"Nama Sy Hj Tunai!"

Begitulah seingat aku nama insan yg Allah muliakan ini. Agak sudah lama hampir lebih 20 tahun sejak aku bertemu dgn insan yg bernama unik ini....semoga ia sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT...

Pertemuan ku dgn Tn Hj ini mmg ringkas tpi impak yg ditinggalkan dri pertemuan itu masih terkesan di hati ku kerna ia telah merubah persepsi hidup ku tentang 'apa ada pd nama' yg nk aku share di sini...

Seingt ku juga asbab pertemuan itu ada berkaitan dgn sumbangan derma yg nk ku sampaikan kpd beliau selaku koordinator kutipan "tabung bantuan Bosnia" pd masa itu. Setibanya aku di pejabatnya, aku telah bertanya, "cek sumbangan ni nk ditulis atas nama apa?" Spontan dia menjawab, "Owh, tulis je atas nama Tunai..", "Tunai?" Balas ku dlm nada x puas hati, " Ya, Tunai, kerna nama sy Hj Tunai!" Jawabnya ringkas...

Dri situ kami sempat berbual pendek sblom berpisah dan insan yg bernama Hj Tunai ini telah sempat mengisahkan bagaimana hidupnya yg berkait rapat sempena namanya di mana katanya mungkin berkat namanya "tunai", beliau tiada bebanan hutang kerna kebnykkan pembelian2 terutama rumah dan keretanya adalah dibuat secara tunai!

SubhanAllah, begitulah seingat aku ceritanya yg menjdikan aku sampai ke la ni sentiasa menghormati dan x mudah nk merendah2kan nama seseorg kerna nama yg baik bisa menjdi doa yg mustajab di dlm kehidupan si empunya nama tersebut di dunia dan akhirat...Ya Allah, Kau jdikanlah nama2 kami membawa berkat di dlm kehidupan kami - ameen.

0 comments:

Post a Comment