Perginya Pokcik "The Voice":

Innalillah, sebak rasanya kerna dh x de lg senda gurau tika bersalaman seusai solat atau tika menjamu selera seusai ceramoh yg sering kali diadakan di masjid...

Tersentap gak aku dibuatnya apabila diberitahu semasa menghadiri majlis kenduri arwah yg Pokcik "The Voice" dh tiada lg...

Beliau rupanya telah menghembuskan nafasnya yg terakhir selepas 5 hari terlantar di hospital tanpa ku sedari yg meninggal tu dia...

Istimewanya arwah yg membuat dia "popular" di masjid adalah kerna perwatakannya yg sentiasa ceria serta mempunyai suara yg lantang terutama tika berselawat bila bersalaman seusai solat..

Satu lg yg uniknya arwah nih sering diusik oleh rakan2nya kerna mahu melihat aksi "terperanjat" tika dia melatah...dan itulah yg membuat suasana seusai solat menjdi ceria dan mesra apabila arwah ada bersama2 berjemaah...

Begitulah hidup di alam yg fana ini, yg pergi akn tetap pergi, kita yg tinggal pasti akn menyusul cuma entah bila...

Semoga rohnya dirahmati dan diampuni Allah dan ditempatkan di kalangan roh org2 yg soleh....aameen.

Jawapan seorg Bizman:

Seorg Bizman yg jutawan dlm lingkungan umuq 60an dan mempunyai ramai anok2 telah ditemuramoh oleh seorg wartawan dgn betanyakan 3 soalan berikut...

Berapakah umur tuan, berapa org anok yg tuan ada dan berapa semua harta yg tuan miliki?

Lalu dijawab oleh Bizman itu, umur ku 7 tahun, anok ku seorg dan harta yg ku miliki ada la lebih kurang 20-30 ribu saja...

Tersentap dgn jawapan itu, wartawan tersebut terus bertanya kembali, bknkah umur tuan dlm 60an dan tuan seorg jutawan yg punyai ramai anok? Mengapa tuan menjawab sedemikian?

Sebenarnya aku rase aku baru saja berumur 7 tahun kerna baru 7 tahun inilah aku sedor dan melakukan amal kebaikan, di mana seblom ini masa ku bnyk ku habiskan membuat keje2 lagho dan sia2...

Anok ku pula hanya seorg saja lah yg bole ku harap untk menjdi anok yg soleh sepeninggalan aku nnt, yg lelain tu ramai yg "hancus"...

Ada pun harta ku hanya sebnyk itu yg sempat ku infak buat bekalan ke akhirat yg selebihnya blom tentu lg kerna ia akn jdi milik waris selepas ketiadaan ku nnt...

Innalillah, itu jawapan Pak Bizman yg baru nok sedor, kita pula bagaimana?...

Ibadah yg bermusim



Lazimnya sehabis saja Ramadan masing2 kita akn balik kpd amalan rutin yg selama nih bisa kita
amalkan...

Bg yg jarang2 berjemaah di masjid akn kembali kpd "asal usul" mereka dan x lg
menjengok masjid dan melakukan "aktiviti2 ibadah" Ramadan sehingga
dtg Ramadan sekali lg (jika panjang umuq)...

Maka bertuahlah bg mereka yg jika kelazimannya bisa membawa kpd perkara2 kebaikan dan amat malanglah bg mereka jika lazimnya bisa lalai dan "jinak" pd maksiat....

Perlu diingat agama pun x menyuruh kita "balun beribadah tanpa brake" apabila tiba bulan2 atau musim2 tertentu. Yg lebih digalakkan adalah "istiqamah" kerna ibadah yg dilakukan secara
konsisten dan berterusan walaupun sedikit adalah lebih dituntut oleh agama....

Walaupun demikian, dlm bulan Ramadan umat Nabi SAW adalah dituntut berlumba2 untk mengandakan amalan ibadah mereka kerna dlm masa itulah mereka akn dikurniakan dua anugerah yg tiada dlm musim2 lain iaitu peluang mendpt pahala yg berlipat ganda dan penghapusan dri
dosa2....SubhanAllah.





Melahirkan generasi jahil agama:



Umum sudah mengetahui bahawa salah satu strategi musuh yg berkesan untk memusnahkan peradaban sesuatu kaum atau bangsa itu adalah dgn melahirkan dan "mendidik" generasi muda yg jahil agama....

Di negara kita la ni pun sudah nmpok "bunga2" yg kita akn berhadapan dgn situasi yg sulit di hari muka dgn bercambahnya "generasi muda jahil agama" yg mula terhasil drpd kelalaian kita sebagai ibu bapa dan sistem pembelajaran yg memberati aspek duniawi saja...

Akibat dri itu, anok2 yg lahir tidak lg diterapkan dgn pembelajaran Al-Quran dan agama dri waktu kecik kerna ramai yg beranggapan pembelajaran seumpama itu "mana mungkin bisa menjamin masa depan" mereka. ..

Akibat dri itu lahirlah apa yg dipanggil anok2 muda yg cerdik pandai tpi biadap dan x beradab di mana tingkah laku mereka bisa dikawal selia lebih oleh nafsu dri agama....

Generasi sebeginilah yg kita dpt saksikan sekrng yg sedang bermaharajalela mempamerkan kejahilan mereka di segenap aspek kehidupan...

Sebagai contoh tika Ramadan, ada yg lupa atau x hirau yg solat sedang berlangsung di masjid2 dgn beria2 membakor mercun sehingga menggangu khusyuk jemaah yg mmg sudah sedia x khusyuk!

Itu hanyalah sekelumit saja contoh "bencana" yg akn kita hadapi jika generasi muda jahil agama ini x diberi kesedaran agama - innalillah.






Mana ada milik kita:



Melayan lagu yg sama tajuk di corong2 radio membuatkan ku tersentap dan sedor mmg btol tiada satu pun di dunia ini yg boleh kita "claim" sebagai milik kita...

Hatta nyawa kita sendiri pun bknlah hak kita kerna yg lebih berhak aknnya adalah pemiliknya yg sejati iaitu Allah swt...

Jika hakikat ini dpt kita fahami di dlm melayari bahtera kehidupan, ku dpt merasakan dunia ini akn bisa jdi lebih aman untk didiami...

Tiada lg org yg bisa x puas hati dan memikirkan berbagai2 cara "to get even" pabila sesuatu musibah menimpa atau berasa x puas hati dgn apa yg Pemilik sebenarnya telah tentukan untk kita...

Begitu jugalah kita x akn berasa dukacita yg teramat pabila sesuatu yg kita syg sudah tiada lg bersama kita dan ianya juga akn menjdi lebih mudah untk kita menyerahkan segala urusan kpd Allah yg Maha Berkuasa yg bisa menentukan segala2nya sekehendakNya....

Ia juga akn menjdikan tugasan utama kita sebagai hambaNya untk melakukan amal soleh dan membesarkanNya di setiap ketika akn menjdi lebih mudah serta dpt dilakukan dgn tenang dek kesedaran yg timbul bahawa tiada satu pun milik kita - yg ada hanya pinjamang sementara belaka....

Selamat pulang ke negeri fitrah, selamat menyambut Eidilfitri maaf zahir batin....