X Rugi Berakhlak Mulia

Siang tadi aku berkesempatan menghadiri majlis kenduri kawen seorg yg bole ku kira sebagai "sahabat" ku walaupun dia sebenarnya sahabat anok ku...

Sejak dri dia kecik ku perhatikan perkembangan "sahabat" ku ini yg sebaya dan sekelas (tika darjah rendah) dgn anok ku...

Mmg jika nok dibandingkan dri sifatnya yg ceria dan sentiasa "mesra alam" itu, ia amat jauh berbeda sekali dgn anok ku yg agak pendiam dan "reserve" dlm perwatakannya (seperti bapanya kot).....

Yg membuatku tertambat pd "sahabat" ini di dlm ramai2 kwn anok ku itu adalah akhlak mulia beliau yg ku anggap "natural" dlm pandai mengambil hati dan cepat mesra pd org yg jauh lebih dewasa drpdnya...

Begitulah x rugi jika kita bersifat "mesra alam" dan sentiasa menghormati org lain kerna ia bisa "menjemput rezeki" kpd pemiliknya....dan kebetulan sejak akhir2 ini ku ada terdengar yg "sahabat" ku ini telah menjawat jawatan yg bole dikira lumayan dan amat sesuai dgn perwatakannya itu....

Ku doakan semoga kau berjaya di dlm kerjayamu dan di dlm mengharungi kehidupan berkeluarga dan sebagai bapa kpd anok2 mu (yg insyaAllah akn berakhlak mulia seperti mu jua)....aameen.

Bersedia menyambut tetamu Agung!

Jika ditanya siapakah gerangannya tetamu Agung itu? Mungkin dh ramai yg tahu dan x sabor2 lg untk menyambut kedatangannya dgn segala persediaan yg termampu dri segi mental dan fizikal masing2 sesuai dgn status "Agung" tetamu tersebut...

Mmg dh x lama lg kita akn masuk ke suatu bulan yg di dlmnya ada "suatu mlm yg lebih baik dri seribu bulan"...bulan seribu rahmat yg dinanti2kan oleh setiap org yg bertakwa - yg bisa menyerahkan segala hidup dan jiwa raganya hanya untk mencari keredhaan Rabbnya, Allah SWT...

Itulah Ramadan Karim, tetamu Agung yg belum tentu semua org yg sempat bertemu dgnnya pd tahun lepas akn dpt berjumpanya lg pd tahun ini tanpa izinNya...

Jika kita bertuah dan terpilih pd tahun ini untk mendpt rezeki bertemu Ramadan Al-Mubarak sekali lg, anggaplah ia Ramadan yg terakhir bg kita untk kita "pulun habih" dan bersedialah untk menyambutnya bagaikan menyambut tetamu istimewa yg akn berkunjung ke rumah kita dgn menyediakan dri sekarang segala jenis persediaan dan "kelengkapan" dri juzuk ilmu dan semangat yg ada di segala pelusuk jiwa raga...

Semoga Ramadan kali ini adalah Ramadan yg terbaik dan termabrook yg pernah kita lalui demi mencari redha Allah SWT dan di akhirnya mendpt pembebasan yg paling agung sekali iaitulah pembebasan dri seksaan api Nughaka....aameen.

Menanti dgn senyuman:

Bisa seseorg ahli maksiat yg nyawanya hampir disentap dan dia dh "nmpok" apa azab yg sedang menunggunya, akn serta merta insap, dan tertanyer2 pd dirinya, "Apakah yg akn aku nok jawab di hadapan Allah SWT? Bekalan apakah yg dh ku sediakan untk saat pertemuan ini??..." 

Di kala itu menitik "air mata darah" sekali pun x akn dpt kita perbaiki masa yg sudah luput dgn ajal yg tiba bersama pintu taubat yg telah tertutup...

Tpi skrng ini, x kisah di dlm apa jua kondisi "kemaksiatan" yg kita sedang berada, kita masih lg mempunyai peluang untk berusaha melakukan sesuatu...dlm erti kata lain masih mampu untk melakukan "anjakan paradigma" bg berubah dri x melakukan kpd melakukan kebaikan dgn harapan mudah2an kita mendpt maghfirah serta keampunan dan keredhaan driNya...

Dan peluang yg terbaik itu dh semakin hampir kita tempuhi, pd yg sedang menanti2 ketibaannya, ia seandai menanti kedatangan kekasih yg tercinta dan yg teristimewa yg bisa membuat hati melonjak2 dek x sabor ingin melihat senyuman wajah kekasihNya itu - Ramadan Karim.

Mudah2an dia dtg dan pergi dlm keadaan tersenyum dan mudah2an kita jua tersenyum menyambutnya dan apabila kita bertemu dgn Allah SWT kita juga dlm keadaan tersenyum kerna kita pernah menyambut Ramadan dgn senyuman....aameen.

Imam lupo makmum bercempera

Subuh tdi Imam tuo telah ke depan tok mengimamkan solat. Ia bermula agak normal dgn bacaan Surah Sajda pd rakaat pertama seperti biase2 di pagi2 Jumaat...

Sesampainya Imam ke ayat sajda, makmum telah bersedia untk "terjun" buat sujud tilawah tpi agak "terkedu" apabila imam terus rukuk dan apabila selesai sujud pertama ia telah terus naik ke rakaat kedua dgn membaca Fatihah dan menyambung ayat Sajdanya...

Makmum yg dh mula bercempera ada yg terus "naik" ikut imam tanpa melakukan sujud yg kedua dan ada yg sempat sujud kali kedua seblom naik ke rakaat kedua...

Tanda2 Imam dh mula jauh menerewang semakin jelas apabila dia terus sujud tanpa membaca Quunut selepas rukuk rakaat kedua, tpi nmpok makmum masih bole bertahan lg dgn kekhusyukkan masing2 sblom keadaan menjdi "gempar dlm senyap" apabila Imam terus naik ke rakaat ke tiga dgn membaca Fatiha dan surahnya...!!

90 peratus makmum telah naik ikut Imam dgn rakaat ke tiga subuhnya sehingga selesai solat subuh 3 rakaat Imam yg lupo itu dan yg lelainnya (termasuk yours truly) ada yg terpaku di posisi tahiyyat akhirnya seblom mengambil keputusan bermufarakah dan terus memberi salam.....innalillah.

Ibrah Habil Qabil

Dri semenjak kecik mmg kebanykkan kita dh berulang kali mendengar kisah kedua anak Nabi Adam AS ini - yang abang bernama Qabil dan yang adek bernama Habil...

Dri kisah kedua "adek-badek moyang" kita ini ada beberapa ibrah atau pengajaran penting yg patut kita ambil "pot" demi "mengelakkan diri terjerumus" ke dlm situasi yg penuh dgn keperitan azab di dlm perjalanan hidup kita menuju ke alam yg kekal abadi...

Di antara ibrah dri kisah mereka berdua ini adalah bagaimana kita lihat kedua mereka mengerjakan ibadah qurban yg diperintahkan oleh Allah SWT...Qabil sebagai petani telah membawa qurbannya yg berupa hasil tanamannya manakala Habil pula sebagai penternak telah membawa hasil ternakannya sebagai qurban...

Tetapi mengapakah qurban Habil telah diterima manakala qurban Qabil telah dibakor, x diterima oleh Allah SWT? Ibrahnya ialah Habil telah mengorbankan haiwan ternakannya yg terbaik dan yg paling disayanginya sedangkan Qabil telah menjdikan hasil tanamannya yg dh nok "expired" dan tidak dikehendakinya lg sebagai pertaruhannya...

Oleh kerna kecewa dan marah yg qurbannya telah tidak diterima Allah SWT, Qabil telah menyatakan hasratnya untk membunuh adeknya itu dgn berkata kpd adeknya Habil, "Aku akn bunuh kau!"...lantas dijawab oleh Habil dgn suatu lontaran kata2 yg kemas dan mantop yg sarat dgn mesej akidah yg patut kita semua contohi, "Aku x akn sekali2 mengangkat tanganku untk membalas apa yg ingin abang lakukan itu, kerna aku takut akn balasan Allah SWT bkn kerna aku takut kt abang...."

Lalu Qabil pun terus melakukan dosa "pembunuhan pertama" di dalam sejarah kemanusiaan dgn menjdikan adeknya Habil sebagai mangsa pembunuhan pertama di atas muka bumi ini...

Sebagai ibrahnya, bayangkanlah, nasib Qabil sebagai pembunuh yg telah meninggalkan dunia ini sejak sekian lama yg masih lg "menanti" di alam kubur yg sampai ke la ni belum kiamat lg...betapa "peritnya" seksaan kubur yg dilaluinya jika nok kita amati kerna dosa membunuh yg pernah dilakukannya itu?...

Pilihlah, kita nok jdi lagu mana, berada di alam kubur dgn cukup bekalan (amalan soleh) supaya x kehabisan dan nyaman tika "menanti" dlm suatu perjalanan yg sngt jauh menuju Akhirat atau dgn tiada bekalan langsung, malah dosa maksiat pula yg kita bawa bersama....innalillah

Kita pergi x tau biler

Pas Isyak tadi dpt sms, menantu Pokcik sebelah rumah lama ku mengejut meninggal
ptg tdi akibat sosak nafas...

Mmg mengojut berita nih sebab yg sakit bapak mertuanya dan yg pergi dulu
menantunya, innalillah...

Itulah ketentuan Allah, segalanya di dlm ilmu dan ketentuanNya dan kita sebagai
hambaNya yg lemah hanya mampu mengambil iktibar dri kematian ini dan berdoa
agar kita sempat menampal lobang2 dosa kita dgn taubat nasuha sblom masa kita
tibe....

Kita doakan semoga roh arwah yg juga sahabat "berbual2" ku di cucuri
rahmat dan dikumpulkan di kalangan roh2 org yg soleh...pemergianmu mmg x diduga
dan yg pasti kami akn menyusul kerna mati itu pasti, hidup insyaAllah...