Ibrah dri Hijrah:

Kita baru sahaja melangkaui masuk ke dlm tahun baru Hijri 1436 dgn meninggalkan 1435H dgn seribu satu kenangan bg yg hendak mengenanginya...

Yg paling jelas jika topik hijrah dibincangkan ia x akn bule lari dri mengimbau pengorbanan besar yg telah dilakukan oleh mereka2 yg terdahulu terutama apabila mereka sanggup berhijrah meninggalkan segala "keseronokan dunia" demi nok menjaga iman dan dlm masa yg sama bangkit untk menyebarkan agama suci Islam sehingga kita bule menikmati hasilnya sehingga ke hari ini...syukur alhamdulillah.

Walaupun begitu untk terus maju ke depan kita masih lg perlu berkorban jiwa raga dan harta benda sebagai usaha memastikan keberlangsungan apa yg kita ada skrng supaya ia x luput apabila generasi yg mendatang mengambil alih tugas "Cinta Iman" ini...

Di antara bnyok ibrah yg kita bule kutip dri peristiwa hijrah Nabi saw ke Madinah adalah bagaimana perilaku kedua2 pihak, puak Muhajirin, yg dtg dri Mekoh dan puak Ansar yg sedia menyambut mereka dri Madinah, keduanya bkn sahaja sanggup berkorban "apa saja" malah telah menunjukkan sifat x mementingkan diri yg x pernah disaksikan sblom itu di seluruh jazirah Arab....

Begitulah dgn kedatangan Islam, hati2 yg bisa "liar" dan membenci sesama sendiri telah berjaya disatukan dgn "gam" dua kalimah syahadah dan yg lebih menakjubkan dlm masa x sampai beberapa tahun saja selepas kewafatan Nabi saw, suatu tamaddun baru dunia yg tiada tolok bandingnya sehingga ke la ni telah berjaya dibentuk hasil dri sentuhan hijrah mereka2 yg terdahulu....

0 comments:

Post a Comment