Mereka terkenal di Langit tidak di Bumi

Dari luarannya mereka ini adalah orang2 biasa yang tidak lebih dari anda dan saya. Kehidupan mereka seperti yang lain-lainnya tidak terlepas dari onak dan ranjau sebagai seorang insan di muka bumi Allah swt ini. Tetapi di sebalik semua itu, selepas ketiadaan mereka di muka bumi ini barulah kita sedar bahawa mereka rupanya bukanlah orang sebarangan. Mereka adalah merupakan sekumpulan insan istimewa yang di jadikan Allah swt sebagai murabbi dan pejuangNya yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan syiar agama Allah swt di dalam suasana hiruk pikuk manusia yang kebanyakkannya sudah mulai lalai dan tidak menghiraukan lagi tanggungjawab keagamaan mereka....

Aku ingin merakamkan di sini catatatan pendek dua insan yang ku fikir adalah termasuk di dalam kategori "terkenal di langit" di sebabkan usaha-usaha mereka ketika hidup yang baru "terbongkar" sejurus sahaja meninggalkan kita buat selama-lamanya baru-baru ini...

Yang pertama adalah seorang aktivis agama dan murabbi kepada ramai para pejuang muda dan komuniti setempatnya....semasa hayatnya, beliau adalah salah seorang tenaga pengajar biasa di salah sebuah institusi pengajian tinggi...tiada yang istimewa nampaknya. Tetapi di luar bidang kerjayanya, beliau telah mengembeling segala tenaganya untuk mengumpul dan mendidik sebanyak mungkin generasi muda pejuang Islam di sekitar kawasan perumahan tempat dia tinggal...

Selepas kematiannya yang boleh dikatakan mengejut, barulah diketahui bahawa beliau telah meninggalkan vakum dan "kekosongan" yang sukar untuk diambil alih oleh yang lain...ramainya orang yang menziarahi jenazahnya adalah suatu indikasi yang jasa-jasa beliau adalah sangat disanjungi ramai dan hanya Allah swt sahaja yang mengetahui jasanya dan dapat membalasnya...insyaAllah kita berdoa semoga roh beliau dikumpulkan bersama-sama orang yang soleh-soleh di "langit" sana....

Yang kedua adalah sahabat sekolah ku yang ku rasa telah ku kenali selama hampir 30 tahun sejak dari sekolah menegah lagi...tetapi setelah berpisah sekian lama, tidak ku tahu bahwa beliau telah menjadi seorang pejuang agama yang gigih walaupun banyak menempuhi dugaan dari segi kesihatannya dan sebagainya...sempat ku menziarahinya lebih kurang 2 minggu sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya baru-baru ini....

Tidak dapat ku bayangkan bahawa beliau adalah seorang yang gigih dan sangat beristiqomah dalam kerja-kerja kebajikannya dan dakwahnya sejak sekian lama...barulah ku sedar ketika di hari pengebumiannya tersangat ramailah manusia yang datang menghantarnya ke kuburan, mereka yang terdiri dari pelbagai pihak dan pertubuhan agama di samping para sahabat handainya yang mengirimkan ucapan takziah dari seluruh pelusuk dunia.....   

InsyaAllah, roh2 mereka dan orang-orang lain yang seperti mereka, yang tidak berapa di kenali di dunia akan di sambut dengan meriah oleh makhluk2 di langit oleh kerana amal soleh yang telah mereka kerjakan di dunia ini sepanjang hayat mereka...

Mereka2 itu telah pun pergi menghadap Pencipta mereka dengan meninggalkan kita untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai....inilah peluang yang Allah swt telah sediakan untuk kita merebutnya bagi bekalan kita di akhirat sana....

Sesungguhnya mereka yang berjuang dan beramal soleh dalam menegakkan agama yang suci ini kalau tidak berjaya di dunia akan mendapati Syurga sudah sedia menunggu mereka di sana....

"Ya Allah, berilah kami hati yang sentiasa mengingati dan mencintai Mu, berilah kami kekuatan Iman untuk berjuang bersama2 menegakkan agama Mu yang suci ini"...aameen.

1 comments:

Syurga fakir dunia said...

Aameenn!

Post a Comment