Tiga Tajuk dlm Satu

Berpagi-pagian:

Semasa di Jepun, biz partner yg menyambutku selalu mengungkapkan kata2 "early riser catches the most worms" atau dlm bahasa bakunya, sesiaper yg bangun awal akn dpt bnyok rezeki! Begitulah, jika org Jepun yg kebnykkannya bkn Muslim telah lama maju dgn mengamalkan berpagi-pagian, mengapakah kita yg mmg agamanya menyuruh bangun "sepertiga malam" x terkesan pun untk berbuat demikian?

Aku dpt rasakan bahawa inilah satu2nya rahsia sebenar org2 yg berjaya di dlm kehidupan kerna amalan berpagi2 itu bnyok memberi ruang dan peluang untk seseorg itu maju ke depan manakala ramai yg lain sedang sibuk menjdi jumud dibuai mimpi2 yg "bkn2"...

Apa pun, yg menjdikan amalan berpagi-pagian itu amat dituntut adalah kerna Allah swt telah menjanjikan keberkatan yg amat bnyk yg telah disediakan untk org2 yg sanggup "bingkas dan bangun" untk berpagi-pagian dlm mencari keredhaanNya....


Adakah Solatku diterima?

Hatim al-Asham ditanya, "Bagaimanakah keadaan solat mu?"

Dia menjawab, "Jika waktu solat telah tiba, aku berwudhu' dgn sempurna. Selepas itu aku menuju ke tempat solat. Lalu aku duduk di sana dan berusaha bersungguh2 menumpukan seluruh anggota tubuhku untk solat...." "Aku letakkan Kaabah tepat di hadapan ku, Titian Sirat di bawah telapak kakiku, Syurga di kanan ku, Neraka di kiriku,Malaikat maut di belakang ku dan aku menganggap itulah solat ku yg terakhir.." "Lalu aku berdiri menghadapNya dgn perasaan harap dan takut.

Kemudian aku mengucapkan takbir dgn penuh kesedaran, aku membaca ayat2 al-Quran dgn tartil..." "Tika rukuk aku merendahkan diriku di hadapan Allah. Tika sujud aku melakukannya dgn khusyuk. Tika duduk tahiyyat awal aku letakkan telapak kaki kiriku di bawah punggung dan aku tegakkan kaki kananku dgn tertumpu kpd ibu jariku...." "Aku kerjakan semua itu dgn ikhlas. Kemudian, aku x tahu, adakah solat ku diterima oleh Allah swt atau tidak?"

SubhanAllah, ya Allah; bimbinglah kami supaya dpt melakukan solat yg ikhlas dan khusyuk di dlm setiap solat kami - aameen.


Keadilan Illahi:

Nabi Musa as pernah berdoa, "Ya Allah tunjukkanlah keadilanMu kpdku" Allah swt berfirman, "Jika Aku tunjukkan keadilanKu pasti kau x akn boleh bersabar dan tergesa2 menyalahkan Aku", Nabi Musa as berkata, "Dgn taufik Mu, aku akn dpt bersabar menerima dan menyaksikan keadilanMu", Allah swt pun berfirman, "Pergilah kau ke tempat yg ada mata air, sembunyilah di situ dan saksikan apa yg berlaku...

" X lama selepas itu dtglah seorg penunggang kuda, berhenti dan berwudhu serta tergesa2 meninggalkan tempat itu sehingga tertinggal karung berisi 1000 dinar yg dibawanya..." X lama kemudian seorg kanak2 dtg ke tempat itu tok minam dan ternampok duit itu lalu mengambilnya dan terus berlalu....

Sejurus kemudian dtg pula seorg buta lalu dia minam, berwudhu dan tika ia selesai solat nok beredar dri situ dtg kembali si penunggang kuda bertanyakan duit yg tertinggal lalu menuduh si buta telah mengambilnya... Walaupun dinafikan sekeras2nya oleh si buta, ia terus dibunuh oleh si penunggang kuda dan ia terus berlalu dri situ selepas mencari2 dan x berjumpa dgn karung duitnya...

Melihat itu semua Nabi Musa as kebingungan lalu berkata, "Ya Allah, mmg benar firman Mu, ia benar2 menguji kesabaranku, namun aku yakin Kau Maha Adil".

Selepas itu Allah swt menghantar kan Jibril as menjelaskan hal yg sebenarnya... "Anak kecil tdi telah mengambil kembali haknya, dulu bapanya pernah bekerja dgn si penunggang kuda dan ia x pernah di bayor gaji bersamaan duit yg ade di dlm karung itu, manakala org yg buta itu pula adalah si pembunuh bapa budak itu sblom dia menjadi buta!" SubhanAllah!

0 comments:

Post a Comment