Tak rugi 'bermanis mulut'

La ni kawasan parkir kt HUKM mmg2 amat terhad terutama di waktu puncak seperti pepagi Isnin ini apabila semua nk start urusan masing2....

Begitulah yg ku alami pepagi ini pabila matahari dh agak tinggi baru nk kuar rumoh...Masuk je ke tempat parkir 'official' mmg kete dh penuh membuak2 dgn 'double parking' dan bagai dan terpaksa la keluar semula menuju ke kawasan parkir stadium berhampiran yg juga nmpok full!

Tpi mungkin nasib ku agak baik dan kete pun kecik, aku terpandang ada 'space' sket di tepi laluan masuk ke swimming pool DBKL berhampiran, lalu aku trus squeeze kete ku dan bersiap untk keluar dgn perasaan lega...

Tpi baru saja pintu kete dikunci terdengar suara Pak Guard, "Encik tlng alihkan kete sini x leh parking!" "Adussh" hatiku berkata mengeluhkan nasib, "Maaflah Tuan nmpok semua dh penuh hanya sini sket je ada ruang tok sy parking" kata ku dgn nada lembut lagak persis meraih simpati....

"Tak bule Encik ini mmg x bule parking kt sini..." katanya dgn tegas. Oklah aku mengalah tpi sambil nk menghidupkan enjin aku sempat "bermulut manis" bertanyakan pendapatnya ttng kesesakkan yg berlaku sejak akhir2 ini kerna stadium disebelah pun masih belum siap proses renovasinya....

Ya dia mmg akui dan perasan akn keadaan tersebut dan menambah salah satu punca ramai yg pergi Spital bawa dua tiga kete sedangkan meke dri satu famili!

Tetiba bila aku nk bergerak je Pak Guard tu menunjukkan yg aku bule parking di ruang hadapan sket dri tempat ku sekrng, lalu tanpa berlengah aku pun trus parking seperti arahannya....

SubhanAllah, terdetik di dlm hati ku rase bersyukur kerna x 'melenting' saat ditegur pd mulanya, mmg x rugi klu kita sentiasa "bermanis mulut!"...

0 comments:

Post a Comment