Salam Kembara Kashmir 17.02 - 22.02.2015

Salam dri India:

17 Feb 2015 tepat jam12.00 t/hari waktu New Delhi atau 2:30 ptg waktu Malaysia, k/terbang kami (dan aku buat pertama kalinya) "landed" di IGI (Indira Gandhi Int'l) Airport...

"Indian sub-continent", begitulah nama akademiknya yg pernah ku pelajari suatu masa dulu dan hanya sekrng baru diberi rezeki untk menjejakkan kaki ku di buminya...

Semmgnya Allah swt itu Maha Berkuasa menjdikan sesuatu dgn hanya "Kun fa ya kun!" di mana kami dibgtau, di India dgn populasi yg mencecah lebih 800 juta terdpt lebih dri 20 bahasa rasmi dgn lebih dri 1000 "dialects" yg perlu diselusuri...

Begitulah sedikit bayangan bagaimana luas, kompleks dan "diverse"nya bumi India ini jika nk diterokai sepenuhnya dan semmgnya hidup ini adalah terlalu pendek bg kita jika mahu memasang "cita2 panjang" nk mengenali India atau mana2 jua tempat didunia ciptaan Illahi ini dgn lebih dekat lg...

Cukuplah sekadar kita tahu serba sedikit latarbelakang negara2 tersebut di mana India pd suatu ketika dahulu pernah diperintah oleh beberapa dinasti agung Islam yg telah berjaya melahirkan tamaddun Islam yg unggul dgn kemuncaknya terbinalah binaan ajaib Taj Mahal yg melambangkan kasih suci dua insan yg bergelar suami isteri...SubhanAllah, Salam ceria!!

"Snow Sahab":

Penerbangan dri IGI airport New Delhi ke Srinagar, Kashmir hanya mengambil masa sejam setengah saja dan kami telah diberi peringatan supaya tidak mengambil gambo di airport oleh kerna ia adalah "defense airport"....

Mmg betol pun sesampai di terminal kami telah di sambut oleh "deretan" askar2 yg lengkap bersenjata semcm menunggu "serangan" mengojut saja lagak nya...

Perjalanan ke hotel turut juga di"warnai" oleh barisan askar yg berkawal di sepanjang jln! - sahlah wilayah Jammu Kashmir (J&K) ini masih "under direct occupation by the Indian forces" rentetan dri pergolakkan politik sepeninggalan penjajah British yg masih x berkesudahan sehingga ke hari ini...

Pertama kali melihat keindahan wilayah J&K yg terletak tinggi di banjaran Himalaya ini mmg sungguh menakjubkan sekali. Lebih menakjubkan, kita bersyukur kpd Allah swt yg telah mengizinkan pendakwah Islam dri awal2 lg telah sampai ke wilayah ini dan menjdikannya hampir "100% Muslim!"

Bersyukur sngt apabila dpt menyaksikan betapa kental iman penduduknya walaupun dlm himpitan kemiskinan yg ketara. Tetapi ia x menghalang dri mereka mencari rezeki yg halal yg Allah kurniakan terutama melalui industri pelancungan yg menjdikan Kashmir sebagai "Paradise on Earth"...

Turut menikmati dri rezeki pelancungan ini adalah sahabat yg baru ku kenali yg ku gelar "Snow Sahab" yg berusaha gigih menarik snow sledge kami dlm lawatan ke Gulmarg Ski Resort sebentar tdi - SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar!

My winter's wife:

Baru dpt internet, bule layan sambung citer kembara Kashmir....

Hari ketiga di Wilayah Jammu Kashmir menyaksikan para peserta kembara Kashmir berlumba2 mencatatkan siapakah yg paling tinggi jumlah "bantuan ekonomi" mereka kpd penduduk tempatan yg dihimpit kemiskinan tegar...

Majoritasnya terutama yg "wedok2" telah memborong barangan tekstil dsbnya untk dibawa balik sebagai cenderahati kpd kaum kuarga dan sahabat yg dikasihi...

Sesetengah yg lain pula telah "bergadai bergolok" sehingga terpaksa menswipe credit card masing2 dek terpesona dgn karpet Kashmir yg terkenal dgn kehalusan craftmanshipnya sehingga ada yg dikatakan mengambil masa hampir setahun untk menyiapkan sesuatu karpet tersebut....

Pd sebelah ptgnya pula, kami telah dibawa dgn menaiki "Shikara" iaitu semcm sampan atau gondola, untk check-in di "boat house" yg terletak di hujung tasik Dal yg terkenal dgn pelancung yg dtg ke sini...

Sementara menunggu giliran kami untk menaiki shikara, kami telah memerhatikan seseorg menghulurkan "konderri" atau portable heater kpd pendayung kami, melihat kami semua memerhatikannya, dia pun mengangkat konderri tersebut sambil tersenyum dan berkata, "Tis my winter's wife!" - innalillah.

P/s "Konderri" atau portable heater (seperti gambo) adalah merupakan rekaan tradisi org Kashmir yg mereka sngt banggakan kerna ianya mudoh dan sngt praktikal tika musim sejuk. Ia merupakan bekas bara arang yg diletakkan dlm bakul rotan yg juga buleh di bawa berjln di dlm winter overcoat meke (tanpa menyebabkan coat tersebut terbakor!) untk memanaskan badan! — with Janah Ahmad and Ahmad Fikri Akmal at Dal Lake.


An unforgettable (cold) nite:

Trip Kashmir telah berlalu sekembalinya kami ke tanahair 1Malaysiaku dgn selamatnya semlm, syukur alhamdulillah...

Cuma citer2 pengalaman Kashmir masih lg fresh dan terasa gak impak yg amat mendlm dlm diriku dan mungkin gak dlm diri peserta kembara yg lain, for sure group wattapps kembara Kashmir masih lg very2 aktip!....

Selain dpt berkenalan diantara peserta tika melakukan kembara bersama, trip ini aku anggap amat berbeda dri pengalaman kembara ku sebelum2 ini...One thing, ia turut disertai dan di"naungi" oleh seorg Ust muda personaliti radio yg dh mmg sekian lama aku "follow", cuma belum diketemukan secara "live!"...

Kehadiran dan tazkirah yg diberi tika dlm perjlnan oleh Ust yg pernah blajor di Pakistan dan tahu berbahasa Urdu itu mmg sngt bnyk membantu dri segi mempertingkatkan keyakinan diri kami "anak2 kembara" untk merasa lebih selesa apabila menghadapi pelbagai "azab2" yg dtg tika berada ditempat yg mmg sngt asing bg kami semua...

Begitulah adanya tika kami diuji dgn azab kesejukan yg melampau tika bermlm di boat house di tasik Dal, alhamdulillah, aku (x tahu lak yg lelain) telah dpt menerimanya dgn sabor dan sempat pula bermuhasabah diri apabila kene "lecture" dgn operator boat house tersebut (selepas di komplen heater kayu didlm bilik terpadam (kerna kehabisan kayu) pd tengah mlm!), "You people from hot country come here to experience the "cold", well last nite u know how cold is cold!" - innalillah tobat den!

Gambo bersama Nazir Sahab dan ahli kuarganya sebagai operator boat house "Nairobi" — with Janah Ahmad and 2 others at Dal Lake.

The real "Snow Sahab":

Pd hari kedua di Kashmir tempoh hari, kami telah dibawa melawat ke puncak gunung di suatu lokasi bernama Gulmarg Ski Resort untk "bertemu" dan "bermain2" dgn salji atau snow..

Mungkin hasil dri berkat doa ramai peserta kembara yg teringin sngt nk melihat salji, Allah swt telah takdirkan pd hari tersebut salji turun dgn selebat2nya sehingga drebar kami pun hairan kerna katanya dh lama salji x buat perangai seghuper itu di masa2 sebegitu...SubhanAllah..

Ada juga seorg Mokcik yg bersama kami bercerita yg dia sngt2 teruja dpt melihat salji kerna katanya sehingga umurnya la ni dh menjangkau 60 tahun lebih, baru sekrng dia dpt melihat salji secara live! - Allahuakbar!

Mmg terasa spesial sungguh pd hari itu, seperti telah diatur2 khas untk kami yg "Jakun salji" nih, salji telah turun dgn lebatnya di sepanjang perjlnan ke puncak gunung - SubhanAllah! Allahuakbar!

Walaupun aku bulehlah gak dikira "otai salji", tpi x pernah ku saksikan sesuatu yg amat menakjubkan dgn "mata kepala" sendiri seumpama fenomena salji turun dgn selebat2nya lalu meliputi persekitaran dikiri kanan jln dgn timbunan salji tebal yg nmpok seputih putihnya saujana mata memandang sehingga pd hari itu terasa lak bahawa kamilah yg sebenarnya menjdi "the real snow sahab" apabila dpt "bermesra" dan "bermain2" dgn snow sepuasnya sesampainya kami ke tempat timbunan salji yg "agung" di puncak gunung di resort Gulmarg tersebut....MasyaAllah alhamdulillah thank you Allah :)


Sembang2 Kashmir:

Rasenya mmg x puas tika berada di Srinagar, Kashmir selama beberapa hari dlm sessi kembara Kashmir baru2 nih...

Bg diriku yg jdik x kepuasan itu bknnya x sempat nk bershopping atau apa tpi lebih kerna ghugi rasenya x dpt nk mengenali dan berinteraksi dgn penduduk tempatan secara yg lebih dekat lg, tambahan pula meke nih mmg kebnykkannya serumpun akidah dgn kita dan mmg sepatutnyalah kita mempunyai ukhwah yg lebih mantop!....

Nih 2 contoh sembang2 Kashmir yg sempat ku "tangkap" dri penduduk tempatannya tika berada di Kashmir:

#1 - Jammu Kashmir (J&K):

Pengetahuan ku ttng sejarah Kashmir dan pergolakkan politiknya mmg la amat2 terbatas. Selepas mendengar rintihan penduduk tempatan yg ku temui barulah ku faham yg meke nih adalah sebenarnya oghang2 yg sngt2 mencintai kebebasan dan sngt tinggi tawakkal meke kpd Allah swt...

Setiap dri penduduk tempatannya mmg bercita2 (seperti demo menuntut kemerdekaan yg sering meke lakukan di masjid2 pd setiap lepas solat Jumaat), nk hidup bebas dri kuasa2 asing yg telah menjdikan meke sebagai "hamba" dlm negara mereka sendiri! - innalillah.

Kami doakan semoga suatu hari nnt dgn izinNya meke akn dpt gak menghirup udara kemerdekaan, insyaAllah.

#2 - The Boat House:

Tika breakfast selepas bermlm di boat house (yg diberi nama "Nairobi"), sempat gak operator sahab boat house tersebut mencurahkan isihatinya (yg nmpok hidup dgn ahli kuarganya dlm serba kekurangan di bawoh telunjuk kuasa2 asing) apabila kami tanya "naper x maintain boat house nih?"...

"Kami warisi boat house nih dri Datuk dan ayoh kami, la ni kami dh x mampu nk maintain boat house nih, tukang kayu yg mahir pun dh "pupus" dan ianya memerlukan kos yg tinggi untk membaik pulih peralatan2 kayu yg sngt "intricate" (sila lihat pattern siling kayu yg intricate dlm gambo selfie ku!) dlm boat house yg dh berusia lebih 40 tahun nih!"

Sambungnya lg, "Jika tuan2 perasan, letrik yg dibekalkan gomen (penjajah) pun x mampu nk hidupkan lampu letrik dlm boat house nih kerna tenaga yg dijana dri "hydro power" kami hampir kesemuanya dh di"sedut" dan dihantar ke bandor2 besor meke (penjajah), akhirnya, kami terpaksalah gunakan generator sendiri untk mendpt cahaya yg lebih terang..."

Sambungnya lg, "Kayu untk bahan bakaran alat pemanas pun terpaksa kami beli dan bekalannya sngt2 terhad!"...

Dlm hatiku, padanlah apabila habis kayu pd mlm tdi maka padamlah alat pemanas tersebut yg membuatkan kami semua tidur dlm kebekuan! - innalillah.


Ibrah dri Taj Mahal:

Bulehlah klu nk dikatakan hilite atau kemuncak kembara Kashmir kami adalah lawatan ke Taj Mahal di Agra, India (perjlnan 4 jam dgn bas dri Delhi) pd hari terakhir seblom berlepas pulang ke tanahair tercinta 1Malaysia...

Bnyok juga info dan pengajaran atau ibrah yg dpt ku kutip dri lawatan singkat tersebut. Drpd asal usul pembinaan monumen "cinta agung" Taj Mahal (yg mengambil masa pembinaan selama 22 tahun dri 1631-1653) yg menjdikannya salah satu dri "the seven wonders of the world", sehingga kpd lautan manusia berbagai bangsa dan agama yg dtg dri jauh dan dekat hanya untk menikmati keindahannya dri saban hari ke saban masa....

Mmg x dpt nk dinafikan bahawa keindahan monumen Taj Mahal mmg tiada tolok bandingnya. Dpt ku rasakan kecantikannya amat terserlah selepas memandangnya dgn "mata kepala" sendiri, mmg x sama dgn hanya melihatnya melalui gambo2 sahaja....

MasyaAllah, agaknya tiada alat kamera yg akn dpt merakamkan "the real splendour of Taj Mahal" berbanding dgn dua pasang mata yg Allah swt telah kurniakan! - SubhanAllah.

Begitulah, x akn habis2 jika nk di ceritakan perihal Taj Mahal dan meke2 yg terlibat dgnnya, dri cerita permaisuri Raja yg dimakamkan di situ sehingga kpd teknologi "canggih" yg telah digunakan untk pembinaannya...

Bg kebnykkan kita sebagai "layman", cukuplah jika kita dpt "enjoy its beauty" dan ambil ibrah yg sebenar drinya iaitu jika kerna "cinta agung" kpd makhluk yg lain manusia sanggup bergolok bergadai membina monumen se indah Taj Mahal, maka apakah yg sanggup kita lakukan sebagai tanda cinta agung kita kpd yg Maha Pencipta kita? - innalillah. — with Janah Ahmad and 5 others at Tajmahal.

"When you're in trouble":

Sepanjang 2014 yg akn kita tinggalkan x berapa jam lg, aku terpanggil untk mengingati kembali apa yg dh aku lakukan, apa yg terjdi di luar sana dan apa yg terkesan dlm benak hatiku sebagai ilmu yg bermanfaat dan juga sebagai ibrah yg bisa membuat kita kembali merujuk (tobat) kpd Allah SWT...

Sejak bnyok ku "berdamping" dgn fb hampir setiap hari, aku telah berpesan kpd diriku untk mengamalkan wasiat Imam As-Syafie yg "Ilmu itu ibarat binatang buas, ia akn lari (ke hutan) jika x ditambat", begitulah dgn secebis ilmu yg kita perolehi, jika x di"jot down", ia akn hilang begitu saja kerna memori kita mmg jenis yg cepat lupo!

Dlm mengutip kata2 mutiara yg berbentuk "update status fb" sepanjang 2014, bnyok juga yg telah aku lupa, tpi ada satu yg "somehow stuck" dlm minda ku dri Dr Bilal Phillips yg berbunyi, "If you only pray when you're in trouble, you Are in trouble!"...

Kata2 yg pendek tpi sngt terkesan di hati ku ini ku tinggalkan untk kita sama2 muhasabah diri sempena lahirnya, insyaAllah, ambang tahun baru 2015!....innalillah.

Bantuan yg x kesampaian:

Seorg Ust menceritakan ttng bantuan banjir yg x kesampaian...

Katanya ketika dia tiba di sebuah masjid yg dijdikan Penempatan Banjir suasananya telah bertukar menjdi "meriah" dgn kehadiran pelbagai lapisan ahli masyarakat yg menumpang teduh akibat musibah banjir yg menimpa...

Namun yg sedihnya bila azan berkemundang boleh dikira dengan jari mangsa banjir yang turut serta menunaikan solat berjemaah. Masing2 sekadar bersembang kosong dan bergelak ketawa di luar masjid...

Guarner bule jdi begitu? Masa makan meke berpusu-pusu berebut-rebut. Masa azan meke wat dont know je...

Bisa masa senang ghamai yg lupa Allah, tpi ini masa susoh pun ada yg masih lupa Allah!. Bala yg bagaimana lagikah agaknya yg bisa diturunkan supaya meke insap?

Apa pun sama-samalah kita berdoa mudah2an Allah swt memberi hidayah dan taufik kepada kita semua. Amin...

Begitulah dlm menangani musibah seperti banjir, kita bisa hanya fokus kpd bantuan dri segi fizikal seperti mknan dan pakaian tanpa terfikir untk menghulurkan bantuan keimanan dan kesedaran agama yg bisa x kesampaian...ampun kami ya Allah.

Bahasa cinta Allah SWT:

Ye...di sebalik titis2 hujan yg jatuh,
Allah membawa bahasa cintaNya kpd manusia...

Allah tidak zalim...
Malah Allah kasih...
Lihatlah dgn hatimu..
Andai air bah ini tidak menjadi tragedy, pasti konsert2 ambang tahun baru itu akan diadakan..
Betapa ramai anak2 luar nikah akan dilahirkan...

Lihatlah lagi..
Allah memberi kita ruang utk motivasi memberi sedekah...menghulur bantuan..

Lihatlah lagi...
Masjid2 diwarnai dgn bacaan yasin, tahlil dan solat hajat...
Jika tidak krn air bah, barangkali jemaah hny dtg utk bersolat shj..

Lihatlah lagi kasih Allah...
Semua para pemimpin turun padang buat kerja dr mrk duduk saja..

Lihatlah lg..
Dana kerajaan dpt disalurkan pd jalan yg betul..
Andai air bah ini tidak hadir, mgkin juga rasuah melata sana sini...

Allah memelihara M'sia dgn kasihNya..

Ini ujian...ujian ini pasti tidak lama..
Ujian utk menyatukan seluruh insan..

Sampaikan kpd mangsa2 banjir..
Spy mrk juga dpt melihat musibah ini sbg jalan utk mrk membantu negara menyelamatkan 'sesuatu' dr 'sesuatu'.

(Ehsan dri Wapps group)

Pelik tpi benar - Status Nabi Uzair AS:

Menurut sejarahnya, berbeda dgn Ashabul Kahfi yg telah "ditidurkan" Allah SWT selama lebih 300 tahun, Nabi Uzair AS pula telah dimatikan oleh Allah SWT buat pertama kalinya selama 100 tahun sebelum dihidupkan kembali dlm keadaan semcm dia hanya baru tertidur selama sebentar saja...

Apabila dia terjaga dan keluar dri gua untk mencari makanan, dilihatnya suasana di kota dh berubah kerna peredaran masa sehingga dia bertemu dgn sekumpulan org kampung...

Apabila dia memperkenalkan dirinya sebagai Uzair semua org x dpt "recall" siapa dia sehingga mereka memanggil untk bertemu dgn seorg perempuan tua yg buta. (Yg ada riwayat mengatakan ia adalah anak Uzair!)

Perempuan tua itu lalu berkata, "Seingt aku Uzair itu seorg yg soleh di mana doanya bisa dimakbulkan Allah SWT, jika kau bebenor Uzair, doakanlah supaya aku dpt melihat semula.."

Dgn izin Allah SWT, perempuan tua itu pun dpt melihat semula setelah Nabi Uzair AS mendoakannya lalu dia pun "mengesahkan" "status" Nabi Uzair AS kpd org2 kampung! - SubhanAllah.