Taubat kaum Musa AS:


Diceritakan sekembalinya Nabi Musa AS dri bertemu Allah SWT dan membawa pulang kitab Taurat yg tertulis di atas kepingan batu, dia mendpti kaumnya telah mula menyembah patung sapi betina yg diperbuat drp emas ciptaan seseorg yg bernama AsSamiri...

Nabi Musa AS lalu telah naik hangin dan hampir2 dia merenggut janggut Abg nya Nabi Harun AS kerna menyangka yg Nabi Harun AS telah x menghalang perbuatan tersebut sepeninggalannya...

Setelah mendpt tahu hal yg sebenar, Nabi Musa AS telah memerintah supaya siapa yg telah menyembah patung itu mengakui perbuatan mereka itu. Apabila tiada yg mengaku, Nabi Musa AS telah mengikis emas dri patung sapi itu untk dimasukkan ke dlm sebatang air sungai lalu menyuruh setiap org bani Israel meminum air sungai itu...

Sejurus meminumnya, muka mereka yg telah menyembah patung sapi itu telah tetiba berubah menjdi berkilau2 seperti warna emas...

Lalu Allah SWT memerintahkan supaya sesiapa yg terlibat, bertaubat dgn cara membunuh diri sendiri sebelum diampunkan mereka...

Maka mereka pun telah dikumpulkan di padang pasir dgn masing2 membawa pisau untk tujuan membunuh diri. Seketika dtglah awan yg gelap gulita menyelubungi mereka lalu mereka mula membunuh diri masing2. Setelah semuanya selesai Nabi Musa AS mendpti seramai 70000 dri kaumnya telah mati dlm upacara bertaubat itu...

Begitulah betapa beruntungnya kita umat Nabi Muhammad SAW jika nk dibandingkan dgn kehendak syariat Nabi Musa AS, dgn x payah membunuh diri kita bule bertaubat dgn hanya menyesal dan memohon ampun drpd Allah SWT selagi mana nyawa belum sampai ke khalqum - itu pun masih amat ramai sekali umat ini yg masih x mahu bertaubat - innalillah.

0 comments:

Post a Comment