Berikut adalah beberapa postings dri FB ku
untuk yg ingin membaca dlm bentuk ceriter2 pendek yg ku nukilkan dri
pemerhatian apa yg berlaku di sekeliling...moga2 ade manafaatnya...
Amalan Kekal Pahala:
Sering kali bile ku pulang ke kg halamanku,
beberapa meter seblom sampai ke rumah dindaku, aku akn sentiasa pandang ke kiri
untk melihat sebuah sekolah rendah agama yg terdiri di situ yg mungkin x ramai
yg tahu akn asal usulnya...
Mengimbau kenangan lalu, sekolah tersebut
telah didirikan di atas sebidang tanah yg telah diwakafkan oleh salah seorg
arwah Pokcik ku yg ku kira sebagai contoh terbaik "amalan kekal
pahala" yg ku ketahui dan sngt dekat di hati kerna mmg ku kenali siapakah
arwah semasa hayatnya....
Mungkin aku x mampu untk mengikut jejak
langkahnya yg mulia itu untk turut berbuat sedemikian tpi yg aku mampu adalah
sekadar menjdikan ia suatu sumber inspirasi dan motivasi untk kita share
bersama dlm melakukan sesuatu yg menghasilkan maksud yg sama x kire sekecil
mana pun yg kita lakukan dgn seikhlas mungkin...
Sekurang2nya dri sekrng kita tanamkan niat
untk mengorak langkah menyediakan asas untk "melabur" dlm skim amalan
kekal pahala samada dlm bentuk ilmu yg bermanfaat, sedekah jariah atau anak2 yg
soleh solehah...
Tiada bubur lambuk:
Masyarakat mmg dh sebati mengaitkan 10
Muharram dgn persediaan membuat bubur lambuk atau bubur asyura. Mmg tiada
salahnya jika tradisi ini hanya diteruskan sekadar untk membuat jamuan tanpa
dikaitkan dgn mana2 hadith atau perintah Nabi saw atau citer Nabi Nuh as
membuat sedemikian selepas turun dri bahteranya seusai banjir besar....
Yg nk ditekankan adalah amalan berpuasa pd
bulan Muharram yg mana Nabi saw pernah bersabda yg mengatakan "puasa yg
afdal selepas puasa bln Ramadan adalah puasa di bln Muharram".
Sekurang2nya jika x dpt berpuasa se bulan jgn ditinggalkan puasa sunat Assyura
pd 10 Muharram dan untk membezakan dgn amalan Yahudi yg juga berpuasa pd 10
Muharram, Nabi saw menganjurkan agar umat Islam berpuasa juga pd hari tasu'a
iaitu puasa pd 9 Muharram...
Mmg sejarah tiada sedikit pun mengaitkan
bubur asyura dgn 10 Muharram. Klo nk diikutkan ade bnyk peristiwa penting yg
berlaku pd tanggal tersebut. Di antaranya En Firaun mati lemas pd 10 Muharram
selepas ia mengaku percaya dan mahu beriman dgn Tuhan kaum Nabi Musa as, tpi
malangnya ia sudah terlambat dan pengakuan itu x diterima Allah swt lalu Firaun
mati dlm keadaan menzalimi dirinya sendiri...
Yg keduanya 10 Muharram juga dikaitkan dgn
hari bahtera Nabi Nuh as berlabuh di atas gunung Judi setelah air banjir besar
surut.
Bnyk lg klo nk diperincikan peristiwa2
bersejarah yg berlaku pd 10 Muharram, tapi yg pastinya dlm kesemua peristiwa
tersebut mmg tiada langsung disebut bab membuat bubur lambuk!!
Takdir menentukan segalanya:
Rase sebak bercampur gumbira pun ade kerna
hari ini ku berpeluang menyaksikan hari graduasi ank ku Ahmad Zaki di atas
kejayaannya menyudahkan kursus perubatan di UiTM setelah hampir 6 tahun
berhempas pulas belajor - syabas ankku! abh doakan semoga hidup mu selepas ini
dipenuhi dgn membantu insan2 yg x bernasib baik dlm masyarakat...
Inilah yg dinamakan ketentuan Tuhan kerna 6
tahun yg lalu jangkanya kursus yg nk diambil adalah kursus yg lain tetapi
takdir telah menentukan segalanya atas asbab2 yg kekadang x terjangkau oleh
kita makhluk yg lemah...
Apa pun kita harus bersyukur kerna walaupun
semuanya Allah swt telah tetapkan di dlm "qada' dan qadar"Nya, kita
sebagai makhluk x boleh menyerahkan nasib kita begitu sahaja kerna tiada siaper
yg tahu secara khusus apa yg Allah swt telah takdirkan untk seseorg itu...
Justeru sebagai insan yg diberi peluang
untk memilih, jgnlah mudah putus asa serta pasrah dgn apa yg menimpa kita kerna
kita masih boleh memilih untk terus berusaha dan bertawakal agar takdir kita
akn lebih baik dan setimpal dgn usaha yg dilakukan dan ketentuan yg telah
ditetapkan olehNya...SubhanAllah.
Andainya esok aku "pergi":
Pg tdi ketika mendengar Ust fav ku
berceloteh di radio, tetibe masuk satu call yg bertanya ttng apakah amalan yg
patut dilakukan oleh warga emas yg dh x mempunyai bnyk masa lg seblom
"padam"...
Tersentap gak aku mendengar soalan yg
sedemikian kerna aku pun dh "qualified" sebagai warga emas dan ku
kire hidup ku masih lg terumbang ambing dibadai urusan dunia mana tah lg nk
fokus bab akhirat. Jika esok ajal ku tibe udah pasti aku blom bersedia lg,
Allahuakbar, apakah yg harus ku lakukan?
Mendengar jawaban Ust yg dibuat secara
santai membuatkan aku lg tersentap kerna dlm perkara yg di perkatakan itu masih
bnyk lg yg perlu aku lakukan seblom aku ready untk mengadap Allah swt...
Kesimpulannya, seperti yg Ust itu pesan,
ade 7 perkara yg patut di uruskan supaya bereh sblom meninggal jika x nk rase
tkott kpd kematian itu..iaitu pastikan semua hal bersangkutan dgn rukun iman
(tiada syirik) dan rukun Islam (termasuk haji) telah dibereskan, pastikan
selalu bertobat, pastikan juga tiada lg membuat perkara2 haram, juga pastikan
solat dh menjdi khusyuk, pastikan apa2 hutang ditulis dan pastikan telah
disediakan "amalan kekal pahala" seperti 3 perkara yg disebut dlm
hadith Nabi saw...ilmu yg bermanfaat, sedekah jariah atau wakaf dan anak2 soleh
yg mendoakan...
Jika dilihat dri 7 perkara yg diatas mana
mungkin aku mampu untk membereskannya dlm waktu yg singkat kerna kesemuanya itu
adalah merupakan "amalan sepanjang hayat" yg perlu dilakukan selagi
ade hayat, dgn izin Nya jua.
Ya Allah, jika esok hari akhir ku, ku mohon
rahmat Mu untk ke Syurga Mu kerna amalan2 yg ku akn bawa bertemu dgn Mu x mampu
untk menebus Syurga Mu ya Allah, Kau ampunilah daku dan kasihanilah daku hamba
Mu yg lemah lg hina ini ya Allah...aameen ya Rabb.
Imam al-Ghazali pernah berpesan agar
dilakukan 4 perkara berikut agar dapat cantikkan akhlak iaitu :
1. Bermu’amalat atau berurusanlah dengan
Allah sebagaimana kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu. Kami tidak
berasa bingung atau marah dengannya. Apa yang kamu tidak suka dilakukan oleh
orang bawahanmu maka Allah juga tidak suka perlakuan sedemikian kerana Allah
itu adalah Tuhanmu yang hakiki
2. Setiap kali kamu bekerja dengan orang
lain maka perbuatlah sebagaimana kamu mahu diperbuat ke atas dirimu kerana
tidak sempurna keimanan seseorang itu selagi dia tidak suka orang lain
memperolehi sesuatu yang dia sendiri menyukainya
3. Sekiranya kamu hendak mempelajari
sesuatu maka pilihlah ilmu yang dapat memperbaiki hati dan menghidupkan jiwamu.
Sekiranya kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi nescaya kamu
hanya mempelajari ilmu untuk mengawasi hatimu dan berusaha melepaskan diri
daripada belenggu dunia
4. Jangan mengumpul harta dunia lebih
daripada keperluanmu untuk tempoh setahun kerana Rasulullah s.a.w sendiri hanya
menyediakan bekalan terhadap isteri-isteri baginda untuk tempoh sehari setengah
sahaja.
Tiada Kasih Sayang:
Mendengar ceramah yg disampaikan oleh seorg
Ust muda lulusan Yemen sebentar tdi telah membuat ku terpikir tentang betapa
besarnya "khasiat" Basmalah dgn tajuk yg dihuraikan oleh Ust itu...
Ringkas dia mengatakan tentang kejadian2 yg
berlaku di dlm masyarakat kebelakangan ni seperti bunuh membunuh, culik
menculik, dera menderai, zalim menzalimi dll yg sewaktu dgnnya jelas
menunjukkan betapa gersangnya kasih sayang di kalangan ahli masyarakat...
Sebab utama berlakunya kegersangan kata Ust
itu adalah kerna sikap "kasih pd yg lain" telah mula pupus dan yg
tinggal hanya sikap mementingkan diri sendiri yg jika x dibendung lama kelamaan
akn menghancurkan ikatan kasih dlm sesuatu masyarakat...
Walhal jika nk dilihat dri khasiat
basmalah, agama telah mengajar dri awal lg bahawa Allah swt itu Maha Pengasih
lg Maha Penyayang. Yg sedemikian mengapakah kita sebagai hambaNya x menjdikan
berkasih sayang sesama insan itu sebagai agenda utama hidup di dunia yg fana
ini?
Moh ke Hadapan Ya Syabab!:
Di dlm Surah Al-Kahfi kita bisa mengikuti
kisah beberapa pemuda yg telah Allah swt "matikan" selama 309 tahun
seolah2 mereka tidur lena seblom mereka dibangkitkan selepas dri itu....
Persoalannya, mengapa Allah swt ade
menyebut di dlm Al-Quran kisah org2 muda tersebut jika x untk kita mengambil
pengajaran drinya?
Seperti firmanNya yg bermaksud,
"..mereka itu adalah pemuda2 yg telah beriman maka Kami tmbah kpd mereka
hidayah dan Kami ikat hati2 meke untk lebih kukuh di antara satu sama
lain..."
Menariknya dri ayat ini, Allah swt telah
tunjukkan bahawa waktu muda adalah suatu nikmat yg cukup besar. Org muda adalah
org yg mempunyai kelebihan kekuatan yg lain dri tika usia kecil atau usia senja
atau usia tua....
Sebab itu dlm Al Quran Allah swt memuji
kepemudaan dan waktu muda inilah waktu yg paling kuat untk melakukan perubahan
dlm kehidupan untk menjdikannya benar2 baik, benar2 kukuh dan benar2 ampuh.
Fhmlah betapa pemuda adalah hebat sehingga
pepatah Arab ade mengatakan "bknlah pemuda jika ia perlu menyebut 'inilah
abahku' tpi pemuda yg sejati yg menyebut 'bahawa aku sanggup untk ke depan'
"
Nabi saw ade menyebut, rebutlah 5 perkara
sblom 5 perkara, yg salah satunya adalah waktu muda kamu sblom dtgnya waktu tua
kamu...
Oleh itu marilah kita mengambil semangat
dri peristiwa ashabulkahfi ini untk mentaati perintah Allah swt dgn melakukan
perubahan dlm kehidupan demi menyelamatkn akidah dan agama.
Fahamilah betapa Allah swt hiasi hati2 org
muda ashabulkahfi itu dgn keimanan kerna org mudalah org yg mempunyai bnyk
kelebihan dri segi tenaga dan masa...
Justeru moh ya syabab! majulah ke hadapan
demi merubah hidup dgn mentaati perintah Allah swt demi menegakkan agamaNya di
muka bumi ini....
Tiada Takwa:
Semlm aku berkesempatan menjengah medan
segitiga mas di persisiran Jln BB di kotaraya KL setelah sekian lama x buat
keje begini. X seperti 3 dekad yg lalu di mana mmg ia menjdi tempat mainan lalu
lalang ku setiap hari kerna kantor ku mmg di situ...
Ia rupenya menjdi suatu kezutan budaya gak
bg ku pabila melihat lanskap Jln BB udah bertukar sama sekali sehingga membuat
aku terpikir x mungkin ini Jln BB yg pernah ku kenali dulu2 kala ketika
berulang-alik ke kantor...
Yg ketara sekali adalah kebanjiran tok2 Arab
dri Timur Tengah yg seolah2 telah merubah Jln BB di waktu mlm menjdi mini
Arabian nite!
Tenggelam semuanya budaya China (apa lg
budaya Melayu!) yg selama ini menguasai pusat2 bandor di negara ini dgn
pesatnya kemunculan restoran2 dan tempat2 hiburan ala Arab yg muncul ibarat
cendawan tumbuh selepas hujan....
Di sana sini kelihatan muda mudi Arab
berkumpulan berpelesiran dri satu shopping centre ke suatu shopping centre yg
berhampiran dgn hilaian gelak ketawa mereka ibarat berada dlm Syurga mereka
sendiri...
Mmg x dinafikan tetamu dri Timur Tengah ini
bnyk menghasilkan "fulus" untk ekonomi tempatan tetapi dri segi yg
lain ia lebih kpd mereka melambangkan negara ini sebagai tempat melempiaskan
nafsu serakah umat yg kita anggap sebagai pembawa obor agama Islam sekali gus
keberadaan mereka x mendtgkan kesan takwa langsung kpd penduduk tempatan jika
ia berterusan sebegini rupe...
Mungkin sebagai satu bangsa, tok2 Arab ni
mng x bole nk dibanggakan sngt, tpi Nabi saw pernah bersabda; supaya kita patut
mencintai bahasa mereka itu kerna 3 perkara, iaitu "aku seorg Arab, bahasa
al-Quran itu adalah bahasa Arab dan bahasa Syurga adalah bahasa Arab...".
Sunnah vs Budaya:
Ust Dr Mohd Shauki dlm penjelasannya
bersabit polemik doa akhir tahun dan awal tahun hijrah ade menyebut bahawa
tiada hadith khusus yg boleh disandarkan untk melakukan sedemikian dan perkara
ini telah menjdi semcm satu budaya "wajib" pula sedangkan untk berdoa
itu ia tiada batasan masa dan kita di tuntut untk berdoa setiap masa dan ketika
yg dikehendaki.
Sesuatu tindakan yg kita ambil perlulah
berdasarkan ilmu jika x mahu terbabit dgn perkara yg sia2.
Mengikut sejarahnya, Nabi saw berhijrah pd
bln Rabiul'awal bkn pd bln Muharram. Tahun hijrah pula baru diguna pakai pd
zaman Saiyidina Umar menjdi khalifah iaitu 17 tahun selepas berlakunya
peristiwa hijrah Nabi saw...
Ini menunjukkan semasa hayat Baginda SAW
tiada satu pun sunnah yg didapati mengusulkan supaya diadakan doa akhir tahun
dan awal tahun. Cuma yg ade, kita digalakkan berdoa setiap masa kerna hadith
sedia menyebut yg "doa itu otak kpd ibadah" atau yg lainnya ade
menyebut "doa itu asas kpd ibadah."
Walaubagaimanapun, jika hendak berdoa juga
dlm menyambut maal hijrah, patutlah digalakkan tetapi x usahlah disandarkan kpd
mane2 hadith kerna mmg tiada hadith yg sedemikian...
Wallahuaklam.
Salam Maal Hijrah 1435H.
Kos Melepas:
Setiap perubahan kpd kebaikan itu sudah
pasti memerlukan pengorbanan yg besar. Ternyata segala perubahan yg nk
dilakukan akn juga memberi impak yg besar terutama kpd kehidupan dan rutin
seharian insan yg ingin berhijrah itu...
Yg jelasnya, sekiranya kita mahu melakukan
sesuatu, kita perlu melepaskan sesuatu yg lain. Dlm kate lain ade "kos
melepas" atau org jawa sebut "opportunity cost" yg perlu
ditanggung...
Persoalannya, jika kita udah berazam
(seperti mereka yg baru balik dri menunaikan haji), untk berubah kpd kebaikan sempena
tahun baru ini, mampukah kita berusaha untk mengekalkannya sehingga kita
dipanggil menghadap untk selama-lamanya? Inilah cabaran besar yg perlu dihadapi
jika kita benar2 mahu berubah...
Semoga Allah swt memberikan taufik dan
hidayah Nya untk kita berubah kpd kebaikan yg lebih baik...Dan dgn izin Nya
kita juga berdoa supaya dpt melepasi Siratul Mustaqim dgn bergaya!
Salam Maal Hijrah 1435H.
Setahun berlalu:
Mmg bnyk jika nk dinukilkan satu persatu
ape yg telah berlaku dlm setahun ini. Kehidupan kita mmg x boleh dipisahkan
oleh sempadan masa kerna ianya adalah satu proses berpanjangan yg akn hanya
berakhir tika maut menjemput kita.....
Cuma dri satu segi, kita perlukan sempadan
masa itu bg memudahkan kita mengukur setakat mana kita telah berubah kpd
kebaikan...jika tahun ini tidaklah sebaik tahun lepas, ia bermaksud kita perlu
muhasabah untk mengenal pasti ape yg perlu dipertingkatkan lg untk tahun
hadapan supaya ia menjdi lebih baik lg...dan begitulah seterusnya pd tahun2 yg
mendtg sampai kita menutupkan mata....
Ape pun Allah swt tetap mahu melihat apa
usaha yg kita buat untk menambah ilmu dan amalan soleh dlm mencari redha dan
pengampunan Nya tika kita bertemu dgnNya disuatu masa nnt....
Salam Maal Hijrah,
1 Muharram1435.
Bekalan ke Barzakh:
Saban hari bila ku melalui tempat itu ku
perhatikan sekumpulan insan yg sedang khusyuk bermain dam haji di bawah sepohon
pokok rendang tanpa menghiraukan org yg lalu lalang memerhatikan gelagat mereka
yg seolah2 terpisah dri dunia realiti...
Ku amati mmg mereka ini dri kelumpuk yg
sama, rata2 dri org Melayu, ade yg memakai kupiah dan semuanya boleh di
kategorikan dlm lingkungan umur "senja lanjut", tpi masih aktif
melakukan rutin kesayangan mereka sebagai pemain dam haji tegar!
Memandang dri satu segi, gejala ini nmpak
mcm x ade ape yg nk dirisaukan, tpi sebagai Muslim yg berwawasan, ini adelah
satu bentuk pembaziran masa dan petanda umat Islam dh jauh menyimpang dri
tujuan mereka Allah letakkan di dunia ini....
Memandangkan umur mereka yg dh "senja
lanjut", x kah patut mereka menggunakan sisa2 hayat yg masih berbaki itu
untk menambah bekalan ke alam barzakh?
Golongan Munafiqeen:
Semasa Baginda Nabi Muhammad SAW berada di
Mekkah sblom melakukan hijrah, yg jelas pd masa itu adalah hanya pertembungan
"4 mata" di antara hak dan bathil, mukmin dan musyrikin - senang
citer, pilih nk cayer atau nk ingkar, nk beriman atau nk terus jdi kuffar...
Tetapi setelah penghijrahan berlaku dan
umat Islam bertambah ramai di Madinah, puak yg ketiga telah muncul di celah2
keimanan dan kebatilan, iaitu puak munafiqeen yg luarnya Islam tpi hati2 mereka
ingkar pd suruhan agama, golongan yg boleh dikatakan bermuka2 atau musang
berbulu ayam...
Inilah golongan yg paling merbahaya sekali
kerna mereka bisa susah nk diidentitaskan dek luarannya yg sama saja dgn yg
beriman sehingga Allah swt dlm permulaan Surah Al-Baqarah telah menceritakan
dgn panjang lebar ciri2 golongan yg ke 3 ini selepas beberapa ayat yg sabit pd
golongan mukmin dan kafirun...
Begitulah suasananya masa kini, perlu kita
berwaspada kerna mereka ade di dlm kelumpuk kita, dan mmg serupa dgn kita dri
semua segi kecuali apabila bab nk menegakkan hukum Allah dan melakukan amar
maaruf nahi mungkar mereka akn berkelakuan seperti cacing yg kepanasan berdolak
dalik tanpa ade kesudahannya....
Tentera Allah yg paling lemah:
Telah diriwayatkan ketika Nabi Ibrahim AS
berdoa supaya Allah swt menghancurkan Raja Namrud dan tenteranya, Baginda telah
memohon agar Allah swt menghantar tenteraNya yg paling lemah untk menghancurkan
kaum Namrud tersebut...
Lalu Allah swt telah menghantar nyamuk2
kecil yg telah menyerang tentera2 Raja Namrud yg telah menyebabkan habis
semuanya musnah kecuali Raja Namrud yg telah mengepung dirinya di dlm sebuah
kubu yg x "berpintu bertingkap" supaya ia selamat dri serangan
nyamuk2 tersebut...
Walaubagaimanapun seekor nyamuk telah dpt
masuk ke dlm telinga Raja Namrud yg menyebabkannya diserang sakit kepala yg
melampau sehingga ia mengizinkan pembantunya memukul kepalanya sehingga pecoh
lalu mati dan2 tu gak...
Selepas peristiwa itu Nabi Ibrahim AS telah
bertanya kpd Allah swt adakah nyamuk itu selemah2 tentera yg Allah hantar? Lalu
Allah berfirman, tidak, tenteraKu yg paling lemah adalah lalat!
Allahuakbar!
Wallahuaklam.
Bunga2 Syurga:
Asor ptg tdi keadaan masjid kariah ku nmpak
sosak sekali. Dh ku agak bila nmpak van jenazah buat reserve parking itu tanda
ade "passenger" yg sedang di nntkannya...
Se usai asor ku bergegas untuk membantu
mengangkat keranda untk disolati, terkejut gak dibuatnya, rupernya bkn satu tpi
dua jenazah yg sedang menanti untk disolat jenazahkan...innalillah...
Kebelakangan ini hampir setiap hari di
adekan solat jenazah cuma yg hari ini ade kelainan sedikit memandangkan kedua2
jenazah adalah calon "bunga2 Syurga" kerna masih blom cukup umur,
seorg kanak2 perempuan (5 atau 6 tahun) dan seorg lg lelaki (13 tahun)...
Kuinsafi, x semstnya yg muda x pergi dulu
dri yg tua. Melihat tanah perkuburan yg semakin pesat "membangun", ku
bertanya pd diriku, "berapa ramaikah yg sedang bersemadi di dlmnya pernah
satu ketika dulu berkata, 'biarlah umurku tua dahulu baru aku start buat
ibadah'?....
Deepavalii:
Satu fenomena vru telah tercetus semalaman
mlm tdi - kaum hindu dh mula memvakor mercun!! Terpegun gak aku kerna di
telinga kedengaran hebat bunyi mercun di sana sini tpi di minda x terlintas ade
ape2 perayaan kecuali Deepavali kerna setahu aku tiada perayaan yg memvakor
mercun ade dijadualkan dlm masa terdekat, yg bg puak Melayu vakor mercun dh
berakhir masa Raya Ogos lalu diikuti dgn "vapak segala vunga api" - ketika
menyambut merdeka dan perayaan "ahli vakor mercun" lama lg pd awal
tahun depan - konklusinyer masyarakat hindu tahun ini telah membuat satu
anjakan paradigma dan "bidaah dalalah" dgn memvakor mercun secara x
beradab sampai ke dini hari...
Agaknya mereka yg berbuat demikian bkn untk
menghalau hantu tpi mengharapkan terlepas dri azab divakor pabila udah menjdi
mayat terkujur?
Rumah Allah:
Tempat yg paling baik di atas muka bumi ini
adalah rumah Allah (masjid), jika nk tau tanda sesuatu kariah atau tmn perumahan
itu bersyukur pd Allah swt atau x, Imam al-Ghazali ade menyarankan supaya
dilihat samada ade didirikn masjid atau x, jika x, itu tanda org di situ x
bersyukur, jika ade, lihat pula mana yg lebih besar, rumah2 di situ atau masjid
yg lebih besar, jika rumah yg lebih besar, itu tanda org di situ x bersyukur,
jika masjid lebih besar, tengok pula apakah masjid itu di immarahkan, jika x
diimmarahkan, itu tanda org di situ x bersyukur kpd Allah swt...jgnlah
berbangga dgn masjid yg besar dan gah kerna yg lebih penting adalah
pengisiannya, bagaimana nk mengimmarahkan masjid tersebut sebagai tanda kita
bersyukur kpd Allah swt.....
Padang Mahsyar:
Ade ku terbaca seorg Ust pernah komen
bahawa "Masjidil Haram pd waktu musim haji adalah bayangan padang Mahsyar.
Setiap org x memperduli org lain. Masing2 berebut mencari tempat untk beramal
ibadat. Semuanya nafsu nafsi dan sanggup buat akhlak x sopan tanpa rase
bersalah. Pergerakan manusia pd masa itu sentiasa pantas dan kelam kabut bagai
x keruan"
Yg bisa membedakan mungkin tika di Masjidil
Haram manusia itu mengejar redha dan pengampunan Allah dan di Padang Mahsyar
pula mereka akn terus x keruan sambil memikirkn nasib yg akn menimpa diri
masing2...adekah kita udah bersedia untk kedua2 senario itu?
Yg penting usaha ke arah kebaikan:
Seringkali ku rase bersalah dan keliru untk
nk mendamaikan jiwa ini pabila tindakan ku seharian masih lg boleh dicop
"ckap x serupa bikin" kerna acapkali aku mengepost status2 yg
kekadang aku sendiri blom mampu menghayatinya....
Persoalan itu sedikit terjawab pabila ade
yg memberi pandangan bahawa jgnlah pula kelemahan yg kita ada menjdi 'excuse'
untk x berusaha menyampaikan apa yg kita tahu demi mengalas tugas umat
menyambung dakwah sepeninggalan Nabi saw....
Rupernya ia dua situasi yg jauh berbeda
jika ditinjau dri konteks usaha kita untk memperbaiki diri dan usaha dakwah yg
perlu dilakukn bg kebaikan sekitaran kita....jika nk tunggu semuanya
"perfect", masyarakat yg x diseru kpd "amal maarof nahi
mungkar" mungkin akn bisa jdi lebih teruk malah yg lebih dahsyat lg
survival umah itu sendiri bisa gak turut terancam...
Yuk kita cari damai dgn saling nasihat
menasihati.....
Ujian Penilaian1.51 jam:
Jika nk di bandingkan tempoh hidup kita di
dunia dgn maksud ayat 47 surah al-Hajj di mana Allah swt menegaskan bahawa
sehari di akhirat seumpama 1000 tahun di dunia, kita umat Nabi Muhammad saw yg
purata hayat sekitar 63 tahun hanya bisa hidup bersamaan 1.51 jam tempoh masa
akhirat...
Untk pelajar, tempoh sejam setengah itu
bisa menjdi waktu peperiksaan yg amat genting. Oleh yg demikian, jika dilihat
dgn mata hati, tempoh kehidupan di dunia ini seolah2 kita hanya sempat
menduduki satu ujian sahaja...
Iaitu ujian "penilaian" yg semua
kita wajib lalui untk mengetahui samada kita layak ke syurga atau ke neraka...
Allahuakbar! ....
Mukmin dan kuffar itu bisa berbeda walaupun
di dunia nmpak mcm sama saja. Jika meke ade rumah dan kete besar, yg mukmin pun
ade umah dan kete besar, jika meke cerdik hingga jdi professor, yg mukmin pun
ape kurangnya...begitulah seterusnya ape yg meke ade di dunia ini x mustahil yg
mukmin pun bole ade sama...
Tetapi di akhirat sana persamaan itu akn
berakhir dan perbedaan bisa amat ketara sekali pabila yg mukmin akn tinggal di
Syurga mentara meke pula di Neraka... nauzubillah.
Berbeza dgn umat yg lelain, umat Nabi
Muhammad saw adalah dimuliakn kerna t/jawab dakwah telah diserahkan kpd setiap
dri mereka untk diteruskn setelah ketiadaan Baginda saw...tiada kelayakan yg
diperlukan, cume setiap umat perlu menyampaikn ape yg diketahui dri agamanya
walaupun satu ayat seperti yg disaran dlm hadith Nabi saw....
Baru ku tahu ape bezanya laungan
'Allahuakbar' ketika azan yg menyebabkan syaitan berlari jauh sampai terkentut2
dgn sebutan 'Allahuakbar' ketika takbiratulihram yg membuatkan syaitan kembali
dtg menggoda manusia yg sedang bersolat....
Berbanding dgn takbiratulihram yg dikire
sebagai ibadah, laungan azan itu merupakan seruan dakwah pd manusia yg menyeru
kpd membesarkn Allah dan mengajak kpd kejayaan...jelas disini syaitan itu lebih
tkotts kpd org yg membuat seruan dakwah dri org yg menjdi ahli ibadah...
Oleh itu kita hendaklah terus berusaha untk
berdakwah walaupun bnyk yg x "selesa" akn seruan itu...
Menjadi tetamu Allah swt:
Btollah seperti yg diketahui umum pemergian
seseorg untk mengerjakan Hj atau Umrah itu hakikatnya adalah atas dasar
jemputan Allah yg Maha Agung jua, walaupun dlm keadaan meke yg berhajat nk
pergi itu telah bersiap sedia lengkap dri segi material, kesihatan dll., jika
ia x "dijemput" maka hajat tersebut akn pasti berkubur begitu saja...
Dikisahkan beberapa tahun dulu, seorg Dato'
tokoh korporat yg tika itu dlm keadaan "dunia ini ana yg punya" telah
dijemput oleh Raja Saudi untk mengiringi delegasi Pak Mentari menunaikan
Hj....beliau dgn bangga telah mengwar2 yg ia akn ke Mekah mengerjakan Hj atas
jemputan Raja Saudi! ...
Tiba saatnya rombongan Pak Menteri telah
sampai di airport Jeddah sehari seblom wukuf, tpi entah mcm mane urusan
"clearance" rombongan tersebut telah tergendala yg menyebabkan beliau
terpaksa menghabiskan hari wukuf di "golden lounge" dlm airport Jeddah...
Menceritekan kembali kisah tersebut, oleh
kerna malu nk terus pulang ke tanah air, Dato' tersebut telah mengambil coti 7
hari untk ziarah ke Mesir yg berakhir katenya dgn beliau melakukan
"tawaf" di pyramid!!...
Begitulah walaupun dijemput oleh seorg
Raja, jika x diizinkan oleh Allah swt, tiada siapa yg akn dpt mengerjakn ibadah
Hj atau Umrah.
Oleh itu bnykkanlah bermunajat dan berdoa
semoga Allah swt menjemput kita menjdi tetamu Nya dlm masa terdekat -
Allahuakbar! !
Luasnya Rahmat Allah SWT:
Beruntunglah mereka yg sempat melakukan
ibadah di Masjidil Haram di mana ganjarannya umum udah mengetahui 100,000 ganda
dri masjid2 lain kecuali Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa...
Jika nk diterjemahkan dlm bentuk yg mudah
difaham, sekali bersolat di Masjidil Haram, pahalanya sama dgn 55 tahun 6 bulan
dan 22 hari bersolat di tempat lain kecuali di kedua masjid Nabawi dan Al-Aqsa.
Jika bersolat sehari semalam 5 waktu, pahalanya bersamaan dgn 277 tahun 9 bulan
dan 10 hari...Allahuakbar! itu baru satu hari je bersolat di Masjidil Haram!...
Bayangkanlah, betapa luasnya kasih syg dan
rahmat Allah SWT pd yg mengunjungi Masjidil Haram, selain di atas, ditambah
pula dgn Allah SWT menurunkan 120 rahmatNya setiap hari di Masjidil Haram,
iaitu 60 rahmat untk mereka yg mengerjakan tawaf, 40 untk mereka yg solat dan
20 rahmat untk mereka yg hanya memandang Kaabah.......subhannAllah!
Perkara asas yg perlu ade untk seorg Muslim
adalah pengetahuan membaca al-Quran. Membaca al-Quran itu bknlah perkara yg
mudoh, ia x boleh dihafal secara membabi buta. Sebaliknya, kita perlu mengenal
huruf satu per satu terlebih dahulu, mengeja, dan seterusnya membaca. Ibadat2
lain akn jdi lebih mudoh dilaksanakan pabila kita dh dpt membaca al-Quran...
Bg ibubapa yg sedang sibuk membesarkn
keluarga masing2, tlng jgnlah lupo akn t/jawab asas ini supaya bila nnt ank2
membesar paling kurang mereka sudah boleh membaca al-Quran dgn baik....sekali
gus membolehkan mereka mendalami ibadah2 yg lelain....jika x ia bisa mengundang
masa depan yg suram dlm proses pembelajaran kitab suci al-Quran...
Kalimah Maha Agung:
Waktu isya' tdi sempat ku singgah jap di
masjid Kg Baru yg dh beberapa tahun x ku pergi ke situ...rupenya ia sedang dlm
proses ubah suai yg agak "massive", nmpak mcm dh tiada lg kawasan
lapang di sekitar masjid muenya dh dinaikkan bangunan...
Aku tibe tekala hampir msuk isya' dan ade
sessi ceramah lak yg sedang berjln...seusai azan isya' ceramah telah disambung
semula dan dptlah aku kutip serba sedikit apa yg Ust sedang perbincangkan (dri
kitab yg x pula ku tahu namanya) yg ku rase baru pertama kali ku dengar akn hal
yg diciterkannya...
Dri kitab yg sedang dibacanya, Ust itu
telah menerangkan tentang nama2 Allah dgn memberitahu bahawa sebenarnya Allah
swt ade 3000 nama2 yg selama ini kita tahu ade 99 je...
Dia menyambung lg, dlm 3000 nama2 Allah
itu, 1000 hanya di ketahui oleh para malaikat, 1000 lg hanya di ketahui oleh
para anbiya' dan 300 terdpt dlm kitab injil, 300 dlm taurat, 300 dlm zabur dan
99 dlm al-Quran mentara yg satu nama lg hanya Allah je yg tahu...
Yg bestnya untk kita, Ust itu bilang, ke
semua 3000 nama itu ada 'tersimpul' dlm 3 nama Allah yg terkandung dlm kalimah
'Basmalah' iaitu kalimah BismillahirRahmanirRahim yg lazim kita baca...
Oleh itu adalah disunatkan tika kita
membuat setiap sesuatu yg baik2 hendaklah dimulakannya dgn membaca Basmalah
oleh kerna kalimah itu mengandungi nama2 Allah yg Maha Agung dan bnyk hikmahnya
jika kita amalkan membacanya....SubhanAllah!
Wallahuaklam.
Lorong Hijau:
Acapkali ku perhatikan pabila tibe ke
sesuatu destinasi terutama di airport sesebuah negara, kita sering kali akn
di"saring" oleh pihak immigrasi seblom dibenarkan keluar dri airport
tersebut kecuali org2 yg melalui "Lorong Hijau" atau yg ada status
VVIP atau diplomatik...
Pd yg biase mengerjakan Hj atau Umrah, mmg
kene bnyk bersabor se awal di airport lg kerna pihak immigrasi Saudi mmg
terkenal dgn kelambatan mereka menyaring para pelawat yg ingin masuk ke negara
itu. Jika bernasib baik proses itu bisa siap dlm mase 2-3 jam saja, jika x
bernasib baik kene bersabor je laa...
Begitulah hidup ini, jika di dunia berbaris
2-3 jam udah di kira menyeksakan, nk dibandingkan dgn proses saringan di Padang
Mahsyar kelak lg la haru birunya dibuatnya terutama yg ter"sangkut" x
cukup bekalan - bayangkanlah betapa azabnya ketika itu...
Oleh itu hendaklah sesiapa yg cerdik
memikirkan hal yg demikian serta berusaha dan berbnyk berdoa dan memohon agar
laluan kita di sana nnt lancar dan yg terbaik lancar tanpa hisab atau saringan
langsung!!
Salah satu caranya hendaklah kita la ni
bisa ke"depan" tika setiap kali melakukan kebajikan seperti jika
solat hendaklah "rebut" saf pertama dan juga selalu2 memudahkan
kesulitan org lain semoga urusan kita pun turut dipermudahkanNya....
Ambillah iktibar dri hadith yg diriwayatkan
oleh Muslim ini apabila Nabi SAW bersabda :-
"Seandainya org tahu akn pahala yg
terdpt dlm seruan azan dan saf pertama, kemudian mereka x mendptkan cara untk
mencapai nya kecuali dgn cara melakukan undian, pasti mereka akn mengundi untk
mendptknnya"..
SubhannAllah! Allahuakbar! Allah Maha
Besar!
Dibantu dan Membantu:
Begitulah kehidupan ini x lari dri kita
dibantu atau kita membantu, semuanya itu atas kehendakNya jua yg Maha Mendengar
akn rintihan hamba2Nya yg memerlukan bantuan...
Klo nk difikirkan, mmg x terhitung bala
tenteraNya untk membantu manusia yg sentiasa berdoa dan bergantung harap
kpdNya....
Sngt jelas, ada kalanya Allah menghantar
bala tenteraNya (dlm pelbagai bentuk) untk membantu kita. Namun ade ketikanya
kita pula digunakan untk menjdi bala tenteraNya bg membantu org lain dan kerap
kali ia berlaku tanpa kita sedari...
Di sebelah mana pun kita berada - ia tetap
nikmat Allah yg wajib disyukuri - lihatlah dgn mata hati betapa Allah itu Maha
Berkuasa. ..tiada suatupun yg mustahil bgNya.
Kita kene bersyukur kerna ade pertolongan
yg diberiNya tika kita benar2 tersepit. Malah kita juga perlu bersyukur kerna
terpilih untk membantu (membuat kebajikan) walaupun ada ketikanya ia kelihatan
berlaku tanpa dirancang...
Menyambut Jemaah Hj Pulang:
Pasti ade bezanya tika kita menyambut
jemaah yg bru balik dri mengerjakan haji dgn menyambut org yg baru balik dri
'outstation' atau melancung ke tempat2 lain kerna mereka ini adalah bekas
"tetamu2 Allah" yg pulang membawa bersama meke rahmat dan berakat org
yg mengerjakan haji bkn saja tok mereka malah untk org yg menyambut mereke
jua...
Bila menyambut mereka
ucapkanlah..."taqaballahuhajjaka..." mudah2an Allah terima amalan
haji kamu, semoga Allah akn ampunkan kamu dan semoga Allah mengantikan segala
belanja yg telah kamu keluarkan...Allahuakbar! !
Kpd jemaah yg baru pulang dri ziarah ke
Masjid Nabawi serta masih segar lg nostalgia bermunajat serta berdoa dgn
khusyuk di Raudhah...jgnlah biarkan cukup dgn hanya merinduinya tanpa melakukan
apa2 setelah kembali ke tanahair...
Merindui Raudhah perlu diterjemahkan dgn
mengamalkan dlm kehidupan harian amalan yg telah kita lakukan semasa berade di
dlmnya. X kisah di mana jua kita berada, amalan solat (jemaah), berdoa,
berzikir dan bermunajat dgn sabar dan khusyuk bisa dpt dilakukan dimana2 saja
semata2 kerna Allah SWT....jgnlah dibiorkan rumah2 Allah kosong walaupun ramai
"haji dan hajah" yg baru dan yg dh lama pulang, tinggal di
sekelilingnya...ubahlah ke arah kebaikan kerna Syurga semmgnya sudah sedia
menunggu mu...
X kenal x Cinta:
Pepatah ade menyebut "x kenal maka x
cinta", begitulah diri kita jika ia x mengenal siaper Rabbnya, ia x akn
ade rase cinta terhadap Rabbnya kerna hanya org yg bercinta sahaja yg akn bisa
mahu sentiasa berdamping dgn yg dicintai tanpa kenal rase letih atau
terpaksa...
Begitulah mereka yg melakukan sesuatu kerna
kenal dan cinta akn Allah - insyaAllah - ade tenaga dan kudrat yg dibekalkanNya
yg membuatkan mereka tiada rase penat atau jemu...walaupun saban hari membuat
amal kebajikan seperti menyantuni ank2 yatim atau duk berulang alik dri umah ke
masjid untk melaksana solat jemaah dsbnya...
Ilmu yg berkubur:
Bnyk sekali disebut di dlm kitab suci
al-Quran tentang "ayat2 Allah" yg boleh kita saksikan di alam ini bg
yg nk mengambil iktibar...begitulah jika nk dikatakan ilmu Allah itu ada di
mana2, malah pd setiap org dri kita bisa memiliki IlmuNya dek asbab klta ke
sekolah atau universiti, menadah kitab, mendengar ceramah dan kuliah di majlis2
ilmu atau di corong2 radio hatta berfb sekalipun dsbnya...
Malah bkn sedikit dri kita yg memperolehi
ilmuNya secara "direct" melalui ibrah dri pengalaman pahit manis
kehidupan yg kita sedia lalui selama hidup di dunia yg fana ini...
Jika ilmu yg di perolehi itu melalui
pengalaman, maka ia bisa menjdi milik org yg melalui pengalaman tersebut...Jika
ia x dibukukan atau diceritakan, di khuatiri ilmu tersebut akn turut berkubur
bersama jasad yg kaku apabila org itu udah tiada....
Oleh itu patutkah kita x mengambil pusing
untk "share" ilmu yg ade mentara boleh melihat matahari, bulan dan
bintang, sebagai salah satu dri amal jariah yg boleh kita tinggalkan untk org
lain pelajari dan mengambil iktibar?
Pertembungan hidup:
"Aneh. Begitulah putaran kehidupan.
Bnyk peristiwa berlaku tanpa dirancang. Apabila tiba di persimpangan jalan kita
perlu memilih. Namun akal manusia x sempurna. Maklumat masa depan hampir sifar.
Namun prinsipnya mudah, sesuatu yg baik untk kita x semstnya terbaik di sisi
Allah" - Anekdot Madinah (Prof MKI).
Yakinlah Allah bisa mengantikan yg lebih
baik drpd apa yg kita hilang atau pinta....
Segumpal Sedekah:
Seusai solat maghrib tdi tok imam telah
memberi sedikit tazkirah perihal fadzilat hari jumaat di mana pd mlmnya dan
siangnya adalah penuh dgn peluang dan ruang yg luas disediakan Allah SWT untk
kita bersedekah dan beramal ibadah dan yg paling utama ade pdnya suatu waktu yg
dirahsiakan Allah SWT tika mana doa2 jika bertepatan dgn detik itu, insyaAllah
akn dimakbulkan...
Dlm bab bersedekah pd hari Jumaat pula,
telah dikisahkan juga bahawa sejak tok imam ini bertugas di masjid kariah kami,
beliau perasan pd setiap jumaat akn terdpt "segumpal" wang dlm peti
sedekah yg didermakan oleh seorg hamba Allah yg pd mulanya berjumlah 200-300RM
seminggu telah menjdi 500RM setiap minggu sejak kebelakangan ini!
MasyaAllah! Itulah yg dinamakan the power
of sedekah, ia bkn makin mengecilkan rezeki kita malah ia membuat rezeki makin
melimpah ruah...yakinlah
Al-Quran rahmat terbesar kita:
Ramai yg x tahu berapa beruntungnya kita
berbanding umat2 yg lain kerna walaupun Nabi kita Nabi Muhammad SAW udah tiada,
kita masih dibekali Allah SAW dgn suatu rahmat yg x terhingga besarnya iaitulah
kitab suciNya yg terpelihara rapi Al-Quran ul Karim - sebagai mukjizat
sepanjang zaman....
Betapa beruntungnya kita berbanding umat2
lain yg masih meraba2 dan saling berselisih faham antara mereka dek kecelaruan
di dlm kitab2 suci mereka yg x pernah kita alami...
Tetapi amat malang sekali bahawa realitinya
hari ini kita udah menjdi umat "tercorot" di segala bidang di
sebabkan oleh kesalahan dan kelalaian kita sendiri yg x mahu ambil kisah dan
memahami "rahmat besar" yg kita miliki, malah jauh lg la klo nk
mengamalkan akn suruhannya...
Kembalilah wahai umat Al-Quran,
bersegeralah menuju kejayaan kerna janji Allah SWT akn tetap terlaksana pabila
Dia telah tetapkan yg bumi ini adalah diwariskan kpd kita mukmin untk
memakmurkannya - seusai kita kembali kpd ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi
SAW...Allahuakbar!
Anak soleh:
Semlm sessi motivasi pg radio ikim ade
sebut satu citer yg koi pun x penah dengar, mungkin bole kita amek iktibar
bersama...
Dikisahkan semasa peristiwa Israk Mikraj
dan seketika Nabi SAW berada di Sidratulmuntaha untk bersedia bertemu dgn Allah
SWT dan menerima perintah solat, Malaikat Jibril pun mengundurkan diri kerna
katanya dia akn terbakor dan sirna jika melepasi kawasan seterusnya, tapi
seketika di situ, Nabi SAW telah menemui seorg pemuda yg telah mendahului
Baginda berada di Sidratul Muntaha itu, siaperkah pemuda itu?...
Ibrah buat kita dri peristiwa itu adalah di
dapati pemuda tersebut "layak" ke situ di sebabkan oleh 3 amalan
soleh yg dilakukannya:
1. Dia mempunyai lidah yg basah yg sentiasa
berzikir kpd Allah SWT.
2. Dia menjaga kedua ibubapanya dgn
sempurna dan x pernah sekali menyakiti hati2 mereka...
3. Dia sentiasa menunggu2 masa untk berbuat
amal dan menjdi rutinnya untk melakukan satu amal ke satu amal yg lain...
Bekalan hidup:
Betul terkesan dlm jiwaku pabila Ustaz ni
berkata:
"sebagaimana kete kita yg memerlukan
bekalan minyok untk membolehkannya terus bergerak, kita manusia apalah lg, amat
perlu ade bekalan untk membolehkan "kete jasmani/roh" kita terus
bergerak menuju sampai ke akhirat...
Tpi di dlm kesibukan kehidupan x ramai yg
perasan kita sebenarnya memerlukan 4 bekalan asas yg sentiasa perlu di
"top-up" untk meneruskan perjalanan itu:
1. Bekalan makanan (yg sentiasa ditambah)
2. Bekalan ilmu (yg sentiasa di update)
3. Bekalan emosi (yg sentiasa dibajai)
4. Bekalan takwa (yg sentiasa dirasai
pergantungan pd Allah SWT)"
Fikir2kanlah....
Ujian hidup:
Setiap kita mungkin ade prinsip hidup
tersendiri yg menjdi tonggak dlm kehidupan kita selama ini, untk yg mukmin elok
bonarlah jika prinsipnya itu selari dgn ape yg di anjur oleh agama iaitu:
"Jika kita menghadapi ujian, hendaklah
bersabor dan mendirikan solat (serta bnykkan berdoa)"...
Kehidupan itu sendiri merupakan ujian. Di
mana sahaja kita berada - selagi masih bernafas - maka kita akn tetap
berhadapan dgn ujian...innalillah....
Ya Allah, jgnlah kami diuji lebih dri ape
yg kami mampu memikulnya....
Begitulah lumrahnya manusia, persis meke x
pernah malu untk meminta2 kpd Allah SWT sesuatu berdasarkan keinginan dan
kemahuan diri sendiri. Malah ade yg pandai pula bersyarat2 - tpi semua itu
Allah yg Maha Pengasih dan Penyayang pasti akn Maha Mendengarnya dan insyaAllah
akn memakbulkannya dgn caraNya yg tersendiri dgn segala Ilmu yg Dia ade untk
kebaikan hambaNya jua..so mntklah kpdNya apa dihajati tanpa malu dan jemu pasti
Dia Maha Mendengar...
Doa Pencinta Ilmu:
"Ya Allah, ya Tuhan kami, berikanlah
kami ilmu yg bermanfaat, manfaatkanlah kpd kami setiap ilmu yg kami pelajari,
kurniakanlah keikhlasan kpd kami dlm menyampaikan ilmu, dlm kami menyebarkan
ilmu, dlm kami mengamalkan ilmu...
Ya Allah, bantulah hamba2 Mu untk
mentasdiqkan diri kpdMu dgn ilmu, melaksanakan setiap perkara dgn ilmu...
Ya Tuhan kami, ya Rahman, Allah yg Maha
Berkuasa, Allah yg Maha Penyanyang, Kami memohon agar Kau ampunkan dosa kami
dan himpunkan kami dlm Syurga Mu ya Allah, Rabbana atina fiddunnia hasanah
wafilakhirati hasanah waqinar azabbannar...aameen."
Doa Pencinta Subuh:
"Wahai Allah yg mencipta subuh, wahai
Allah yg mengetahui hamba2nya yg bangun subuh, wahai Allah yg telah menciptakan
alam ini agar semua tunduk kpdMu, ya Allah, jadikanlah kami semua insan2 yg akn
siap sedia pd setiap subuh untk tunduk kpd Mu ya Allah...
Ya Allah, kami juga memohon agar Kau
membantu saudara2 kami, rakan2 kami, yg blom lg diberikan kesempatan untk sujud
kpdMu di awal pagi pd waktu subuh, berilah peluang kpd mereka ya Allah, agar
mereka bersama dgn kami jugak untk meletakkan dahi mereka merase hina kpdMu di
awal pg ya Allah..sesungguhnya apabila kami bangun pg dgn melakukan ketaatan di
awal hidup kami mudah2an seluruh hidup kami pd hari itu semuanya akn tunduk
kpdMu ya Allah ya Rahman ya Rahim..." - aameen ya Rabb.
Tok Siak:
Rentetan dri citer arwah tok siak kami,
smlm ku dengar ade jemaah yg memberitahu yg arwah nie sejak sekian lama semasa
hayatnya x pernah miss bg mkn kpd seekor monyet yg kebetulan
"berkampung" bersebelahan dgn tempat dia tinggal, pg tdi timbul lak
keluhan seorg lg jemaah yg risau siaperlah yg akn memberi mkn kpd kucing2 yg
berkeliaran di masjid selepas pemergian arwah...
MasyaAllah, ruper2nya arwah nie bkn je
menyantuni para jemaah dan org lain malahan haiwan pun disantuninya
jugak!....hanya Allah SWT sahaja yg dpt membalas budipekerti semulia
ini....aameen.
Kematian oleh asbab kene bunuh mmglah
tragis dan sngt menyayat hati jika nk dibandingkan dgn asbab2 kematian yg lain
yg pernah kita saksikan, tetapi menyandang status "dibunuh" itu
adalah lebih selamat drpd memiliki status "pembunuh" di akhirat nnt
kerna status pembunuh itu bisa akn membawa bersamanya "dosa membunuh"
yg akn kekal "abadan abada"...
Para ulama ade mencatatkan : "kata2
dri lidah hanya singgah sekejap di telinga, kata2 dri hati akn masuk ke hati
dan kata2 dri roh akn masuk ke dlm roh" - Btol gak tu kita pon bisa gune
frasa "dri hati ke hati" cume now kene "up" sket jdi dri
"roh ke roh", bg lebih menyentap dan lebih mendlm mesej yg cube nk
disampaikan....
Sepeninggalan yg mengejut dan tragis Tok
Siak yg bnyk berjasa di masjid kami 2 hari lepas, ketika jamuan pagi selepas
kuliah subuh pg tdi ku dpti kebnykkan para jemaah masih lg berada di dlm
keadaan "x percaya" yg arwah dh x ade, masih lg seakn2 terdengar
suara ceria arwah menjemput para jemaah menjamu selera di ketika setiap kali
selesai kuliah subuh sambil dia membawa secangkir bekas teh tarik untk sesiapa
yg nk extra, Allahuakbar!
Jasa2 mu yg ikhlas itu akn kami kenang buat
selamanya...begitulah kita manusia, jika membuat sesuatu itu dgn ikhlas tanpa
mengungkit2, akn terpancar cahaya keikhlasan itu dgn sendirinya dan ia bisa
"berjangkit" pd yg lain berbanding dgn meke yg membuat sesuatu untk
menunjuk2 kerna umum tahu skop keje tok siak masjid mmg x se glamour tok imam
atau bilal kerna org akn hanya mencari tok siak pabila keadaan masjid mulai
kotor atau persiapan tok solat masih blom dibereskan lg....
Abd Razak Ahmad
Iktibar dri arwah Tok Siak:
Sejak pemergian arwah, dri semlm hati ku x
berape tenteram asyik terbyangkan kelaku arwah tika2 mana aku dpt bertemu
dgnnya seusai atau sblom solat sblom2 dia meninggalkan dunia yg fana ini...
Mungkin ade yg Allah nk sampaikan pd kita
semua iktibar dri pengenalan ringkasku dgnnya kerna bila ku fikir2 kembali mmg
ade iktibar yg sarat dgn mesej untk kita sama2 amek pengajaran dri kisah arwah
Tok Siak nih...
Diringkaskan cerita, baru aku ingat masa
bulan pose yg lalu selepas solat asor dia tetibe saja telah meluahkan kisah
suka duka perjalanan hidupnya pd ku sampai dia "ended up" jdi Tok
Siak di masjid kami... (ade ku muatkan dlm fb postku citernya dlm bln Aug x
silap).
Pengajaran pertama dri kisah arwah adalah
kita sebagai ank perlu dengar dan taat akn nasihat ibubapa walaupun nmpk x
logik pd akal anak2...
Kedua, hasil dri pesan ibunya dia mmg x
pernah meninggalkan solat walau dlm apa keadaan sekalipun dan ini telah bnyk
menyelamatkannya dri terjerumus ke lembah hina dan buat dia cekal untk
meneruskan hidup...
Ketiga, pentingnya institusi masjid yg
perlu kita dampingi untk mendpt "support" jasmani dan rohani melalui
solat berjemaah supaya kita x terus hanyut keseorgan dek cabaran hidup terutama
apabila berkelana di kota2 besar jauh dri kaum keluarga...
Keempat, perlunya kita bnyk membantu org
lain x kira siaper yg memerlukannya terutama golongan yg terpinggir seperti
anak2 yatim dan fakir miskin samada dgn memberi bantuan dlm bentuk sedekah atau
zakat harta atau tenaga dan masa kita...
Kelimanya, bersiap2 untk mati dgn membuat
wasiat atau menghibahkan mana2 harta yg ade kpd waris atau institusi wakaf
dsbnya...
Dan ke enam, maafkanlah semua org dan x
menyimpan dendam dsbnya pd org lain..
Setakat inilah yg aku mampu sampaikan tok
kita sama2 renungi. Semoga kisah tragis pemergian Tok Siak kami dpt kita
manfaatkan bersama...
Ya Allah Kau cucurilah rahmat ke atas roh
arwah dan kami semuanya....
Rase sedih gak dengar berite seorg jemaah
di kariah masjid ku telah meninggal awal pagi tdi setelah kabornya ditikam oleh
anaknya sendiri, innalillah, semuanya dh ditakdirkanNya, semoga rohnya
ditempatkan bersama2 org2 yg soleh dan semoga kita dijauhi musibah yg x
disangka2 didlm mengharungi sisa2 baki hidup yg semakin penuh dgn dugaan...
Tok Siak kami rupenya..
Susulan dri kariah masjid ku yg ditikam
oleh anknya pg tdi, jenazahnya telah selamat disempurnakan seusai solat maghrib
ptg tdi...
Mmg aku tersentap pabila diberitahu bahawa
arwah adalah tok siak masjid rupenya...aku ingatkan jemaah lain yg sama
nama...innalillah.
Mmg ajal maut dtg x diduga, rasenya baru
saja aku bersalam dgnnya seusai subuh 2 hari lepas dan sekrng dia dh
meninggalkan dunia ini buat selamanya...
Baru minggu lepas aku berurusan dgnnya hal
korban dan masih tergiang di telinga ku suaranya yg mencadang duit lebihan
korban ku dimasukkan ke tabung anak2 yatim..
Lebih dri itu sebulan dua seblom ini arwah
ade berbual panjang dgn ku di mana dia telah mengimbau sejarah silamnya pd ku
(x tau kenapa ptg itu dia bersungguh2 bercerite kisahnya pd ku)...semua itu akn
ku kenang sampai bile2..
InsyaAllah semua usaha arwah untk
mengimarakkan masjid sepanjang dia menjdi tok siak secara x rasmi akn Allah
balas dgn balasan yg baik jua...
Jika nk diukur dri ramainya jemaah yg solat
jenazahnya, insyaAllah arwah akn ditempatkan bersama2 roh2 org yg soleh yg
mendapat redha dan keampunan Allah SWT....
Ya Allah Kau cucurilah rahmat Mu ke atas
roh tok siak kami yg berhati mulia dan budiman serta suka membantu org
lain...aameen.
Definisi baik:
Tetekala menghuraikan kisah Sultan Muhammad
al-Fateh - Pembuka kota Konstantinople (Istanbul), seorg Ust telah membahaskan
apakah maksud hadith Nabi SAW yg menyatakan 800 tahun seblom itu, iaitu ketika
peperangan Khandak, bahawa "Kota Konstantinople akn dpt ditawan oleh umat
Islam yg pd mase itu mempunyai Raja yg baik, tentera yg baik dan rakyat yg
baik."
Jawapan pd definisi "baik" itu
ade terkandung di dlm soalan2 yg diajukan oleh Sultan Muhammad al-Fateh sendiri
kpd tentera dan rakyatnya ketika nk memilih imam yg "baik":
1. Siapekah yg x pernah tinggal solat
berjemaah semenjak dri dia baligh sampai la ni -
2. Siapekah yg x pernah tinggalkan solat2
sunat rawatib semenjak dri dia baligh sampai la ni -
3. Siapekah yg x pernah tinggalkan solat
tahajud semenjak dri dia baligh sampai la ni -
Setelah mendengar setiap soalan2 itu,
majoriti tentera dan rakyatnya yg ade pd ketika itu telah bangun tanda
mengiakan yg meke sudah melakukan seperti yg disoal, tetapi tiada seorg pun yg
boleh mengaku dia telah melakukan ke semuanya kecuali Sultan Muhammad al-Fateh
sendiri yg pd ketika itu baru berusia 18 tahun....
SubhannAllah! Patutlah Raja yg baik dan
tentera serta rakyatnya yg "baik"2 itu Allah SWT telah pilih untk
layak membebaskan Kota Konstantinople itu...
Sombong Dan obatnya:
6 Perkara menyebabkan muncul sifat Sombong
pd seseorg itu dan 'obatnya' :-
- Ilmu (pd hal ilmu Allah lg amat luas)
- Keturunan (pd hal keturunan Nabi SAW lg
amat mulia)
- Kecantikan (pd hal Bidadari Syurga lg
amat cantek)
- Kekuatan/Kuasa (pd hal Nabi Daud AS lg
amat kuat dan berkuasa)
- Kekayaan (pd hal Nabi Sulaiman AS lg amat
kaya)
- Kawan & Kenalan (pd hal ramai
kawan yg jenis 'makan' kawan)
Dan akhirnya, pabila sifat sombong mulai
menguntum ketahuilah apa yg ade pd kita hanyalah pinjaman sementara belaka dri
Allah yg Maha Berkuasa - innalillah.
Wallahuaklam.
Cahaya apakah yg kita ada?
Telah diriwayatkan di dlm kitab imam
Hanafi, bahawa di hari kiamat
(syurga) ada tiga cahaya yang berlainan
;
1- Cahaya seperti bintang-bintang
2- Cahaya seperti bulan purnama
3- Cahaya seperti matahari
Seperti Bintang : cahaya wajah2 mereka yg
di dunia segera meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil wudhu
apabila terdengar azan.
Cahaya Bulan Purnama : cahaya wajah2 mereka
yg di dunia mengambil wudhu sebelum azan.
Cahaya Matahari : cahaya wajah2 mereka yg
di dunia bersiap sedia di dlm masjid sebelum azan lagi....
Allahuakbar!
Via Ust Dr. Mohd izhar:
3 Perkara dalam diri orang yang Allah SWT
mahu kebaikan baginya :-
1. Dipandaikan dalam Agama
2. Dizuhudkan pada Dunia
3. Diperlihatkan kekurangan diri sendiri..
Wallahuaklam
Allah ta’ala berfirman,
وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ
يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
“Apapun harta yang kalian infakkan maka
Allah pasti akan menggantikannya, dan Dia adalah sebaik-baik pemberi rizki.”
(QS. Saba’: 39).
Jika nok berinfak (bersedekah atau
berwakaf), Nabi SAW ade berpesan supaya jgn tunggu bile dh nk ninggal, buatlah
la ni, ketika kamu masih sihat, masih lg mengejar kekayaan dan dlm keadaan
takut kpd kefakiran, klo dh nazak, baru nk start berinfak, itu udah terlambat
kerna pd masa itu kamu mmg x memerlukan lg harta yg bertimbun dan waris2 pon dh
sedia "menunggu" habuan meke dri harta2mu itu....
Wasiat Imam AsSyafie RH kpd umat Islam
terutama diriku yg sedang menuju "senja kehidupan", baca dan faham
molek deh:
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah,
beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut
ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan
dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh
perkara."
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu:
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan
berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu:
Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari
orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada
Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang
tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata,
memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu
: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN
AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir,
mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG
MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat,
bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa,
bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok
akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT
PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima
bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan
maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W Iaitu :
Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada
as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari
keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu :
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai
ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Demi masa 4 kategori manusia ini mmg dlm
kerugian sokmo:
1. Org kafir yg menghabis masa dlm
kekafirannya.
2. Org yg beribadah sepanjangnya ia x ikhlas.
3. Org yg beribadah sepanjang nya ia x
mengikut sunnah Nabi SAW.
4. Org yg miskin atau susah hidupnya
sepanjangnya ia x solat.
"Barangsiapa yang bersandar pada
harta, ketahuilah bahwa sewaktu-waktu ia akan miskin. Barangsiapa yang
bersandar pada harga diri, ketahuilah bahwa suatu saat ia akan hina.
Barangsiapa yang bersandar pada akalnya, maka ia akan tersesat. Namun...Barangsiapa
yang bersandar pada Allah SWT, sesungguhnya Dia tak akan pernah miskin, hina,
dan tersesat." (Sayyidina Ali bin Abi Thalib)
Mmg ramai yg dh maklum dri hadith2 yg
diriwayatkan bahawa Al-Quran itu pd hari akhirat kelak akn memberi syafaat kpd
sesiapa yg kerap membacanya ketika di dunia...
Tpi pernah x kita mendengar bahawa untk
layak mendpt syafaat itu bkn sekadar membaca sikit2 atau setahun sekali pd
bulan Ramadan saja, malah ade yg mengatakan kene khatam sekurang2nya 40 kali
seumur hidup, wallahuaklam, Allah SWT saja yg Maha Tahu....
Untk renungan, siapalah kita jika nk
dibandingkan dgn para ulama dan org2 yg soleh yg sentiasa membasahi bibir2
mereka dgn ayat2 suci Al-Quran termasuk pernah diciterkan bahawa bekas imam
Masjidil Haram Syeikh Abdur Rahman Sudais yg ketika di tanya dlm suatu
temubual, "berapa kali dia telah mengkhatamkan Al-Quran sejak dia mula
membaca Kitab suci itu?" Dia telah menjawab, "lebih dri 80 ribu kali!
"
SubhanAllah, sungguhnya tanpa RahmatMu kami
mmg x mampu mencapai apa yg hamba2Mu yg soleh itu mampu lakukan ya Allah....
EMPAT HAL SEBELUM TIDUR - semoga
aku istiqomah mengamalkannya...aameen.
Rasulullah SAW telah berpesan kepada Siti
Aisyah ra:
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum
melakukan empat perkara yaitu :
1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat
untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan
umrah “
Bertanya siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat
melaksanakan empat perkara seketika? “
Rasul tersenyum dan bersabda :
1. “Jika engkau akan tidur , membacalah
surat al –Ikhlas tiga kali Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran.
2. "Membacalah shalawat untukku dan
untuk para nabi sebelum aku maka kami semua akan memberimu syafaat di hari
kiamat“
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin
maka mereka akan meredhai engkau (Astaghfirullaahal adziim aladzii laa ilaaha
illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih) ( 3x )
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid ,
bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji
dan umrah
(Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha
illallaahu allaahu akbar) (3x)
( Maksud Hadith)
Jom Rajin Selawat:
Rasulullah SAW telah bersabda
bahwa,“Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail as telah berkata kepadaku:
Berkata Jibril as. : “Wahai Rasulullah,
barangsiapa yg membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali,
maka akan aku bimbing tangannya dan akan aku bawa dia melintasi titian seperti
kilat menyambar.”
Berkata pula Mikail as. : “Mereka yang
berselawat ke atas kamu akan aku beri
mereka itu minum dari telagamu.”
Berkata pula Israfil as. : “Mereka yang
berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah SWT dan aku TIDAK AKAN
mengangkat kepalaku sehingga Allah SWT mengampuni orang itu (yang
bershalawat).”
Malaikat Izrail as pula berkata : “Bagi
mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya
seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.”
Yuk tunjukkan cinta kita kpd Rasulullah SAW
dgn perbnykkan berselawat ke atasnya, apatah lg para malaikat pun telah
memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah
SAW - Allahuakbar!
Hj mabrur:
Di antara tanda2 mendpt Hj mabrur adalah
seseorg itu suka membantu org lain dan amat bersantun dlm berbicara serta
menunjukkan akhlak yg mulia di antara manusia. Sukarnya untk mendpt Hj yg
mabrur itu dpt kita lihat dri riwayat yg telah diceritakan oleh seorg sahabat:
Telah diriwayatkan seorg sahabat dlm
mimpinya telah mendengar 2 Malaikat sedang berbicara berkenaan dgn musim haji
pd tahun itu (ketika zaman sahabat tersebut) :
Malaikat pertama : "tahukah engkau
berapa ramai yg sedang melakukan Hj pd tahun ini?"
Malaikat kedua : "aku x tahu berapa
jumlahnya".
Malaikat pertama : "ade 600,000 jemaah
yg sedang buat Hj tahun ini."
Malaikat pertama : "tahukah engkau
berapa ramai di kalangan mereka itu yg mendapat Hj mabrur?"
Malaikat kedua : "aku x tahu berapa
jumlahnya"
Malaikat pertama : "hanya 6 orang
sahaja"....
Bayangkanlah pd musim2 Hj la ni, dgn jumlah
jemaah yg mencecah 2-3 juta org berbanding 600,000 masa itu, mmg cukup besar
dugaan ketika mengerjakan Hj apatah lg untk mendpt Hj yg mabrur.
Walaupun begitu sukar untk mendpt Hj
mabrur, seharusnya kita x cepat putus asa dri rahmat Allah SWT jika niat
mengerjakan Hj tersebut x lain mmg kerna Allah SWT demi untk mendpt redha dan
keampunan Nya....Allahuakbar!
Sy solat Seminggu sekali je:
Mungkin mmg dh ditakdirkan, walaupun hati
terase berat nk lalu jln yg biase, aku tetap teruskan perjalanan sehingga
berhenti di sebuah lampu isyarat (yg seblom nie bole buat U-turn)...
Bile lampu arrow ke kanan hijo aku pun
terus tekan minyak tok belok ke kanan, tetibe sebuah motor telah pintas laluan
ku tok buat U-turn, apa lagi udah tergesel dgn bumper depan kete ku dan ku nmpk
pemboncengnya tergolek akibat motor yg x dpt dikawal itu...
Entah kenape, x tergerak lak hati ku untk
berhenti, mungkin kerna dlm hatiku berkata "ia bkn salah aku" dan
nmpk mcm x berape serius yg jatuh tu...
Rupenyer "kes" x selesai begitu
saja, kami telah dikejor oleh sekumpulan Mat Motor yg x puas hati melihat
kelaku aku yg x berhenti untk memberi bantuan kpd mangsa yg tergolek tdi...
Setelah melihat keadaan mungkin menjdi
lebih "parah" jika aku turun kete, aku teruskan juga beredar dri
tempat kejadian sambil diekori oleh beberapa Mat Motor yg masih "menyinga"
dgn kelaku aku itu...
Sebentar kemudian ketika kami singgah tok
mkn mlm di sebuah restoran berdekatan, 2 org yg terlibat dgn kemalangan tdi
telah datang berjumpe untk "selesai kes". Ku lihat keduanya anak muda
sebaya dgn anak2ku dan pembonceng yg tergolek tdi luka sedikit di kaki mentara
tuan motor sihat walafiat je....
Setelah berbincang, walaupun aku masih
"maintain" aku x bersalah, aku setuju tok settlekan repair motor
remaja yg rosak sedikit tu sambil bertanya nama dan borak2 kosong....
Di dlm borak2 itu, aku agak terkezut
mendengar jawapannya apabila ku tanya dia solat x, selamba dia jawab, "ia,
sy solat tpi seminggu sekali je"....innalillah, mungkin insiden pergeselan
tdi ade hikmahnya pd aku dan dia yg Allah SWT nk tunjukkan....
Pengajaran pd aku adalah, jgn kisah hal
sendiri je sehingga x bisa nk membantu yg lain...dan pd adek2 remaja tdi aku
doakan pas nie hidup dia akn lebih menjurus ke arah agama dgn solat 5 waktu
sehari bknnya mcm org putih pi gereja seminggu sekali....
"Ya Allah ampunilah aku dan
perbaikilah akhlak ku dan ampunilah adek2 tuan motor dan pemboncengnya itu dan
rakan2 Mat Motor mereka yg lain ya Allah, sesungguhnya apa2 yg berlaku x akn
berlaku tanpa asbab dan izin dri Mu ya Allah.....aameen."
Ahli Quran:
Telah diriwayatkan oleh Nabi SAW, tika nk
masuk ke Syurga untk ahli Quran, akn dikatakan pd ahli Quran itu (org yg rajin
baca AlQuran, dlm nk menentukan tingkat Syurga meke), oleh Malaikat,
"'iqra', bacalah dan naiklah kamu (setinggi tingkat) sebnyk mana ayat yg
kamu baca di atas dunia dahulu, sesungguhnya (kata malaikat), tempat kamu atau
pun lokasi kamu dlm Syurga itu penentuannya berdasarkan kpd ayat yg terakhir yg
kamu baca ketika di atas dunia dahulu... (Maksud Hadith).
Bayangkanlah masa itu kita akn menyesal kerna
x bnyk baca Al-Quran lantas posisi Syurga kita pon di makam yg bawah2 saja...ya
Allah ringankanlah lidah ku untk membaca ayat2 kitab suci Al QuranMu...aameen.
Doakan ank2:
Anak2 adalah amanah Allah swt kpd kedua
ibubapa, mereka mungkin x "menjdi" seperti ape yg kita harap2kan,
sebagai anak yg soleh dan baik budi pekertinya - jgnlah mudah berputus asa,
teruskanlah bermohon dan berdoa kpdNya, mungkin semasa hayat kita mereka bisa
buat kepala kita pusing (sebagai ujian) tpi selepas ketiadaan kita mungkin bisa
aje Allah itu merubah mereka untk menjdi org yg lebih baik dan menjdi pemangkin
ubtk meneruskan warisan keturunan anak cucu kita yg soleh dan solehah seperti
yg kita semua dambakan...kita hanya berharap Allah lah yg lebih layak untk
memakbulkannya...aameen.
Kata org tua2 ade 3 situasi yg jika kita
menempuhinya, kita akn merase amat penat mentara nk tunggu ia selesai, iaitu
tika ade kenduri kawen, tika ade kematian dan tika pindah umah...di ketika itu,
x yah lah ditanya2, buat je lah ape yg bole kita lakukan untk membantu, kerna
org lain pun penat gak...Ust Muhammad Amin
"You only hv to cry" :
Di pertengahan perjalanan ke DU, t/hari
tdi, kete kami telah dilencungkan ke TTDI yg kebetulan membawa kami melalui
depan masjid tmn tersebut...
Masjid itu telah membawa memoriku ke
beberapa tahun dahulu ketika singgah disitu, bkn saja toiletnya ku dpti
"first class" bersihnya tpi ada satu cerita menarik yg ingin ku share
disini...
Ade seorg kariah disitu telah memceritekan
bahawa ahli kariah dan AJK masjid tersebut didapati mmg amat komited tentang
kebajikan penduduk2nya. Sehingga dri satu segi mereka telah berjaya membawa
suatu mesej yg unik dlm bab menguruskan kebajikan kariah di sekitar tmn
tersebut sehingga ade ketika katanya para ahli kariah yg ditimpa musibah
seperti kematian ahli keluarga dsbnya, mereka hanya perlu "menangis"
sahaja kerna segala hal2 lain berkaitan musibah tersebut seperti urusan
pengembumian dll telah diuruskan oleh "org masjid"...
"Alangkah bertuahnya ahli kariah
kami", kata kariah tdi, "over here you only hv to cry when someone is
dead or involved in accident etc as the mosque committee will take care of the
rest", dia menambah dlm bahasa "Jawa"nya.....
Abu Lahab dpt susu setiap Isnin:
Pd subuh 12 Rabiulawal tahun Gajah,
lahirlah seorg insan agung yg juga Nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW.
Pd mlm itu Abu Lahab telah menghantar
hambanya Suhaibah untk menjaga Aminah yg sedang sakit nk bersalin, beliau
berhasrat mahu jdi org yg pertama diberitahu akn kelahiran anak Aminah itu
supaya dia boleh jdi org yg pertama memberitahu berita gembira itu pd
Ayahandanya yg juga Datuk Baginda Nabi SAW, Abdul Muttalib.
Syugia apabila lahir sahaja Baginda SAW, pd
subuh 12 Rabiulawal itu, org yg pertama menyambut dan menyusukan Baginda SAW
adalah seorg hamba bernama Suhaibah. Beliau pun terus memberitahu Abu Lahab akn
kelahiran itu seperti yg dikehendaki...
Oleh kerna gembiranya Abu Lahab akn
kelahiran Baginda SAW, beliau terus memerdekakan Suhaiba yg kemudiannya diambil
oleh Aminah untk menjaga serta menjdi ibu susu Baginda SAW yg pertama...
Telah diriwayatkan, atas asbab jasanya
menghantar hambanya Suhaibah untk menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW dan
menyusukan Baginda SAW, Allah SWT telah mengantikan susu itu dgn mengizinkan
Abu Lahab meminum susu yg keluar dri jarinya pd setiap hari Isnin di alam
barzakh sampai hari kiamat....
Mengikut Hassan Al Basri ra, tanda2 hati
itu "berpenyakit" ade 6:
1. Ia apabila melakukan dosa menganggap akn
boleh bertobat kemudiannya.
2. Ia apabila menuntut ilmu x diamalkannya.
3. Ia apabila beramal dlm keadaan x ikhlas.
4. Ia x meredhai akn kehidupan yg Allah swt
udah tentukan untknya.
5. Ia menikmati rezeki yg Allah swt bagi
tpi x tau nk bersyukur.
6. Ia menanam org mati tpi x ambil iktibar
dri kematian itu.
Dunia adalah Amanah...
Bangkitlah, bangunlah, pikullah amanat ini
di atas pundak mu..
Hembuskanlah nafas2 manismu agar harum
haruman nafasmu meniti dipintu bibirmu...
Usahlah dipilih hidup ini bagaikan nyanyian
ombak yg hanya berlagu ketika memukul pantai...
Tpi pilihlah hidup ini laksana air bah,
membungkah dan mengubah dunia dgn aman...
Maulana Muhammad Iqbal
5 pesan Nabi Adam AS kpd anoknya:
"Wahai anak ku...ambillah pengajaran
dri apa yg telah membuatkan ku "tersingkir" dri Syurga...":
1. Jgnlah kau berase tenang dlm dunia ini -
waspadalah walaupun dgn kwn - kernanya aku terperdaya dek tipu helah
Syaitan.
2.Jgnlah tertipu atau terpedaya dgn hawa
nafsu wanita (waima isterimu) - jgn mudah ikut akn kemahuan meke, selidiklah
dulu - kernanya aku telah termkn buah yg terlarang..
3.Sblom buat suatu fikirkanlah akn
akibatnya - kernanya aku telah tersingkir dri Syurga.
4.Dengarlah suara hatimu tika nk buat
suatu, jika ade "raso x sodap hati" tinggalkanlah - kernanya aku
telah "tersalah langkah".
5.Mntklah pandangan dri yg lain atau
berbincng sblom mengambil sesuatu keputusan - kernanya aku telah tersalah buat
keputusan....
SubhanAllah!
Khusnul Dzon (Bersangko Baik):
Seusai subuh tdi kami para jemaah
berpeluang mendengar kuliah subuh dri mantan imam masjid negri N9. Tajuknya
berkisar tentang kasih sayang dan hubungan sesamo insan. Yg kelainannya sket,
maso nk mulo ceramah dia mntk izin tok gune bahaso negori sobab sudah biaso
bogitu katonyo, klo ado jemaah yg x faham, nasib la yo....
Yg bagusnya gak, berlainan dri Ust2 yg
biaso, di awal sessi, beliau terus menyeru agar yg hadhir maju ke dopan duduk
rapat2 jgn bersepah2 satu masojid kerna ade Hadith yg mengatakan ketika Nabi
SAW sedang berceramah semua para sahabat duduk diam (mcm ade burung di bahu
masing2) dan rapat2 (sehingga bole dikatakan jika sehelai daun jatuh x sampai
ke bumi daun itu dek kerna rapatnya meke duduk) untk mengambil berkat majlis
ilmu sambil mendengar kuliah yg disampaikan...
Dipendek cerito, seusai kuliah, ketika
sedang menikmati sarapan pagi, aku duduk berhadapan dgn seorg jemaah yg sedang
makan "laju" menyuap menggunakan sudu dgn tangan kirinya...
Hampir2 hati ku terdetik nk mengatakan
"apa nie baru lepas ceramah dh buat perangai x elok", aku terpandang
bahawa tangan kanannya cacat...
Astaghfirullah, itulah kene ade khusnul
dzon seblom sesia je kita dpt dosa percuma....Allahuakbar!!
Akhlak mulia x kira di mana :
Masih terpahat di benak ku pabila
menyaksikan aksi akhlak mulia yg ditunjukkan oleh seorg jemaah di sebelah ku
ketika solat jumaat siang tdi. Tika itu kami duduk satu saf di luar 'verandah'
masjid dgn dia duduk di sebelah kiriku bersebelahan dgn anak tangga masjid...
Ketika sedang duduk menunggu khutbah,
tetiba aku melihat dia melintangkan sejadahnya untk berkongsi 'tempat sujud'
dgn jemaah yg di sebelahnya yg duduk di atas anak tangga tanpa sejadah...
0 comments:
Post a Comment