Imam lupo makmum bercempera

Subuh tdi Imam tuo telah ke depan tok mengimamkan solat. Ia bermula agak normal dgn bacaan Surah Sajda pd rakaat pertama seperti biase2 di pagi2 Jumaat...

Sesampainya Imam ke ayat sajda, makmum telah bersedia untk "terjun" buat sujud tilawah tpi agak "terkedu" apabila imam terus rukuk dan apabila selesai sujud pertama ia telah terus naik ke rakaat kedua dgn membaca Fatihah dan menyambung ayat Sajdanya...

Makmum yg dh mula bercempera ada yg terus "naik" ikut imam tanpa melakukan sujud yg kedua dan ada yg sempat sujud kali kedua seblom naik ke rakaat kedua...

Tanda2 Imam dh mula jauh menerewang semakin jelas apabila dia terus sujud tanpa membaca Quunut selepas rukuk rakaat kedua, tpi nmpok makmum masih bole bertahan lg dgn kekhusyukkan masing2 sblom keadaan menjdi "gempar dlm senyap" apabila Imam terus naik ke rakaat ke tiga dgn membaca Fatiha dan surahnya...!!

90 peratus makmum telah naik ikut Imam dgn rakaat ke tiga subuhnya sehingga selesai solat subuh 3 rakaat Imam yg lupo itu dan yg lelainnya (termasuk yours truly) ada yg terpaku di posisi tahiyyat akhirnya seblom mengambil keputusan bermufarakah dan terus memberi salam.....innalillah.

0 comments:

Post a Comment