Cerita2 bulan April 2014

Takziah keluarga Karpal:


Tidak kira siaper kita, sebagai makhlukNya kita adalah tertakluk kpd ketentuanNya. Hidup dan mati itu adalah fitrah sejak azali lg yg setiap kita akn melaluinya. ..

Takziah diucapkan kpd keluarga mendiang YB Karpal Singh yg telah meninggal akibat kemalangan jalanraya pd awal mlm tdi....

Ya, mungkin ada yg bergumbira dan mungkin ada yg bersedih terhadap berita ini tpi pd hakikatnya, insan yg bernama Karpal Singh yg telah bnyok mewarnakan lanskap politik negara sejak sekian lama sudah tiada lg...

Kita yg hidup patutlah mengambil iktibar dri kisah hidupnya untk dibuat panduan yg mana boleh selagi mana ia x bercanggah dgn akidah kita...

Mmg bnyok yg x boleh nok diterima akn pandangan dan "stand" mendiang terhadap Islam. Tpi memandangkan ia adalah bkn Muslim, kita x lah "terperanjat" sngt akn "world view"nya yg bnyok terpengaruh dgn tanggapan2 negatif terhadap Islam dsbnya...

Yg lebih nok ditekankan adalah sumbangan mendiang sebagai seorg professional yg bersuara lantang yg sanggup berjuang bermati2an untk menegakkan keadilan dan membantu mangsa2 yg tertindas samada kerna "politik x bermaruah" atau x mendpt pembelaan undang2 - di sinilah rasenya sejaroh akn meletakkan sebagai jasa besar insan yg baru saja meninggalkan kita ini... 

Secara peribadinya mendiang Karpal bnyok mengajar saya untk memberi perhatian yg lebih akn "teknikaliti" sesuatu perkara yg kita nok lakukan kerna dia sendiri pernah mengakui sebahagian besar kes2 yg dimenanginya di mahkamah adalah hanya dgn menunjukkan kesilapan2 teknikal seperti silap tarikh atau nama tertuduh, dlm kertas pertuduhan yg dibentangkan oleh pihak pendakwa! 

Takziah keluarga Karpal...




Kotok Hitam:


Sibuk di kebelakangan ini bnyok pihak yg tercari2 di manakah kotok hitam pesawat MH 370 yg hilang itu boleh ditemui...

Pentingnya kotok hitam itu kerna ia mengandungi rakaman percakapan pilot yg boleh dijdikan bukti apa sebenarnya yg telah berlaku...

Begitulah juga jika diteliti molek Al-Quran yg berada di depan mata kita itu Allah telah jdikan persis sebuah "kotok hitam" yg di dlmnya terdapat rakaman percakapan samada org2 yg mentaati Allah swt atau yg menentangNya untk dijdikan bukti yg jelas akn apa sebenarnya yg telah berlaku untk diambil iktibar oleh org2 yg membacanya....

Ini adalah merupakan cara yg amat berkesan untk Allah swt menyampaikan mesejNya kpd kita sebagai contoh rayuan org2 yg berdosa tika di akhirat kelak dlm sebuah ayat seperti di bawoh....

'Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".' Al-Quran (32:12).

MasyaAllah....




"Cikgu Malaikat":


Ya, itulah gelaran yg diberi masyarakat sekeliling dan kenalannya terhadap perilaku insan yg sngt istimewa pd ku dan keluarga ku yg bulan ini genap setahun ia meninggalkan dunia yg fana ini...alfatihah. 

Klo nok dicontohi peribadi seseorg itu, rasenyer inilah satu contoh yg terbaik untk diteladani terutama berkaitan soal2 bercakap pabila perlu sahaja...

Bknnya dikatakan sombong jika seseorg itu x bnyok bercakap atau "masa sonyap"nya lebih bnyok drpd "masa omeh"nya, sedangkan dlm sonyap2 itu bisa kesemua tugasan yg ada telah dibereskannya ibarat "diam2 ubi berisi!"

Mmg jarang sekali kita akn bertemu dgn insan yg mendpt jolokan ibarat Malaikat jika perilakunya x mencerminkan mcm Malaikat!- semoga roh beliau dihimpunkan bersama roh2 org yg soleh, aameen.


Melancung atau Melencung:


Jika bermusafir, agama hanya mengharuskannya dlm beberapa keadaan saja iaitu, seperti tok pi menuntut ilmu, berdagang atau mengerat silaturrahim... 

Tpi la ni dgn ekonomi yg mantop, ramai telah mampu untk melancung ke destinasi2 yg eksotik jauh dri kampung halamang dgn satu tujuan untk melihat keindahan "negeri org"...

Bknnya kegiatan tersebut dilarang sama sekali tpi dri segi manafaat nya mungkin ia suatu aktiviti yg tiada membawa pulangan yg lumayan selain dri "kenangan indah" yg sekadar dpt di share dgn kengkawannya dsbnya...

Elok jugalah jika tiada tujuan yg "kuat" untk bermusafir, dri saja melencung, kita boleh gunakan ongkos yg dpt dijimatkan itu untk diinfaqkan kpd yg lebih memerlukan untk kesejahteraan kita di akhirat kelak - Wallahua'alam.




"Baru! Baru! Baru!..."


Dikisahkan ketika salah seorg sahabat Nabi saw hampir menemui ajalnya dia telah menyebut beberapa kalimah yg x dpt difahami oleh para sahabat yg hadhir...

Setibanya Rasullulah saw ke rumah sahabat tersebut, para sahabat telah bertanya kpd Baginda saw apa maksud antara seruan arwah iaitu "Baru! Baru! Baru!" Itu...

Lalu Baginda saw bersabda ketika hampir ajalnya sahabat tersebut telah ditunjukkan akn balasan yg bakal diterima atas amalannya ketika hidup...

Suatu pagi yg sejuk arwah telah ke masjid sambil memakai dua helai jubah dgn jubah yg baru di dlm dan jubah yg lama di luar. Tika di perjalanan arwah telah bertemu dgn seorg peminta sedekah yg kesejukan lalu dia terus memberikan jubahnya yg lama kpd peminta sedekah itu...

Dia menyebut "Baru! Baru! Baru!" kerna telah melihat ganjaran yg bakal diterimanya akn lebih "lumayan" lagi jika tika itu dia telah memberikan jubahnya yg baru! - SubhanAllah.




Awan menaungi perampok:


Dikisahkan seorg alim yg dh beratus tahun beramal ibadah telah keluar bermusafir sambil dinaungi awan sepanjang perjalanannya...

Di pertengahan jalan dia telah bertembung dgn seorg perampok yg dikenalinya lalu dia memalingkan mukanya dan terus berjalan....

Perampok yg juga mengenalinya pun memalingkan mukanya dan berjalan ke arah yg berlainan...

Sekunyung2, awan yg menaungi si alim tdi telah berubah lalu menaungi si perampok pula!

Melihat para Malaikat kehairanan dgn kejadian itu, Allah swt menerangkan bahawa tika si alim memalingkan mukanya, ia telah berbuat demikian kerna meninggi dirinya dan memandang rendah dan hina terhadap perampok tersebut sedangkan si perampok memalingkan mukanya kerna terase hina dan malu dgn si alim tdi - innalillah.




0 comments:

Post a Comment