Melahirkan generasi jahil agama:



Umum sudah mengetahui bahawa salah satu strategi musuh yg berkesan untk memusnahkan peradaban sesuatu kaum atau bangsa itu adalah dgn melahirkan dan "mendidik" generasi muda yg jahil agama....

Di negara kita la ni pun sudah nmpok "bunga2" yg kita akn berhadapan dgn situasi yg sulit di hari muka dgn bercambahnya "generasi muda jahil agama" yg mula terhasil drpd kelalaian kita sebagai ibu bapa dan sistem pembelajaran yg memberati aspek duniawi saja...

Akibat dri itu, anok2 yg lahir tidak lg diterapkan dgn pembelajaran Al-Quran dan agama dri waktu kecik kerna ramai yg beranggapan pembelajaran seumpama itu "mana mungkin bisa menjamin masa depan" mereka. ..

Akibat dri itu lahirlah apa yg dipanggil anok2 muda yg cerdik pandai tpi biadap dan x beradab di mana tingkah laku mereka bisa dikawal selia lebih oleh nafsu dri agama....

Generasi sebeginilah yg kita dpt saksikan sekrng yg sedang bermaharajalela mempamerkan kejahilan mereka di segenap aspek kehidupan...

Sebagai contoh tika Ramadan, ada yg lupa atau x hirau yg solat sedang berlangsung di masjid2 dgn beria2 membakor mercun sehingga menggangu khusyuk jemaah yg mmg sudah sedia x khusyuk!

Itu hanyalah sekelumit saja contoh "bencana" yg akn kita hadapi jika generasi muda jahil agama ini x diberi kesedaran agama - innalillah.






0 comments:

Post a Comment