"Sindrom Bomoh Kampung":

Berbeda dgn Gen Y la ni, di era2 60an dan 70an semasa ku membesar, di setiap kampung pasti ada seseorg yg di dlm kampung tersebut yg agak pandai "berubat org" dlm kes2 biasa atau "emergency"...

Tetapi yg peliknya, bisa "kepakaran" atau keberadaan "bomoh2" ini jarang sekali di apprisiasi oleh warga2 yg se kampung, malah jika ada apa2 keperluan mereka lebih sanggup pergi berjumpa dgn "bomoh kampung sebelah" dri berjumpa dgn bomoh yg se kampung manakala org2 "kg sebelah" lak yg ramai dtg "bermuamalat" dgn bomoh yg se kampung...

Bila aku dh dewasa dan mempunyai biznes yg mengeluarkan produk tempatan, aku baru perasan yg pelanggan aku ramai terdiri dri org2 yg dtg dri jauh sedangkan kebnykkannya meke yg dekat lebih rela berbelanja lebih untk mendptkan produk atau perkhidmatan yg sama dri tempat lain terutamanya dri overseas...

Mungkin fenomena ini adalah secara kebetulan atau ada yg masih menganggap, "apa barang?" jika membeli produk tempatan!

Tpi aku pula menganggapnya sebagai mereka ini masih lg belum pulih dri kesan mengalami "sindrom bomoh kampung" sehingga sanggup pergi jauh untk mendptkan sesuatu produk atau perkhidmatan lantaran x meletakkan kepercayaan pd apa yg ada di depan mata - harap2 telahan aku ini x braper tepat - innalillah.

0 comments:

Post a Comment