Peringatan untuk Diriku...

Wahai diri yang tertipu !

Tertipu ataupun ghurur adalah merujuk pd kerja syaitan yg ingin menyesatkan manusia.. Imam ibnul Jawzi menjelaskan dlm Talbis Iblis, kadang2 ilmuan pun tertipu dgn ilmunya, hingga mengheret nya dlm polemik2 debat yg merugikan dgn harapan meningkatkan popularity nya..

Gitu juga tipu daya syaitan kpd ahli perubatan , Orang yang cantik dll, semuanya terdedah pd tipudaya nya..

Ayuh renungi firman Allah swt dlm surah al Hijr ayat 39 tentang janji syaitan maksudnya : iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,

Jom renungi mesej ini : 

 "...tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..." (mafhum riwayah).

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak 
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan. 
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta. 
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa...Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan...

Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT...dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia...kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah...tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia..
Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar...

Kenapa...
kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita..
kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita.. 
kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam...solat tahajud dan bermunajat...

kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman....apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya....setiap kali menyambut hari jadi...kita sibuk nak raikan sebaik mungkin...tetapi kita telah lupa..dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...kita patut bermuhasabah mengenai bekalan...ke satu perjalanan yang jauh..yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.

Diri yang ku sayangi....
Kerinduan bertemu Allah subhanahu wa ta’ala umpama angin semilir yang menerpa qalbu, membuatnya sejuk dengan menjauhi gemerlapnya dunia. Siapapun yang menempatkan qalbunya di sisi Rabb-nya, ia akan merasa tenang dan tenteram. Dan siapapun yang melepaskan qalbunya di antara manusia, ia akan semakin gundah gulana.

Ingatlah! Kecintaan terhadap Allah tidaklah akan masuk ke dalam qalbu manusia yang mencintai dunia. 

Ketahuilah wahai diri..

Jika Allah subhanahu wa ta’ala cinta kepada seorang hamba itu, maka Allah subhanahu wa ta’ala akan memilih dia sebagai tempat pemberian nikmat-nikmat-Nya, dan Ia akan memilihnya di antara hamba-hamba-Nya, sehingga hamba itu pun akan menyibuk kan dunianya hanya dengan ibadah kepada Allah. Lisannya senantiasa basah dengan berzikir kepada-Nya, anggota badannya selalu dipakai untuk berkhidmat kepada-Nya.

Ya Allah, cintailah aku dan keluargaku...janganlah Kau berpaling dari kami... Pilihlah kami sebagai tempat pemberian nikmat-nikmatMu. Aamiin."  Ingat mengingati utk diri sendiri dan para pelawat blog ini...

(inhsan dri fb Ust Zahazan)...

Wahai Anak-anak ku...

Wahai anak-anak ku, Along, Angah, Amie, Zaki, Hakim dan Ruzanna, mungkin tak sempat Abh hendak berjumpa sekerap yang mahu dalam keadaan dan situasi yang ada sekarang ini...tpi itu tak bermakna ingatan Abh tak sentiasa ada pada kalian...Biarlah apa jua dugaan yg menimpa, kasih sayang kita akn tetap terjalin sampai bila2...

Di kesempatan yang ada ini, Abh ingin menukilkan beberapa pesanan yang Abh rase berguna untk kita semua dlm perjalanan kita menuju Illahi...anggaplah apa yang akn kalian baca ini sebagai mutiara yang perlu dimanfaatkan untk kesejahteraan kita di dunia dan lebih2 lagi di akhirat nanti...walaupun ia bukan tulisan Abh, tpi mesejnya adalah apa yang selama ini Abh nak pesankan kat kalian untk bekalan masing2..,juga harapan Abh, sampaikanlah pesan ini kpd isteri/suami dan zuriat masing2 untk menjdi hayatan dan bekalan mereka pula....

“Wahai anakku, Janganlah engkau gopoh-gapah semasa mendirikan solat, kerana di hadapanmu adalah Tuhanmu, bukan kawanmu. Engkau sedang berbicara dengan Allah Yang Maha Agung, tentulah tidak layak engkau bersikap demikian. Wahai anakku, Jangan engkau hanya fikir untuk selesai solatmu, tanpa engkau memikirkan Tuhanmu menerima atau menolak solat itu. Jangan sesekali engkau hanya mengira soal sah dan batal, tanpa engkau mengira soal ianya diterima atau ditolak.

Wahai anakku, Kalau engkau kasih dan cinta kepada Tuhanmu, tentulah engkau akan lama bersamanya dalam solat, doa, munajat dan zikirmu. Kalau engkau merasai tiada manusia sanggup gopoh-gapah di hadapan seorang raja, kerana menghormatinya atau memuliakannya; betapa pula engkau bilamana berhadapan dengan Tuhanmu.”

Wahai anakku, Seorang anak mungkin akan tersinggung dan marah kepada ayah yang memukulnya, kerana ia tidak melihatnya secara positif. Namun bilamana ia dewasa dan memikirkan secara positif, nescaya ia akan menghargainya. Demikian juga bilamana kamu memikirkan besarnya kasih sayang Allah ke atasmu. Apakah kamu merasa besar akan ujian Allah di dunia berbanding akhirat, dan tentulah engkau redhai dengan sedikit ujian di dunia berbanding azab Allah di akhirat.

Wahai anakku, Kemanisan iman akan dapat kamu rasai bilamana kamu meletakkan Allah di tempat yang layak baginya. Aku sangat khuatir jauhnya Tuhan darimu. Lantaran itu, hendaklah kamu sentiasa merasai melalui indera hatimu - Apakah hari ini engkau rasa hampir dengan Tuhanmu atau engkau merasa jauh dariNya.”

9 Syawal 1434H
Pearl Tower
Seri Mas Condo Kuala Lumpur

Morsi oh Morsi - There'll be More like You....

Assalamualaikum.

Apa yang berlaku di Mesir pada hari ini, dilihat oleh seseorang Muslim adalah berkenaan dengan hakikat-hakikat berikut, yang insha Allah dapat menyejukkan hati dan melapangkan dada mereka:

1. Ia adalah suatu ketentuan Allah Ta'ala yang mesti diterima oleh seseorang Muslim dengan dada yang lapang serta tidak membantah. Allah telah menentukan bahawa pertentangan yang berlaku antara hak dan batil akan terus berlaku hingga ke hari kiamat. Beberapa ketika giliran akan berada pada kebenaran, dan pada beberapa ketika yang lain pula akan tiba giliran kepada kebatilan. Namun, giliran kebatilan itu hanya untuk suatu tempoh masa singkat, adapun giliran kebenaran, ia akan berterusan hingga ke hari kiamat. Sesiapa yang redha, maka baginya keredhaan, namun bagi sesiapa yang marah dan tidak berpuas hati, maka baginya kemarahan dan ketidakpuasan hati itu. Tidaklah keredhaan itu bermaksud melainkan suatu penyerahan urusan kepada Allah Ta'ala, dan bukanlah ia bermakna kita bersikap mengalah terhadap kebatilan dan tidak melawan dengan segala cara yang berkemungkinan.

2. Berkenaan apa yang telah berlaku keatas Presiden Dr Muhammad Morsi (moga Allah memelihara beliau), ia benar-benar adalah suatu kezaliman dan jenayah atau kemelampauan yang nyata. Bahawa Allah SWT mewajibkan keatas diri-Nya yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi untuk membantu orang yang dizalimi walaupun hanya seketika. Bahawasanya Allah sedang mendengar dan melihat, dan sesungguhnya Allah itu lebih ghirah (cemburu) daripada para hamba-Nya yang soleh. Benar, Presiden Morsi mempunyai beberapa kesilapan (dan ia adalah tabiat seluruh insan), namun kesilapan-kesilapan itu, bagi masyarakat yang berakal, tidak sepatutnya membawakan penggulingan presiden.

3. Bagi golongan yang bersorak gembira terhadap penggulingan Presiden, maka mereka terdiri daripada beberapa golongan:

- Pertama: Segolongan daripada orang yang soleh lagi baik namun mereka tidak memahami risiko penggulingan Presiden dan mereka itu sedang dalam kealpaan yang nyata dan kefahaman yang cetek. Maka bagi golongan ini, kita memohon kepada Allah agar dikurniakan mereka petunjuk hidayah, dan seterusnya mereka sendiri akan menyaksikan dengan mata kasar mereka bahawa mereka telah tersilap atas perbuatan mereka itu.

- Kedua: Segolongan besar daripada golongan samseng yang menjual agama mereka dengan keuntungan dunia yang sedikit, dan mereka adalah hamba kepada sesiapa sahaja yang membayar mereka. Maka bagi golongan ini, usahlah kalian memenatkan diri untuk berbalah dengan mereka, kerana mereka itu lebih rendah dan hina daripada itu.

Ketiga: Mereka adalah pembuat kerosakan daripada kumpulan Parti Kebangsaan yang korup, dan mereka adalah pembuat kerosakan di muka bumi, pengikut mereka adalah sebahagian pihak media, para hakim, pihak polis, ahli-ahli perniagaan, dan yang seumpama mereka. Maka bagi golongan ini kita katakan kepada mereka, tenang sebentar kerana kehinaan akan mencukupkan kalian. Malulah kalian kerana berdiri bersama pihak kebatilan yang menentang kebenaran sedangkan kalian mengetahui dengan pasti siapakah pihak yang benar dan siapakah pihak yang batil. Adakah kalian menyangka bahawa Allah lalai daripada tipu daya kalian dan apa yang kalian perbuat pada waktu siang dan malam? Jauh sama sekali. Sesungguhnya Allah sentiasa memerhatikan kalian. Maka ketawalah sebentar, namun ketahuilah bahawa orang yang zalim itu sedang berputar pada suatu putaran, dan kalian akan mengetahui beritanya pada kemudian waktu. Sesungguhnya Allah tidak akan memberi petunjuk keatas tipu daya orang-orang yang khianat.

Keempat: Beberapa individu dan negara yang menzahirkan kegembiraan terhadap apa yang berlaku dan berdiri bersama kebatilan malah membantu dan memberikan sandaran kepada mereka dengan segala cara, maka pada golongan ini kita katakan, adakah kalian percaya bahawa dengan pendirian kalian bersama kebatilan ini akan dibalas oleh Allah terhadap kalian dan dalam beberapa waktu lagi kalian akan dijadikan suatu peninggalan sejarah, sepertimana yang diucapkan oleh Nabi SAW, "Sesungguhnya Allah membiarkan orang yang zalim itu sehingga apabila Allah mengambil mereka, maka mereka tidak akan terlepas."

4. Adapun bagi saudara-saudara kita yang soleh daripada rakyat Mesir yang bertahan di persekitaran Masjid Rabi'ah dan tempat-tempat lain, bersabarlah dengan kesabaran yang indah, serta jauhilah daripada tergelincir kepada pertumpahan darah dan pertempuran. Sesungguhnya itu adalah sesuatu yang diinginkan oleh musuh-musuh kalian. Maka bersamalah kalian dengan para guru-guru dan cerdik pandai kalian, dan bermesyuaratlah bersama mereka untuk perancangan gerak langkah kehadapan, serta jauhilah kalian daripada hanya bertindak berdasarkan emosi semata, tanpa memasakkannya dengan asas syariat serta pandangan akal yang sejahtera.

5. Bagi saudara-saudara kita orang-orang soleh di serata dunia yang sangat bersedih dan berkongsi keperitan terhadap apa yang berlaku (dan bilangan mereka adalah ratusan juta manusia), maka ingin saya katakan kepada kalian, peliharalah ketinggian semangat dan kekuatan jiwa kalian, serta usahlah kalian merasa musnah atau lemah serta berpaling tadah dan kembali kepada yang lama, atau kalian meninggalkan dakwah kepada Allah Ta'ala dan beramal untuk agama-Nya. Perkara-perkara tersebut, sekiranya ia berlaku, maka ia adalah sesuatu yang benar-benar diinginkan oleh para musuh Islam dalam kalangan kalian. Maka patahkan serta kecewakanlah andaian dan tanggapan mereka, serta ketahuilah bahawa kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa. Sesungguhnya betapa ramai insan sebelum kalian yang telah ditimpa dengan sesuatu ujian, namun mereka tidak menjadi lemah kerana ujian yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak pula mereka menyerah (kepada musuh). Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang sabar.

Maka saya memohon kepada Allah agar melindungi dan memelihara kita semua, dan membantu kita kearah perkara-perkara yang memperoleh kecintaan dan keredhaan-Nya, serta diperlihatkan kepada kita akan kebenaran dan merezekikan kita untuk mengikutinya, juga memperlihatkan kepada kita akan kebatilan dan menjauhkan kita daripadanya.

Dr M
Terjemahan teks Dr Musa alSharif

Which of Allah's Favor's will you deny?

Which of Allah's Favors will you deny?:

You ask Him to show you if He loves you....

You get up in the morning and open your beautiful eyes to see the sun rising high in the glorious, blue sky. You walk with your limbs and have a refreshing shower with clean, plentiful of water. You eat tasty b'fast with amazing fruit juices and hot drinks. Then you go to school/work to learn or earn more rizq from His treasures. You chat with your friends and email/watsapp your siblings/loved ones....

In the evening, you take a walk in the breeze, play with your children or cook to feed your blessed family. As the night draws near, you close the doors to protect your cozy house which is a shelter from extremities of weather and diseases. You kiss your children/siblings/spouse good night and just as you are about to fall asleep on your nice, comfy bed you think...

"I asked Him yesterday to show me if He loved me. He never answered me all day today! Oh well... what was I expecting anyway... of course He doesn't care."...

Alas for mankind! Indeed it is not the eyes but the hearts in the chests that turn blind...

In this, there are many lessons for those who ponder....

Which of Allah's Favors will you deny? - Via Faridah M. Rahman.

Lebih Baik Sikit dri Kandang Kambing

Lebih Baik Sket je dri Kandang Kambing...

Semasa pulang ke KL pd hari mengundi tempoh hari, kami telah terperangkap di dlm kesesakan jln raya yg agak parah di sepanjang jln dri Pilah ke Seremban. Hikmahnya pula di dlm keadaan kenderaan ku yg terhengsut2 selama hampir 3 jam itu aku sempat memerhati di kiri kanan jln apa yg x bisa ku nmpk klo dlm keadaan kenderaan yg berdosup lajunya...

Kebetulan bila hari mengundi tiba, markaz parti masing2 pon mula dibuka kembali dan menjdi "hidup" setelah "tdor" sekian lama, mungkin hampir sejak tempoh tarikh mengundi yg lepas....

Gamaknya klo bab "ketdoran" markaz2 ini, mungkin mmg ada yg boleh mengalahkan rekod ketiduran "Ashabulkahfi" lamanya!....

Dpt ku perhatikan di suatu lokasi di celah2 deretan warong di tepi jln itu sebuah Markaz Pas yg pd hemat ku berada dlm keadaan yg amat dhaif skali, mungkin lebih baik sket je dri kandang kambing klo nk dibandingkannya...

Sekilas mata memandang di dlm suasana kekampungan mmg keadaan markaz tersebut nmpk semulajdi atau "natural" dan boleh "blend well" dgn kawasan sekitar. Tpi pd pengamatanku klo kita nk pergi lg jauh memimpin serta meyakinkan penduduk tempatan akn wadah kita, kita mestilah lebih ke depan dri segi ketrampilan dan kepimpinan organisasi kita di semua peringkat terutama di peringkat akar umbi...

Ingin ku suarakan kpd pemimpin2 tempatan atau pusat bahawa jika isu2 ketrampilan organisasi dan kepimpinan yg ku lambangkan dgn keadaan dhaif markaz2 yg ada di merata pelusuk Negara, masih blom dpt dibereskan, maka kita sebenarnya masih jauh lg untk berjaya dlm usaha kita untk meyakinkan masyarakat terutama yg di luar bandar untk menyokong dan bersama2 memperjuangkan wadah Islam, kerna org yg melihat akn keadaan organisasi kita udah pasti x yakin yg "set up" yg sebegini rupa boleh memimpin dan membawa masyarakat ke puncak kemajuan rohani dan ukhrawi..

Ini jelas dpt dilihat  apabila sokongan terhadap Pas terutamanya telah merosot dgn sngt ketara di kawasan2 luar bandar pd musim pilihanraya baru2 ini. Keadaan ini adalah sngt menyedihkan terutama dlm kita nk menangani serangan bertubi2 dri pihak lawan yg x henti2 menabur "gula2" sebagai umpan untk menagih sokongan masyarakat, yg rata2 mmg dh terbiasa disogokkan segala mcm bantuan oleh pihak yg berkuasa yg di kendalikan oleh pihak lawan yg berkiblatkan dunia...

Oleh itu kita haruslah mengorak langkah mulai dri sekarang untk membina kekuatan baru dgn mengambil langkah2 yg positif dan proaktif seperti membina markaz2 baru yg mempunyai lebih bnyk kemudahan untk dijadikan pusat kemasyarakatan setempat, serta klo mampu dicadangkan juga penubuhan "skuad jihad" untk kebajikan masyarakat, yg boleh membantu menjalankan kerja2 amal secara sukarela seperti membersihkan tandas2 masjid, mengajar tuisyen kpd anak2 penduduk setempat dsbnya...,secara x langsung segala kegiatan ini boleh menjana keyakinan penduduk setempat yg organisasi seperti Pas mampu menjadi pemimpin mereka dri segi rohani dan ukhrawi tanpa perlu memberi mereka "gula2" seperti yg dibuat oleh pihak lawan, di mana ianya hanya akn memusnahkan kredibiliti dan membantutkan dayausaha kreativiti mereka dlm jangka masa panjang...

Perancangan haruslah juga dibuat dri sekarang untk melibatkan gerak kerja anak2 muda setempat dgn bantuan khusus dri pusat serta mana2 pakar yg berminat untk menguatkan serta menzahirkan wawasan ini...

Menunggu masa 5 tahun untk musim mengundi dtg kembali sebenarnya adalah satu jangka masa yg amat singkat sekali jika dibandingkan dgn bnyknya usaha2 berterusan yg perlu digembeling untk menaikkan lg tahap kesedaran serta perkhidmatan kebajikan kpd penduduk2 sekeliling....

Jika kita melihat apa yg dilalui oleh Ikhwan Muslimin di Mesir, disamping ditindas dgn berbagai bentuk kezaliman, mereka telah mengambil masa lebih dri 80 tahun menjalankan kerja2 kebajikan kemasyarakatan sebelum diberikan kepercayaan untk memerintah Negara Mesir baru2 ini dgn kemenangan cemerlang Ikhwan Muslimin walaupon x disenangi oleh musuh2 Islam...

Perjuangan untk kebaikan mmg sepatutnya begitu, ia bisa melalui jalan yg berliku2 kerana yg baik itu bisa berlandaskan keikhlasan kerana Allah swt sahaja dan bila sampai masa ia naik, ia akn insyaAllah naik dan kekal buat selama2nya...alhamdulillah dpt juga ku habiskan catatan yg dh lama berlegar2 dlm mindaku ini sambil menunggu flight ke Johannesburg di airport Abu Dhabi:)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone