari rezeki meke..

Setelah mendpti beberapa lokasi yg berkayu dh mula menjdi sasaran, aku telah memanggil "termite buster" untk "menguruskan" makhluk ini...

Rupernya bkn se mudah itu untk berdepan dgn makhluk Allah ini kerna premis yg dh siap dan tempat2 yg "dijangkiti" susoh nok dikenal pasti kecuali pabila dh terlambat!

Yg aku nok kongsikan di sini bkn cerita anai2 itu tetapi proses kita memilih supaya pilihan kita itu insyaAllah bertepatan dgn tujuan asal dan dlm masa yg sama bole juga memberi faedah yg berpanjangan kpd kita ibarat "kaloh membeli, menang memakai"...

Di dlm kes ini aku telah diberi dua pilihan, pertamanya sngt mudoh dan muroh, hanya perlu bayor sedikit dan pembasmi itu akn dtg spray di tempat2 yg tertentu dan jika makhluk itu terkena ia akn segera mati tpi x keseluruhan "geng"nya akn mati...yg keduanya kosnya mmg agak tinggi dgn menggunakan kaedah "baiting system" yg akn mengambil masa yg agak lama sblom menunjukkan kesannya....

Dri pengalaman, aku telah memilih option yg kedua, biorlah mahal sedikit tpi insyaAllah akn memberi kesan yg positif dlm jangka panjang seperti yg ku harapkan...

Begitulah di dlm hal2 yg lelain dlm hidup kita ini, seperti iman yg kita miliki, tiada solusi yg mudoh dan muroh untk mengasah iman tersebut yg akn membuahkan hasil yg lumayan di akhirat kelak jika kita x sanggup untk membayar dgn harga yg tinggi untk membuktikan keimanan tersebut...innalillah.

Dunia Pokcik Maintenance:

Sambungan cerita Pokcik Maintenance di tempat tinggal ku, bnyok hal laen yg telah di"omehkan" pd ku yg telah menadoh telinga dgn sabornya melayan "serangan hujah2nya" yg x putus2 dri hal politik tanahair 20 tahun dulu semasa dia jdi ketua kg, kpd kisah "sabotage" catuan air sehingga kisah dia x dpt nok pi ziarah mendiang Karpal Singh kerna ketiadaan tiket bas lantaran ramainya org yg menziarahinya!

Tetapi sesuatu yg ku perhatikan pd Pokcik nih yg boleh dicontohi terutama oleh generasi muda adalah dia nih pd ku seorg yg berwawasan dan cekap menilai peluang sblom mengambil tindakan2 pantas yg boleh membawa faedah kpdnya...

Walaupun fokusnya lebih kpd mengumpul harta duniawi, tpi kaedah yg sama ku rase boleh gak diapplikasikan untk kita mengejor akhirat!...

Ghuper2nya dlm masa dia membuat keje2 maintenance, dia bkn saja fokus pd kejenya tpi telah mengambil peluang tersebut untk mencari dan membeli unit2 kondo yg bermasaloh dgn harga yg muroh untk dijdikan sebagai pelaburan jangka panjangnya....

Dri ceritanya percaya atau idak dia dh mempunyai 4 atau 5 unit di kondo kami yg telah dibelinya dlm beberapa tahun kebelakangan ini yg kemudiannya di reno sendiri sblom disewakannya....

Begitulah jika kita amati, untk mengejar harta dunia seseorg itu akn sanggup berbuat apa saja bg mencapai impiannya dan x akn merasa cukup dgn apa yg dia dh ada dgn sentiasa berusaha untk memperolehi lg tambohan se bnyok mana yg mungkin...

Itulah lumrahnya kehidupan kebnykkan org la ni termasuklah kita yg Islam kerna mungkin meke lupa yg akhirat itu pasti menunggu, alangkah beruntung dan bahagianya kita jika semangat yg sedemikian cuba kita gunakan untk mengejor dan mengumpul sebnyok2 mungkin harta tok akhirat?...innalillah.

0 comments:

Post a Comment