Di kawasan mana kita berada?

Mengikut kajian ... purata kematian mereka di kawasan ini di sekitar usia 74 tahun (lebih tepat mengikut jantina, Lelaki 72 dan Wanita 76 tahun)

Lalu usia 37 tahun merupakan pembahagi di antara masa berlalu dan masa berbaki. Jika umur kita melebihi 37 tahun 1 saat maka inilah usia tua (mengikut definisi buku Bersamamu di Firdaus) kerana masa berbaki lebih suntuk berbanding masa yang telah dilalui.

Namun ajal maut di tangan Allah SWT.

Letakkan nama kita di julat yang betul dan renunglah batu nesan tersebut. Agaknya berapa lama lagi masa berbaki.

Lihatlah masa yang telah berlalu. Apakah ia memadai untuk kita berasa yakin yang kita terpilih di kalangan mereka yang sedikit?

Ia hanya untuk renungan dan untuk difikirkan ....

(Nota: Syarahan Umum sempena masa pelancaran buku Usahawan Akhiran dan Nota dari Madinah).

0 comments:

Post a Comment