Kumpulan Cerita Raya 1435H

Ibadah yg bermusim:

Lazimnya sehabis saja Ramadan masing2 kita akn balik kpd amalan rutin yg selama nih bisa kita amalkan...

Bg yg jarang2 berjemaah di masjid akn kembali kpd "asal usul" mereka dan x lg menjengok masjid dan melakukan "aktiviti2 ibadah" Ramadan sehingga dtg Ramadan sekali lg (jika panjang umuq)...

Maka bertuahlah bg mereka yg jika kelazimannya bisa membawa kpd perkara2 kebaikan dan amat malanglah bg mereka jika lazimnya bisa lalai dan "jinak" pd maksiat....

Perlu diingat agama pun x menyuruh kita "balun beribadah tanpa brake" apabila tiba bulan2 atau musim2 tertentu. Yg lebih digalakkan adalah "istiqamah" kerna ibadah yg dilakukan secara konsisten dan berterusan walaupun sedikit adalah lebih dituntut oleh agama....

Walaupun demikian, dlm bulan Ramadan umat Nabi saw adalah dituntut berlumba2 untk mengandakan amalan ibadah mereka kerna dlm masa itulah mereka akn dikurniakan dua anugerah yg tiada dlm musim2 lain iaitu peluang mendpt pahala yg berlipat ganda dan penghapusan dri dosa2....SubhanAllah.

Beraya2 tanpa yg tersyg:

Aku terasa insap selepas membaca rintihan seorg anok remaja perempuan yg meluahkan perasaan sedih dan hibanya yg beraya buat pertama kalinya tanpa ibu tersyg (yg terkorban nahas pesawat baru2 ini)...

Yg buat aku lebih tersentap lg adalah pabila remaja tersebut telah menyatakan hasratnya yg "x mau lg menyambut raya dgn ketiadaan ibunya...". Innalillah, ini pd ku adalah suatu situasi yg amat gempaq kerna mungkin remaja tersebut di dlm keadaannya sebegitu x tau apa yg baru dia sebutkan itu sehingga ada seorg non - Muslim memberikan nasihat "life has to go on...." serta meminta remaja tersebut banyok bersabaq..

Jika ditinjau dri "status update" kenkawan, remaja tersebut bknlah keseorgan, ramai lg di luar sana yg bersedih ketika menyambut raya, ada yg di perantauan meluahkan perasaan rindu kpd kaum keluarga di tanohair, ada yg merindui kehadiran org tua atau pasangan tercinta yg telah pergi terlebih dahulu dan pelbagai lg "rintihan hiba" yg sewaktu dgnnya yg dpt ditamsilkan kpd insan yg semmgnya memerlukan kasih syg drpd yg tersyg terutama disaat2 syahdu tika menyambut hari lebaran....

Walaupun begitu, perlulah diingatkan bahawa sebenarnya kita mmg x pernah keseorgan walau di mana dan di dlm apa jua keadaan kerna Allah yg Maha Pengasih dan Penyayang itu mmg sentiasa berada di sisi kita pd setiap ketika...

Mengetahui dan menyakini akn hakikat ini adalah obat penawar rindu yg paling ampuh untk jiwa2 yg sedang bersedih dan "merana" di luar sana jika mereka peduli untk mendekatiNya dan memulangkan segala musibah dan situasi yg sedang dialami kpd KebijaksanaanNya untk memberi kita jalan keluar yg terbaik....

Selamat beraya2 dgn ceria walau di mana dan bagaimana anda berada!

Beraya2 di rumah 'super rich":

Sekali kala kita rakyat "marhaen" nih nok gak merasai guarner mereka yg berada merayakan hari lebaran....

Diizinkan, ianyer dpt ku alami pd raya kali ini dan yg bestnyer ia bisa menjdi "eye opener" buat diri ku walaupun di dlm pertemuan yg singkat itu x bnyok "rahsia" yg bisa dicungkil....

Sekali pandang rutin mereka ini x bnyok bezanya dgn rakyat jelata mcm kita
yg bisa "kais pagi mkn pagi, kais ptg mkn ptg"...

Jika org ke masjid mereka pun ke masjid jugak serta jamuan kueh mueh yg disediakan pun biasa2 aje x ada yg unik atau special sangat. Begitu juga dgn pakaian dan perhiasan rumah serta perabot x bnyok yg berbeza, cuma mungkin yg amat terserlah, dan kita pun mmg dh menjangka sesuai dgn status dan kemampuan mereka, aspek kualiti amat2 diberi penekanan....

Cuma yg bisa menjdi "eye opener" pd ku adalah "life style" sesetengah depa yg amat berbeza dri kita. Tumpuan utama diberikan kpd membina "mahligai" yg gah dgn kenderaan bosar yg "berjujuk2" bnyoknya dlm garage!

Pabila berbicara x lain bnyok menyentuh hal bagaimana nok mengembangkan portfolio harto bondo melalui pelaburan yg berbagai terutama yg berkaitan hartanah....

Jika dilihat dri segi pembawakan anok2 pula dan lelain sedara mara yg "menumpang tuah", mereka agak nmpok lebih "liberal" tpi humble dan kebanyokkan digalakkan oleh org tua mereka untk memilih bidang2 kerjaya yg diminati tanpa ada paksaan....

Tpi bersyukurlah "super rich" yg ku temui ini adalah dri kelompok yg bisa ingat kpd agama dan masih berpijok di bumi yg nyata... semoga hidup mereka diberkati Allah sokmo - aameen.

Naper simpan dondam:

Mengapakah ada pakor motivasi yg mengesyorkan supaya kita memaafkan semua org sblom tidur sebagai petua "panjang umur"?....

Jawapangnya ada yg mengatakan pabila dh memaapkan seseorg, jiwa kita akn menjdi tenang kerna sistem badan akn mengeluarkan bahan kimia yg mampu mengenyah stress - punca segala penyakit....

Jiwa yg tenang inilah yg didambakan semua org kerna ia bisa membawa kpd hidup yg aman dan bahagia yg merupakan ingredien terpenting untk panjang umur, dgn izin Allah swt...

Jika begitu, naperkah sesetengah dri kita sanggup menyimpan dondam (kesumat) yg kekadang berlanjutan sampai bertahun lamanyer sehingga ada yg dh lupa akn "kesalahan asal" yg menyebabkan dondam itu...

Meh la di hari baik bulan baik ini kita bermaafan untk saling memaafkan dan buangkanlah jauh2 jika masih ada lg dondam yg membara....

Maaf zahir batin.
...

0 comments:

Post a Comment