Welcome to this World Ms Sophie

On 18.02.2013 at around 8:45pm, a bouncing girl weighing about 3.35kg came to this world to be the eldest daughter of me eldest son and me fourth grand child named Sophie Nisreen Hanani.

Welcome Ms Sophie, we love you and hope your life's journey will be filled with faith in Allah SWT and be given the opportunity to be the light of this world....

Again, congratulation to the proud parents of Ms Sophie, Ahmad Syauqi and Izyan Wajiha, wishing you both a happy and prosperous lives together as a family, now that it is "complete" with your Ms Sophie (and her many other siblings to come) around.....

 

Recipe Wakaf


Disalinkan dri wall Admin Resepi daripada Kekanda Asmah Ahmad yg telah kami amalkan sejak di"tauliahkan" tempoh hari, now dh masuk 2nd batch of this "love potion" yg mmg di akui "power" . Semoga sama2 kita amalkan dan dapat manfaatnya. Amiiin - Precaution : Sila pakai goggle semasa potion sedang direnehkan kerana boleh menyebabkan perenehnya x kering airmata!!...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bismillah - Ketahuilah bahawa kebanyakkan penyakit adalah berpunca dri perut- dri apa yg kita makan dan minum. Aku telah berpeluang untk membuat sesuatu tentang hal ini apabila Kakakku yg tersayang telah memberi suatu recipe untk mencuci usus (de-tox) bg mengurangkan risiko sakit jantung, kolestrol tinggi dan melancarkan perjalanan darah dgn mengamalkan meminum ramuan yg telah didapati secara kebetulan dri org2 yg telah mengetahui akn "rahsianya" dan mengamalkannya sekian lama - cubelah in shaa Allah ada faedahnya dan segala pahala dri amal jariah ini ku sedekahkan kpd Kakakku yg tercinta....Prof Datin Dr Asma Ahmad.

Bahan-bahan yg diperlukan:
1. 1 gelas cuka apple cider (gunakan yg jenis organic seperti brand Bragg, boleh didpti di pasaraya Giant).
2. 1 gelas perahan jus limau nipis (lebih kurang 12-15 biji) atau lemon.
3. 1 gelas hirisan halia (lebih kurang 300 gm).
4. 1 gelas hirisan bawang putih (lebih kurang 3 labu).
5. 1 gelas madu asli (seperti madu Khaula).

Cara Adunan Ramuan:
1. Blend halia dan bawang putih dgn 2 gelas air.
2. Tuang ke dalam periuk yg tersedia ada cuka dan jus limau.
3. Didihkan dan masak sehingga tinggal 3 gelas.
4. Sejukkan, tapis (x tapis pun ok ikut selera).
5. Campurkan madu dan kacau sehingga sebati.
6. Simpan dlm peti sejuk setelah selesai...

Cara Mengamalkannya:
1. Minum 2 sudu besar (sesiapa yg rase dia masih budak 2 sudu kecik) sebelum breakfast setiap pagi dan 2 sudu waktu malam. Nota kaki - Satu adunan ini boleh tahan 2 minggu bg 2 org pengamal setia!!



Welcome 2013!!

Maybe it's not too late to wish me readers a happy new year 2013! Anyway, the year that was, 2012, has seen its days and has closed its curtain leaving us with plenty of unfinished or new things to do. Whatever it is, we have to be brave and move on...hopefully towards a more meaningful and blessed year 2013 and the future!  

Not much that me wanted to write for this entry other than to remind me self that this world and everything in it are not permanent. As long as we know that we are the "created" and not the Creator, we will always know our place in this world and how to behave ourselves in navigating our lives in this tumultuous times in our history.

Me always believe that we have to be aware and really know the real purpose why we have been "put" on this earth by our Creator so that every action that we take will not be too far astray from the original intention of our Creator when creating us ie we are created to worship Him alone.

Hence, during our short sojourn on this earth, we have to prepare ourselves and collect as much as possible good deeds that we want to bring along to the other world. Every moment of our lives should then be focused towards achieving this sole purpose in our lives and never for a moment should we be distracted with the many distractions waiting to distract us along the way.....

Think! as what we have been given the faculty by God to think of the ways how we can achieve long lasting good deeds which could last us for eternity as our salvation in the hereafter. 

God in His infinite mercy has provided us with a lot of  'space' and time to work on our good deeds so that we will not lose all the benefits. One such thing is to ensure that we do good deeds to others for the sake of Allah and hoping that the good deeds that we do will qualify us God's mercy not only us but also our children and our future generations being granted this mercy due to the good deeds that we once did.

Lastly, it was said that if God wanted to make it easy for us to do good deeds, He will make us understand more of His religion....

Wallahuaklam....       

Dunia Ini Hanya Pinjam-Pinjaman

Tahun 2012 hampir akan melabuhkan tirainya dalam beberapa hari lagi. Ianya bermula tanpa ada sebarang tanda akan berlakunya sesuatu kejutan atau perubahan yang mendadak dalam kehidupanku. Selepas beberapa bulan berlalu, satu persatu peristiwa berlaku yang membuat ku tersedar bahawa dunia ini hanyalah pinjam-pinjaman. Tidak ada sesuatu pun yang kekal abadi - semuanya adalah bertaraf sementara, yang kekal hanyalah Allah SWT, Tuhan Seru Sekelian Alam.


Peristiwa pertama yang amat menyentuh perasaan ku adalah kembalinya Abang ku yang dikasihi ke rahmatullah dengan cara yang agak mengejutkan. Memang sudah sampai ajalnya, tetapi pemergiannya membuat ku tersedar bahawa kita akan dipanggil pada bila-bila masa sahaja oleh Tuan yang Ampunya....jadi hendaklah kita berusaha untuk menyediakan diri kita sebelum sampai giliran kita pulak.

Seterusnya banyak lagi peristiwa yang berlaku kepada ku dalam 2012 yang ku anggap sebagai ujian untuk membuat diri ini lebih tabah dan rapat kepada Allah swt. Semuanya itu telah tertulis dan aku redha terhadap apa yang Allah telah rencanakan untuk kehidupan ku di dunia yang fana ini. Pertengahan 2012 menyaksikan rumahtangga yang ku bina selama hampir 30 tahun punah di badai ombak perpisahan. Tiada suatu kuasa pun kecuali Allah SWT, yang dapat menghalangnya, aku pasrah dan hanya mampu berdoa supaya Allah SWT menggantikannya dengan yang lebih baik atau aku akan terus menghabiskan sisa-sisa kehidupan senja ku berkelana tanpa berteman!

Memang tiada apa yang kekal selagi kita bernama makhluk. Jika tidak dipisahkan dengan kematian, kita akan dipisahkan secara penceraian. Itu pun kita harus bersyukur kerana dengan berlakunya suatu perceraian itu sebenarnya ia adalah suatu rahmat untuk memberi kita "peluang kedua" bagi mengkoreksi serta memperbaiki diri. Susah juga untuk aku terima hakikat bahawa dengan berlakunya perceraian itu aku terpaksa melakukan perkara2 yang tidak aku sangka akan ku lakukan seperti keluar meninggalkan kediamanku dan ahli2 keluargaku yang telah sebati hidup bersama selama ini. Dalam keterpaksaan aku "merempat" dengan mencari tempat kediaman baru, aku bersyukur bahawa aku masih lagi diberi peluang untuk hidup dan tidaklah terus diceraikan dari dunia ini dan dibawa ke kuburan seperti arwah Abang ku yang tersayang dan orang2 lain yang telah mendahului kita semua berpindah ke alam baka' ....

Allah Maha Kaya, tidak lama aku membujang, jodoh baru ku pun muncul dan di pengakhir 2012, kami telah diijab kabulkan dalam suatu majlis kenduri kesyukuran yang telah dihadiri oleh semua adek beradek ku dan keluarga mereka. Walaupun tiada seorang pun dari anak-anak ku yang hadir sama (dan aku faham akan perasaan mereka), aku bersyukur dengan izin Allah SWT dan limpah kurnia Nya kini hidup ku kembali "lengkap" dan aku benar-benar telah diberi peluang kedua oleh Allah SWT untuk meneruskan saki baki perjalanan hidupku untuk menuju ke destinasi yang satu - mendapat redhaNya....

Betullah dunia ini hanya pinjam-pinjaman, tiada yang kekal kecuali Dia Yang Maha Agung. Ambillah sekadarnya apa yang ada di dunia ini sementara kita menghuni di atasnya, cukuplah sekadar untuk di buat bekalan menuju ke alam akhirat yang kekal abadi...tiada gunanya kita hidup di dunia dengan berhajat untuk kekal selamanya dengan menongkat langit dan mengejar keseronokkan sementara yang penuh tipudaya, sedangkan di penghujungnya kita semua tahu yang menanti adalah sebuah kematian yang pasti...

Selamat tinggal 2012, semoga 2013 dan tahun-tahun seterusnya kita dipanjangkan umur dalam keberkatan dan sentiasa mendapat bimbingan dan petunjuk dariNya...aameen.

Kg Pulau Lang Kiri
Kuala Rompin, Pahang.
27.12.2012

Happy Birthday Me AzZahra

Today she is already 3 years old. Time does fly very fast, the 3 years since her birth, a lot of things have happened. For one, she has now 2 other siblings, AzZuhaira (2) and AzZubair (8 months old). Me only wish now is to see her grow up into a fine young lady full of blessings from Allah swt. As with any parents or grand parents for that matters, nothing compare seeing their loved ones turn out to be the darling of this world as well as the hereafter. A short entry indeed, just to remind meself that our lives that we are living right now doesn't actually belong to us. God will always be the One who steers our lives on this world according to His plans and wishes. We are nothing but to follow those plans already set for us with redha and a lot of patience. Only in this way, me believe, we could find our salvation in this world and the hereafter. Happy birthday me lovely grand-daughter, AzZahra, hope you have more wonderful years ahead - aameen.