MH17- Jasad gugur ke bumi, roh naik ke langit:



Tragedi yg melibatkan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH17 di ruang udara Ukraine baru2 ini selepas apa yg berlaku kpd sebuah lg pesawatnya MH370 yg hilang tidak berapa lama dahulu adalah sesuatu yg tidak diduga samasekali....

Tetapi sebagai org yg beriman, kita percaya bahawa pd hakikatnya semua ini adalah di dlm pantauan (ilmu) Allah swt dan Dia lah juga yg Maha Mengetahui akn hikmah di sebalik apa yg berlaku itu...

Apa yg harus kita ambil pengajaran di dlm kedua2 peristiwa ini adalah Allah Maha Berkuasa melakukan sesuatu mengikut kehendakNya dan kita sebagai makhluk yg lemah haruslah sentiasa "be prepared" kerna mati itu bisa dtg dgn tiba2 tanpa diduga....

Walaupun kita mmg berasa simpati dan sedih dgn bilangan kematian yg sebegitu ramai dlm "sekelip mata", tpi dlm masa yg sama sempena bulan Ramadan yg diberkati ini, kita berdoa agar roh2 mereka yg beriman di dlm pesawat tersebut yg sudah "sedia berada tinggi di langit" tika musibah menimpa akn terus dijemput "naik ke langit" dan di ampuni serta dirahmati Allah swt tika jasad2 mereka berguguran jatuh ke bumi...innalillah.

Senjata yg digeruni Yahudi:

Baru ku tahu bkn saja la ni mereka attack Gaza, ghuper2nya Yahudi Zionis Israel telah berusaha untk menganyang dan memadamkan api kebangkitan rakyat Palestine (dri puak Hamas) sejak dri tahun 2006 lg sejurus Hamas memenangi pilihan raya dan menguasai Gaza....

Apakah yg membuat si Zionis ini (yg dikatakan mempunyai kekuatan ketenteraan yg ke 4 terkuat di dunia) terlalu tkott dan khuatir dgn puak Palestine Hamas dan bkn dgn puak "liberal" Palestine seperti PLO atau Fatah?

Jawapangnya adalah kerna Hamas mempunyai suatu senjata ampuh yg merupakan "mimpi ngeri" kaum2 Syaitan di seluruh alam iaitulah semangat Islam yg dijiwai oleh Hamas yg bangkit untk hanya memburu Syahid dgn berbekalkan semangat perjuangan yg digeruni iaitu "samada menang perang atau mati syahid di jalan Allah"....

Sedangkan Yahudi dan mereka yg sewaktu dgnnya tahu mereka x akn menang jika berdepan dgn musuh yg lagu nih kerna mereka semuanya bisa mengidap penyakit kronik - "Cinta dunia dan tkott mati" - Allahuakbar!!

Rasuah musuh utama kita

Tak mustahil jika kontrovesi coklat yg hebuh diperkatakan baru2 ini dan beberapa lg isu2 panas yg berlegar di media massa adalah merupakan usaha nok mengaburkan perhatian umum dri isu yg sebonarnya iaitu masalah rasuah...

Umum mmg sudah mengetahui bahawa masalah rasuah di negara kita bole dikatakan dh mencapai tahap kronik....

Penyakit rasuah ini telah berakar umbi lama di dlm masyarakat sehingga yg terbabit bkn saja dri golongan atasan malah ia dh lama juga menular di peringkat bawahan yg dh semakin berani melakukannya secara "open"...

Seperti yg diceriterkan oleh anak buah ku yg baru saja menyiapkan suatu projek di sebuah negeri, katanyer , "Tiada satu aktiviti pon yg boleh di siapkan awal jika para pekerja yg dh semmgnya dibayor gaji tak diberi "pelincir" untk menyiapkan kerja yg semmgnya kerja itu adalah tugasan meke yg dibayor gaji itu!"

Sebagai org yg beragama dan mengetahui halal dan halam, gejala rasuah itu bkn saja haram dan berdosa tpi ia juga adslah musuh utama kita yg akn merosakkan generasi akn dtg kerna rezeki yg diberikan kpd meke adalah dri sumber yg haram... ini sudah pasti mempunyai impak kpd keturunan kita yg mungkin x diberkati dek kerna "makan rasuah"...innalillah.

Kenduri! kenduri! kenduri!

Seusai je melayani musim jemputan kenduri kawen tika coti sekolah baru2 nih, jemputan disambung lg dgn kenduri tahlil arwah serta doa selamat sempena menyambut Ramadan pulak...

Jemputan silih berganti, pendek kata setiap lepas solat fardhu sejak masuk 16 Syaaban ni ada saja yg menjemput jemaah masjid ke rumah meke bg melunaskan hajat tuan rumah yg sngt2 berhajat untkdidoakan meke dan arwah2 kaum keluarga meke....

Itulah mmg nmpok semcm dh menjdi budaya tegar masyarakat Melayu kita sejak dri dulu lg yg akn mengadakan kenduri dan upacara doa selamat "for the slightest reason"...

Btollah ada seseorg professor yg arif tentang budaya masyarakat majmuk di negara kita ini secara berseluroh menyimpulkan, jika terdpt lebih dri seorg India di sesuatu tempat meke akn start berpersatuan dan menubuhkan kelab, bg yg China lak jika meke lebih dri seorg meke akn start menubuhkan geng merampok dan bg hok puak Melayu lak meke akn start panggil yg lain tok buat kenduri!! 

MasyaAllah tabarakallah teruskanlah berkenduri itu asalkan x membazir kerna sekurang2nya masih ada lg yg ingat akn arwah2 yg telah terlebih dahulu pergi dri kita...

Dh pencen bela ayam

Semasa minam2 dgn Ust yg berceramoh pg tdi, dia telah "merintih" mengenangkan berbagai2 gelagat dan gaya org2 zaman sekrng menghabiskan masa tua meke sementara "tunggu mati"....

Tambohnya lg, sepatutnya meke2 yg dh bnyok menghabiskan masa muda meke dgn tugasan dan t/jawab yg x pernah selesai itu pabila dh pencen blajor2lah untk berjinak dgn masjid tok "cover" sebnyok mungkin mana yg dh terluput agar biler tiba ajalnya setidak2nya ia akn mendpt sedikit ketenangan jiwa tika nyawa berpisah dgn badan dan dibawa menghadap Rabbnya...

Tpi x semua yg kita harapkan berlaku seperti yg diharapkan kerna hidayah itu hak Allah SWT dan hanya Dia saja yg bisa mengarahkan hati2 itu untk ke masjid membuat kebajikan atau membuat lagho samasekali jauh dri mendpt RahmatNya...

Begitulah sambungnya lg tentang kisah yg dia sendiri alami dgn nasib bekas seorg pegawai tinggi sebuah bank yg dh pencen dan la ni berusia lebih 70 tahun tpi masih "leka" dan seronok dgn hobi barunya membela ayam2 di perkarangan rumahnya sehingga 'org rumahnya' pon hairan melihat keghairahan suaminya yg sanggup menghabiskan masa berjam2 sehari mengulit ayam2 belaannya itu sehingga x terlintas pon nok ke masjid tok berjemaah atau bergaul dgn ahli2 kariah yg lain....

Mungkin itu adalah secebis saja dri bnyok kisah2 lain yg lebih "canggih" tentang kehidupan dunia yg "memenatkan" ini....semoga kita dirahmati Allah untk mengisi masa2 kita dgn perkara2 yg diredhai Nya - aameen.