Jom berzumba!

Jom berzumba!

Di dlm usia yg dh menjelang maghrib ini rasenya "malas" nok meletih2kan badan tok membuat exercise dsbnya...

Tpi sebagai umat Islam, menjaga kesihatan itu amatlah penting dan wajib bg kita melakukannya supaya dgn kesihatan yg baik, insyaAllah dptlah kita membuat amal ibadah dgn lebih sempurna lg...

Malangnya di dlm kehidupan moden yg serba pantas la ni ramai yg dh x braper mengambil kisah akn penjagaan kesihatan mereka dgn x menjaga pemakanan dan x lg melakukan senaman secara istiqamah sehingga dh terlambat dan dh dihinggapi penyakit baru nok 'mengorak langkah' untk merubah gaya hidup demi memulihkan kesihatan....

Tak kisahlah tua atau muda, se patutnyalah kita mengambil kesempatan dri sekrng untk menjaga kesihatan diri dan ahli2 keluarga supaya nikmat kehidupan yg Allah anugerahkan kpd kita dpt dimanfaatkan dgn sepenuhnya, insyaAllah....

Untk diriku, aku berdoa supaya diberi kekuatan untk istiqamah di dlm usaha nok menurunkan berat badan dan mengawal pemakanan dan sejak akhir2 ini telah mula berjinak untk mengeluarkan peluh dgn berzumba!!

Tahniah kerna naik tangga?

Pagi tdi aku ke HUKM kerna ade sedikit urusan. Dh bnyok kali gak aku ke sana tpi pagi tdi baru aku perasan tika sengaja aku naik tangga nok ke tingkat atas di tepi2 tangga itu rupernya penuh dgn poster2 yg mengucapkan tahniah kpd pengguna2 yg menapak turun naik tangga!!...

MasyaAllah, tersentap gak aku memikiorkan apa yg specialnya sampai dpt ucapan tahniah kerna hanya naik turun tangga?...

Setelah membilik2 beberapa poster yg ada maka fahamlah aku bahawa yg ucapan tahniah itu secara x langsung untk menggalakkan warga hospital atau pelawat memilih gaya hidup sihat dgn menggunakan tangga dan bknnya lif untk naik turun bangunan bg membantu membakor kalori yg berlebihan...

Aku insap dan stujulah dgn initiatif yg ada untk menggalakkan pengunaan tangga setakat mana mampu sebagai salah satu cara untk menjaga kesihatan badan kita....

Cuma yg aku dpt lihat sambutannya amat menyedihkan kerna majoritasnya masih lg "menderu2" menggunakan lif dan ruang tangga tinggal lengang dan mungkin sedikit menyeramkan!

Begitulah lumrahnya di mana2 pun di dlm kehidupan moden yg serba pantas la ni, majoriti kita dh jdi "insan malas" yg dh jarang menggunakan kaki samada untk berjalan atau melakukan exercise2 demi kesihatan badan termasuk "yours truly" yg agak "putus nafas" dan mencunggap2 sesampainya aku di anok tangga yg teratas pagi tadi....innalillah.


Berkat masa yg hilang:

La ni mmg kita sering terkezut, "rasenya baru je Jumaat ni dh Jumaat lg?!"

Begitulah mungkin apa yg ramai dri kita rasai sekrng...mungkin juga itu satu petanda yg keberkatan masa yg kita ada itu telah "diangkat" oleh Allah swt...

Berbeda dgn keberkatan masa yg ada pd "Org2 dulu", kita merasakan mmg mereka semcm ada bnyok masa yg boleh di manafatkan untk berbuat sebegitu bnyok kebajikan...

Contoh terbaik dri mereka yg dulu2 itu termasuklah Imam Nawawi rh yg wafat pd usia sekitar 45 tahun, tetapi khazanah ilmu yg ditinggalkannya dlm bentuk kitab2 besar amat2 bnyok dan x ternilai sekali.

Dan jika nok diukur dri lembaran kitab2 yg telah dikarangnya, kita pun mmg akn terkezut kerna jumlahnya bisa melangkaui hari2 yg dia ada di atas dunia ini!

Begitulah keberkatan masa yg Allah SWT telah anugerahkan kpdnya dan org2 yg sepertinya - SubhanAllah. 

Kita berdoa supaya masa yg kita ada akn diberkatiNya jua - aameen.

Alahai Tepung Gomak! :

Alahai Tepung Gomak! :

Mulanya mmg aku x tau ada kueh yg sedemikian namanya - Tepung Gomak! Pernah gak ku dgr ade yg menyamakan org yg terlebih "make-up" muka meke dh jdi mcm tepung gomak!

Hanya baru2 ini saja baru aku dpt menjamah dan merasai kelazatan sebenar kueh tradisional ini yg di tmpat ku boleh didpti 2 kali seminggu di gerai pasar mlm di taman berhampiran...

Sebenarnya yg nok ku sentuh bkn sngt ttng kueh tepung gomak itu, tpi lebih pd suasana pasar mlm yg terpaksa ku tempuhi jika nok menikmati tepung gomak!

Mmg x dinafikan kewujudan pasar mlm amat2 membantu terutama warga kota yg sibuk dan x mempunyai bnyk masa untk singgah sebentar membeli sedikit sebnyk barang2 keperluan dapur dan "dinner" yg dh siap dgn harga berpatutan untk seisi keluarga.....

Ada juga yg ku perhatikan, setiap gerai pasti akn mempunyai peminat yg setia yg secara x langsung menjdi pelanggan tetap setiap kali ada pasar mlm...

Tetapi entoh kenapa, bisanya pelanggan2 ini akn berpusu2 "menyerang" gerai kegemaran masing2 terutama menjelang masuknya waktu solat maghrib, bisa jumlah mereka akn bertambah lantas merubah suasana menjdi semcm tapak pesta sehingga ramai yg ghalib seakn x endah yg waktu solat dh masuk...

Mungkin isu ini dh lama dibahaskan, kerna dlm masing2 sibuk 'berpesta" jual beli, jarang sekali ku melihat ada penjual yg berhenti sebentar untk menunaikan solat sedangkan boleh dikatakan hampir kesemuanya terdiri dri org2 Melayu Muslim...

Inilah dugaan yg perlu di hadapi dgn kekuatan iman yg kental kerna dlm nok menunaikan kewajipan pd Tuhan dan melayan "rezeki" yg dtg berduyun2 itu; kene ada tawakkal yg rezeki itu telah ditetapkan dan ia x akn ke mana2 tika kita menunaikan solat sebentar... innalillah.

Pegawai pencegah maksiat:

Balik kampung di masjid ada lak ceramoh oleh seorg pegawai pencegah maksiat jabatan agama negeri...

Walaupun sekadar penerangan dan bknnya ceramoh btol, pegawai tersebut telah mengimbas kembali beberapa pengalamannya ketika melayan beratus aduan yg diterima dri org ramai sejak dia bertugas di situ....

Ada berbagai pengalaman yg ditempuhinya termasuk yg melucukan dsbnya...Tetapi katanya jika penerangan dibuat di dewan org ramai dan bknnya di masjid dia bisa menerangkan dgn lebih lanjut siap dgn "Power point" sekali!!....

Salah satu pengalaman yg x dpt dilupakan katanya apabila dia membuat serbuan org berkhalwat di sebuah rumah....Setelah berjaya masuk, seorg lelaki telah di dpti berada dlm sebuah bilik dgn seorg perempuan bkn mahram yg sedang berkelubong dlm selimut...

Apabila di sergah wanita itu telah tersentap dan terus berdiri tegak tanpa seurat benang pun yg membuat pandangan semua pegawai yg berada di dlm bilik itu terpaku pd satu arah sblom ada yg tersedor dan mengarahkan wanita itu menutup badannya!...

Tak apa pegawai itu kata, terpandang x sengaja kali pertama adalah dimaapkan! - innalillah.


Bapa totap Bapa:

Bapa totap Bapa:

Mendengar kuliah di corong radio tika berseorgan memandu amat mudoh mendtgkan rase insap dan sentuhan dlm jiwa terutama pabila topik yg dikupas mmg amat dekat dgn jiwa....

Begitulah tika ku dgr kisah dua org anok tika zaman Nabi saw yg berada dlm keadaan dilema akibat dibelenggu oleh stigma bapa2 mereka yg telah x beriman dan yg mempunyai reputasi yg "menonjol" di dlm sejarah penentangan mereka terhadap risalah yg dibawa oleh junjungan Baginda Nabi saw tika hayat mereka....

Kes yg pertama adalah Abdullah Ibnu Abdullah Ibnu Ubayy Ibnu Salul, anok kpd "Raja Munafik" di Madinah. Tika dia mendengar desas desus yg Saidina Umar ra dh "fed up" dgn perangai talam dua muka bapanya itu dan hampir nok memenggal kepalanya, dia telah berlari ke hadapan Rasullulah saw meminta izin supaya dia sendiri yg melakukannya dan membawa kepala bapanya "prompto!" kpd Baginda saw kerna dia x sanggup nok berhadapan dgn org yg membunuh bapanya tanpa rasa ingin membalas dendam jika benar2 bapanya dipenggal oleh Saidina Umar ra. Walau apa pun Baginda saw dgn rasa ihsanya telah tidak membenarkan "Raja Munafik" itu dibunuh....

Yg keduanya apa yg berlaku dgn anok kpd "Tauke Musyrik" Abu Jahal, Ikrimah. Setelah Islamnya beliau berikutan dgn "fath-ul-Mekah" dan selepas itu bnyok ia berjasa pd Islam, Nabi saw telah melarang para sahabat "mengingati" kembali siapakah bapanya terutama pabila di hadapan Ikrimah kerna tentu sekali sebagai anok, ia akn terase "sakit jiwanya" kerna walau apa sekali pun bapanya itu totap bapa x kira siapa orgnya....

Allahuakbar, begitulah kita, walaupun apabila anok2 telah besar dewasa dan mempunyai kehidupan masing2, jgnlah bapa itu dilupakan lantaran sudah tiada "keperluan" lagi kewujudan insan yg bernama bapa itu di sisi mereka.

Santuni dan ulitilah mereka, terutama di hari2 tua mereka, tika mereka menunggu untk menghabiskan sia2 hidup mereka di dunia yg fana ini setelah sekian lama mencurahkan keringat mereka untk mencari rezeki keluarga tika anok2 masih kecik2 dulu2 kala :( - innalillah.
  
Apabila Tn2 Guru dihina:

Sering ku baca status2 dan komen2 dri mereka yg dianggap cerdik dan berpelajaran tinggi yg memperlekehkan tuan2 guru dan para alim ulama kita terutamanya yg terlibat secara langsung dgn politik tanahair yg x sepatutnya mereka ini dilayan buruk sebegitu rupa...

Walaupun kekadang setengah2 dri statement2 yg dikatakan "keluar" dri mulut mereka itu agak pedas dan bisa memanaskan telinga si pendengar, itu x bermakna ia merupakan lesen untk mereka ini dibelasah cukup2 sampai menunjukkan tembelang org yg "membelasah" itu lebih jahil dri org yg "dibelasah"...

Ini semua menunjukkan budaya asing telah begitu sejati di dlm jiwa2 si pengkritik yg kebanyokkannya bkn berlatar belakangkan agama tpi teringin nok jdi champion agama (yg mengikut logik akal mereka) mungkin dek kerna pencapaian akademik duniawinya yg "top class" yg membuatkan ia berase kagum dgn kebolehannya membuat research dan "berhujah secara fakta" sehingga memandang rendah org2 yg x se kufu dgnnya...

Tahukah mereka ini tetakala org2 alim atau tok2 guru itu bercakap kekadang mereka hanya menjdi saluran dan bknnya "mereka yg bercakap"?

Jgnlah buat2 rasa pelik lak kerna ilmu Allah itu Maha Luas dan bisa x tercapai dek logik akal kita. Jika Nabi Khidir AS boleh dikurniakan ilmu "laduni" untk menajamkan firasatnya berbanding dgn Nabi Musa AS, x mustahil para2 alim ulama ini dibekalkan Allah dgn ilmu2 yg sebanding atau ilmu2 mantiq yg mmg ampuh untk digunakan bg mematohkan hujah2 biadab musuh2 agama dlm senario x beradab sepak terajang politik semasa tanahair...innalillah.

Adat vs Ibadah Rejab:

Mendengar yg dikisahkan oleh seorg penceramoh, rupernya masih ade amalan org2 kita dlm bulan Rejab yg lebih merupakan adat drpd ibadah....

Umum mengetahui selepas bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, bulan Rejab adalah juga bulan haram (bulan2 yg mulia) yg diharamkan berperang di dlmnya...

Bersempena bln yg mulia ini mmg x der salohnya jika kita nok berbuat ibadah sebnyok mungkin di dlmnya cuma jgnlah ibadah tersebut disandarkan khusus kpd bln Rejab...

Umpama jika nok memperbnyokkan berpuasa, silakan berpuasa untk melatih diri bg menghadapi bln Ramadan tpi jgnlah berpuasa khusus untk bulan Rejab di mana puasa yg sedemikian tiada di dlm sunnah, katanya...

Se lg adalah adat amalan solat sunat selepas maghrib yg dilakukan dlm bulan Rejab persis solat tarawih Ramadan yg mmg x pernah dilakukan oleh Nabi saw.. adat sebegini mmg sepatutnya dihentikan kerna jika nok bersolat sunat mmg boleh dilakukan sekendak mungkin cuma jgn disandarkan solat sunat itu dgn bulan Rejab kerna ia tiada kaitan dgn sunnah....

Begitu juga adat menziarahi kubur dlm bulan Rejab bg memohon "bantuan" dri penghuni kubur yg bisa dilakukan oleh org2 perempuan, ini adalah suatu bentuk bidaah yg patut dihentikan segera demi menjaga akidah kita...

Pokoknya beramal ibadah itu mmg digalakkan pd setiap masa apatah lg di dlm bulan2 yg mulia, cuma jgnlah amalan2 tersebut disandarkan khusus kpd sesuatu bulan itu jika ianya mmg tiada dlm sunnah...innalillah.


Hilangnya Barakah Kopiah Putih:

Dri sejak berzaman, walaupun seseorg itu bkn Muslim tpi mereka dan mereka yg sewaktu dgnnya sudah pasti akn ada rase "hormat" kpd seseorg "Hj" yg berkopiah putih yg berjln di tengah2 khalayak masyarakat....

Begitulah berkatnya kopiah putih sebagai simbol kesucian hati nurani si pemakainya (yg bisa dipakai sekembali dri menunaikan haji) sehingga bkn saja timbul rase hormat kpd yg melihat malah yg memakainya pun lg la amat berhati2 supaya "status suci" mereka x tercemar dek tingkah-laku yg "bkn2"...

Tpi laa ni, kita merasekan amat sedih sekali kerna barakah kopiah putih dan "status suci"nya telah mula terhakis lantaran segelintir dri pemakainya yg berkelakuan sumbang dan membuat onar yg x bisa lg diampunkan oleh masyarakat ibarat akibat nila setitik susu sebelanga rosok...

Jika pd permulaannya perbuatan sumbang mereka itu dilakukan secara "sorok-sorok" tpi laa ni ianya dh mula dilakukan secara "open"...

Malah yg lebih durjana lg, "pengkianat2 kopiah putih" ini telah mempergunakan "status suci" mereka untk memudahkan lg mereka memperdaya mangsa2, yg "mati2" percaya bahawa "mana mungkin mereka akn diperdaya oleh 'Tuan Hj berkopiah putih yg bersolat saf pertama di belakang imam!...'."

Tpi realititasnya itulah yg kerap terjdi; penipuan demi penipuan yg dilakukan oleh "penyamun kopiah putih" ini x kira apa, dri mengambil rasuah dan melakukan aktiviti x bermoral dan x beretika sehingga kpd yg terbabit dlm skim menipu org ramai yg menabung tok pi Umrah atau Haji dsbnya...

Itulah adat di dunia ini, apabila kejahilan telah bermaharajalela, yg putih akn dipandang hitam dan sebaliknya yg hitam akn dijdikan pedoman dek menyangka ianya putih! - innalillah.

Senyum Wida' Rasullulah SAW:

Senyum Wida' Rasullulah SAW:

Umum kita mengetahui bisa pd hari terakhir sblom kita meninggalkan Mekah atau Madinah, kita akn melakukan tawaf wida' di Baitullah atau ziarah wida' di permakaman Rasullulah saw. Tpi pernahkah kita tahu sblom akhir hayatnya Rasullulah saw telah melemparkan senyum wida' sebagai senyuman terakhirnya kpd para sahabat Baginda saw justeru pd kita semua?

Dikisahkan pd subuh hari Isnin terakhir hayatnya, Baginda saw telah mengisyaratkan bahawa Saidina Abu Baker ra 'to take over" jadi imam solat subuh lantaran Baginda saw dh x mampu lg nok mengimaminya seperti hari2 biasa...

Melihat para sahabatnya bersaf2 nok memulakan solat mereka, Baginda saw telah menjengok ke arah mereka dri tempat pembaringannya lalu melemparkan sebuah senyuman yg teristimewa yg sarat mengandungi mesej dan makna yg tersisip dgn kasih sayang seorg Nabi kpd ummahnya yg tercinta....

Hampir2 para sahabat yg melihat kelibat Baginda saw itu termasuk Saidina Abu Baker ra, x jdi nok meneruskan solat mereka kerna sebak melihat sebuah senyuman yg begitu indah yg terukir di bibir Nabi yg mulia itu...

Itulah senyum wida', senyuman yg terakhir Baginda saw kpd ummahnya yg penuh dgn mesej kasih sayang yg seakn nok memberitahu kita bahawa Baginda saw akn pergi meninggalkan dunia yg fana ini buat selama2nya tetapi Baginda saw akn menunggu kita semua di telaga Haudh di hari kiamat kelak di mana semua org yg beriman akn diberi minam dri telaga tersebut yg akn menyebabkan mereka x akn merasa kehausan buat selama2nya selepas itu....

Ini juga mengingatkan aku kpd pesanan Nabi saw bahawa di akhirat nnt kita akn bersama dgn siapa yg kita cintai, oleh itu jika kita cinta kpd Nabi saw, senyumlah sokmo deh kerna itu adalah salah satu dri sunnah2nya!!.....yuk senyum manis!

 "Air Kencing Mok kamu lg mulia":

Astaghfirullah, inilah kata2 hina yg terpacul dri mulut ketua segala org munafik Abdullah Ibnu Ubayy apabila mengetahui niat baik anoknya Abdullah....

Hidayah itu semmgnya milik Allah swt, walaupun bapanya seorg "Raja Munafik", anoknya yg juga bernama Abdullah seperti yg diberi nama oleh Rasullulah saw, adalah seorg Mukmin yg sejati...

Pd suatu hari dia telah meminta air lebihan minam Rasullulah saw dgn harapan untk diberi minam pd bapanya untk mendpt keberkatan drinya...

Setelah diberi oleh Rasullulah saw akn bekas air tersebut, Abdullah lalu berjumpa dgn bapanya dan meminta supaya dia minam air tersebut...

Tetapi apabila ditanya oleh Abdullah Ibnu Ubayy, "air apakah itu" dan dijawab oleh anoknya "air lebihan minam Rasullulah saw", beliau telah melenting lalu mengungkap kata2 yg nista itu - innalillah.


Nabi saw menjawab soalan dgn soalan:


Suatu ketika Nabi saw telah ditanya oleh seorg Arab Badawi; "Ya Rasullulah, bilakah masanya (Kiamat itu)?"
Lalu Baginda saw telah menjawab dgn satu soalan; "Apakah persediaan yg telah kau lakukan untknya?"
Jawab Badawi itu; "Tiada apa2 ya Rasulullah, cuma aku sungguh kasih kpd mu dan Allah swt..."
Lantas Baginda saw bersabda (yg bermaksud);"Sesungguhnya di akhirat nnt kau akn bersama2 dgn apa yg kau cintai..."
SubhanAllah.

Awas Perangkap Syaitan:

Jika kita rase "sepak terajang" org2 politik itu dh hebat sngt, ketahuilah bahawa sepak terajang Syaitan musuh utama kita itu lebihlah lg hebatnya...

Leceknya Syaitan itu dlm menyesatkan kita bkn pd menggoda kita tok melakukan kemaksiatan itu secara terang terangan dan direct tpi dgn menggunakan kaedah2 yg lg ampuh yg dh mmg menjdi "kepakarannya"...

Pertamanya, ia bisa menasihati kita sehingga menampokkan "kebaikan" dlm kemaksiatan yg dilakukan; keduanya, ia juga bisa membisikkan supaya ditangguh2kan tok melakukan sesuatu kebaikan (sedangkan Allah menyuruh kita bersegera!); dan ketiganya, ia juga bisa membuatkan kita memandang ringan akn sesuatu dosa yg kita lakukan....oleh itu berwaspadalah dgn perangkap Syaitan ini... innalillah.

Pesan UAI pd Ar-Rijal:

Pesannya mudoh saja, sebagai Ar-Rijal yg Allah swt ciptakan sebagai pemimpin kpd kaum nisa', mereka mesti memiliki sekurang2nya beberapa ilmu dan kemahiran asas agama yg laa ni ramai yg dh x tau dan x ambil berat akn betapa pentingnya ia di dlm memikul t/jawab sebagai insan yg bergelarAr-Rijal...

Di antaranya sebagai Ar-Rijal, mereka kene la tau:

1. Mengucap syahadah.
2. Azan dan iqamah
3. Menjdi Imam solat
4. Membaca doa selamat.
5. Solat jenazah

Dgn adanya kemahiran asas seperti di atas, x la nnt ada adegan "tolak menolak" apabila ada masanya kita diminta ke "depan" untk menjdi Imam atau melaungkan azan di masjid atau dlm sesuatu majlis yg dihadhiri! - Innalillah.
Tok akhirat yuk kita berlumba-lumba mengerjakan kebaikan....

'Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.' Al-Quran (57:21) Al-Hadid.

Sambutan hari ibu?:

Sambutan hari ibu?:

Mungkin jika ku buat komen di sini ramai yg akn melenting kerna nok sambut hari ibu pun x boleh, ada saja yg nok dipertikaikan, mcm poyo lak...

Bkn itu tujuan ku, seperti yg di bicarakan oleh seorg Ust, aku rase ada btolnya gak jika kita jgn telan je bulat2 apa yg puak2 Barat nih buat kerna yg agama duk larang adalah dri segi kita meniru dan mengikut apa saja yg org Barat buat tanpa usul peksa akn apakah motif sebonarnya agenda meke itu....

Seperti kebnykkan hari2 sambutan lain yg dianjurkan oleh puak Barat seperti Valentine's day, Father's day dan sebagainya, kita x perlu nok terikut2 dgn budaya tersebut kerna ia begitu asing dgn amalan kita...dan jika diikutkan gak adalah dikhuatiri akn jdi menyesatkan akidah kita secara x sedor...

Oleh itu aku rase adalah lebih elok jika kita nok menyambut mcm hari ibu atau hari apa sekali pun, ia patut dilakukan dgn cara kita sendiri dgn x menunggu "seruan" atau penyeragaman tarikhnya dri Barat...kerna puak2 nih (Yahudi dan Nasrani) x akn berpuas hati se lg mana kita umat Islam x mengikut meke waimah sampai ke lubang cacing sekali pun! - innalillah.

Solatkan jenazah ibu btol2:

Seorg Ust telah menceritakan suatu kisah benar yg dikatakan berlaku di salah sebuah penempatan di Kajang seperti yg dibgtau oleh seorg jemaah sesuai kuliahnya di masjid Kajang x berapa lama dulu....

Jemaah itu memberitahu bahawa seorg ayah yg mendpti anoknya terlampau nakal telah menghantar anok tersebut ke Mekah dgn harapan dia boleh belajor agama...

Ghuper2nya selama 10 tahun di sana dia bknnya belajor agama tpi telah bekerja sebagai pembantu sebuah kedai kain...

Setiap tahun apabila dia balik bercoti, penduduk kampung telah memberi penghormatan kpdnya untk menjdi imam di surau kampungnya tpi yg peliknya setiap kali juga ia akn menolak untk menjdi imam....

Pd satu masa ia telah dipanggil pulang kerna ibunya telah meninggal dunia dan apabila tiba masa untk melakukan solat jenazah ke atas ibunya telah berlakulah adegan "tolak menolak" kerna Tok Imam mahukan anok "Sheikh Mekah" itu melakukan solat jenazah ke atas ibunya...

Kerna tiada pilihan dia pun terus melakukan solat jenazah tpi persis solat zuhur lengkap dgn rukuk dan sujud sekali!

Seusai solat itu tok imam yg kehairanan telah berkata kpdnya, "sepanjang 30 tahun lebih aku solatkan jenazah, inilah pertama kali ada siap dgn rukuk dan sujud, kenapa buat gtu nok? " Dengan sempoi dia menjawab, "Kan itu jenazah ibu saya, jdi sy kene solatkan jenazah dia btol2!!" - innalillah.