Jom berzumba!

Jom berzumba!

Di dlm usia yg dh menjelang maghrib ini rasenya "malas" nok meletih2kan badan tok membuat exercise dsbnya...

Tpi sebagai umat Islam, menjaga kesihatan itu amatlah penting dan wajib bg kita melakukannya supaya dgn kesihatan yg baik, insyaAllah dptlah kita membuat amal ibadah dgn lebih sempurna lg...

Malangnya di dlm kehidupan moden yg serba pantas la ni ramai yg dh x braper mengambil kisah akn penjagaan kesihatan mereka dgn x menjaga pemakanan dan x lg melakukan senaman secara istiqamah sehingga dh terlambat dan dh dihinggapi penyakit baru nok 'mengorak langkah' untk merubah gaya hidup demi memulihkan kesihatan....

Tak kisahlah tua atau muda, se patutnyalah kita mengambil kesempatan dri sekrng untk menjaga kesihatan diri dan ahli2 keluarga supaya nikmat kehidupan yg Allah anugerahkan kpd kita dpt dimanfaatkan dgn sepenuhnya, insyaAllah....

Untk diriku, aku berdoa supaya diberi kekuatan untk istiqamah di dlm usaha nok menurunkan berat badan dan mengawal pemakanan dan sejak akhir2 ini telah mula berjinak untk mengeluarkan peluh dgn berzumba!!

Tahniah kerna naik tangga?

Pagi tdi aku ke HUKM kerna ade sedikit urusan. Dh bnyok kali gak aku ke sana tpi pagi tdi baru aku perasan tika sengaja aku naik tangga nok ke tingkat atas di tepi2 tangga itu rupernya penuh dgn poster2 yg mengucapkan tahniah kpd pengguna2 yg menapak turun naik tangga!!...

MasyaAllah, tersentap gak aku memikiorkan apa yg specialnya sampai dpt ucapan tahniah kerna hanya naik turun tangga?...

Setelah membilik2 beberapa poster yg ada maka fahamlah aku bahawa yg ucapan tahniah itu secara x langsung untk menggalakkan warga hospital atau pelawat memilih gaya hidup sihat dgn menggunakan tangga dan bknnya lif untk naik turun bangunan bg membantu membakor kalori yg berlebihan...

Aku insap dan stujulah dgn initiatif yg ada untk menggalakkan pengunaan tangga setakat mana mampu sebagai salah satu cara untk menjaga kesihatan badan kita....

Cuma yg aku dpt lihat sambutannya amat menyedihkan kerna majoritasnya masih lg "menderu2" menggunakan lif dan ruang tangga tinggal lengang dan mungkin sedikit menyeramkan!

Begitulah lumrahnya di mana2 pun di dlm kehidupan moden yg serba pantas la ni, majoriti kita dh jdi "insan malas" yg dh jarang menggunakan kaki samada untk berjalan atau melakukan exercise2 demi kesihatan badan termasuk "yours truly" yg agak "putus nafas" dan mencunggap2 sesampainya aku di anok tangga yg teratas pagi tadi....innalillah.


Berkat masa yg hilang:

La ni mmg kita sering terkezut, "rasenya baru je Jumaat ni dh Jumaat lg?!"

Begitulah mungkin apa yg ramai dri kita rasai sekrng...mungkin juga itu satu petanda yg keberkatan masa yg kita ada itu telah "diangkat" oleh Allah swt...

Berbeda dgn keberkatan masa yg ada pd "Org2 dulu", kita merasakan mmg mereka semcm ada bnyok masa yg boleh di manafatkan untk berbuat sebegitu bnyok kebajikan...

Contoh terbaik dri mereka yg dulu2 itu termasuklah Imam Nawawi rh yg wafat pd usia sekitar 45 tahun, tetapi khazanah ilmu yg ditinggalkannya dlm bentuk kitab2 besar amat2 bnyok dan x ternilai sekali.

Dan jika nok diukur dri lembaran kitab2 yg telah dikarangnya, kita pun mmg akn terkezut kerna jumlahnya bisa melangkaui hari2 yg dia ada di atas dunia ini!

Begitulah keberkatan masa yg Allah SWT telah anugerahkan kpdnya dan org2 yg sepertinya - SubhanAllah. 

Kita berdoa supaya masa yg kita ada akn diberkatiNya jua - aameen.

Alahai Tepung Gomak! :

Alahai Tepung Gomak! :

Mulanya mmg aku x tau ada kueh yg sedemikian namanya - Tepung Gomak! Pernah gak ku dgr ade yg menyamakan org yg terlebih "make-up" muka meke dh jdi mcm tepung gomak!

Hanya baru2 ini saja baru aku dpt menjamah dan merasai kelazatan sebenar kueh tradisional ini yg di tmpat ku boleh didpti 2 kali seminggu di gerai pasar mlm di taman berhampiran...

Sebenarnya yg nok ku sentuh bkn sngt ttng kueh tepung gomak itu, tpi lebih pd suasana pasar mlm yg terpaksa ku tempuhi jika nok menikmati tepung gomak!

Mmg x dinafikan kewujudan pasar mlm amat2 membantu terutama warga kota yg sibuk dan x mempunyai bnyk masa untk singgah sebentar membeli sedikit sebnyk barang2 keperluan dapur dan "dinner" yg dh siap dgn harga berpatutan untk seisi keluarga.....

Ada juga yg ku perhatikan, setiap gerai pasti akn mempunyai peminat yg setia yg secara x langsung menjdi pelanggan tetap setiap kali ada pasar mlm...

Tetapi entoh kenapa, bisanya pelanggan2 ini akn berpusu2 "menyerang" gerai kegemaran masing2 terutama menjelang masuknya waktu solat maghrib, bisa jumlah mereka akn bertambah lantas merubah suasana menjdi semcm tapak pesta sehingga ramai yg ghalib seakn x endah yg waktu solat dh masuk...

Mungkin isu ini dh lama dibahaskan, kerna dlm masing2 sibuk 'berpesta" jual beli, jarang sekali ku melihat ada penjual yg berhenti sebentar untk menunaikan solat sedangkan boleh dikatakan hampir kesemuanya terdiri dri org2 Melayu Muslim...

Inilah dugaan yg perlu di hadapi dgn kekuatan iman yg kental kerna dlm nok menunaikan kewajipan pd Tuhan dan melayan "rezeki" yg dtg berduyun2 itu; kene ada tawakkal yg rezeki itu telah ditetapkan dan ia x akn ke mana2 tika kita menunaikan solat sebentar... innalillah.

Pegawai pencegah maksiat:

Balik kampung di masjid ada lak ceramoh oleh seorg pegawai pencegah maksiat jabatan agama negeri...

Walaupun sekadar penerangan dan bknnya ceramoh btol, pegawai tersebut telah mengimbas kembali beberapa pengalamannya ketika melayan beratus aduan yg diterima dri org ramai sejak dia bertugas di situ....

Ada berbagai pengalaman yg ditempuhinya termasuk yg melucukan dsbnya...Tetapi katanya jika penerangan dibuat di dewan org ramai dan bknnya di masjid dia bisa menerangkan dgn lebih lanjut siap dgn "Power point" sekali!!....

Salah satu pengalaman yg x dpt dilupakan katanya apabila dia membuat serbuan org berkhalwat di sebuah rumah....Setelah berjaya masuk, seorg lelaki telah di dpti berada dlm sebuah bilik dgn seorg perempuan bkn mahram yg sedang berkelubong dlm selimut...

Apabila di sergah wanita itu telah tersentap dan terus berdiri tegak tanpa seurat benang pun yg membuat pandangan semua pegawai yg berada di dlm bilik itu terpaku pd satu arah sblom ada yg tersedor dan mengarahkan wanita itu menutup badannya!...

Tak apa pegawai itu kata, terpandang x sengaja kali pertama adalah dimaapkan! - innalillah.


Bapa totap Bapa:

Bapa totap Bapa:

Mendengar kuliah di corong radio tika berseorgan memandu amat mudoh mendtgkan rase insap dan sentuhan dlm jiwa terutama pabila topik yg dikupas mmg amat dekat dgn jiwa....

Begitulah tika ku dgr kisah dua org anok tika zaman Nabi saw yg berada dlm keadaan dilema akibat dibelenggu oleh stigma bapa2 mereka yg telah x beriman dan yg mempunyai reputasi yg "menonjol" di dlm sejarah penentangan mereka terhadap risalah yg dibawa oleh junjungan Baginda Nabi saw tika hayat mereka....

Kes yg pertama adalah Abdullah Ibnu Abdullah Ibnu Ubayy Ibnu Salul, anok kpd "Raja Munafik" di Madinah. Tika dia mendengar desas desus yg Saidina Umar ra dh "fed up" dgn perangai talam dua muka bapanya itu dan hampir nok memenggal kepalanya, dia telah berlari ke hadapan Rasullulah saw meminta izin supaya dia sendiri yg melakukannya dan membawa kepala bapanya "prompto!" kpd Baginda saw kerna dia x sanggup nok berhadapan dgn org yg membunuh bapanya tanpa rasa ingin membalas dendam jika benar2 bapanya dipenggal oleh Saidina Umar ra. Walau apa pun Baginda saw dgn rasa ihsanya telah tidak membenarkan "Raja Munafik" itu dibunuh....

Yg keduanya apa yg berlaku dgn anok kpd "Tauke Musyrik" Abu Jahal, Ikrimah. Setelah Islamnya beliau berikutan dgn "fath-ul-Mekah" dan selepas itu bnyok ia berjasa pd Islam, Nabi saw telah melarang para sahabat "mengingati" kembali siapakah bapanya terutama pabila di hadapan Ikrimah kerna tentu sekali sebagai anok, ia akn terase "sakit jiwanya" kerna walau apa sekali pun bapanya itu totap bapa x kira siapa orgnya....

Allahuakbar, begitulah kita, walaupun apabila anok2 telah besar dewasa dan mempunyai kehidupan masing2, jgnlah bapa itu dilupakan lantaran sudah tiada "keperluan" lagi kewujudan insan yg bernama bapa itu di sisi mereka.

Santuni dan ulitilah mereka, terutama di hari2 tua mereka, tika mereka menunggu untk menghabiskan sia2 hidup mereka di dunia yg fana ini setelah sekian lama mencurahkan keringat mereka untk mencari rezeki keluarga tika anok2 masih kecik2 dulu2 kala :( - innalillah.
  
Apabila Tn2 Guru dihina:

Sering ku baca status2 dan komen2 dri mereka yg dianggap cerdik dan berpelajaran tinggi yg memperlekehkan tuan2 guru dan para alim ulama kita terutamanya yg terlibat secara langsung dgn politik tanahair yg x sepatutnya mereka ini dilayan buruk sebegitu rupa...

Walaupun kekadang setengah2 dri statement2 yg dikatakan "keluar" dri mulut mereka itu agak pedas dan bisa memanaskan telinga si pendengar, itu x bermakna ia merupakan lesen untk mereka ini dibelasah cukup2 sampai menunjukkan tembelang org yg "membelasah" itu lebih jahil dri org yg "dibelasah"...

Ini semua menunjukkan budaya asing telah begitu sejati di dlm jiwa2 si pengkritik yg kebanyokkannya bkn berlatar belakangkan agama tpi teringin nok jdi champion agama (yg mengikut logik akal mereka) mungkin dek kerna pencapaian akademik duniawinya yg "top class" yg membuatkan ia berase kagum dgn kebolehannya membuat research dan "berhujah secara fakta" sehingga memandang rendah org2 yg x se kufu dgnnya...

Tahukah mereka ini tetakala org2 alim atau tok2 guru itu bercakap kekadang mereka hanya menjdi saluran dan bknnya "mereka yg bercakap"?

Jgnlah buat2 rasa pelik lak kerna ilmu Allah itu Maha Luas dan bisa x tercapai dek logik akal kita. Jika Nabi Khidir AS boleh dikurniakan ilmu "laduni" untk menajamkan firasatnya berbanding dgn Nabi Musa AS, x mustahil para2 alim ulama ini dibekalkan Allah dgn ilmu2 yg sebanding atau ilmu2 mantiq yg mmg ampuh untk digunakan bg mematohkan hujah2 biadab musuh2 agama dlm senario x beradab sepak terajang politik semasa tanahair...innalillah.

Adat vs Ibadah Rejab:

Mendengar yg dikisahkan oleh seorg penceramoh, rupernya masih ade amalan org2 kita dlm bulan Rejab yg lebih merupakan adat drpd ibadah....

Umum mengetahui selepas bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, bulan Rejab adalah juga bulan haram (bulan2 yg mulia) yg diharamkan berperang di dlmnya...

Bersempena bln yg mulia ini mmg x der salohnya jika kita nok berbuat ibadah sebnyok mungkin di dlmnya cuma jgnlah ibadah tersebut disandarkan khusus kpd bln Rejab...

Umpama jika nok memperbnyokkan berpuasa, silakan berpuasa untk melatih diri bg menghadapi bln Ramadan tpi jgnlah berpuasa khusus untk bulan Rejab di mana puasa yg sedemikian tiada di dlm sunnah, katanya...

Se lg adalah adat amalan solat sunat selepas maghrib yg dilakukan dlm bulan Rejab persis solat tarawih Ramadan yg mmg x pernah dilakukan oleh Nabi saw.. adat sebegini mmg sepatutnya dihentikan kerna jika nok bersolat sunat mmg boleh dilakukan sekendak mungkin cuma jgn disandarkan solat sunat itu dgn bulan Rejab kerna ia tiada kaitan dgn sunnah....

Begitu juga adat menziarahi kubur dlm bulan Rejab bg memohon "bantuan" dri penghuni kubur yg bisa dilakukan oleh org2 perempuan, ini adalah suatu bentuk bidaah yg patut dihentikan segera demi menjaga akidah kita...

Pokoknya beramal ibadah itu mmg digalakkan pd setiap masa apatah lg di dlm bulan2 yg mulia, cuma jgnlah amalan2 tersebut disandarkan khusus kpd sesuatu bulan itu jika ianya mmg tiada dlm sunnah...innalillah.


Hilangnya Barakah Kopiah Putih:

Dri sejak berzaman, walaupun seseorg itu bkn Muslim tpi mereka dan mereka yg sewaktu dgnnya sudah pasti akn ada rase "hormat" kpd seseorg "Hj" yg berkopiah putih yg berjln di tengah2 khalayak masyarakat....

Begitulah berkatnya kopiah putih sebagai simbol kesucian hati nurani si pemakainya (yg bisa dipakai sekembali dri menunaikan haji) sehingga bkn saja timbul rase hormat kpd yg melihat malah yg memakainya pun lg la amat berhati2 supaya "status suci" mereka x tercemar dek tingkah-laku yg "bkn2"...

Tpi laa ni, kita merasekan amat sedih sekali kerna barakah kopiah putih dan "status suci"nya telah mula terhakis lantaran segelintir dri pemakainya yg berkelakuan sumbang dan membuat onar yg x bisa lg diampunkan oleh masyarakat ibarat akibat nila setitik susu sebelanga rosok...

Jika pd permulaannya perbuatan sumbang mereka itu dilakukan secara "sorok-sorok" tpi laa ni ianya dh mula dilakukan secara "open"...

Malah yg lebih durjana lg, "pengkianat2 kopiah putih" ini telah mempergunakan "status suci" mereka untk memudahkan lg mereka memperdaya mangsa2, yg "mati2" percaya bahawa "mana mungkin mereka akn diperdaya oleh 'Tuan Hj berkopiah putih yg bersolat saf pertama di belakang imam!...'."

Tpi realititasnya itulah yg kerap terjdi; penipuan demi penipuan yg dilakukan oleh "penyamun kopiah putih" ini x kira apa, dri mengambil rasuah dan melakukan aktiviti x bermoral dan x beretika sehingga kpd yg terbabit dlm skim menipu org ramai yg menabung tok pi Umrah atau Haji dsbnya...

Itulah adat di dunia ini, apabila kejahilan telah bermaharajalela, yg putih akn dipandang hitam dan sebaliknya yg hitam akn dijdikan pedoman dek menyangka ianya putih! - innalillah.

Senyum Wida' Rasullulah SAW:

Senyum Wida' Rasullulah SAW:

Umum kita mengetahui bisa pd hari terakhir sblom kita meninggalkan Mekah atau Madinah, kita akn melakukan tawaf wida' di Baitullah atau ziarah wida' di permakaman Rasullulah saw. Tpi pernahkah kita tahu sblom akhir hayatnya Rasullulah saw telah melemparkan senyum wida' sebagai senyuman terakhirnya kpd para sahabat Baginda saw justeru pd kita semua?

Dikisahkan pd subuh hari Isnin terakhir hayatnya, Baginda saw telah mengisyaratkan bahawa Saidina Abu Baker ra 'to take over" jadi imam solat subuh lantaran Baginda saw dh x mampu lg nok mengimaminya seperti hari2 biasa...

Melihat para sahabatnya bersaf2 nok memulakan solat mereka, Baginda saw telah menjengok ke arah mereka dri tempat pembaringannya lalu melemparkan sebuah senyuman yg teristimewa yg sarat mengandungi mesej dan makna yg tersisip dgn kasih sayang seorg Nabi kpd ummahnya yg tercinta....

Hampir2 para sahabat yg melihat kelibat Baginda saw itu termasuk Saidina Abu Baker ra, x jdi nok meneruskan solat mereka kerna sebak melihat sebuah senyuman yg begitu indah yg terukir di bibir Nabi yg mulia itu...

Itulah senyum wida', senyuman yg terakhir Baginda saw kpd ummahnya yg penuh dgn mesej kasih sayang yg seakn nok memberitahu kita bahawa Baginda saw akn pergi meninggalkan dunia yg fana ini buat selama2nya tetapi Baginda saw akn menunggu kita semua di telaga Haudh di hari kiamat kelak di mana semua org yg beriman akn diberi minam dri telaga tersebut yg akn menyebabkan mereka x akn merasa kehausan buat selama2nya selepas itu....

Ini juga mengingatkan aku kpd pesanan Nabi saw bahawa di akhirat nnt kita akn bersama dgn siapa yg kita cintai, oleh itu jika kita cinta kpd Nabi saw, senyumlah sokmo deh kerna itu adalah salah satu dri sunnah2nya!!.....yuk senyum manis!

 "Air Kencing Mok kamu lg mulia":

Astaghfirullah, inilah kata2 hina yg terpacul dri mulut ketua segala org munafik Abdullah Ibnu Ubayy apabila mengetahui niat baik anoknya Abdullah....

Hidayah itu semmgnya milik Allah swt, walaupun bapanya seorg "Raja Munafik", anoknya yg juga bernama Abdullah seperti yg diberi nama oleh Rasullulah saw, adalah seorg Mukmin yg sejati...

Pd suatu hari dia telah meminta air lebihan minam Rasullulah saw dgn harapan untk diberi minam pd bapanya untk mendpt keberkatan drinya...

Setelah diberi oleh Rasullulah saw akn bekas air tersebut, Abdullah lalu berjumpa dgn bapanya dan meminta supaya dia minam air tersebut...

Tetapi apabila ditanya oleh Abdullah Ibnu Ubayy, "air apakah itu" dan dijawab oleh anoknya "air lebihan minam Rasullulah saw", beliau telah melenting lalu mengungkap kata2 yg nista itu - innalillah.


Nabi saw menjawab soalan dgn soalan:


Suatu ketika Nabi saw telah ditanya oleh seorg Arab Badawi; "Ya Rasullulah, bilakah masanya (Kiamat itu)?"
Lalu Baginda saw telah menjawab dgn satu soalan; "Apakah persediaan yg telah kau lakukan untknya?"
Jawab Badawi itu; "Tiada apa2 ya Rasulullah, cuma aku sungguh kasih kpd mu dan Allah swt..."
Lantas Baginda saw bersabda (yg bermaksud);"Sesungguhnya di akhirat nnt kau akn bersama2 dgn apa yg kau cintai..."
SubhanAllah.

Awas Perangkap Syaitan:

Jika kita rase "sepak terajang" org2 politik itu dh hebat sngt, ketahuilah bahawa sepak terajang Syaitan musuh utama kita itu lebihlah lg hebatnya...

Leceknya Syaitan itu dlm menyesatkan kita bkn pd menggoda kita tok melakukan kemaksiatan itu secara terang terangan dan direct tpi dgn menggunakan kaedah2 yg lg ampuh yg dh mmg menjdi "kepakarannya"...

Pertamanya, ia bisa menasihati kita sehingga menampokkan "kebaikan" dlm kemaksiatan yg dilakukan; keduanya, ia juga bisa membisikkan supaya ditangguh2kan tok melakukan sesuatu kebaikan (sedangkan Allah menyuruh kita bersegera!); dan ketiganya, ia juga bisa membuatkan kita memandang ringan akn sesuatu dosa yg kita lakukan....oleh itu berwaspadalah dgn perangkap Syaitan ini... innalillah.

Pesan UAI pd Ar-Rijal:

Pesannya mudoh saja, sebagai Ar-Rijal yg Allah swt ciptakan sebagai pemimpin kpd kaum nisa', mereka mesti memiliki sekurang2nya beberapa ilmu dan kemahiran asas agama yg laa ni ramai yg dh x tau dan x ambil berat akn betapa pentingnya ia di dlm memikul t/jawab sebagai insan yg bergelarAr-Rijal...

Di antaranya sebagai Ar-Rijal, mereka kene la tau:

1. Mengucap syahadah.
2. Azan dan iqamah
3. Menjdi Imam solat
4. Membaca doa selamat.
5. Solat jenazah

Dgn adanya kemahiran asas seperti di atas, x la nnt ada adegan "tolak menolak" apabila ada masanya kita diminta ke "depan" untk menjdi Imam atau melaungkan azan di masjid atau dlm sesuatu majlis yg dihadhiri! - Innalillah.
Tok akhirat yuk kita berlumba-lumba mengerjakan kebaikan....

'Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.' Al-Quran (57:21) Al-Hadid.

Sambutan hari ibu?:

Sambutan hari ibu?:

Mungkin jika ku buat komen di sini ramai yg akn melenting kerna nok sambut hari ibu pun x boleh, ada saja yg nok dipertikaikan, mcm poyo lak...

Bkn itu tujuan ku, seperti yg di bicarakan oleh seorg Ust, aku rase ada btolnya gak jika kita jgn telan je bulat2 apa yg puak2 Barat nih buat kerna yg agama duk larang adalah dri segi kita meniru dan mengikut apa saja yg org Barat buat tanpa usul peksa akn apakah motif sebonarnya agenda meke itu....

Seperti kebnykkan hari2 sambutan lain yg dianjurkan oleh puak Barat seperti Valentine's day, Father's day dan sebagainya, kita x perlu nok terikut2 dgn budaya tersebut kerna ia begitu asing dgn amalan kita...dan jika diikutkan gak adalah dikhuatiri akn jdi menyesatkan akidah kita secara x sedor...

Oleh itu aku rase adalah lebih elok jika kita nok menyambut mcm hari ibu atau hari apa sekali pun, ia patut dilakukan dgn cara kita sendiri dgn x menunggu "seruan" atau penyeragaman tarikhnya dri Barat...kerna puak2 nih (Yahudi dan Nasrani) x akn berpuas hati se lg mana kita umat Islam x mengikut meke waimah sampai ke lubang cacing sekali pun! - innalillah.

Solatkan jenazah ibu btol2:

Seorg Ust telah menceritakan suatu kisah benar yg dikatakan berlaku di salah sebuah penempatan di Kajang seperti yg dibgtau oleh seorg jemaah sesuai kuliahnya di masjid Kajang x berapa lama dulu....

Jemaah itu memberitahu bahawa seorg ayah yg mendpti anoknya terlampau nakal telah menghantar anok tersebut ke Mekah dgn harapan dia boleh belajor agama...

Ghuper2nya selama 10 tahun di sana dia bknnya belajor agama tpi telah bekerja sebagai pembantu sebuah kedai kain...

Setiap tahun apabila dia balik bercoti, penduduk kampung telah memberi penghormatan kpdnya untk menjdi imam di surau kampungnya tpi yg peliknya setiap kali juga ia akn menolak untk menjdi imam....

Pd satu masa ia telah dipanggil pulang kerna ibunya telah meninggal dunia dan apabila tiba masa untk melakukan solat jenazah ke atas ibunya telah berlakulah adegan "tolak menolak" kerna Tok Imam mahukan anok "Sheikh Mekah" itu melakukan solat jenazah ke atas ibunya...

Kerna tiada pilihan dia pun terus melakukan solat jenazah tpi persis solat zuhur lengkap dgn rukuk dan sujud sekali!

Seusai solat itu tok imam yg kehairanan telah berkata kpdnya, "sepanjang 30 tahun lebih aku solatkan jenazah, inilah pertama kali ada siap dgn rukuk dan sujud, kenapa buat gtu nok? " Dengan sempoi dia menjawab, "Kan itu jenazah ibu saya, jdi sy kene solatkan jenazah dia btol2!!" - innalillah.


Pokcik Cuci Kete

Pokcik Cuci Kete:

Hampir setiap kali aku nok ke masjid untk fardhu subuh, aku akn bertembung dgn seorg Pokcik China ni yg "without fail" sedang tekun mencuci dan mengelap kete Proton Saganya yg diletakkan di kawasan x berbumbung di condo tempat kami tinggal....

Saban hari ku perhatikan gelagatnya yg "setia" tanpa jemu2 berbudi dan memanjakan ketenya se awal subuh lg yg ku rase mng jarang sekali kita dpt saksikan perlakuan seperti ini di mana2 jua terutama di bandor2 besor tempat org selalu sibuk sampai x dan pun nok cuci kete2 meke walaupun di siang hari! ...

Tpi Pokcik seorg ni agak bole di kategorikan sebagai special dan "in a class of his own" apabila kita bercakap ttng bab komitmen kpd apa yg kita percayai di dlm hidup ini hingga di dlm kes Pokcik ini dia bkn saja nmpok yakin bahawa "kete yg bersih akn membawa bahagia" malah dia sanggup bangun awal setiap pagi hanya untk melaksanakan "tugas dan t/jawab" dia kpd ketenya itu....

Tpi yg jdi aku musykil adalah apabila terkenangkan betapa ramainya insan yg masih nyenyak tidur dibuai mimpi2 sedangkan azan subuh dah lama dilaungkan, apakah yg terfikir di benak2 meke kerna x mahu bingkas untk menyahut seruan Illahi itu?

Tidakkah kita malu kpd Pokcik China itu kerna kita telah bnyok mengabaikan tugas dan t/jawab kpd Allah swt yg wajib dilaksanakan selg mana kita mengaku sebagai seorg Muslim? - innalillah.


Aku Malu Bebenor:

Pagi nih tetiba pintu umah kami diketuk org, ghupernya Pokcik maintenance nok bertanya kabo mentara dia menunggu untk masuk unit sebelah tok repair bumbung yg terbang ditiup angin tika hujan lebat beberapa hari yg lalu...

Dri kisah bumbung yg terbang yg katanya telah menghimpap sebuah kete penduduk, perbualan pendek kami telah menjdi panjang lantaran tersangt "omehnya" Pokcik maintenance yg berbangsa China nih...

Dia terus memuji2 pihak pengurusan condo kami yg katanya "tip-top", x dok "hanky- panky" berbanding dgn pengurusan condo yg berjiranan x berapa jauh dri tempat kami yg katanya "manyak sakitt" dgn AJK pengurusannya yg x telus serta keje maintenance yg slow dan penuh dgn "konar2"...

Sebagai contoh katanya jika di condo kami wang deposit renovation akn di pulangkan sejurus supervisor maintenance "bg ok" tpi di condo bersebelahan klo dpt dikembalikan dlm masa 2 bulan itu sudah kira manyak untung! Jika lif rosak lak, paling lama 2 hari dh settled di tempat kami berbanding dgn se bulan pun blom tentu ok di condo hok se lg kerna dia bgtau mcm mana nok cepat repair sedangkan bil hutang repair lif yg terdahulu masih blom dibereskan lg!...

Begitulah keadaannya, mmg aku akui aku tiada complain bab performance pengurusan maintenance di tempat ku tinggal, jika betul apa yg dikatakannya perihal "hodohnya" performance dan cara kerja hok se lg, aku mmg bebenor malu kerna katanya yg hok tu AJKnya se bangsa dan se agama dgn ku mentara yg tempat aku lak se bangsa dan se agama dgn dia! - innalillah, mana nok letok muka?

Rumahku diserang anai2:

X sampai sebulan lebih pindoh aku dan keluarga terpaksa berperang dgn "penduduk asal" tempat kediaman ini yg bole di kategorikan sebagai makhluk Allah yg sonyap tpi gigih dgn sentiasa bekerja keras (behind the scene) untk mencari rezeki meke..

Setelah mendpti beberapa lokasi yg berkayu dh mula menjdi sasaran, aku telah memanggil "termite buster" untk "menguruskan" makhluk ini...

Rupernya bkn se mudah itu untk berdepan dgn makhluk Allah ini kerna premis yg dh siap dan tempat2 yg "dijangkiti" susoh nok dikenal pasti kecuali pabila dh terlambat!

Yg aku nok kongsikan di sini bkn cerita anai2 itu tetapi proses kita memilih supaya pilihan kita itu insyaAllah bertepatan dgn tujuan asal dan dlm masa yg sama bole juga memberi faedah yg berpanjangan kpd kita ibarat "kaloh membeli, menang memakai"...

Di dlm kes ini aku telah diberi dua pilihan, pertamanya sngt mudoh dan muroh, hanya perlu bayor sedikit dan pembasmi itu akn dtg spray di tempat2 yg tertentu dan jika makhluk itu terkena ia akn segera mati tpi x keseluruhan "geng"nya akn mati...yg keduanya kosnya mmg agak tinggi dgn menggunakan kaedah "baiting system" yg akn mengambil masa yg agak lama sblom menunjukkan kesannya....

Dri pengalaman, aku telah memilih option yg kedua, biorlah mahal sedikit tpi insyaAllah akn memberi kesan yg positif dlm jangka panjang seperti yg ku harapkan...

Begitulah di dlm hal2 yg lelain dlm hidup kita ini, seperti iman yg kita miliki, tiada solusi yg mudoh dan muroh untk mengasah iman tersebut yg akn membuahkan hasil yg lumayan di akhirat kelak jika kita x sanggup untk membayar dgn harga yg tinggi untk membuktikan keimanan tersebut...innalillah.

Dunia Pokcik Maintenance:

Sambungan cerita Pokcik Maintenance di tempat tinggal ku, bnyok hal laen yg telah di"omehkan" pd ku yg telah menadoh telinga dgn sabornya melayan "serangan hujah2nya" yg x putus2 dri hal politik tanahair 20 tahun dulu semasa dia jdi ketua kg, kpd kisah "sabotage" catuan air sehingga kisah dia x dpt nok pi ziarah mendiang Karpal Singh kerna ketiadaan tiket bas lantaran ramainya org yg menziarahinya!

Tetapi sesuatu yg ku perhatikan pd Pokcik nih yg boleh dicontohi terutama oleh generasi muda adalah dia nih pd ku seorg yg berwawasan dan cekap menilai peluang sblom mengambil tindakan2 pantas yg boleh membawa faedah kpdnya...

Walaupun fokusnya lebih kpd mengumpul harta duniawi, tpi kaedah yg sama ku rase boleh gak diapplikasikan untk kita mengejor akhirat!...

Ghuper2nya dlm masa dia membuat keje2 maintenance, dia bkn saja fokus pd kejenya tpi telah mengambil peluang tersebut untk mencari dan membeli unit2 kondo yg bermasaloh dgn harga yg muroh untk dijdikan sebagai pelaburan jangka panjangnya....

Dri ceritanya percaya atau idak dia dh mempunyai 4 atau 5 unit di kondo kami yg telah dibelinya dlm beberapa tahun kebelakangan ini yg kemudiannya di reno sendiri sblom disewakannya....

Begitulah jika kita amati, untk mengejar harta dunia seseorg itu akn sanggup berbuat apa saja bg mencapai impiannya dan x akn merasa cukup dgn apa yg dia dh ada dgn sentiasa berusaha untk memperolehi lg tambohan se bnyok mana yg mungkin...

Itulah lumrahnya kehidupan kebnykkan org la ni termasuklah kita yg Islam kerna mungkin meke lupa yg akhirat itu pasti menunggu, alangkah beruntung dan bahagianya kita jika semangat yg sedemikian cuba kita gunakan untk mengejor dan mengumpul sebnyok2 mungkin harta tok akhirat?...innalillah.

Nasi Lemok Dua Darjat

Nasi lemok Dua Darjat:

Di sebelah masjid kariah ku ada 2 gerai nasi lemok yg ku kira dh lama beroperasi kerna sejak aku jdi ahli kariah lebih setahun yg lalu gerai2 tersebut telah wujud dan hanya dipisahkan antara keduanya oleh pintu (gate) masuk masjid...

Saban hari ku lihat gerai2 tersebut telah mula beroperasi se awal masuk waktu subuh dan biasenya sehingga jam 10 pagi atau sehingga stok habis!

Kedudukan kedua2 gerai pula di tepi jln dan bersebelahan masjid lebih memudahkan lg pelanggan untk berhenti dan membeli nasi lemok "kosong" yg dijual dgn harga sehinggit se bungkus....

Pd ku kedua2 nasi lemok tersebut mmg sodap belaka walaupun ada perbezaan yg ketara kerna yg di sebelah kiri gate nasi lemoknya ade di tamboh ikan kering "bulu ayam" sementara hok se lg mempertaruhkan sambalnya yg sodap untk lariskan jualan!

Jika dikira dri sodapnya mmg ku kira keduanya "seri" tpi dri segi ramai pelanggan yg singgah ku amati agak "berat sebelah" kpd nasi lemok yg "sambal sodap"...

Mmg susoh untk diramalkan dri segi rezeki masing2, cuma yg ku perasan, walaupun kedudukan gerai bersebelahan dgn masjid, pabila azan berkumandang, warga lelaki dri gerai "sambal sodap" dh "hilang" pi ke masjid mentara warga lelaki dri gerai "bulu ayam" masih sibuk menguruskan gerai mereka mcm x dengar pulak azan dah dilaungkan...

Mungkin inilah yg menyebabkan ada 2 darjat nasi lemok bersebelahan masjid kariah ku itu kerna Allah ingin menunjukkan betapa jika kita menjaga hak Allah, Dia akn menjaga hak kita x kiralah dri soal rezeki atau lelain yg kita sebagai makhluk mmg memerlukan anugerah dri Nya....innalillah.

Menjana Pahala Pasif:

Bg org yg mengerti dunia pelaburan, meke tentu target untk mendpt pulangan yg lumayan secara "pasif income" dgn x payoh nok susoh2 "melabur atau melebur" ke merata tempat...yg dia tahu setiap bulan atau setiap jangka masa yg telah ditetapkan dia akn mendpt pulangan tetap dri pelaburannya itu....

Begitulah jua untk akhirat seperti yg diterangkan semasa ceramoh ringkas "pra-khutbah" sebentar tdi...

Ringkasnya, untk masa depan yg terjamin di akhirat sana, kita perlu melaksanakan dua perkara sblom kita "dipanggil pulang"...

Yg pertama adalah memperkemaskan dan membereskan segala amal ibadah kita yg wajib dan yg sunat2 secara individu dan yg kedua mengintai peluang2 pelaburan yg boleh memberi "pahala pasif" selepas ketiadaan kita selama mana yg boleh, lg bgus berkekalan sampai ke hari kiamat....

Jika nok diikutkan, amalan kita secara individu akn "terpadam" atau terhenti sejurus kita "padam", yg menjdi persoalannya, perjalanan kita masih jauh lg, jika ditakdirkan bekalan pahala dri amalan secara individu itu x mencukupi, dgn apakah kita nok "cover"? Nok diharapkan doa dri anok2, tanyalah diri kita sendiri dh baper bnyok kita sendiri dh menghulurkan doa untk kedua org tua kita? Nok harapkan sedekah, dh baper bnyokkah yg kita dh sedekahkan?

Semua ini akn mengundang "bencana" di sana nnt jika kita x mendpt redha driNya, oleh itu sebagai persediaan kita mentara masih bole berusaha, kita haruslah menyumbang untk mewakafkan apa yg kita mampu baik dri segi ilmu, masa atau tenaga atau harta benda untk dijdikan modal bg menjana "pahala pasif" demi kesejahteraan kita di sana nnt....innalillah.

Sabornya Ahli Nughaka:

Mmg sungguh pelik, jika di dunia sedikit pun x boleh nok bersabor, mereka x sabor untk menahan diri dri melakukan maksiat dan juga dri perkara2 lain yg boleh melayakkan mereka untk menjdi ahli "Kelab" Nughaka...Tpi setelah btol2 menjdi ahli Nughaka mereka boleh menjdi amat2 bersabor pula seperti yg dikisahkan tentang keadaan mereka itu oleh seorg Ust tika di Nughaka kelak...

Satu ketika mereka telah memanggil Malaikat Ridhwan penjaga Nughaka untk meminta dikeluarkan dri seksaan api Nughaka tpi hanya setelah memanggil dgn sabornya selama 40 tahun barulah dijawab oleh Malaikat itu dgn hanya berkata, "Tinggallah kamu selama2nya dlm Nughaka!"

Setelah x dilayan oleh Malaikat, mereka pon memohon pula dgn sabornya kpd Allah swt untk dibebaskan dri Nughaka yg mana doa mereka hanya dijawab oleh Allah swt setelah tempoh "2 kali usia dunia" berlalu dgn jawapan yg amat mengecewakan sekali iaitu "confirmation" dri Allah swt yg mereka akn kekal di dlm Nughaka dgn sehina2nya buat selama2nya!

Begitulah seterusnya mereka tetap bersabor dgn memohon kpd Allah swt "permintaan2 ahli Nughaka" tpi tetap x dilayan malah makin ditamboh lg kepedihan seksaan untk mereka....

Untk kita ibrahnya di dunia ini kenelah bersabor sedikit supaya kita x melanggar larangan2 agama yg boleh menjerumuskan kita ke Nughaka kerna kelak di Nughaka jika boleh bersabor mcm mana lama sekali pon, ia pastinya udah terlambat dan x berguna lg ibarat nasi dh menjdi bubuq - innalillah.

Supervisor yg menyesal:

Citer nih mungkin dh ramai yg tahu tpi aku rase teringin nok repeat lg bg ibrah kita bersama...

Seorg "construction supervisor" yg dh lama berkhidmat dgn sebuah Sykt Perumahan telah diamanahkan oleh boh Sykt tok membina sebuah lg rumah kediaman seblom dia pencen...

Memandangkan dia pon dh x baper lama bekerja di Sykt tersebut, permintaan boh tu segera ditunaikan tpi dgn dia mengambil sikap "acuh x acuh" dri aspek kualiti dan kemasan dalamannya oleh kerna ini adalah "last projek" bgnya sblom dia sayonara Sykt dan berhenti keje...

Setelah siap rumah tersebut, bohnya telah memanggil dia lalu berkata, "oleh kerna awok dh lama berkhidmat, pihak Sykt telah stuju untk menghadiahkan rumah yg awok last bina tu kpd awok!"...

Berderau darah Supervisor mendgr berita tersebut, bkn kerna mendpt rumah secara "free" tpi kerna jika dia tahu ia akn jdi miliknya, sudah pasti dia akn "pulun" habis kualiti serta kemasan dalaman rumah tersebut!....menyesal x sudoh dia...

Begitulah, di akhirat nnt jika ditakdirkan ke Syurga, ramai yg akn menyesal dgn "kualiti" Syurga yg mereka dpti kerna semasa di dunia dulu mereka sering culas melakukan amalan mereka secara berkualitas! - innalillah.

Protes Di Raja

Protes di Raja:

Di kisahkan di zaman Khalifah Umar Al- Khattab RA, seorg Raja tika bertawaf di sekeliling Kaabah telah menampor seorg pemuda yg telah terpijok juboh di rajanya...

Setelah tidak berpuas hati kerna ditampor oleh Raja tersebut, pemuda itu telah mengadu kpd Khalifah Umar RA untk mendpt pengadilan...

Setelah mendengar cerita dri kedua2 pihak Saidina Umar telah membenarkan pemuda itu menampor Raja sebagai balasan akn perbuatannya tika tawaf itu...

Raja tersebut lalu memprotes kpd Khalifah dgn mengatakan dia adalah seorg Raja dan boleh melakukan sekehendak hatinya...

Lalu Khalifah pun menjawab, "Di dlm Islam semua manusia dipandang sama oleh Allah swt, yg membezakan mereka di sisiNya hanya tahap taqwa masing2 terhadap Allah swt, jdi selayaknyalah kamu ditampor balik oleh pemuda tersebut. .."

Raja pun menjawab, "Adush teruk aku hari ini!.." - innalillah.


Batu Kocik yg menyakitkan:

Mungkin di zaman yg serba moden yg semuanya ikot logik ini kisah yg nok ku nukilkan di bawoh dh x masuk akal atau payoh nok dipercayai tpi itulah hakikatnya hidup ini selagi kita bernaung di bawoh kekuasaanNya semua yg terjdi pd kita makhluk adalah hasil dri "Kun-Faya-Kun" Nya....

Begitulah kisahnya dgn seorg pemuda yg pd suatu hari ontah mcm mano sebutir batu kocik telah termasuk ke dlm telinganya...

Puas dh dia berusaha untk mengeluarkannya dgn meminta bantuan dri ahli keluarganya tpi masih x berhasil malah sakit yg terpaksa ditanggungnya semakin bertamboh...

Ramai gak tabib2 dan tuan2 doktor yg ditemuinya untk mengeluarkan batu kocik itu namun semua usaha2 tersebut gagal dan dia terpaksa menanggung sakit di telinganya yg berpanjangan...

Sehingga pd suatu hari dia bertemu dgn seorg Alim yg telah menasihatinya supaya berubat secara memohon dri Allah swt pula...

Si Alim tersebut telah memberi beberapa zikir yg harus diamalkannya serta memohon bantuan dri Allah swt untk mengeluarkan batu kocik itu dri telinganya...

SubhanAllah, dgn izin Allah swt, x berapa lama setelah mengamalkan zikir2 yg diberi itu serta memohon bantuan dri Allah swt, tetiba pd suatu hari batu kocik yg menyakitkan itu telah terkeluar dri telinganya dgn sendirinya! - Allahuakbar...


Mntoklah Apa Saja:

Dikisahkan tika cucu Saidina Umar ra yg juga seorg faqih dri zaman tabiin sedang bertawaf di Kaabah, beliau telah terserempok dgn Khalifah yg tika itu sedang bertawaf juga....

Mengenali siapa yg sedang bertawaf itu, Khalifah telah menyapa cucu Saidina Umar ra itu dan berkata, "Wahai cucu Saidina Umar, mntoklah apa yg kau nok mntok, akn aku perkenankan permintaan mu itu..."

Mendengar "titah" Khalifah itu, cucu Saidina Umar itu menjawab, "Bagaimana ambo nok mntok pd Tuan Khalifah sedangkan kita berada di hadapan Allah (di hadapan Kaabah) di mana ambo hanya perlu memntok apa saja drpdNya..."

X berpuas hati dgn jawaban tersebut yg dianggap sebagai x menghormati kedudukannya sebagai Khalifah pd masa itu, Khalifah telah menunggu di luar masjid untk bertemu semula dgn cucu Saidina Umar itu...

Apabila bertemu kembali keduanya, Khalifah berkata, "sekarang kita dh berada di luar rumah Allah, mntoklah apa yg kau nok mntok...". Lalu dijawab oleh cucu Saidina Umar, "Baiklah Tuan Khalifah, klu gtu ambo nok mntok dimasukkan ke dlm Syurga...".

"Klu itu aku x mampu..." Jawab Khalifah. "Klu x mampu nok masukkan ambo ke Syurga, ambo nok mntok supaya x dimasukkan ke dlm Nughaka.." kata cucu Saidina Umar...

Mendengarkan permintaan itu, Khalifah pun tersentap dan insap akn keadaan dia yg sebenornya lemoh sebagai makhluk yg x mampu melakukan segala sesuatu walaupun dia yg paling "Power" pd masa itu sebagai Khalifah...innalillah.

Panas! Panas! Panas!

Panas! Panas! Panas!

Aku terpana pabila rakan yg dh lama x ku temui tetiba mencurahkan rasa hatinya perihal isterinya...

Perkahwinannya yg selama ini ku anggap bahagia dan yg telah menghasilkan 3 cahaya mata remaja, rupanya dh ibarat retak menunggu belah...

Puas dh dia cuba menasihati isterinya tpi sejak kebelakangan ini ia menjdi lebih sukar lg lantaran perubahan perangai isterinya yg lebih suka "keluar" rumah dri menjdi suri rumah dgn alasan "boring" dan suami selalu tiada di rumah ("kerja memanjang")...

Yg sedihnya apabila disuwoh solat atau mengaji, isterinya bisa "memberontak" x mahu melakukannya dgn mengatakan, "Panas! Panas! Panas!"...

Begitulah keadaannya saban hari yg telah membuat sang suami dlm dilema pabila isteri (yg telah dibesarkan dgn suasana mewah di kota besar tanpa didikan agama yg mantop), tetiba mahu mntok berpisah kerna ingin kembali "bersosial" seperti zaman bujangnya tika umur dh menginjak 40an, di mana usia begitu sepatutnya lebih mendekatkan kita kpd "surau dan masjid"...

Mendengarkan kisahnya, aku hanya dpt menghela nafas yg panjang tanda simpati dan menasihatinya supaya bersabar dan fikirkan hal anok2 jika rumahtangga "terbarai"...

Ia juga membuat ku insap akn betapa pentingnya didikan agama itu patut ditekankan dri anok itu kecik lg bg membiasakan mereka dgn budaya agama dgn harapan pabila dewasa mereka akn menjdi ibubapa yg bertanggungjawab dan taat kpd agama....insyaAllah.

Pusara Bercahaya:

Jika seminggu dua yg lepas telah tersebor luas kisah kubur seorg ibu tunggal yg "bercahaya", seorg Ust telah mengisahkan cerita benar yg katanya berlaku kpd seorg pemuda di suatu tempat di tanahair kita...

Katanya, pemuda ini telah mengikuti suatu program untk menziarahi kubur2 lama di suatu kampung pd waktu mlm bg mempertingkatkan "jatidiri" para pesertanya....

Setibanya di suatu kawasan di perkuburan lama tersebut, dia telah mendpti sebuah pusara yg bercahaya sementara pusara2 yg lelain nmpok biasa2 je...

Oleh kerna teringin sngt nok tahu siapakah gerangan "Tok Alim" yg telah dikebumikan di situ, ia telah menandakan kubur itu untk bertanya kpd kariah kampung berhampiran jika ada yg kenal akn arwah "Tok Alim" itu pd esoknya...

Dri cerita yg didapati, rupernya pusara bercahaya tersebut bknlah milik seorg Tok Alim tpi seorg petani biasa yg kebetulan isterinya masih hidup di kariah tersebut...

Apabila ditanya pd isterinya apakah amalan yg mungkin boleh menyebabkan pusara arwah bercahaya, dia berkata setahunya tiada apa yg istimewa kerna amalannya nmpok biasa2 je...

Cuma dia telah mengeluarkan senaskah kitab Al Quran yg nmpok dh lusuh dan menceritakan bahawa arwah suaminya adalah seorg yg "buta" Al-Quran dan dia bisa perhatikan setiap mlm seblom tidur suaminya akn berwudhu dahulu lalu mengambil kitab itu untk "membaca"nya dgn menelusuri ayat2 suci Al-Quran itu dgn jari telunjuknya lembaran demi lembaran seakn dia sedang berdialog dgnnya...kekadang, katanya, arwah bisa tertidur sambil memeluk kitab suci itu...

MasyaAllah, apabila diselak lembaran2 kitab suci itu, pemuda tdi telah mendpti tiada sehelai pun lembaran yg tiada kesan dibasahi oleh bekas air mata arwah...

Tambah isterinya, dlm doanya bisa arwah bermohon supaya jgnlah Allah swt mengejinya di akhirat kelak lantaran kebutaan Al-Qurannya dan bermohon supaya dia juga mendpt syufaat dri Al-Quran...

Allah Maha Besar, begitulah dgn izinNya, seorg yg buta Al-Quran pun akn dpt menikmati limpah kurnia driNya sehingga pusaranya pun bercahaya, tpi malangnya ramai dri kita yg "celik" Al-Quran ini masih lg jauh untk menjdikannya sebagai "sahabat akrab" kerna masih lg selesa dgn mengepit surat kabor mengejor berita2 duniawi ke hulur dan ke hilir....innalillah.

Uniknya UAI:

Mlm semlm aku buat pertama kalinya "berdepan" dgn UAI secara "live"....

Setelah beberapa tahun mengikuti perkembangan fenomena UAI secara "on-off" melalui media massa dan rakaman2nya, pengalaman mengikuti ceramohnya secara "hidup" adalah sesuatu yg ku anggap unik dan amat berbeda sekali dgn "adegan2" yg bisa dialami dgn penceramoh2 yg lelain....

Uniknya UAI ini pd tanggapan aku adalah kerna ia bisa menarik perhatian umum dari segenap lapisan masyarakat dri yg otai sampai kpd si cilik yg blom baligh!

Bila ku perhatikan siapakah yg berada di saf2 pertama yg "melangok" dgn penuh minat mendengar ceramohnya, ku dpti kebanyakannya bkn otai2 tpi anok2 muda belia dan x kurang juga ramai kanak2 yg dlm peringkat umur sekoloh rendah!

Ini adalah suatu keunikan yg x terdpt dgn Ustaz2 lelain dan bg ku merupakan suatu rahmat dan petanda baik bahawa fenomena UAI ini akn insyaAllah membuahkan lebih kesedaran agama terutama dgn menambat hati2 muda ini untk berjinok dgn agama sehingga mereka dewasa....

Di dlm suasana yg Islam x mempunyai kuasa untk memerintah, kesedaran beragama adalah amat penting untk memastikan generasi2 yg mendtg x "lingkup" dek kejahilan agama dan di sini ku nmpok peranan Ustaz2 dan pendakwah seperti UAI amat2 dialu2kan....

Semoga ramai lg Ust2 dan pendakwah2 se unik UAI yg akn muncul bg memenuhi persada dakwah tanahair tercinta kita...aameen.


Mesej UAI:

Sejak dpt 'live" dgn UAI ku dpt gak peluang untk mengamati apa agoknya agenda dan mesej yg nok disampaikan oleh beliau sebagai pendakwah yg ku anggap antara yg "tercerdik" dan "cunning" buat masa ini walaupun ramai lg yg lebih berilmu dan "handal2"....

Di dlm situasi pemerintahan negara yg berteraskan sekularisma yg membelakangkan agama di dlm segenap bentuk tindakannya, tugas yg perlu digalas pendakwah sepertinya adalah amat berat dan "tricky" sekali...

Yg pertama perlu dilakukan adalah untk menyemai minat masyarakat, terutama golongan muda yg dh jauh hanyut dri landasan agama kembali kpd meminati aktiviti2 yg berbentuk keilmuan agama...

Ini adalah penting kerna dgn pihak pemerintah yg dh sekian lama sengaja mengalihkan perhatian dan minat masyarakat kpd aktiviti duniawi terutama hiburan, sesuatu yg seakn "shock therapy" perlu dilakukan bg menarik semula minat masyarakat kpd aktiviti2 yg berbentuk keagamaan....

Di dlm suasana kekangan yg hebat inilah hadhirnya UAI dgn mesej dan gaya penyampaiannya yg santai dan "simple" serta diselang seli dgn trademark "down-to-earth jokes" yg dikira telah berjaya menawan dan menambat hati pelbagai lapisan masyarakat, terutama generasi2 muda yg dahagakan ilmu berbentuk keagamaan yg x membosankan dan berbentuk "old school"....

Semoga dgn usaha murni beliau dan pendakwah lelain yg seangkatan dgnnya akn dpt memeriahkan lg suasana sosak di masjid2 kita yg secara x langsung mengimarahkan institusi agama seperti masjid yg srkrng ini semakin lengang dan x bermaya akibat saingan yg hebat dri "tarikan duniawi" yg ditaja oleh pihak2 yg semmgnya x "ngamm" dgn agama...

Beramal dengan Payung

Sejak minggu lepas baru aku perasan ada seorg hamba Allah di masjid kariah ku yg x lekang membimbit sekaki payung setiap kali dia berulang-alik ke masjid...

Insan ini mmg x akn ada sesiapa pun yg perasan akn kehadhiran nya di majlis2 kerna dia hanyalah seseorg yg terlampau biase dgn perwatakannya yg mmg x menonjol....

Dri segi fizikalnya ku rasa dia berasal dri India dlm lingkungan usianya sekitar 60-70 tahun tpi masih lg mampu berjalan "pi-mai" masjid saban hari untk berjemaah..

Satu kelebihan yg aku perasan ada pd Pokcik ini adalah dia sering menggunakan payungnya untk beramal dgn membantu memayungi sesiapa yg x berpayung tika hujan...

Pernah pd satu masa tika hujan yg agak lebat, sedang aku berkira2 nok 'make a dash' ke kete ku, tetiba Pokcik ni telah dtg tok offer memayungiku ke kete walaupun mmg dia x mengenali ku...

SubhanAllah, walaupun pd tika itu aku telah menolak dgn baik pelawaannya tpi sejak dri saat itulah ku dpti mmg dh jdi rutin "keje" Pokcik ni untk memayungi seseorg yg x berpayung pabila hari hujan...

Mungkin amalnya itu nmpok kecik dan remeh, tpi aku percaya Allah itu Maha Melihat akn keikhlasannya dan ia akn menjdi asbab bgnya mendpt pengampunan dan balasan amal soleh drpd Allah swt...insyaAllah.

Beramal dgn payung (Part II ):

Aku sungguh rase teruja kerna mlm tdi seusai isyak tika berjalan pulang ke rumah aku telah dipayungi oleh "Pokcik payung"!!

Bisa aku berkete ke masjid, tpi mlm tdi oleh kerna terawal sket, aku mengambil keputusan tok berjln ke masjid yg xlah berapa jauh dri tempat tinggal ku...

Seusai solat, hujan renyai mulai turun, oleh kerna x membawa payung aku terus berjln cepat (meredah mlm)...Di pertengahan jln ku dpti "Pokcik payung" sedang berjln di hadapan ku, dihatiku berkata "hah sudoh, ni
mungkin masanya nok test tanggapan aku terhadapnya, samada dia akn offer atau x tok share guna payung dia!"

Walaupun hati ku berkata demikian, aku x pun mengharap apa2 tika aku "potong" dia. Rupa2nya apabila berselisih dia dgn sepantas kilat telah mengoffer payung dia tok di share bersama! SubhanAllah, aku terus peluk bahu dia erat bkn sngt kerna payung itu agak kecik, tpi lebih kerna teruja dpt berdampingan dgn salah seorg yg ku anggap seorg calon Syurga, insyaAllah.

Dri perbualan ringkas tika berpayung, dia memberitahu bahawa umurnya dh 75 tahun dan telah dtg ke Malaya dri India tika umurnya12 tahun pd 1952...

MasyaAllah, semoga Allah swt menganugerahkannya umur yg panjang untk terus beramal soleh dgn payungnya. .....aameen.

Sedekah Men-nyah Kanser

Seorg usahawan yg kaya raya telah didiagnos menghidap kanser yg serius sehingga ia terpaksa berobat ke luar negara untk membuang kanser tersebut melalui pembedahan....

Sblom itu dia telah memohon untk kembali sebentar ke tanahairnya untk menguruskan hal2 wasiat dsbnya "just in-case" tanpa memberitahu sesiapa pun akn kanser yg dihidapinya itu...

Pd suatu hari sekembalinya ke tanahair, sedang dia memandu, dilihatnya seorg wanita tua sedang mengumpul lebihan tulang2 yg dibuang berhampiran dgn sebuah tempat penyembelihan....

Dgn spontan dia memberhentikan ketenya lalu bertanya mengapa wanita itu mengutip sia2 tulang tersebut? Tersentap dia pabila di beritahu bahawa tulang2 itu akn di rebus untk diberi mkn pd anok2 yatim wanita itu yg dh x mampu berbelanja kerna baru kehilangan suami...

Mendengar kisah sedih itu, dia terus mengeluarkan sedekah yg lumayan kpd wanita tersebut di samping membelikan daging yg segar untk anok2 yatimnya... 

Melihatkan keikhlasannya wanita tua itu telah mendoakan untk kesejahteraan usahawan itu...

Sekembalinya ke pusat rawatan, para doktor yg membuat "final-check" seblom pembedahan telah terkezut besar apabila mendpti kansernya telah "hilang" dan ia pulih seperti normal!

Pabila ditanya apa yg telah dilakukannya, dia berkata, "Allah telah menyembuhkan aku berkat doa yg dipanjatkan oleh perempuan tua tersebut, kerna aku telah bersedekah kpd anok2 yatimnya. "...

SubhanAllah, semoga kisah ini dpt diambil ibrah drpdnya bahawa sedekah itu mampu memadamkan kemurkaan Allah dan mampu juga men-nyah penyakit (kanser dsbnya) dan menolak dri kematian yg buruk dgn izinNya.....Allahuakbar!