Negara Malaysia di Ambang Era Baru

Semalam buat pertama kalinya aku "turun" padang untk melihat sendiri, dgn "mata kepalaku", "pesta kempen PRU13" yg selama ini aku hanya mengikuti di alam maya melalui "lensa iPadku" sahaja...

Tujuan asal nk ke Tmn Dagang mendengar ceramah Ketua Umum Pakatan Rakyat, tpi tanpa ku sedari "event" itu rupanya dh usai pd siangnya kerana aku baru sempat keluar rumah lebih kurang jam 10 mlm!!

Dlm perjalanan ke destinasi yg x lg wujud itu, aku telah melalui satu kelompok ceramah UmnoBN di sebuah Taman yg ku lihat agak lengang kerana tiada kesesakkan lalulintas yg berlaku, aku juga boleh agak kumpulan ini mmg "loaded" jika diukur dri kekuatan volume pembesar suara meke yg boleh didengar "sehingga 10 km!", termasuk aku yg di dlm kete pon boleh dengar dgn jelas "rayuan penceramah meke tok berkempen dri rumah ke rumah dek khuatir x sempat nk "reach out" kpd seramai mungkin pengundi dlm masa 2-3 hari saja lg masa berkempen akn tamat" - bila mendengarkan itu, dlm hati kecik ku pula terdetik, x cukupkah segala media massa serta radio/tv mu berkempen setiap hari, saat dan ketika??"....Dua kali aku pusing untk memastikan yg aku x tersalah kem dan berdepan dgn ancaman drpd kerusi kosong mereka!!

Setelah pasti itu bkn kelompok yg ku cari, aku beredar ke kawasan berhampiran di Bandar Baru Ampang di mana akhirnya aku berjaya menemui sekelompok penyokong Pakatan Rakyat yg sedang khusyuk mendengar celoteh dri bakal YB mereka...

Oleh kerana ini adalah pertama kalinya aku turun padang (sebagai pemerhati je), agak gusar jua hatiku tkot2 ada elemen2 ganas yg akn membuat onar, seperti yg ku saksikan di Youtube sebagainya sblom ini, almaklumlah sentimen pihak lawan mmg sejak kebelakangan ini agak sensitif dan mudah emo jika diusik dan meke pon mmg udah terkenal ada nilai2 "gangsterisma" yg sengaja di wujudkan sebagai salah satu strategi perang saraf untk menakut2kan rakyat bg mengekalkan kuasa meke - meke ini kesimpulannya lebih sanggup bergocoh dri berdebat untuk mempertahankan kejahilan anak2 buah meke dan Rakyat jelata secara amnya..

Aku telah mengambil tempat yg paling jauh sekali di belakang para hadirin sambil berdiri memerhati keadaan sekeliling. Mmg betul ada elemen pengacau, x berapa ketika ceramah sedang berlangsung, segerombolan Mat2 motor pihak lawan telah dtg beramai2 dgn membuat bising menggelilingi kawasan ceramah sambil membawa bendera Parti meke, dan kelakuan yg x bertamaddun ini telah disambut dgn pekikan "Reformasi, Reformasi" dri para hadirin yg turut teruja dgn kehadiran tetamu yg x diundang ini...sempat penceramah memberitahu bahawa Mat2 Rempit tersebut biasanya dibayar sehingga RM30 seorg untuk sengaja melakukan aksi stunt ganggu keadaan di situ...

Dari pengamatanku, untk pertama kalinya dpt aku saksikan "local crowd" yg hadir pd mlm itu adalah terdiri dri pelbagai lapisan masyarakat yg lebih kpd golongan pertengahan kebawah yg kebanyakkannya dri kaum Melayu dan China, dan mungkin juga ada segelintir kaum India yg hadir, tpi x dpt ku pastikan dlm suasana mlm sebegitu....

Semuanya dlm keadaan santai mendengar penceramah yg dtg silih berganti disebabkan ada beberapa ceramah yg berlaku serentak yg perlu dihadiri oleh penceramah yg sama. Dlm semua yg berceramah itu ada satu sahaja mesej yg mereka laungkan dgn sungguh jelas sekali iaitu, "Inikalilah masanya untk merubah dasar Negara kpd arah Kebajikan, Keadilan dan Kesamarataan".....yg dipersoalkan bknlah pihak mana yg boleh memberi "gula2" yg lebih manis, tpi pihak manakah yg sanggup merubah dasar Negara kita kpd dasar yg lebih adil dan saksama. Ini semua gara2 Rakyat udah muak dgn janji2 UmnoBN yg x pernah kesampaian walaupon sudah diberi peluang dan ruang untk mengotakan janji2 mereka selama lebih setengah abad memerintah sejak Negara mencapai Kemerdekaan...

Sedang aku asyik melayani janji2 Calon PR yg sedang berceramah, aku dikejutkan oleh teguran seorg nenek tua China yg tiba2 muncul disebelah ku, yg betul2 telah membuatku terkesima dgn aksi dan semangat kental yg telah ditunjukkan untuk memperjuangkan Keadilan untuk semua. Bagiku, kesungguhan dan kesedaran nenek tua ini adalah satu lambang era baru situasi di Negara kita buat masa kini. Semakin hari, semakin ramai Rakyat yg dh mula sedar betapa perlunya kita merubuhkan dinding pemisah di antara kaum, yg selama ini sengaja diada2kan oleh UmnoBN yg mahu mengekalkan kuasa meke, bersama2 menyokong usaha Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan baru pd 5/5 nanti dan sekaligus membawa Negara ke AMBANG ERA BARU pasca Kemerdekaan, insyaAllah.

Dan aku amatlah terharu sekali apabila seorg nenek tua yg bkn Islam, turut mendoakan memohon restu dan bantuan Allah swt supaya UmnoBN ditombangkan pd Ahad ini bg membenteras Ketidakadilan yg telah dipaksakan ke atas beliau dan org2 yg se nasib dgnnya oleh pemerintah UmnoBN sejak kesekian lamanya....

Semangat yg telah ditunjukkan oleh nenek tua tersebut bknlah satu phenomena yg terpencil...ianya juga dpt ku rasakan pd kesemua yg hadir pd mlm itu (kecuali mungkin seorg dua yg hadir kerana tugasan memantau keadaan)..malahan sejak hari pencalonan baru2 ini pun telah dpt ku garap di hati sanubariku bahawa sentimen yg sama mmg ada di merata pelusuk Negara ibarat sebuah gunung berapi yg hanya menunggu pd bila2 masa sahaja untuk memuntahkan laharnya dek kerana tekanan yg sudah terlampau lama terpendam....

Inikalilah, pd hari Ahad 5/5/2013 ini, insyaAllah, kita semua akn mendapat peluang keemasan yg julung2 kalinya diberi oleh Allah swt, untk menyatakan isihati Rakyat yg sebenar dgn beramai2 keluar mengundi untk memastikan masa hadapan yg lebih cerah bg anak cucu dan generasi yg akn dtg kita semua....kita BUKAN sahaja memerlukan "simple majoriti" di Parlimen Putrajaya tetapi sekurang2nya 150 kerusi untk memerintah Negara dgn mantop...ayuh kita realisasikan impian ini Ahad ini...dgn berbekalkan semangat nenek tua!

Pilihlah dgn cermat dan berhati2, hanya ada satu pilihan di hadapan kita, tiada dua, tiada tiga.....tiada yg Bebas atau UmnoBN, yg ada hanyalah Pakatan Rakyat yg hendak menuju ke mercu pembangunan Negara yg mempunyai ROH Kebajikan, ROH Keadilan dan ROH kesamarataan untk Rakyat semua - Jom Ubah!!

0 comments:

Post a Comment